INFO SLIM DIET II – 10 Tips Ringkas Kuruskan Badan.

INFO SLIM DIET II – 10 Tips Ringkas Kuruskan Badan.

Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.

Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.

Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:

1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 3-5 kg dalam seminggu.

Biasanya 3 kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan pengguna sd2. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 1-3 kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Elakkan  juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi) . Lebihkanlah memakan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak).

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.

6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

  •  Sebelum sarapan , ambil satu hidangan sd2 dan baru sarapan pagi di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
  • Makan sekeping biskut kraker jika lapar di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 – 11.00 pagi) , kalau tak lapar tak perlu makan .
  • Sebelum makan tengahari , ambil satu hidangan sd2  dan baru makan tengahari (12.30 tengahari – 1.30 petang)
  • Sebelum makan malam , ambil satu hidangan sd2 dan baru makan malam (6.30 petang – 7.30 malam)
  • Satu jam sebelum tidur , ambil satu hidangan sd2 ( 10.00 malam )

Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.

10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.

Selamat Mencuba !!!

Advertisements

INFO SLIM DIET II – 6 Tips Kempiskan Perut BUNCIT

INFO SLIM DIET II – 6 Tips Kempiskan Perut BUNCIT

Bosan apabila memakai baju dan malu apabila melihat perut anda kedepan? Tiada peluang untuk memakai baju mengikut bentuk badan? Cemburu dengan mereka yang memiliki perut yang tegap dan cantik seperti model di iklan televisyen?

Jangan merasa begitu lagi kerana di sini terdapat 6 tips segar untuk anda kembali ramping dan memiliki perut yang sama rata baik untuk lelaki ataupun perempuan.

Ikuti tips ini untuk mengalami keberkesanan untuk memiliki perut kempis dengan mudah dan senang.

1.Makan makanan yang betul

Image

Untuk miliki perut yang kempis, perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang betul dan seimbang untuk tubuh badan kita. Perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau.

2.Tinggalkan makanan ringan

Image

Mungkin ini perkara paling sukar untuk ditinggalkan apabila saban hari kita disogok dalam menghayati keenakan makanan ringan tidak kira pada waktu pagi, tengahari dan juga malam. Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kal (kalori) yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun 3 bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin.

3.Berhenti makan lewat malam

Image

Kita pasti selalu mendengar perumpamaan ini bukan? Elak makan di waktu tengah malam. Kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar.

4.Kurangkan minuman bergula dan soda 

Image

Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari.

5.Jangan berulam air ketika makan 

ImageSeelok-eloknya, jauhi makan sambil berulam dengan air kerana situasi ini mampu membuatkan perut anda buncit. Selepas makan, biarkan seketika dan barulah kita meminum air suam. Elakkan meminum minuman sejuk kerana proses penghadaman akan mengalami masalah jika berulam air sejuk dan mengakibatkan perut kita senang buncit.

6.Lakukan senaman kardio 

Image

Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.Melakukan senaman kardio adalah amat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti jogging, berjalan. Dan menaiki tangga. Diharap dengan tip-tip yang diberi dapat membantu anda dalam usaha anda mendapatkan bentuk badan yang diingini.

INFO SLIM DIET II – Tips Kempiskan Perut BUNCIT Tanpa Senaman

INFO SLIM DIET II – Tips Kempiskan Perut BUNCIT Tanpa Senaman

Senaman antara elemen penting dalam proses penurunan berat badan. Namun begitu ramai yang memberi alasan SIBUK menyebabkan mereka memandang remeh hal ini. Salah satu senaman mudah untuk mengempiskan perut adalah melakukan bangkit tubi atau nama popularnya SIT UP.

Image

Tidak dapat dinafikan keberkesanannya jika kita melakukannya secara konsisten . Cara mengamalkannya adalah seperti berikut :

  1. Bagi peringkat awal, lakukan 10 kali selepas bangun tidur sebelum bangkit daripada katil.
  2. Lakukan 10 kali lagi sebelum tidur.
  3. Apabila sudah serasi, tambahkan jadi 20 kali bagi setiap sesi.

Tidak perlu melakukan pada kuantiti yang banyak TETAPI paling penting adalah konsisten dan berterusan.Anda tidak akan merasa perubahannya serta merta tapi setelah sebulan, pasti seluar yang dipakai terasa longgar.

Ini cara-caranya :

  1. Kempiskan perut anda seberapa yang boleh
  2. Tahan selama 10 saat ( atau lebih )
  3. Lepaskan
  4. ulangi langkah-langkah di atas sebanyak 8 kali atau lebih

In fact, sewaktu anda baca post ini, anda boleh kempiskan perut dan tahan 10 saat. Bila diulangi lebih dari 8 kali, anda boleh rasakan ‘effect’ seperti buat sit ups. Mudah sangatkan? Technically, kita mahukan perut berasa ‘letih’. Ini akan membantu pembakaran lemak supaya lebih mudah bertukar kepada muscle.

Jika anda sukakan ‘extra’, anda juga boleh melakukan senaman kemut(kegel) untuk mengetatkan faraj/vagina pada masa yang sama..

 Cara-caranya :

  1. Tarik nafas , kempiskan perut seberapa yang boleh , kemut seberapa kemut yang boleh pada masa yang sama
  2. Tahan nafas , tahan kempis perut , tahan kemutan selama 8 – 10 saat
  3. Lepaskan nafas , kempiskan perut dan kemutan perlahan-lahan
  4. Ulangi sebanyak 8 kali atau lebih

Taraaa…Sangat mudahkan dan boleh dilakukan di mana jua anda berada..Memasak, membaca, lihat TV, sambil melayan FB..Paling utama kenalah istiqamah..

Bila senaman ringkas ini dilakukan bersama dengan pengambilan  Slim Diet II , mesti perut anda semakin mantap.

