INFO Slim Diet II : DAH DIET TAPI MASIH TAK KURUS-KURUS JUGA

INFO Slim Diet II : DAH DIET TAPI MASIH TAK KURUS-KURUS JUGA

Kenapa tubuh saya masih gemuk meskipun pelbagai usaha dan cara telah saya buat?”  Itulah biasanya keluhan ramai di antara kita.Ada di antara kita mula melakukan senaman dan mengurangkan makan. Meskipun mengamalkan diet yang ketat namun dia tidak berjaya untuk kurus.

Apabila kita makan, makanan akan diagihkan ke seluruh tubuh melalui empat cara.

1) Hati

Hati berfungsi sebagai organ yang menguraikan bahan toksik. Ini bermakna hampir kesemua bahan toksik dibawa ke hati dan hati akan menguraikannya sebelum ia boleh disingkir keluar dari tubuh kita. Selain itu hati juga berperanan mensintesiskan asid amino iaitu bahan protein yang mampu membantu baik pulih tubuh kita. Kulit, rambut, membrane dan sel-sel tubuh sentiasa berganti baru dan proses ini mampu dilakukan dengan adanya hati yang membekalkan asid amino yang mustahak. Apabia enzim dan hormon rosak maka lemak tidak dapat terurai dan sebaliknya melekat pada hati. Ini menjadikan masalah fatty liver atau hati berlemak. Fatty liver mencetuskan kerosakan hati. Sel-sel lemak berkumpul menyaluti organ. Ini membuatkan perut tampak besar dan sukar untuk kempis.

2) Otak

Otak menggunakan secara terus zat makanan yang diperlukan. Yang terpenting adalah glukosa. Keseimbangan paras glukosa dijaga oleh keseimbangan hormon dalam darah kita. Apabila kelenjar hormon bermasalah maka ketidakseimbangan paras gula membuatkan seseorang berasa berdebar debar dan mudah letih.

Apabila otak tidak mendapat cukup tenaga maka seseorang juga menjadi murung dan mudah berasa bosan.

3) Otot

Otot kita menggunakan banyak tenaga. Metabolisme pada otot boleh jadi berlaku secara erobik di mana otot menggunakan oksigen bagi menguraikan gula kepada tenaga dan boleh jadi juga secara unerobik di mana pemecahan glycogen tidak menggunakan oksigen. Hasil akhirnya ialah sejenis asid laktik yang membuatkan otot berasa sakit dan lenguh.

4) Adipose tisu

Adipose tisu ialah nama lain bagi tisu lemak dalam tubuh kita. Tisu lemak merupakan simpanan tenaga dalam tubuh. Apabia seseorang berada dalam keadaan berpuasa lemak ini akan diuraikan kepada tenaga. Bahan yang penting semasa penguraian ini ialah enzim dan hormon pemecah lemak. Di antara hormon dan enzim yang penting ialah insulin glucagon thyroid lipase dan banyak lagi jenis amylase yang bekerja bersama sama.

Kesan daripada hormon yang rosak amat perlahan. Pada peringkat awal seseorang mula berasa keletihan sahaja lalu mereka beranggapan masalah itu adalah disebabkan penuaan. Apabila tua maka pelbagai masalah menyerang termasuklah keletihan. Apabila kerosakan hormon menjadi serious maka badan menjadi gemuk dan keletihan menjadi lebih ketara. Pada waktu ini program diet dan senaman tidak lagi dapat membantu mereka.

Kerosakan metabolik turut menjejaskan rupa paras dan kulit mereka. Kulit menjadi bertambah gelap dan kering. Pigmentasi mula kelihatan dan bagi lelaki rambut mula menjadi nipis. Sesetengahnya mula menjadi pelupa dan mudah stress.

Kita perlu faham terhadap metabolism sebelum memulakan program penurunan berat badan. Hormon cortisol yang terlalu tinggi cenderung bukan sahaja mengumpul lemak, ia juga membuatkan kulit bengkak dan timbul tanda pigmentasi kehitaman pada kuit.

Ramai orang berkata obesiti disebabkan pemakanan yang salah dan mengambil kalori berlebihan. Namun mengapa setelah berdiet dan makan secara sedikit mereka tetap tidak kurus? Kalau sebab obesiti ialah kalori berlebihan kenapa kita sukar kurus meskipun makan sedikit.

