Musibah banjir satukan Pusat, negeri.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Musibah banjir satukan Pusat, negeri.

MELIHAT  senario pasca banjir, musibah yang melanda negeri Kelantan kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah. Maklumat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) mencatatkan lebih 200,000 mangsa banjir yang berpindah ke pusat perpindahan seluruh Kelantan.

Jumlah pusat perpindahan mangsa banjir seluruh Kelantan juga melebihi 500 buah, termasuk 439 pusat yang didaftar atau digazetkan. Lebih menyedihkan keadaan pasca banjir di jajahan paling teruk terutamanya Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah, Tumpat dan Rantau Panjang tidak ubah seperti fenomena tsunami di Acheh dan banjir besar di Jepun.

Angka tidak rasmi setakat ini mencatatkan lebih 3,000 rumah musnah atau dihanyutkan air banjir.

Bagi penulis yang berkampung selama lebih 14 hari di Kelantan terlibat langsung dalam gerakan menyelamat, misi bantuan dan kerja penyelarasan di bilik gerakan dan lapangan tentunya berasa amat simpati yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.

Namun perkara yang penulis dapat kongsikan dengan pembaca, musibah kali ini hakikatnya menyaksikan buat pertama kalinya satu jawatankuasa bersama antara Kerajaan Pusat dan negeri dibentuk untuk melaksanakan gerak kerja menangani musibah banjir dengan lebih berkesan.

Jawatankuasa Bencana Banjir Negeri Kelantan merupakan jawatankuasa yang dibentuk ketika lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tatkala gelombang banjir kedua mula memuncak pada 26 Disember 2014. Persetujuan antara Muhyiddin yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob telah memungkinkan penubuhan jawatankuasa di peringkat negeri yang dipengerusikan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Melalui jawatankuasa inilah seluruh aset agensi persekutuan terutamanya daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Kesihatan, dan Jabatan Pendidikan dapat digembleng secara bersama dengan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri pula mewakilkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyelaras semua infrastruktur dan agensi-agensi negeri bagi membantu gerakan menangani musibah banjir.

Sebuah bilik gerakan juga ditubuhkan dengan MKN menjadi sekretariatnya di Hotel Sutera Inn. Setiap jam 9 pagi semua pegawai tertinggi agensi ini bermesyuarat sejam untuk mengemas kini segala usaha menyelamat, penyaluran bantuan bekalan, kesihatan, dan baik pulih infrastruktur.

Fokus utama jawatankuasa pada peringkat awal gelombang kedua banjir adalah menyelamat dan memindahkan mangsa yang terperangkap.

Bantuan bekalan makanan dan perubatan dipastikan sampai kepada semua mangsa di sekolah mahupun di bukit-bukau seperti berlaku di Manek Urai, Dabong dan Kuala Krai.

Lebih 500 aduan diterima oleh bilik gerakan setiap hari melalui telefon, WhatsApp mahupun media sosial seperti Facebook. Semua aduan diambil serius bagi memastikan tidak ada seorang pun yang kebuluran, mahupun kehilangan nyawa lantaran kegagalan operasi menyelamat.

Pengalaman penulis yang terlibat langsung dalam jawatankuasa ini bagi membantu Mustapa, antara cabaran utama operasi ialah komunikasi. Ini kerana hampir semua jajahan terputus komunikasi.

Setiausaha Kerajaan Negeri juga tidak dapat menghubungi pegawai daerah untuk mendapatkan maklumat tepat.

Sebab itulah jika ada aduan mengatakan bekalan tidak sampai mahupun berhari-hari tidak makan tentunya menjadi keutamaan operasi. Malah peranan ATM harus mendapat pujian yang terbesar kerana seluruh anggota dan aset mereka dikerahkan terutamanya ke tempat yang tidak dapat dimasuki melalui jalan darat mahupun air.

Contohnya, ATM berjaya membawa bekalan kepada hampir 500 orang yang terperangkap di tingkat 4 Sekolah Menengah Manek Urai yang ketika itu air sudah mencecah ke tingkat 3.

Selain itu, ATM juga menempatkan anggotanya di semua kawasan yang terputus hubungan, termasuk yang ramai berada di bukit-bukau sekitar Manek Urai dan Kuala Krai supaya mangsa sentiasa positif dan berkeyakinan.