Image

INFO SLIM DIET II – 7 Cara Kempiskan Perut BUNCIT

INFO SLIM DIET II – 7 Cara Kempiskan Perut BUNCIT

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.

Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.

Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa.

Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah  mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:

1. Minum air masak yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba !!!

INFO SD2 : Tangani obesiti kanak-kanak

INFO SD2 : Tangani obesiti kanak-kanak

Oleh SUHANA VERU
Kosmo!

PADA bulan April tahun lalu, kerajaan menguatkuasakan larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat di kantin sekolah bagi membendung risiko obesiti dalam kalangan pelajar sekolah. Langkah itu dilakukan berikutan Malaysia dilaporkan sebagai negara yang menghadapi masalah obesiti paling tinggi di Asia Tenggara dan berada di tangga keenam di Asia.

Menyedari hakikat itu, syarikat pengeluar makanan terkemuka, Nestle (Malaysia) Berhad baru-baru ini menganjurkan forum obesiti untuk meningkatkan kesedaran mengenai masalah obesiti selain membincangkan kaedah-kaedah untuk menangani masalah tersebut.

Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Peter R.Vogt berkata, forum tersebut adalah inisiatif pihaknya untuk memberi kesedaran mengenai penyakit itu.

“Nestle telah memulakan beberapa inisiatif dengan menyediakan pendidikan mengenai pemakanan dan cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat.

“Salah satu program yang dijalankan ialah program Healthy Kids Nestle iaitu usaha untuk mendidik kanak-kanak ke arah pemakanan dan gaya hidup sihat serta menangani cabaran kekurangan khasiat dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak,” katanya pada forum obesiti di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Peter, pada tahun 2007 pihaknya bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menjalankan satu kajian susulan mengenai status pemakanan berkhasiat dan tabiat pemakanan dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah bagi menentukan perubahan.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2001 mendapati berlaku peningkatan sebanyak 12 peratus dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang berlebihan,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, peserta forum berpeluang berinteraksi dengan panel Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Persatuan Dietitian Malaysia (MDA) dan Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM).
Naib Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO), Profesor Dr. Norimah A. Karim berkata, kajian yang dijalankan bersama Nestle berhubung status pemakanan dan tabiat makan pelajar sekolah rendah di Malaysia pada tahun 2007 hingga 2008 menunjukkan satu daripada tiga pelajar sekolah rendah ke sekolah mengabaikan sarapan pagi.

Menurutnya, banyak faktor boleh dikaitkan dengan kegemukan. Antaranya termasuklah pengambilan makanan berlebihan dan kurang melakukan aktiviti kecergasan.

“Kajian yang dijalankan ke atas lebih 11,000 murid sekolah rendah menunjukkan, kanak-kanak di Malaysia mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal.
“Bahkan, kajian mendedahkan golongan tersebut lebih kerap makan makanan segera dan ringan. Mereka juga gemar menonton televisyen, bermain permainan kanak-kanak dan video turut menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti,” ujarnya.

Sehubungan itu, untuk menggalakkan kanak-kanak mengamalkan cara hidup sihat mereka perlu dididik melalui corak pemakanan yang seimbang.

“Dalam konteks ini, usaha menangani obesiti bukan sahaja terletak di tangan pihak sekolah tetapi juga ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa.

“Sepatutnya ibu bapa memberi galakan kepada anak-anak untuk mengamalkan gaya hidup sihat sejak kecil. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak mereka memilih makanan yang sihat,” nasihat Dr. Norimah.
Sementara itu, Dr. Chin Yit Siew daripada Bahagian Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang membentangkan kajian mengenai risiko obesiti dan kecelaruan pemakanan dalam kalangan remaja di negara ini turut bersependapat dengan Dr. Norimah.

Image

Image

Image

Katanya, golongan itu terdedah dengan risiko obesiti kerana mengabaikan pengambilan makanan dan makan mengikut hawa nafsu.

“Pendek kata, remaja Malaysia sememangnya berisiko obes kerana mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat,” jelasnya.

Pengarah Bahagian Pemakanan, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan, Rokiah Don pula berharap pengeluar makanan perlu lebih bertanggungjawab dalam memasarkan produk-produk mereka.
“Mereka perlu peka dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985. Sebarang iklan yang keluarkan oleh syarikat makanan di televisyen perlu mematuhi akta berkenaan supaya masyarakat kita tidak disajikan dengan makanan yang tidak berkhasiat,” jelasnya.

INFO SD2 : ANAK OBES

INFO SD2 : ANAK OBES

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
2010/07/11

Gemuk melampau ancaman utama kanak-kanak di Malaysia, termasuk di luar bandar

BAYI yang gempal sering menjadi tumpuan kerana disifatkan sebagai comel. Namun, di sebalik kecomelan itu, sebenarnya terkandung bahaya jika bayi yang montel itu kekal gemuk dan seterusnya obesiti apabila dewasa.

Image
Lebih membimbangkan, obesiti bukan masalah peribadi atau individu itu semata-mata tetapi turut menjejaskan pembangunan negara. Apalagi kanak-kanak yang berperanan sebagai generasi muda negara. Anak obes ini berdepan pelbagai risiko kesihatan termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan tahap lemak dalam darah abnormal, penolakan insulin dan diabetes jenis dua, hati dan pundi kencing terjejas serta kemurungan.

Risiko Masalah lain yang turut menjejaskan kehidupan seharian mereka termasuk sering tercungap-cungap, gelisah atau masalah tidur, kelihatan lebih berusia atau lebih dewasa sebelum usia (kanak-kanak terlebih berat mungkin lebih tinggi atau cepat matang dari segi seksual berbanding rakan sebaya). Bagi kanak-kanak perempuan pula, mereka berhadapan masalah gangguan kitaran haid dan masalah kesuburan.