Menganggap obesiti sebagai suatu penyakit yang mengancam kesihatan membolehkan kita berganding bahu di dalam masyarakat bagi merawat dan membendung kejadian ini. Rawatan obesiti bukan sahaja memerlukan pengurangan kalori. Sebaliknya kerosakan hormon metabolik perlu dirawat dan kebolehan tubuh menggunakan lemak sebagai tenaga perlu distimulasikan. Ini dinamakan rawatan secara customized iaitu memenuhi keperluan tubuh seseorang.

Sumber: Mingguan Malaysia 15 Mei 2011

INFO SLIM DIET II : PRODUK MINUMAN KESIHATAN TERKENAL BERACUN

INFO SLIM DIET II : PRODUK MINUMAN KESIHATAN TERKENAL BERACUN

IPOH: Impian untuk kurus dengan segera boleh mendedahkan pengguna terhadap risiko penyakit gila dan maut apabila sejenis produk minuman kesihatan terkenal didapati dicampurkan kimia beracun diharamkan.

Kewujudan kimia berbahaya sibutramine itu turut mencetuskan persoalan apabila pemilik syarikat mendakwa produk berkenaan dihasilkan 100 peratus daripada kandungan teh hijau dan pelbagai herba botani terpilih.

Produk minuman pelangsingan tubuh itu bagaimanapun dirampas selepas serbuan serentak di seluruh negara terhadap syarikat dan stokis produk itu oleh Pegawai Bahagian Penguat kuasa Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pagi semalam.

Dalam pemeriksaan di pejabat syarikat itu di Greentown, di sini, sepasukan tiga pegawai BPF melakukan soal siasat sebelum menemui 465 peket produk pelangsingan tubuh itu.

Jurucakap BPF berkata, produk milik syarikat terkemuka itu dijual dengan harga RM40 sekotak dan didakwa boleh memberi kesan menurunkan berat badan selepas satu hingga dua minggu penggunaannya.

Sumber : Metro

INFO SLIM DIET II : UBAT DIET ‘BERACUN’ DIRAMPAS

INFO SLIM DIET II : UBAT DIET ‘BERACUN’ DIRAMPAS

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: June 7, 2012

PUCHONG – Orang ramai, terutama wanita yang gemar mengambil produk melangsingkan badan berasaskan buah-buahan, diminta berwaspada kerana disahkan mengandungi bahan kimia beracun, sibuteramine. Difahamkan produk berkenaan memberi kesan buruk kepada saraf otak jika diambil secara berterusan, meskipun ia berkesan dan membantu mengurangkan berat badan.

Perkara itu didedahkan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), yang membuat serbuan ke atas sebuah syarikat produk kesihatan di Bandar Puteri Puchong di sini, serentak dengan semua stokis di seluruh negara.

Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid Wan Ibrahim berkata, ratusan ribu paket minuman pelangsingan yang dikeluarkan syarikat berkenaan bernilai setengah juta ringgit dirampas, selepas pihaknya menerima aduan daripada Persatuan Pengguna Negeri Sembilan sebulan lalu.

“Syarikat berkenaan membuat pembungkusan semula, termasuk menukar bentuk dan nama produk , dengan alasan penambah baikan.

“Bagaimanapun, selepas produk itu dihantar ke makmal kimia untuk diuji, ternyata mereka masih mengekalkan kandungan racun terbabit,” katanya.

Menurutnya, syarikat yang sudah beroperasi lebih setahun itu mempunyai puluhan stokis di seluruh negara, selain pengguna tetap yang meyakini keberkesanannya tanpa mengetahui mereka terdedah kepada bahaya.

INFO SLIM DIET II : PRODUK PELANGSINGAN BADAN BERACUN (DIBUTRAMINE HYDROCHORIDE)

INFO SLIM DIET II : PRODUK PELANGSINGAN BADAN BERACUN (DIBUTRAMINE HYDROCHORIDE)

PUCHONG: Sebuah pusat kecantikan dikesan menjual produk pelangsingan badan mengandungi racun dibutramine hydrochloride yang boleh menyekat selera makan selain jika diambil berlebihan boleh menyebabkan strok dan serangan jantung.

Kegiatan pusat itu yang beroperasi di Bandar Puteri Puchong, di sini terbongkar selepas sepasukan anggota Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Selangor menyerbu premis berkenaan, sebelum merampas 120,000 kotak produk bernilai RM375,000 itu, kira-kira jam 11 pagi.