Di sesetengah tempat seperti di Pusat Pemindahan Sekolah Agama Lati Pasir Mas, anggota tentera sendiri yang mengurus dan memasak untuk lebih 7,000 mangsa di sana.

Demikianlah coretan ringkas betapa hebatnya gerakan menyelamat musibah banjir yang buat kali pertama dijalankan secara terselaras antara Pusat dan negeri. Mungkin inilah antara hikmah besar musibah banjir kali ini yang dapat menyatukan antara Kerajaan Persekutuan
dan negeri. Semoga kerjasama dan permuafakatan sebegini dapat diteruskan, bahkan diperhebat terutamanya pasca banjir untuk membina kembali kehidupan rakyat Kelantan yang terjejas.
*Penulis ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

sumber : sinarharian.com

Kuala Lumpur berisiko tanah runtuh.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Ahmad Phesal ketika meninjau kerja-kerja pembaikan cerun di Jalan Tuba, Kampung Attap yang telah siap sepenuhnya 22 Disember lalu.

Ahmad Phesal ketika meninjau kerja-kerja pembaikan cerun di Jalan Tuba, Kampung Attap yang telah siap sepenuhnya 22 Disember lalu.

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,740 kawasan tanah tinggi di ibu negara dikenal pasti berisiko berlaku tanah runtuh berdasarkan tahap kecerunannya.

Ia hasil kajian dilakukan Kumpulan Ikram Sdn Bhd (Ikram) selaku pihak dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyediakan data terkini berkaitan cerun di Kuala Lumpur.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 620 dikategorikan sangat berisiko tinggi, manakala bakinya masih berisiko dan memerlukan pemantauan.

Sementara itu katanya, 351 daripada jumlah cerun yang sangat berisiko merupakan tanah milik swasta.

“Parlimen Segambut mencatatkan jumlah tertinggi dalam kedua-dua kategori iaitu berjumlah 713 cerun, diikuti dengan Parlimen Lembah Pantai, 315 dan Bandar Tun Razak, 183.

“Bagaimanapun kita memberi tumpuan pembaikan mengikut keperluan melibatkan kawasan-kawasan cerun yang menghadapi masalah seperti berlaku gelongsoran dan aduan-aduan lain,” katanya ketika lawatan ke tapak runtuhan cerun yang telah siap dibaiki, di Jalan Tuba, Kampung Attap.

Katanya, projek pembaikan cerun di Jalan Tuba itu salah satu daripada tiga projek yang disiapkan membabitkan kos sebanyak RM4.6 juta.

Dua lagi cerun terlibat di Jalan 14/108, Taman Salak Jaya dan Lorong Setiabistari, Bukit Damansara, masing-masing berdepan masalah runtuhan tanah sejak 2012 dan 2008.

Ahmad Phesal berkata, sebanyak lima projek pembaikan cerun melibatkan Taman Supreme di Cheras, Bukit Nenas, Taman Setiawangsa, Taman Bukit Anggerik dan Jalan Changkat Tuanku, kini sedang giat dilaksanakan.

Menurutnya, lapan lagi projek sama kini dalam projek lantikan kontraktor untuk dilaksanakan pada tahun ini.

“Antaranya adalah di Bukit Aman, Pangsapuri Sri Mulia di Bandar Tun Razak, Jalan Cahaya Salak Selatan, Arkib Negara, dan Changkat Tuanku,” katanya

sumber : sinarharian.com

UPSR: Lembaga Peperiksaan pohon batal saman.

.PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

UPSR: Lembaga Peperiksaan pohon batal saman.

Gambar hiasan

 

GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Lembaga Peperiksaan Malaysia dan kerajaan memfailkan permohonan bagi membatalkan saman oleh seorang murid lelaki penghidap dyslexia berhubung kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atas alasan saman itu tidak mendedahkan apa-apa kuasa tindakan yang munasabah.

Alasan lain dalam permohonan yang difailkan pada 19 November tahun lepas ialah saman itu merupakan satu tindakan yang mengaibkan, remeh atau menyusahkan, memprejudiskan dan suatu penyalahgunaan proses mahkamah.

Pihak media memperoleh salinan permohonan itu hari ini.