Di Malaysia, masalah itu tidak terkecuali apabila semakin ramai kanak-kanak ‘dibiarkan’ obes akibat sikap ibu bapa yang tidak prihatin soal pemakanan anak-anak. Bayangkan, si kecil yang didedahkan dengan makanan segera yang mengandungi banyak lemak pada usia awal lagi.

Kanak-kanak Melayu berusia 7 hingga 12 tahun misalnya, menjadi kumpulan terbesar atau 67 peratus yang bermasalah obesiti di Semenanjung Malaysia berbanding kumpulan etnik lain.
Hasil dua kajian oleh universiti tempatan menunjukkan 23 peratus kanak-kanak Cina dan 10 peratus kanak-kanak India mengalami masalah lebihan berat badan dalam lingkungan usia sama.

Presiden Persatuan Obesiti Malaysia (Maso), Prof Dr Mohd Ismail Noor, menyifatkan hasil kajian penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2007/2008 itu sebagai membimbangkan kerana turut membabitkan kanak-kanak di luar bandar.

Beliau mendakwa perkembangan itu agak luar biasa kerana hanya ditemui di Malaysia dan tidak di kalangan kanak-kanak negara membangun yang lain.

“Obesiti menjadi ancaman utama kanak-kanak di Malaysia. Secara keseluruhan, masalah lebihan berat badan di kalangan kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun tahun meningkat 1.8 peratus iaitu kepada 12.8 peratus pada tahun 2007/2008 berbanding 11 peratus pada tahun 2001/2002.

“Malah, obesiti pula meningkat kepada empat peratus pada menjadi 13.7 peratus. Secara umumnya, kalau kita bandingkan dengan kajian pada 2001 iaitu seorang bagi setiap lima kanak-kanak mengalami masalah berat badan berlebihan dan obes, kajian pada 2009 itu pula menyaksikan masalah itu dialami seorang bagi setiap empat kanak kanak,” katanya.

Jelasnya, walaupun kebanyakan kanak-kanak yang obes dan mengalami masalah lebihan berat badan berada di kawasan bandar namun peningkatan jumlah kanak-kanak luar bandar semakin membimbangkan.

Misalnya, sekitar 47 peratus kanak-kanak luar bandar di negeri Pantai Timur dikategorikan sebagai obes berbanding 53 peratus kanak-kanak bandar. Sebanyak 43 peratus kanak-kanak luar bandar di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor adalah obes berbanding 56 peratus kanak-kanak di kawasan bandar.

Di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, 42.6 peratus kanak-kanak di kawasan luar bandar mengalami masalah obes dan lebihan berat badan berbanding 57.4 peratus kanak-kanak di kawasan bandar.

Prof Ismail berkata, jika tidak ditangani segera, perkembangan ini boleh memberi kesan negatif kepada kanak-kanak itu dan juga pembangunan negara.

“Gejala pelik ini perlu ditangani sebaik-baiknya kerana kanak-kanak yang obes pada waktu kecilnya memiliki kecenderungan untuk kekal obes apabila dewasa. Obesiti dan masalah lebihan berat badan seperti yang kita tahu membawa kepada pelbagai implikasi kesihatan seperti masalah jantung,” katanya.

INFO: Tangani obesiti si kecil

  • Seawal usia kehamilan hingga setahun
    Susu ibu bantu cegah masalah berat badan dan bayi yang menyusu lebih berupaya kawal pengambilan makanan.
  • Usia dua ke enam tahun
    Sesuai memulakan tabiat pemakanan yang baik. Bantu anak membentuk pemilihan makanan dengan pengenalan kepada pelbagai jenis makanan yang sihat. Galakkan juga mereka untuk aktif bersukan.
  • Usia 7- 12 tahun
    Galakkan mereka dengan aktiviti fizikal.
    Jika tidak menyepak bola di padang, berjalan-jalan atau bermain di laman sudah memadai.
  • Usia 13 ke 17
    Remaja gemarkan makanan ringan dan segera. Namun, hadkan kepada tiga bulan sekali, andai mereka benar-benar mahukannya. Didik mereka hargai makanan sihat selain babitkan mereka dalam usaha menyediakan makanan sihat bersama-sama di rumah.
  • Kurangkan masa menonton televisyen, komputer atau bermain komputer. Jangan biasakan mereka makan sambil menonton televisyen.

Kesan Gula-Gula Pada Kanak-Kanak

Saya pasti jika anda mempunyai anak kecil, anda akan perasan mereka cukup sukakan gula-gula. Dan bagi sesetengah ibu-bapa, cara termudah untuk memujuk anak mereka yang menangis adalah dengan memberikan gula-gula. Mesti anaknya diam lepas tu.

Tapi gula-gula sebenarnya mengandungi bahan campuran yang didakwa boleh menyebabkan anak kecil mengalami masalah kelakuan termasuk panas baran dan kurang daya tumpuan.

Selain dari itu, bahan didalam gula-gula juga boleh menjadikan kanak-kanak hiperaktif, gelisah dan nakal.

Bukan itu saja… pengambilan gula-gula dalam kuantiti yang banyak dan kerap juga boleh menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk, mengurangkan kecergasan dan menjejaskan pencapaian dalam pelajaran.

Selama ini yang selalu ditekankan tentang gula-gula ialah ia boleh menyebabkan kerosakan gigi. Rupa-rupanya, ada banyak lagi faktor lain yang menyebabkan pengambilan gula-gula dikalangan anak-anak perlu dikawal oleh ibu bapa.

Cara-cara berikut mungkin boleh di praktikkan bagi mengatasi masalah anak yang mahukan gula-gula :

* Alih perhatian mereka kepada aktiviti lain atau barang mainan yang digemari oleh anak.
* Gantikan gula-gula dengan buah-buahan seperti tembikai, betik, pisang,dan buah epal. Buahan-buahan bukan sahaja mengandungi air tetapi kaya dengan vitamin C.
* Elakkan dari menyimpan gula-gula dirumah.
* Seeloknya elakkan dari memperkenalkan gula-gula kepada anak dibawah usia 2 tahun.