Produk yang dijual dengan harga RM300 sekotak itu mendapat sambutan kerana terbukti boleh menurunkan berat badan dalam masa yang singkat.

Timbalan Pengarah Farmasi (Kuatkuasa), Jaafar Lassa berkata, pihaknya menyerbu premis itu selepas mendapat aduan pengguna yang memaklumkan mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk hilang selera makan secara mendadak.

Katanya, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati produk pelangsingan yang dipasarkan itu memberi kesan sampingan kepada kesihatan termasuk risiko kematian.

“Kami mengambil sampel produk itu dan menghantarnya kepada penguat kuasa farmasi dan Jabatan Kimia untuk dianalisis dan hasilnya mendapati ia mengandungi racun dibutramine hydrochloride yang akan membunuh secara senyap sekiranya diambil berlebihan. Produk berkenaan dipercayai diimport dariChinasebelum dibungkus di negara ini.

“Selain itu, kami juga membeli produk itu di pasaran dan mendapati ramuannya mengandungi bahan berbahaya yang tersenarai sebagai racun pembunuh utama,” katanya dalam sidang media selepas operasi, di sini semalam.

Beliau berkata, produk itu banyak dijual di pasaran terbuka yang menarik pengguna terutama wanita kerana mampu menghilangkan selera makan sekali gus menurunkan berat badan.

“Kami nasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika membeli produk pelangsingan kerana mempunyai kesan sampingan terhadap kesihatan sekiranya mengambil dalam dos berlebihan,” katanya.

Katanya, dalam serbuan itu, dua wanita berusia 20-an yang dipercayai pekerja pusat berkenaan turut ditahan untuk diambil keterangan.

INFO SLIM DIET II :16.8j RAKYAT MALAYSIA OBESITI

INFO SLIM DIET II :16.8j RAKYAT MALAYSIA OBESITI

Masalah obesiti di negara ini semakin meningkat apabila lebih 16.8 juta penduduk menghidap penyakit itu yang berpunca daripada amalan gaya hidup dan pemakanan tidak seimbang.

Pengarah Eksekutif Institut Nasional Diabetes Malaysia (Nadi), Datuk Profesor Mustaffa Embong, berkata, secara kasarnya rakyat negara ini mengalami masalah kegemukan dan peratus wanita mendapat penyakit itu lebih tinggi berbanding lelaki.

“Wanita bersalin antara yang berpotensi mengalami kegemukan dan pertambahan kelahiran juga menyebabkan berat badan semakin bertambah,” katanya.

Katanya, faktor wanita mengalami lebihan berat badan berikutan kurang melakukan aktiviti sihat selain faktor pemakanan seperti banyak mengambil banyak kandungan kalori, digoreng atau kari menyebabkan peratus golongan berkenaan menghidap penyakit itu lebih tinggi berbanding lelaki.

Menurutnya, perkara itu perlu dipandang serius kerana ia menyumbang kepada pelbagai masalah lain kepada rakyat dan kajian juga menunjukkan bahawa 15 peratus daripada kanak-kanak berusia 12 hingga 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan.

“Penghidap obesiti di Malaysia begitu besar jumlahnya setanding dengan negara maju seperti Amerika Syarikat dan ia berpunca daripada pengambilan makanan segera yang mendatangkan pelbagai kesan serta risiko.

“Kita dapati kebanyakan mereka terdedah kepada penyakit lain seperti kanser, diabetes, pereputan tulang, serangan jantung dan beberapa penyakit lain,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi dan Pakar Perunding Endokrinkologi Pusat Perubatan Tropicana, Datuk Profesor Khalid Abdul Kadir dan Duta Rasmi Kempen LEAP, Jojo Struys.

Mustaffa berkata, penghidap kencing manis (diabetes) di Malaysia kini sebanyak 3 juta orang, jauh lebih tinggi daripada jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang 2025, iaitu hanya kira-kira 800,000 orang.

“Peningkatan penghidap diabetes di Asia termasuk Malaysia semakin membimbangkan dan sudah dilihat sebagai wabak di negara membangun. Daripada jumlah itu, wanita India paling ramai menghidap diabetes diikuti lelaki India, wanita Melayu, lelaki Melayu, wanita Cina dan lelaki Cina.