Dalam permohonan itu, Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia dan kerajaan yang dinamakan sebagai defendan dalam saman itu berkata, saman itu juga jelas dan nyata tidak akan berjaya dan tidak boleh diterima terhadap defendan.

Kedua-dua defendan memohon kos dan apa-apa relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 16 Jan ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rosnaini Saub.

Pada 13 Oktober tahun lepas, K. Mangala Bhavani, ibu kepada murid berkenaan Ananda Krishnan Menon, 13, menfailkan saman itu bagi pihak anaknya yang mendakwa defendan telah cuai dalam mengendalikan kertas peperiksaan UPSR tahun lepas sehingga menyebabkan anaknya perlu menduduki semula ujian bagi beberapa mata pelajaran.

Dalam pernyataan tuntutan, murid Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2 itu mendakwa defendan gagal melaksanakan suatu sistem selamat bagi memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan.

Katanya defendan juga gagal menyelia petugas dan ejen mereka – wakil sah – dalam memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan bermula daripada proses awal penyediaan soalan, sehingga proses pengedaran kertas soalan, ke semua sekolah di Malaysia.

Peperiksaan UPSR telah dijadualkan diadakan dari 9 hingga 11 September, tetapi berikutan kebocoran kertas soalan, murid perlu menduduki semula ujian bagi kertas Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Tamil pada 30 September dan 9 Oktober.

Ananda Krishnan mendakwa sebagai penghidap dyslexia dengan keperluan khas, dia mengalami tekanan perasaan, kesengsaraan dan kekecewaan serta hilang motivasi untuk menduduki semula peperiksaan UPSR.

Murid ini menuntut ganti rugi khas, am dan kos.

Kedua-dua defendan dalam pernyataan pembelaan yang difailkan 3 Disember tahun lepas berkata, pihaknya mendapat tahu mengenai kebocoran soalan peperiksaan Bahasa Inggeris 1 dan 2 melalui laporan akhbar yang memaparkan soalan yang sama dengan soalan sebenar.

Hasil siasatan mendapati perkara itu benar dan Lembaga Peperiksaan telah mengisytiharkan kertas peperiksaan itu dibatalkan dan diadakan semula.

Defendan berkata bahawa Lembaga Peperiksaan hanya menangguhkan kertas peperiksaan Sains berdasarkan siasatan awal.

Defendan juga menegaskan perisytiharan pembatalan peperiksaan kertas Bahasa Inggeris dan Matematik itu adalah selaras dengan Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997. – Bernama

sumber : sinarharian.com

Shell sahkan kekurangan RON97.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Shell sahkan kekurangan RON97.

Ron97

SHELL Timur Sdn Bhd hari ini mengesahkan beberapa stesen minyaknya di Kuching dan Miri mengalami kekurangan minyak Shell V-Power 97 berikutan gangguan bekalan.

Penasihat Komunikasi Shell Malaysia Upstream, Zulkifli Baba Noor dalam kenyataan di sini hari ini berkata syarikat itu sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa berkenaan untuk memberi maklumat terkini tentang keadaan itu.
“Segala usaha sedang dilakukan untuk memulihkan bekalan ke tempat terjejas.
Kami sentiasa komited untuk memberi perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan kami,” katanya.
Kekurangan RON 97 di sini dan Miri dilaporkan beberapa media tempatan sejak beberapa hari lepas dan tinjauan rambang Bernama di beberapa stesen minyak di sini hari ini mendapati keadaan itu tidak berubah.
Bagaimanapun, bekalan RON95 dan diesel tidak terjejas. – Bernama
sumber : sinarharian.com

Misi cari serpihan QZ8501 diteruskan.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Misi cari serpihan QZ8501 diteruskan.

QZ8501

 

PANGKALAN BUN – INDONESIA. Misi pencarian dua objek besar dipercayai milik pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 diteruskan hari ini dalam keadaan laut bergelora.

Menurut pegawai Indonesia, sekurang-kurangnya dua penyelam terjun selepas cuaca agak baik bagi meneruskan pencarian dua objek besar yang berjaya dikesan kapal tentera laut Amerika Syarikat, USS Fort Worth pada kedalaman 28 meter dekat Selat Karimata, Indonesia.