INFO SD2 : Obesiti Kanak-kanak – Dimanakah Peranan Ibu Bapa?

INFO SD2 : Obesiti Kanak-kanak – Dimanakah Peranan Ibu Bapa?

06/05/2011 | Utusan Malaysia

Kanak-kanak montel, mungkin dianggap comel tetapi pernahkah kita terfikir jika kemontelan itu berterusan sehingga dewasa? Di tambah lagi, penyakit tidak berjangkit pada masa kini tidak mengenal usia dan jantina. Bahkan ia terus bermaharajalela dalam masyarakat kita. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masyarakat kita sekarang sedang membentuk dan menyediakan generasi yang gemuk dan berpenyakit pada masa akan datang.

Image

Image

Image

Kanak-kanak obes kini sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita tetapi senario ini tidak dipandang sebagai satu masalah kesihatan awam. Bahkan ia menjadi sesuatu yang normal pada pandangan masyarakat. Hakikatnya, masyarakat kita telah pun menyedari tentang peri penting menjaga kesihatan tetapi kadangkala sikap dan tabiat gaya hidup yang tidak sihat diamalkan secara tradisi menjadi ikutan. Lantas, ia menjadi satu kelaziman dan akhirnya pelbagai masalah yang menyusup masuk dalam kehidupan mengundang bala yang tidak disedari. Lihat saja, berapa ramai antara kita yang sihat, tiba-tiba meninggal dunia akibat penyakit pembunuh secara senyap? Berapa ramai pula sekarang anak-anak telah pun mengidap penyakit diabetes sejak kecil dan paling malang lagi di bangku sekolah telah mengambil suntikan insulin sebagai rawatan diabetes? Siapakah yang harus ditunding jari ?

Secara asasnya, pendidikan pemakanan dibentuk oleh kedua ibu bapa, keluarga atau orang yang menjaga anak-anak sejak dari kecil. Segala aspek bermula daripada pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan jenis makanan adalah dicedok daripada apa yang diberikan, dibentuk dan ditunjukkan oleh ibu bapa. Kemudian barulah faktor-faktor luaran yang memainkan peranan dalam membentuk tabiat pemakanan anak-anak. Jika di sekolah, mereka mungkin terpengaruh dengan kawan-kawan dan juga persekitaran yang mereka lalui. Tetapi di rumah, ahli keluarga dan persekitaran rumah adalah penting dalam mencorak pola pemakanan anak-anak.

Setiap ibu bapa mahu melihat anak-anak mereka membesar dengan sihat dan kuat. Justeru itu, sudah pastilah anak-anak disediakan dengan makanan yang berkhasiat. Pada umur awal tumbesaran, masalah pemakanan menjadi agenda utama dalam perkembangan mereka. Ini kerana sesetengah kanak-kanak mungkin menjadi kurang berselera dan ada yang mempunyai selera yang berlebihan terhadap sesuatu makanan. Ia adalah lumrah dalam perkembangan awal kanak-kanak. Mungkin disebabkan faktor ini, ibubapa memanjakan anak-anak dengan memberi segala jenis makanan dengan harapan agar mereka mendapat semua khasiat yang diperlukan. Akhirnya mereka gagal untuk mengawal pemakanan malah anak-anak cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan. Tidak mustahil, makanan tersebut juga tidak berkhasiat dan tidak sesuai untuk mereka akhirnya akan menyumbang kepada masalah obesiti.

Walaupun faktor genetik atau keturunan tidak dapat dinafikan menyumbang kepada masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak namun punca luaran atau persekitaran tidak boleh dipandang sepi. Kanak-kanak cenderung menjadi obes apabila ibu bapa mereka juga obes. Walaupun berlaku ketidakseimbangan genetik menyebabkan individu makan secara berlebihan namun faktor ini tidak dapat diuruskan dalam kita menangani obesiti kanak-kanak. Namun, kita boleh melihat corak pemakanan anak-anak juga dicontohi daripada ibu bapa. Ibu bapa yang tidak mempunyai amalan pemakanan yang sihat boleh menyebabkan anak-anak mengikut acuan tersebut.

Dalam pada masa yang sama, kita tidak boleh menyalahkan lambakan satu-satu makanan yang menyebabkan anak-anak kecil menjadi obes. Budaya semasa masyarakat yang gemarkan makanan berkalori tinggi contohnya nasi lemak, roti canai, teh tarik dan makanan segera yang lain juga menyumbang kepada masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Corak pemakanan sebegini memberi contoh kepada anak-anak. Namun begitu, ia tidak menjadi satu-satunya punca kepada permasalahan ini berlaku. Oleh itu, amatlah tidak wajar jika trend ini dipersalahkan sedangkan pokok pangkal penyebabnya tidak diperbetulkan. Contohnya, jika makanan seperti nasi lemak mudah didapati tetapi pengambilannya tidak dikawal, maka ia juga boleh menyumbang kepada masalah obesiti disebabkan kekerapan pegambilannya. Pokok pangkalnya adalah pendidikan daripada ibu bapa yang menentukan corak pemakanan mereka.

Dalam hal sebegini, kesibukan ibu bapa menyebabkan pemilihan makanan yang berkhasiat agak terhad. Ibu bapa yang sibuk cenderung memilih makanan segera sebagai hidangan untuk keluarga disebabkan kekangan masa. Akhirnya ia menjadi satu budaya dalam sesebuah keluarga. Begitu juga dengan pengaruh persekitaran seperti rakan sebaya dan media massa memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada permasalahan obesiti kanak-kanak.