“Peningkatan jumlah itu boleh dikaitkan dengan cara hidup atau perubahan cara hidup yang membabitkan pengambilan gula berlebihan,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan darah perlu dilakukan bagi mengesan diabetes sebelum ia berkembang.

INFO SLIM DIET II : KENAPA SIBUTRAMINE MERBAHAYA

INFO SLIM DIET II : KENAPA SIBUTRAMINE MERBAHAYA

Baru-baru ini saya ada terbaca tentang beberapa produk pelangsingan yang dipasarkan di Malaysia telah dirampas oleh Jabatan Farmaseutikal kerana mengandungi sejenis bahan kimia yang dinamakan Sibutramine. Mungkin ramai lagi yang tidak tahu tentang fungsi bahan kimia ini dan mengapa ianya merbahaya.

Di bawah ini saya senaraikan beberapa informasi dan fakta tentang Sibutramine:

  • Merupakan sejenis bahan kimia yang pada asalnya banyak digunakan untuk menurunkan berat badan
  • Telah dipasarkan dengan meluas dengan pelbagai jenama seperti Reductil, Meridia dan Sibutrex.
  • Cara kerja ubat ini ialah dengan mengganggu fungsi neurotransmitter pada saraf sehingga menyebabkan hilang rasa lapar.
  • Pada Oktober 2010, melalui kerjasama Abotts Labs , US Food and Drug Administration , Health Canada , secara sukarela produk ini telah ditarik-balik penjualannya dari pasaran USA dan Kanada.
  • Faktor utama Sibutramine ditarik balik penjualannya di pasaran kerana dari satu ujikaji dan penelitian yang dijalankan oleh SCOUT (Sibutramine Cardiovascular Outcome) telah menunjukkan bahawa Sibutramine menyebabkan terjadi peningkatan risiko untuk serangan jantung (heart attack) dan juga angin ahmar (stroke). 

Sumber rujukan:

INFO SLIM DIET II – OBESITI (BAHAGIAN 1)

INFO SLIM DIET II – OBESITI

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Siapakah yang tergolong dalam obesiti

  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
  • Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
  • Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
  • Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

Makanan dan kesesuaian

Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Ini kerana diet pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai di kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktiviti seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh badan anda. Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan. Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.

Apakah berat badan sepatutnya?

Manusia dilahirkan dengan saiz, tinggi, dan bentuk badan yang berbeza. Sebab itu, tidak semua orang mempunyai ketinggian, bentuk, dan berat badan yang sama. Berat badan sepatutnya dikategorikan sebagai sederhana, iaitu tidak gemuk dan tidak pula kurus. Jika anda hendakkan berat badan sebegini, anda perlu menjauhi makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalori. Tetapi, jangan berlapar sehingga badan berubah menjadi kurus. Makanlah dengan cukup. Oleh itu, banyakkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana badan anda amat memerlukan makanan tersebut.

Pemakanan

Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan penukaran makanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitamin, protein, lemak, dan sebagainya.

Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu, dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan anda.

Apakah Indeks Jisim Badan?

Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.

Indeks Jisim Badan

Status

BMI

Kurus

Kurang 20.6

Normal

20.7 – 26.4

Gemuk

26.5 – 30.9

Obesiti

31.0 – 45.2

Bahaya

Lebih 45.3

Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:

Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):

BMI   =

berat(kg)

——————————

tinggi(m) x tinggi(m)

Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di sebelah kanan bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.

Kandungan lemak dalam makanan

Apa sahaja makanan yang kita makan, sebenarnya mengandungi banyak kalori daripada lemak. Di bawah ini, anda boleh mengikuti garis panduan diet Malaysia sebagai rancangan diet anda.

Jenis makanan

Gram lemak setiap sajian

% kalori dari lemak

             Makanan tinggi lemak

Hamburger saiz biasa

11.8

39

Hot dog

14.5

54

Kentang goreng

20-25 keping (saiz biasa yang
digoreng dengan minyak sayuran)

12.247

Keropok kentang – 1 aun

10.1

61

Mentega/marjerin – 1 sudu teh

4

94

Sos salad – 2 sudu makan

11.1

85

Kek keju

16.3

57

               Makanan rendah lemak

Kacang hijau – direbus = cawan

0.2

9

Roti – 1 keping

1.1

16

Mil oat – 1 cawan

2.4

15

Buah epal – 1 biji

0.5

6

Ubi kentang – 1 biji dipanggang

0.2

1

Jangan jadikan amalan, makan sambil menonton televisyen. Perbuatan ini boleh menyebabkan anda seronok sehingga tidak mahu berhenti makan.