“Kita akan mula mengenal pasti serpihan itu yang dipercayai bahagian badan pesawat secepat mungkin,” kata Penyelaras Operasi Mencari dan Menyelamat Indonesia, Tatang Zainudin.

Sehingga kini, tujuh objek besar berjaya dikesan dipercayai komponen pesawat QZ8501 di dasar laut.

Namun faktor arus deras, kelodak dan lumpur menyukarkan penyelam untuk mencari dan menghampirinya.

Sementara itu, dua lagi mayat ditemui semalam menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang ditemui kini 39.

Pesawat malang AirAsia Indonesia QZ8501 terbabit nahas pada 28 Disember lalu dengan membawa 162 penumpang dan anak kapal.

sumber : sinarharian.com

 

 

Hujan berterusan, paras air kembali naik.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Hujan berterusan, paras air kembali naik.

Laluan Gua Musang - Kuala Krai mula dinaiki air hari ini.Laluan Gua Musang – Kuala Krai mula dinaiki air hari ini.

KUALA KRAI – Hujan berterusan sejak malam kelmarin menyebabkan beberapa kawasan rendah di sekitar daerah ini kembali dinaiki air selepas banjir besar, minggu lalu, hampir pulih sepenuhnya.

Pekarangan beberapa kediaman di kawasan rendah termasuk di Kampung Bedal, dekat sini, yang hanya kelihatan bumbung ketika banjir besar, baru-baru ini, turut dinaiki air.

Ini kali ketiga rumah penduduk terbabit dinaiki air pada musim tengkujuh kali ini termasuk banjir besar ketika gelombang kedua yang memusnahkan ratusan rumah di daerah ini.

Kejadian air naik itu menyebabkan ada barangan penduduk yang sedang dikeringkan akibat banjir besar, baru-baru ini, seperti tilam sekali lagi ditenggelami air.

Hujan ada kalanya lebat itu juga menyebabkan laluan menghubungkan beberapa kampung dengan Jalan Kuala Krai-Machang melalui Bukit Sireh dinaiki air, namun masih boleh dilalui kenderaan sehingga jam 4 petang.

Antara halaman rumah dinaiki air pula termasuk kediaman bekas Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kampung Bedal, Mohd Noor Salleh.

Ketika banjir besar melanda kampung itu, 24 Disember lalu, rumah Mohd Noor seperti rumah kebanyakan penduduk hanya kelihatan bumbung akibat ditenggelami air.

Keadaan sama berlaku di beberapa kawasan seperti Kampung Batu Jong yang menyaksikan laluan ke tanah perkuburan Islam kampung itu dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan.

Menurut jangkaan penduduk, jika cuaca hujan berterusan, laluan masuk ke kampung itu akan terputus hubungan kerana jalan di Chekok Sudin akan dinaiki air.

sumber : sinarharian.com

Serangan Paris: Adakah anda akan bunuh saya?

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Serangan Paris: Adakah anda akan bunuh saya?

Gambar Ahmed Merabet, 42, yang tersebar di Twitter.

Gambar Ahmed Merabet, 42, yang tersebar di Twitter.

PARIS – PERANCIS. “Adakah anda akan bunuh saya?” kata pegawai polis, Ahmed sambil mengangkat tangan tanda merayu.
“Ya tuan.” kata salah seorang suspek sebelum menembak Ahmed di kepala.
Dialog berkenaan antara kandungan video yang menyaksikan Ahmed ditembak di kepala pada jarak dekat yang telah dimuatnaik oleh beberapa perakam amatur kejadian berkenaan.
Ahmed, 42, merupakan warga Perancis beragama Islam yang sudah berkahwin dan ditugaskan untuk meronda kejiranan Paris berdekatan lokasi kejadian ketika serangan berlaku.
Beribu-ribu orang awam berkumpul untuk solidariti dan mengecam serangan tersebut, malam semalam.
“Ahmed maut ketika melindungi warga Paris. Saya hormat kepadanya,” menurut salah satu ucapan takziah.
“Adalah penting untuk kita sedar bahawa salah seorang yang beragama Islam turut dibunuh oleh mereka yang kononnya memperjuangkan agama Islam,” kata Alan Mendoza.
Menurut Dailymail.co.uk, Ahmed meninggalkan dua orang anak dan seorang balu, yang merupakan seorang editor di sebuah syarikat penerbitan akhbar.
Ahmed merupakan salah seorang daripada 12 mangsa yang dibunuh kejam pada kejadian Rabu lepas, selepas dua orang suspek bersenjata automatik menyerang syarikat penerbitan akhbar, Charlie Hebdo.
Selain daripada Ahmed, Frank Brinsolaro, 49, merupakan pegawai polis yang ditugaskan melindungi editor Charlie Hebdo, Stephane Charbornnier, yang turut terbunuh dalam kejadian tersebut.
sumber : sinarharian.com