Jika di sekolah, anak-anak di luar pengaruh dan kawalan ibu bapa, maka rakan sebaya dan persekitaran menjadi contoh utama mereka dalam memilih sesuatu makanan. Di sekolah, pemilihan makanan yang berkhasiat juga terhad malah kebanyakan makanan yang disediakan tidak cukup seimbang, berkalori tinggi, tinggi gula, garam dan juga kolesterol. Kewujudan dan kemudahdapatan snek dan minuman manis seperti “vendor machine” di sekolah juga menyebabkan anak-anak cenderung untuk mengambil gula secara berlebihan. Apatah lagi, jika pembekal makanan di sekolah lebih suka menjual makanan rapu atau “junk food” yang menjadi kesukaan kanak-kanak.

Seharusnya pihak tersebut tidak mementingkan keuntungan semata-mata dengan menjual makanan yang tidak berkhasiat. Ini kerana makanan ringan akan menyumbang lebih banyak kalori malah menyebabkan pengguna menjadi cenderung untuk mengambilnya lebih banyak dan mengehadkan pengambilan makanan berkhasiat lain. Senario ini kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak, dan mereka lebih cenderung untuk menghabiskan wang belanja harian semata-mata untuk membeli makanan ringan berbanding makanan berkhasiat yang lain seperti hidangan nasi dan sebagainya. Pengambilan kalori yang tinggi, gula dan garam berlebihan akan menyumbang kepada masalah obesiti kanak-kanak. Seharusnya, permasalahan sebegini diberi perhatian serius oleh ibu bapa, pihak sekolah dan juga pembekal makanan di sekolah. Kawalan dan pemantauan terhadap bekalan makanan ringan dan minuman yang tidak baik untuk kesihatan harus dipertingkatkan malah makanan yang tidak berkhasiat ini perlu dihadkan atau diberhentikan penjualannya.

Kanak-kanak yang obes akan cenderung menjadi obes apabila dewasa kelak ataupun mengalami berat badan berlebihan sepanjang hayat mereka jika tidak dirawat dan dipantau. Di samping pelan pemakanan yang sihat, anak-anak juga perlu diterapkan latihan fizikal yang mantap. Bukan sekadar menghabiskan masa terluang di hadapan televisyen dan komputer. Ibu bapa yang memiliki anak-anak obes perlu tahu bahawa mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul adalah satu perkara yang sukar. Justeru, ia memerlukan kefahaman yang mantap tentang permasalahan ini dan menekankan tabiat pemakanan yang sihat. Bukan setakat diterapkan kepada anak-anak malah perlu dilakukan bermula daripada diri sendiri. Barulah ia mempunyai sinergi yang cukup kuat dalam menyediakan kanak-kanak yang sihat dan generasi tidak obes pada masa akan datang.

Kesimpulannya, kita perlu mengamalkan sikap mencegah lebih baik daripada mengubat. Kita perlu mencegah penyakit yang bakal timbul akibat keobesan generasi masa kini dengan menerapkan amalan pemakanan sihat dan berbudaya hidup sihat. Semuanya bermula daripada ibu bapa sebagai pasak utama dalam pendidikan pemakanan anak-anak. Sejajar dengan saranan dalam surah Isra’ ayat 7 yang bermaksud “Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga…”. Jika kita tidak berkorban untuk anak-anak pada hari ini bermakna kita menyediakan generasi yang tidak sihat pada masa akan datang. Ayuh, perkasakan peranan ibu bapa dengan menilai pelan pemakanan sihat anak-anak pada hari ini.

INFO SD2 : Kanak-Kanak Gemuk Sasaran Buli

INFO SD2 : Kanak-Kanak Gemuk Sasaran Buli

Kajian terbaru mendapati bahawa kanak-kanak yang menghadapi masalah berat badan berlebihan atau gemuk menghadapi risiko lebih tinggi untuk menjadi mangsa buli di kalangan rakan sebaya.

Lain-lain faktor yang biasanya memain peranan dalam kejadian buli seperti jantina, kaum dan tahap pendapatan keluarga sudah tidak menjadi hal berbanding jika anak tersebut gemuk.

Gemuk atau obesiti menenggelamkan semua faktor-faktor lain apabila ia berkaitan dengan tingkah-laku agresif yang dilakukan oleh kanak-kanak lain.

Pembantu Penyelidikan di Pusat Pertumbuhan dan Pembangunan Manusia, Universiti Michigan, Amerika Syarikat, Dr. Julie Lumeng, berkata, kajian mendapati bahawa gemuk atau obes meningkatkan risiko menjadi sasaran buli sebanyak 63 peratus.

“Salah satu sebab kami memulakan kajian ini adalah kerana obesiti semakin menjadi-jadi pada masa ini. Ketika ini kira-kira separuh daripada kanak-kanak mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes,” kata Lumeng,

Dia berkata, para penyelidik juga berharap mereka mungkin boleh menemui beberapa faktor mengelakkan daripada buli, seperti cemerlang dalam persekolahan.

“Tetapi apa yang kami temui cukup merisaukan di mana perkara-perkara yang sebelum ini merupakan punca kanak-kanak dibuli seolah-olah sudah tidak menjadi hal lagi.

“Sebaliknya semuanya berkaitan dengan gemuk. Jika anda gemuk, anda kemungkinan besar menjadi sasaran buli walau apa pun berlaku,” katanya

Kajian membabitkan 821 kanak-kanak lelaki dan perempuan yang dipilih dari 10 kawasan berbeza di AS.

Tingkah-laku membuli kerap berlaku pada kanak-kanak sekolah tahun tiga, lima dan enam. Paling muda kebanyakannya kanak-kanak kulit putih, separuh daripada mereka lelaki dan 15 peratus mengalami berat badan berlebihan sejak tahun tiga.