Risiko kesihatan

Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:

  • Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
  • Strok (angin ahmar)
  • Tekanan darah tinggi
  • Batu hempedu
  • Diabetes (kencing manis)
  • Paras kolestrol darah yang tinggi
  • Gout
  • Sakit di bahagian bawah belakang badan
  • Sukar bernafas
  • Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
  • Gangguan pembuangan air kecil
  • Penyakit hati
  • Barah usus

Senaman yang boleh dilakukan

Tentu ramai anda yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ada penyakit, pasti ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti fizikal anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan:

  • Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik.
  • Berlari, lari-lari anak (joging), berbasikal, berenang, atau merentas desa.
  • Bersukan dengan bermain tenis, bola sepak, atau skuasy.
  • Berjalan-jalan, berkebun.
  • Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain.

Kenapa perlu bersenam?

Anda tahu tidak kenapa kita perlu bersenam? Faedahnya banyak. Dengan bersenam, badan kita akan jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah:

  • Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
  • Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
  • Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
  • Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
  • Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.
  • Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain.

INFO ALPHA LIPID : KANAK-KANAK OBES BERISIKO GEMUK BILA DEWASA

Kesihatan Anak: Kanak-Kanak Obes Berisiko Gemuk Bila Dewasa

Masalah obeseti/berat berlebihan adalah masalah kian meningkat di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak obes lazimnya mengalami masalah berat badan apabila dewasa kelak. Obesiti selalunya dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, pernafasan dan juga diabetes. Oleh itu kanak-kanak yang obes mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah berkenaan.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Obesiti?

Definisi obesiti menggunakan pengukuran Body Mass Index (BMI). Apa yang dimaksudkan BMI ialah nisbah berat (dalam kilogram) dibandingkan dengan ketinggian (dalam meter) seseorang.

Contoh:

Abu beratnya 80 kg dan ketinggian 170 sm

BMI = 80kg / 1.7X1.7
= 80/ 2.89
= 27.7

Daripada ukuran BMI kanak-kanak atau individu itu, dia boleh dikategorikan sebagai kurang berat, normal, berat berlebihan, obesiti atau obesiti yang teruk

Kelas BMI

Kurang berat: Kurang dari 18.5kg/m2
Normal 18.5-24.9
Berat berlebihan 25-29.9
1. Obesiti kelas 1 30 – 34.9
2. Obesiti kelas 2 35 – 39.9
3. Obesiti keterlaluan Lebih 40

Walaupun ukuran ini agak sukar dilakukan bagi kanak-kanak. Secara amnya jika berat mereka adalah 85 peratus lebih daripada kanak-kanak yang sebaya, kanak-kanak itu tergolong dalam kategori berat badan berlebihan.

Adakah Bayi Boleh Menjadi Obesiti?

Konsep bayi obes adalah sesuatu perkara baru dan tidak mudah diterima. Adalah anggapan yang biasa bayi gemuk dan comel adalah sihat, tetapi ada penyelidikan menunjukkan kebanyakan golongan dewasa yang obes bermula daripada bayi yang mempunyai berat badan berlebihan.

Memulakan makanan pejal yang berkarbohidrat tinggi pada usia terlalu awal dan juga minuman yang mempunyai kandungan gula seperti jus memberi kesan pada berat bayi. Bagi mengelakkan masalah bayi mempunyai berat badan berlebihan apa yang perlu dilakukan adalah penyusuan secukupnya sehingga usia lebih kurang enam bulan dan permulaan makanan pejal pada usia yang sama sambil meneruskan penyusuan.