Masjid, surau jadi sasaran selepas Charlie Hebdo.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Masjid, surau jadi sasaran selepas Charlie Hebdo.

Pasukan keselamatan berada dalam keadaan berjaga-jaga.Pasukan keselamatan berada dalam keadaan berjaga-jaga.

PARIS – PERANCIS. Masjid dan surau menjadi sasaran pihak yang tidak berpuashati dengan kejadian serangan bersenjata terhadap syarikat akhbar, semalam.

Menurut laporan AFP, tiga bom dilontar ke sebuah masjid di bandar Le Mans, barat Paris. “Sebuah lubang kesan dari peluru juga ditemui.

Beberapa tembakan juga disasarkan ke sebuah dewan sembahyang, tidak lama selepas sembahyang Asar,” dipetik laporan itu.

Letupan berlaku di sebuah kedai kebab berdekatan dengan sebuah masjid di sebuah bandar di Perancis.

Tiada sebarang kecederaan dan kematian dilaporkan setakat ini.

Perancis masih lagi meneruskan operasi memburu besar-besaran selepas dua suspek bersenjata automatik menyerang syarikat akhbar mingguan, Charlie Hebdo. Seramai 12 orang terkorban di dalam kejadian berdarah tersebut.

sumber : sinarharian.com

Charlie Hebdo: Pegawai polis Islam turut terbunuh.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Charlie Hebdo: Pegawai polis Islam turut terbunuh.

Sedutan video detik-detik terakhir pegawai polis, Ahmed Merabet, 42, sebelum ditembak.

Sedutan video detik-detik terakhir pegawai polis, Ahmed Merabet, 42,sebelum ditembak.

PARIS – PERANCIS. Seorang pegawai polis yang terbunuh di dalam serangan ke atas sebuah syarikat akhbar di Paris, dipercayai seorang Muslim.

Menurut Dailymail.co.uk, pegawai tersebut, Ahmed Merabet, 42, ditembak pada jarak dekat oleh dua orang suspek serangan berkenaan.

Beberapa video rakaman amatur serangan berkenaan juga telah dimuatnaik ke laman video popular, YouTube.

Dalam video tersebut, Ahmed ditembak selepas suspek turun dari kenderaan mereka.

Kedua suspek kemudian mendekati pegawai polis tersebut yang terbaring di tepi jalan dan menembak mangsa sekali lagi.

Dalam serangan berkenaan, 12 orang dilaporkan terbunuh termasuk 2 anggota polis.

Serangan bersenjata terhadap syarikat akhbar sinis, Charlie Hebdo semalam memaksa pihak berkuasa melancarkan operasi memburu besar-besaran.

sumber : sinarharian.com

Petrol lebih bernilai daripada ulama.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Petrol lebih bernilai daripada ulama.

BILA harga petrol naik, tiba-tiba kita menjadi pakar ekonomi bersyarah tentang ekonomi negara dan bagaimana kerajaan sepatutnya terus menampung subsidi petrol.

Tetapi bila anak kita malas membaca buku ilmiah, kita jawab, “Tak pa. Kalau dia gagal SPM, kita hantar dia ke pondok untuk menjadi ustaz sahaja!” Inilah nilai seorang ustaz atau ulama jika dibandingkan dengan petrol kereta.

Dr Maza telah mengkritik budaya menghantar anak yang cerdik untuk belajar sains dan yang kurang cerdik untuk belajar agama. Akibatnya, ulama tidak mempunyai daya saing sehebat pakar bidang lain. Seperti saya sebut dalam artikel yang lepas, isu ulama Pas tidak mampu bersaing dengan inteligensia liberal DAP adalah isu yang patut menjadi pengajaran kepada semua pihak, parti dan institusi dakwah yang ingin memartabatkan institusi ulama.