Bagi kanak-kanak tahun enam, para guru melaporkan bahwa 34 peratus mereka yang tersenarai dalam kaji selidik itu telah dibuli. Selain itu, 45 peratus melaporkan anak-ana mereka telah di buli, manakala 25 peratus kanak-kanak itu sendiri mengaku mereka dibuli.

Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa budak lelaki dari kumpulan minoriti dan kanak-kanak daripada kumpulan berpendapatan rendah lebih terdedah untuk menjadi mangsa buli.

Jadi para penyelidik mengambil faktor ini dalam kajian mereka untuk melihat sama ada terdapat perbezaan.

Kajian juga memasukkan sekali kanak-kanak yang mempunyai skil sosial dan pencapaian akademik dalam analisis mereka.

“Walau banyak mana kami mengulangi ujian, hasilnya tetap sama dan sangat nyata. Kanak-kanak obes lebih terdedah menjadi mangsa buli,” kata Lumeng.

Dia berkata salah satu sebab mengapa dia percaya bahawa penemuan tersebut amat konsisten ialah sikap prejudis terhadap individu gemuk atau obes.

Sementara itu Penolong Profesor di Pusat Pengurusan Berat Badan dan Kesejahteraan di Hospital Kanak-Kanak Pittsburg, Dana Rofey berkata, dia tidak terkejut dengan penemuan baru ini.

“Buli adalah aduan psikologi paling kerap diajukan oleh pesakit kami,” katanya.

Bagi ibu bapa dan pakar pediatrik, salah satu sebab kajian ini dibangkitkan untuk memberi ingatan kepada anak-anak mereka yang mengalami berat badan berlebihan.

“Jika anda prihatin pada anak atau kanak-kanak yang obes, anda perlu memberitahu fakta ini dan sesekali mungkin perlu membangkitkan isu ini pada anak-anak.

“Tanya mereka ‘bagaimana anda di sekolah hari ini? Atau ‘ada sesiapakah yang berkata sesuatu yang membuatkan anda marah’. Ini kerana ia mungkin isu yang sukar untuk diceritakan oleh anak-anak,” katanya.

Katanya, jika anak-anak memberitahu bahawa dia dibuli, respon pertama ibu bapa haruslah memastikan perasaan anak ketika itu dan biar mereka tahu bahawa adalah salah bagi seseorang melayan anak anda sebegitu.

“Beri sokongan kepada anak dan pastikan mereka tahu bahawa anda sedang menolong mereka.

“Berbincang dengan anak-anak bagaimana anda boleh campur tangan dalam hal ini. Ini kerana kebanyakan anak-anak dalam usia meningkat remaja tidak suka ibu bapa campur tangan,” katanya.

Begitupun, dia mencadangkan agar ibu bapa menetapkan garis panduan tertentu.

“Sebagai contoh, anda mungkin melihat keadaan sudah terkawal, tetapi sesekali bertanya pada mereka dan selidik mengenainya.”

Rofey juga mencadangkan didik anak bagaimana untuk mengelak situasi yang mungkin boleh membawa kepada ejek-mengejek atau buli.

“Beritahu pada anak juga bagaimana untuk mendapat pertolongan daripada orang dewasa jika mereka memerlukan,” katanya.

INFO SD2 : Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak semakin serius

INFO SD2 : Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak semakin serius

MASALAH obesiti atau kegemukan di kalangan kanak-kanak semakin serius apabila dianggarkan 40 peratus berlaku berikutan gaya hidup ibu bapa yang gemar membawa keluarga makan di luar terutama pada waktu malam.

Image

Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Prof Dr Zulkifli Ismail, berkata masalah itu lebih ketara terutama di kawasan Pantai Barat seperti di Lembah Klang yang sudah menjadi kebiasaan dengan cara hidup sedemikian.

“Gaya hidup yang lebih kepada bersenang-lenang seperti bermain komputer, menonton, bermain video, penurunan aktiviti fizikal dan peningkatan pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi juga menyumbang kepada obesiti,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kongres Saintifik Tahunan MPA, di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Kongres berkenaan dilancarkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan, Hal-Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, Toh Chin Yaw dan Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Datuk Dr Jimmy Lee Kok Foo.

Prof Zulkifli berkata, kanak-kanak yang mengalami obesiti biasanya membesar sebagai orang dewasa yang gemuk dan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis, masalah jantung serta barah.

Katanya, walaupun tiada kajian menyeluruh dilakukan, berdasarkan kepada gaya hidup yang diamalkan masyarakat kini, ia menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti kanak-kanak.

Mengikut data rasmi Kementerian Kesihatan, kadar obesiti kanak-kanak negara ini adalah 15 peratus, tetapi jumlah itu dipercayai lebih tinggi sekarang terutama di Kuala Lumpur dan Selangor yang mencecah antara 30 hingga 40 peratus.

“Masalah itu perlu diberi perhatian serius kerana berat badan yang berlebihan boleh membawa risiko kesihatan berpanjangan. Obesiti pada kanak-kanak tidak boleh dipandang mudah dan apa yang boleh dilakukan ialah dengan mengubah kepada gaya hidup yang lebih selamat,” katanya.

Sementara itu, Idris berkata, Terengganu mencatatkan kadar kematian bayi baru lahir tertinggi di negara ini iaitu 6.8 kes bagi setiap 1,000 kelahiran.

Katanya, kekurangan perkhidmatan pediatrik di hospital dan pusat kesihatan di negeri itu menyebabkan kadar kematian bayi baru lahir di Terengganu tinggi.

Beliau berkata, ketika ini ada lima pakar, 20 doktor dan 160 jururawat pediatrik di HSNZ dan jumlah itu tidak mencukupi berbanding 400,000 kanak-kanak daripada sejuta populasi penduduk di Terengganu.