Apakah Punca Obesiti?

a) Genetik dan Keturunan

  • Masalah obesiti berlaku dalam keluarga, ini secara tidak langsung membabitkan genetik sebagai salah satu dari punca obesiti.

b) Sebab persekitaran

  • Makanan segera atau makanan sedia ada dan juga cara pemakanan seseorang boleh menjadi faktor obesiti.

c) Cara hidup kanak-kanak seperti lebih suka menonton televisyen dan bermain komputer lebih daripada senaman akan menambahkan masalah obesiti

d) Sebab psikologi

Secara umumnya golongan dewasa dan juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan makan dengan lebih banyak dan secara tidak langsung menyebabkan obesiti. Ini juga benar bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kemurungan.

e) Masalah metabolisme

Ini disebabkan metabolisme yang rendah. Oleh itu penggunaan kalori yang rendah menyebabkan lebih banyak lemak terbentuk dan secara langsung menjadikan kanak-kanak itu menjadi obes. Di antara masalah metabolisme adalah hormon tiroid, berlebihan hormon kortisol dan sekarang ini kekurangan hormon leptin.

 Penyakit Yang Boleh Disebabkan Masalah Obesiti

  • Kencing manis terutama diabetes jenis kedua di mana hormon insulin kurang sensitif
  • Masalah jantung
  • Darah tinggi
  • Sleep apnea atau tidur dengan mengalami kekurangan oksigen semasa tidur.
  • Masalah reflux (GERD) dan perbagai lagi masalah lain.

Bagaimana Membantu Anak Anda Mengurangkan Berat Badan?

Dengan memakan makanan lebih sihat dan juga melakukan senaman. Proses pengurangan berat badan bukan berlaku sekelip mata tetapi memerlukan masa dan dorongan keluarga. Jangan sekali-kali mengurangkan makanan kanak-kanak tetapi berikan makanan lebih sihat seperti sayuran dan buahan. Pujian yang diberikan anda akan menambah sikap positif kanak-kanak dan ini memudahkan lagi proses pengurangan berat badan.

Bagaimana Memastikan Anak Makan Makanan Yang Berkhasiat?

a) Pastikan seluruh ahli keluarga terbabit dalam proses pemakanan yang lebih sihat. Ini akan mengurangkan rasa terpencil dalam proses itu.

b) Pastikan bila anda memilih makanan , makanan itu tinggi dalam serat dan juga lemak yang rendah.

c) Jika anak anda berumur lebih dua tahun, menggunakan susu yang rendah lemak boleh membantu mengurangkan berat badan. Pastikan kanak-kanak makan di atas meja makan.

Bagaimana Membantu Kanak-Kanak Bersenam Lebih?

a) Kurangkan menonton TV

b) Pastikan anak anda bermain dengan kanak-kanak lain

c) Pastikan seluruh keluarga menjalankan senaman seperti berbasikal atau berlari.

d) Pastikan anak anda aktif dalam aktiviti kokurikulum

Banyak perilaku keluarga menyebabkan masalah obesiti, dari jenis pemakanan keluarga sehinggalah aktiviti yang dilakukan keluarga. Untuk menukarkan perilaku ini bukanlah mudah, oleh itu perkara perkara yang disebut di bawah perlu diberi perhatian. Perlu diingatkan keluarga adalah pendorong utama kanak-kanak berubah kepadagayahidup lebih sihat.

Penukaran perlu dilakukan secara perlahan dan tidak drastik. Mulakan dengan perkara perkara yang mudah untuk diubahdan pastikan objektif penukaran tingkah laku keluarga boleh dicapai.

ALPHA LIPID – MERAWAT PENYAKIT STROKE

Angin Ahmar (Stroke)

Gambar dari wikipedia. Gambar angin ahmar berdarah (hemorrhagic stroke). Panah atas-edema, Panah bawah-pendarahan.

Pernahkah ada di kalangan ahli keluarga anda yang menghidapi masalah angin ahmar? Angin ahmar merupakan penyakit yang disebabkan oleh dua perkara:

  • Salur darah di otak tersumbat; atau
  • Pendarahan berlaku di otak

Masalah salur darah tersumbat berpunca daripada banyak sebab. Darah di bahagian otak dialirkan daripada 2 salur darah penting iaitu arteri karotid dan arteri vertebra (vertebral artery). Sumbatan pada mana mana sumber masuk darah ini boleh menyebabkan kematian sel otak. Selain arteri, vena yang tersumbat juga boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Sekiranya terdapat darah beku pada vena (contohnya sagital vein), darah tidak dapat keluar dari otak, darah tidak dapat mengalir dengan baik dan menyebabkan kematian sebahagian sel otak. Antara bahagian otak yang amat sensitif ialah bahagian hipokampus dan sel ependymal.