Melahirkan ulama yang kompetitif bukan tanggungjawab institusi rasmi sahaja. Ia memerlukan reformasi akar budaya beragama sehingga kita lihat ulama jauh lebih berharga daripada petrol.

Suara kita kena jauh lebih bising bila kualiti ulama turun kerana dunia makin kompetitif. Kalimah kompetitif atau daya saing perlu dimasukkan dalam zikir harian budaya beragama, dan bukan sekadar kalimah Ya Hanana. Kita perlu lahirkan ulama kompetitif.

Berita terbaru melaporkan ulama Makkah kecewa kerana jemaah haji pun ada yang berselfie di hadapan Kaabah! Mereka ini sepatutnya khusyuk beribadah, bukan khusyuk bersaing untuk dapat lebih banyak like untuk selfie!

Mengapa IS semakin kuat? Bagi saya, IS adalah hasil persaingan sengit antara Zionis Barat dan teroris. Zionis Barat yang telah mengkhianati mandat rakyat yang memilih Morsi sebagai Presiden Mesir secara demokratik telah menguatkan lagi semangat saing mujahidin. Terorisme IS adalah hasil kraftangan Zionis Barat. Saingan tidak mudah dipadamkan begitu sahaja dengan membunuh beramai-ramai pengikut Morsi.

Kes protes pro-demokrasi rakyat Hong Kong terhadap Tanah Besar China secara besar-besaran bila kerajaan China cuba campur tangan politik dalam pilihan raya Hong Kong menandakan yang kerdil (Hong Kong) sudah berani bersaing dengan King Kong (China). Peristiwa berdarah Tianamen Square 1989 langsung tidak melemahkan semangat bersaing mereka.

Tindakan China menutup Google, Youtube, Facebook, Twitter, Instagram hanya menjadikan rakyat Hong Kong makin kreatif dalam saingan. Sekarang mereka beralih ke apps FireChat pula yang tidak bergantung kepada internet untuk komunikasi. Saingan tidak mudah dihentikan dengan ugutan dan penutupan internet.

Datuk Saifuddin Abdullah, bekas Timbalan Menteri Pendidikan mengkritik Akta Hasutan kerana beliau nampak persaingan sebagai landskap politik yang baru. Beliau berkata, “Umno dan BN harus sedar landskap politik sudah berubah dan penindasan tidak akan menyebabkan rakyat mengundi mereka.” Beliau sambung, “Putrajaya harus membezakan di antara kritikan dan hasutan. Mereka harus gembira kerana sekarang berlakunya persaingan idea.”

Kita lihat komen Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Dr Dzulkefly Ahmad juga perlu diberi perhatian serius. Katanya, “Islam sudah tercalar untuk sekian lama hasil kesilapan kita sendiri, tetapi ini tidak bermakna ia sudah terlewat untuk memperbaiki persepsi mengenai agama.”

Apakah persepsi mengenai agama yang mampu menjadikan umat lebih kompetitif? Dr Dzulkefly memberi contoh tokoh politik Tunisia, Rashid al-Ghannouchi. Kalau dulu, Fathi Yakan, Hasan al-Banna, Sayyid Qutb dijadikan rujukan.

Sekarang Islamis sedar perlunya keluar dari kotak rujukan klasik ini sehingga al-Ghannouchi yang menyokong aspek positif pluralisme pula dijadikan sebagai contoh supaya umat menjadi lebih kompetitif. Apa yang saya gelarkan sebagai ‘Akta Wala’ tidak mampu menghentikan saingan politik dalaman dan luar Pas.

Kesimpulan yang saya ingin tonjolkan di sini ialah pendidikan bakal ulama perlu memasukkan mindset kompetitif atau saingan dalam silibus. Tetapi saingan ini bukan menjadikan mereka terroris seperti IS. Saingan bukan untuk menang politik kepartian. Saingan adalah untuk memantapkan dakwah secara hikmah.

Hikmah dalam berdakwah mewajibkan kita mengkaji semula budaya kita agar bakal ulama mempunyai daya saing yang bersifat nasional dan internasional demi menjaga imej Islam sebagai rahmat dunia.

*Abdul Naser Abdul Rahman ialah tokoh pendakwah Perak.

sumber : sinarharian.com