INFO SD2 : Kaitan psikologi dan obesiti

INFO SD2 : Kaitan psikologi dan obesiti

Normal
0

false
false
false

MicrosoftInternetExplorer4

/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-parent:””;
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
mso-para-margin:0in;
mso-para-margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:10.0pt;
font-family:”Times New Roman”;
mso-ansi-language:#0400;
mso-fareast-language:#0400;
mso-bidi-language:#0400;}

Normal
0

false
false
false

MicrosoftInternetExplorer4

/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-parent:””;
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
mso-para-margin:0in;
mso-para-margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:10.0pt;
font-family:”Times New Roman”;
mso-ansi-language:#0400;
mso-fareast-language:#0400;
mso-bidi-language:#0400;}

 

BERAT badan berlebihan dan obesiti! Mungkin subjek ini membosankan bagi sesetengah pihak kerana sering diutarakan melalui media cetak dan elektronik. Namun, isu berat badan bukan hanya melibatkan kesihatan fizikal badan, malahan turut memberi kesan kepada psikologi dan kesihatan mental.

Kesihatan mental yang disebutkan bukanlah mengaitkan obesiti dengan penyakit ‘gila’ atau masalah otak tetapi lebih kepada kesan kepada emosi individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes hasil interaksi sosial.

 

Mengimbas zaman sekolah, boleh dikatakan hampir semua daripada kita mempunyai interaksi dengan individu dengan berat badan berlebihan. Boleh dikatakan di mana sahaja seseorang yang ‘besar’ badannya bersekolah, pasti ada yang mendiskriminasi atau mengejek. Ini mungkin akan meninggalkan kesan psikologi kepada kanak-kanak tersebut, menyebabkan tahap keyakinan dirinya semakin rendah.

Kesan diskriminasi pada usia muda ini akan dibawa sehingga mereka dewasa dan mungkin membawa kepada masalah hidup yang menjejaskan tahap kepuasan hidup individu yang berbadan besar. Pelbagai kajian untuk mengukur kesan saiz badan terhadap psikologi seseorang telah dijalankan di luar negara. Sebagai kesinambungan terhadap kajian di Barat, satu kajian hampir serupa telah dimulakan di Malaysia.

l Kajian awal, kajian tempatan

Pesyarah Kanan Psikologi, Unit Psikologi Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan Bersepadu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Alvin Ng menjelaskan selalunya wujud diskriminasi dan prasangka orang yang gemuk atau berat badan berlebihan pemalas, kurang kawalan diri atau kurang personaliti.

“Diskriminasi juga bermula dari usia muda. Pandangan negatif ini boleh menyebabkan individu dengan berat badan berlebihan atau obes berisiko mempunyai masalah keyakinan diri yang rendah.

“Beberapa kajian sebelum ini menunjukkan peningkatan masalah psikologi (seperti keyakinan diri) dengan Indeks Jisim Badan (BMI),” katanya.

Untuk melihat jika berat badan, BMI dan saiz pinggang seseorang memberi kesan psikologi, Dr. Ng menyusun satu kajian awal untuk melihat kaitannya dengan tahap keyakinan diri dan juga kepuasan hidup.

Kajian sebegini dikatakan belum pernah dijalankan di Malaysia. Kajian serupa di negara-negara lain pula mendapati peningkatan BMI bukan sahaja meningkatkan risiko penyakit seperti kanser, diabetes dan tekanan darah tinggi malahan menyebabkan penurunan tahap keyakinan diri dan juga kepuasan hidup.

Menurut Dr. Ng, kajian ini dapat melihat kualiti hidup secara umum di mana secara psikologi, adakah seseorang itu bahagia dengan hidupnya atau tidak.

“Kajian luar sebelum ini menunjukkan kaitan BMI yang tinggi dengan masalah psikologi. Ini dapat difahami melalui kemungkinan seseorang individu itu lebih mudah menghadapi kemurungan jika mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah.

“Jika menunjukkan hasil serupa dengan kajian lain, implikasi kajian ini dapat menekankan pentingnya pengawalan berat badan yang sihat untuk menjalani hidup lebih bahagia,” ujarnya.

Kajian tersebut dimulakan pada awal 2008 selama dua minggu di kawasan bandar. Sebanyak 322 peserta dipilih secara rawak di pusat membeli belah sekitar kawasan Lembah Klang untuk sesi temuramah dan soal jawab. Peserta yang dipilih juga terdiri daripada mereka yang mempunyai berat badan normal atau lebih sahaja, tanpa mengira saiz atau bentuk badan dan antara umur 25 hingga 40 tahun.

Pecahan etnik peserta juga sekata antara Melayu, Cina dan India tetapi sebahagian besarnya merangkumi golongan wanita (65 peratus).

* Kesan saiz pinggang

Hasil kajian berkenaan menunjukkan purata berat badan 67.8 kilogram, purata ukur lilit pinggang 31.1 inci dan purata BMI 25.08.

Bagaimanapun, Dr. Ng menegaskan penemuan utama kajian ini adalah kaitan antara saiz ukur lilit pinggang dengan tahap kepuasan hidup.

“Tahap kepuasan hidup boleh diterjemahkan sebagai tahap kegembiraan atau kebahagiaan hidup. Kajian ini menunjukkan individu yang mempunyai pinggang yang lebih ramping mempunyai kepuasan hidup lebih tinggi atau lebih gembira dengan hidup mereka,” jelasnya.

Namun, beliau menekankan pinggang yang ramping bukan bererti kurus tetapi lebih kepada saiz pinggang yang normal dan sihat.

Tambahnya, kaitan kurus sebagai sihat juga kurang tepat kerana individu dengan berat badan terlalu rendah juga menghadapi pelbagai risiko penyakit.

Dr. Ng menyatakan hasil kajian ini juga jelas menunjukkan individu dengan berat badan berlebihan atau obes boleh meningkatkan tahap kesihatan badan dari segi fizikal, mental (psikologi) dan perspektif sosial dengan mengikuti program menurunkan berat badan.