Penyebab utama berlaku angin ahmar:

  • Sumbatan arteri kecil (trombosis in situ)
  • emboli dari jantung menyumbat arteri otak (cardiac emboli)
  • emboli dari aterosklerosis pergi ke arteri otak
  • Pendarahan dalam otak

Sebab sebab yang lain termasuk:

  • Tekanan darah turun melebihi 40 mmHg – Virchow’s triad tidak stabil
  • Arteri karotid terbelah dua (disection) – menyebabkan sumbatan
  • radang salur darah – menyebabkan sumbatan
  • pendarahan subarachnoid – menyebabkan pendarahan
  • sumbatan vena otak – darah tidak bergerak
  • sindrom anti-phospholipid (anti-phospholipid syndrome) – menyebabkan kerosakan tisu otak
  • thrombophilia (darah suka membeku)
  • Penyakit Fabry’s

Faktor penggalak angin ahmar  (Risk factor)

  • tekanan darah tinggi (boleh menyebabkan arteri rosak dan seterusnya pendarahan dalam otak)
  • merokok – meningkatkan aterosklerosis
  • kencing manis – meningkatkan aterosklerosis
  • penyakit jantung (atrial fibrillation – darah kurang bergerak menyebabkan gumpalan darah beku terbentuk, masalah injap – lebih mudah dijangkiti kuman dan gumpalan darah beku mudah terbentuk, masalah ischemia – jantung yang pernah mengalami serangan iskemia boleh menggalakkan pembentukan gumpalan darah)
  • Bunyi pada arteri karotid (carotid bruit)
  • Hormon pencegah kehamilan
  • banyak lemak dalam darah
  • darah cepat membeku
  • sifilis (salur darah mengembang dan membentuk gumpalan darah, permukaan salur darah yang luar biasa menyebabkan gumpalan darah terbentuk)
  • Peningkatan Homocysteine dalam darah.

Tanda tanda:

Tanda tanda bagi penyakit ini bergantung kepada kawasan otak yang terjejas oleh sumbatan atau pendarahan tersebut.

Infark Kawasan Cerebrum

Sekiranya kawasan cerebrum yang terjejas, maka, kesannya, individu tersebut akan mengalami lumpuh pada bahagian badan. Sekiranya bahagian otak kiri yang terjejas, lumpuh tersebut berlaku pada kawasan kanan badan dan deria sentuh juga hilang pada bahagian sebelah kanan. Sekiranya bahagian otak kanan yang terjejas, maka bahagian badan kiri akan menjadi lumpuh termasuk deria sentuh sebelah kiri. Kawasan yang lumpuh itu pada asalnya amat longlai tetapi lama kelamaan ia menjadi keras dan amat sukar digerakkan orang.

Infark Kawasan Pangkal Otak (Brain stem)

Kesannya amat pelbagai. Antara masalah yang dialami ialah lumpuh Quadriplagia (lumpuh tangan dan kaki). Masalah seterusnya ialah sindrom ‘Lock In’. Sindrom ini melibatkan kecacatan pada saluran sarah dari otak ke tulang belakang (Cortico-spinal) dan Cortico-nuclear, menyebabkan individu tersebut hanya dapat melihat dan mendengar tetapi tidak dapat bergerak balas.

Infark Kawasan Lacunar (Basal Ganglia, thalamus dan pons)

Mnemonic Lock-in syndrome

Apa yang biasa dilakukan kepada pesakit angin ahmar?

  1. Saluran pernafasan mestilah dipastikan baik untuk mengelakkan tak cukup oksigen atau tersedut muntah sendiri.
  2. Pastikan paras gula dari 4-10 mmol/L. Gunakan insulin pada orang kencing manis
  3. Pastikan tekanan darah stabil. Jangan biarkan tekanan darah kurang sebanyak 20% bagi mengelakkan tisu otak yang sedia kekurangan darah itu menjadi semakin rosak
  4. Lakukan CT (5 minit diperlukan)
  5. Gunakan ubat trombolisis (fibrinolytics) seperti Lepirudin, -gatran, -xaban, ateplase atau lain lain mengikut kesesuaian bagi memecahkan gumpalan darah tersebut. –> kawalan trombus putih
  6. Berikan antiplatelet (aspirin/-grel/-elor/abciximab) bagi mengelakkan masalah ini berulang/menjadi lebih teruk –> kawalan trombus putih
  7. Jangan bagi apa apa melalui mulut. Kerana ia boleh menyebabkan tercekik. individu yang mengalami angin ahmar mengalami masalah untuk telan..(Telan tidak boleh, makan tak lalu)..