Peningkatan di dalam kepuasan hidup dan keyakinan diri akan membawa kepada tahap perhubungan yang lebih baik, kepuasan dalam perhubungan sedia ada dan menghargai diri sendiri.

“Purata BMI peserta berada dalam kategori berat badan berlebihan (25.08). Ini mengunjurkan berat badan masyarakat bandar (lelaki dan wanita) semakin meningkat, mungkin disebabkan kurang pergerakan (berjalan) dan lebih banyak pilihan makanan.

“Memandangkan kepuasan hidup meningkat selari dengan penurunan saiz pinggang, mungkin sudah sampai masanya kita mengawal berat badan ukur lilit pinggang,” katanya.

* Luar jangkaan

Walaupun kaitan rapat ukur lilit pinggang dan tahap kepuasan hidup sama seperti yang dijangkakan, seperti kajian-kajian serupa di luar negara, hubungkait melibatkan ukur lilit pinggang, BMI dan keyakinan diri didapati berbeza dengan kajian lain.

Dr. Ng memaklumkan ukur lilit pinggang tidak mempunyai kaitan rapat dengan tahap keyakinan diri penduduk negara ini, berbanding tahap kepuasan hidup.

“Kebiasaannya, keyakinan diri yang tinggi seiring dengan tahap kepuasan hidup yang tinggi, tetapi ini tidak ditonjolkan maklumat dari kajian tempatan itu.

“Mengapa saiz pinggang kurang kesannya terhadap keyakinan diri? Mungkin rakyat Malaysia sudah menerima ukur lilit pinggang yang besar sebagai sesuatu perkara yang biasa dan tidak memberi kesan kepada kehidupan seharian,” ujarnya.

Dr. Ng mempersoalkan jika benar saiz pinggang yang besar sudah diterima sebagai perkara biasa, mungkin semakin ramai yang tidak serius dalam menjaga berat badan dan saiz pinggang yang sihat.

Penerimaan saiz pinggang besar sebagai sesuatu yang biasa bukanlah sesuatu yang bagus. Jika diambil mudah, individu dengan berat badan berlebihan akan hilang tumpuan pada kepentingan berat badan dan saiz pinggang yang sihat. Ini boleh membawa kepada lebih ramai rakyat Malaysia yang obes dan menghidapi penyakit berkaitan obesiti seperti diabetes, masalah jantung, darah tinggi dan masalah sendi.

Mengikut Dr. Ng, perkara ini juga tidak boleh lagi dianggap sebagai ‘hal aku, orang lain jangan peduli’.

“Kesan obesiti lebih mendalam termasuk kepada ekonomi dan negara. Kerajaan mungkin terpaksa menanggung subsidi perubatan yang lebih tinggi jika kes penyakit berkaitan obesiti meningkat dengan mendadak.

“Jika kita lebih sihat, semakin kuranglah cuti sakit dari kerja dan dapat meningkatkan produktiviti negara,” katanya.

Di samping itu, kajian tersebut menunjukkan BMI juga tidak menunjukkan kaitan rapat dengan kedua-dua tahap keyakinan diri dan kepuasan hidup di kalangan rakyat Malaysia, berbeza dengan apa yang dijangkakan sebelum ini.

Persepsi penduduk negara ini menghabiskan masa dengan makan juga mungkin boleh disangkal hasil peratusan tinggi peserta yang sedar ertinya makan untuk hidup. Namun, hampir satu pertiga (29.5 peratus) peserta mengakui mereka hidup untuk makan.

Menurut Dr. Ng, dari segi peningkatan saiz pinggang pula, golongan lelaki didapati mempunyai saiz pinggang lebih besar berbanding wanita tetapi saiz ini tidak banyak bertambah dengan peningkatan usia. Lelaki juga secara umumnya lebih berat dan tinggi berbanding wanita.

“Bagi golongan wanita, berat badan mereka dilihat semakin meningkat dengan usia. Ini mungkin kerana wanita bermula dengan saiz badan lebih kecil sekitar usia 21 hingga 30 tahun.

“Saiz badan wanita yang kecil akan semakin meningkat terutamanya sekitar umur 36 hingga 40 tahun. Lelaki yang bermula dengan saiz badan yang besar mungkin dapat mengekalkan saiz hampir sama dan tidak menunjukkan banyak perbezaan dengan usia,” jelasnya.

Beliau bagaimanapun meminta orang ramai kurang menumpukan kepada rupa fizikal luaran sahaja dan lebih menumpukan kepada mengekalkan tahap kesihatan badan dengan menjaga berat badan dan ukur lilit pinggang.

“Perkara utama yang perlu ditekankan adalah saiz pinggang lebih kecil akan memberikan kepuasan hidup yang lebih tinggi, iaitu lebih banyak kegembiraan dalam hidup. Pinggang lebih kecil juga memudahkan pergerakan badan.

“Jadi, amalkan gaya hidup sihat dan cergas, dapatkan badan sihat dan jangan lupa untuk makan sayur,” tegas Dr. Ng.

Jika anda sihat, pasti anda akan kelihatan lebih menawan, ceria dan berseri setiap hari.

Normal
0

false
false
false

MicrosoftInternetExplorer4

/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-parent:””;
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
mso-para-margin:0in;
mso-para-margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:10.0pt;
font-family:”Times New Roman”;
mso-ansi-language:#0400;
mso-fareast-language:#0400;
mso-bidi-language:#0400;}

BERAT badan berlebihan dan obesiti! Mungkin subjek ini membosankan bagi sesetengah pihak kerana sering diutarakan melalui media cetak dan elektronik. Namun, isu berat badan bukan hanya melibatkan kesihatan fizikal badan, malahan turut memberi kesan kepada psikologi dan kesihatan mental.