Testimoni Alpha Lipid : Membantu Memulihkan Penyakit Stroke

KELEBIHAN SUSU ALPHA LIPID LIFELINE

ALPHA LIPID ADALAH SUSU KOLOSTRUM TERBAIK DI DUNIA ! Hasilnya, ianya menjadikan makanan kesihatan yang paling seimbang, sempurna dan berkhasiat sesuai untuk semua peringkat umur. Ianya adalah susu awal lembu atau lebih dikenali sebagai produk KOLOSTRUM  bergred tinggi.

KOLOSTRUM adalah susu awal mamalia yang dihasilkan pada peringkat awal ibu-ibu melahirkan anak (manusia / haiwan) iaitu dalam jangka masa 72 jam pertama selepas melahirkan. Ianya kaya dengan antibodi semulajadi dan merupakan sumber makanan yang paling berkhasiat kerana mengandungi semua jenis vitamin dan garam mineral yang diperlukan tubuh. Ia adalah Pemakanan Semulajadi yang selamat dansesuai untuk semua peringkat umur iaitu dari peringkat bayi,kanak-kanak,remaja hinggalah kepada yang lanjut usia.

ALPHA LIPID LIFELINE adalah produk KOLOSTRUM YANG TERBAIK DI DUNIA dan telah mendapat pengiktirafan Export Winner yang dianugerahkan oleh Kerajaan New Zealand sebanyak 3 kali.

Tidak semua kolostrum sama….Alpha Lipid Lifeline merupakan Kolostrum Berkualiti Tinggi, sebab itu ramai yang mengambilnya mendapat manfaat kesihatan yang amat memberangsangkan. Alpha Lipid Lifeline ialah produk kesihatan yang unggul, semulajadi, selamat, tidak toksik, tidak allergik dan amat kaya dengan bahan pemulih penyakit. Ia juga mengandungi Probiotik Bakteria Normal di saluran usus iaitu Lactobacilli & Acidophilus serta menghalang cirit birit dan masalah usus lain sambil membekalkan vitamin & minerals dengan seimbang. Alphalipid menawarkan pemulihan sistem badan anda melalui penjanaan tenaga yang optimum , membantu proses penghadaman , memperbaiki tisu dan sel badan, mengekalkan kalsium tambahan untuk tulang dan gigi sambil membekalkan antibodi tambahan dari punca alam semulajadi melalui kolostrum gred 10 iaitu terbaik di dunia.

Kolostrum Alphalipid: Membekalkan Imuniti Semulajadi kepada tubuh anda.

Kuman dan lain-lain mikrob berbahaya cuba memasuki sistem perut dan usus kita melalui rongga mulut dan hidung. Sistem usus kita mempunyai antibodi semulajadi, tetapi kebiasaanya ianya tidak mencukupi bagi mempertahankan serangan dari jutaan mikrob berbahaya setiap hari. Antibodi-antibodi dari kolostrum yang anda minum akan kekal didalam usus sambil meneutralkan serangan kuman dan mikrob berbahaya sebelum ianya membuatkan anda sakit.

.1.Kuman berbahaya memasuki badan anda dan cuba membina koloni di sekitar dinding usus. Lebih dari 80% dari jangkitan penyakit biasa adalah bermula dari dinding usus, maka melindungi dinding usus adalah pertahanan awal terpenting dalam menjaga kesihatan kita.2. Sebaik sahaja kuman berbahaya melekatkan dirinya pada dinding usus, ianya mula menggandakan dirinya membina koloni tanpa batas dan seterusnya mula menghasilkan gejala penyakit kepada seseorang.

3. Antibodi tambahan dari kolostrum Alphalipid kekal tinggal didalam usus, meningkatkan paras antibodi semulajadi anda bagi membantu memperkasakan sistem imun anda.

4. Antibodi dari kolostrum Alphalipid (yang berbentuk ‘Y’) akan mengepung kuman penceroboh supaya ianya gagal melekatkan diri pada dinding usus. Kuman penceroboh hanya mampu melepasi sistem usus anda tanpa memberi sebarang kesan mudarat dan jangkitan.