Topeng Seribu Wajah.

CYCLE RICH – GET RICH THRU CHARITY

Topeng Seribu Wajah.

Topeng Seribu Wajah

FALSAFAH di sebalik topeng menjadikan ianya sesuatu misteri kerana pelbagai tafsiran boleh diberi mengikut kepercayaan masyarakat yang mengamalkannya.

Topeng mempunyai kemampuan menunjukkan pelbagai emosi sebagaimana wajah manusia, sama ada kedamaian, kesengsaraan, kegembiraan dan sebagainya.

Topeng dengan telinga besar digambarkan sebagai pendengar yang baik, topeng dengan mulut terbuka memberikan makna kerakusan atau bijak berkata-kata, manakala topeng dengan pipi penuh pula digambarkan sebagai kerakusan atau kekayaan.

Setiap perwatakan topeng mempunyai falsafahnya tersendiri.

Penggunaan topeng sememangnya sinonim dengan sesetengah suku kaum di Malaysia khususnya Orang Ulu yang sehingga kini masih mengamalkan pemakaiannya dalam upacara keagamaan dan ritual.

Muzium Perak ambil peluang pameran budaya topeng

Menurut Kamus Dewan, topeng adalah sesuatu yang dipakai untuk menutup muka, direka dalam pelbagai bentuk seperti muka orang, binatang dan sebagainya.

Di Semenanjung, penggunaan topeng juga dapat dikesan melalui seni persembahan tradisional terutama bagi masyarakat Melayu tradisi seperti Menora dan Makyung di Kelantan serta Mek Mulung dan Awang Batil di Kedah dan Perlis.

Di Sarawak tradisi berkenaan diwarisi empat kumpulan utama iaitu Dayak, Dayak Laut, Murut dan Melanau.

Bagaimanapun, sejak kedatangan Islam ke Asia Tenggara, penggunaan topeng sebagai satu budaya agak berkurangan kerana larangan agama Islam yang tidak membenarkan penganutnya membuat bentuk figura atau imej muka manusia apatah lagi yang berkaitan dengan pemujaan.

Bagaimanapun, Pemangku Pengarah Muzium Perak, Penolong Kurator Kanan, Sahabudin Md Isa berkata, sehingga kini budaya topeng di Malaysia masih dipraktikkan beberapa kumpulan Orang Asli dengan kepercayaan yang kukuh dalam pantang larang dan kuasa ghaib.

“Permulaan 2015, Muzium Perak mengambil peluang ini dengan mengadakan Pameran Topeng ‘Seribu Wajah’ bermula Januari lalu hingga Jun depan.

“Buat kali pertama, Muzium Taiping mengadakan pameran ini dan kebanyakan topeng yang dipamerkan di sini adalah milik muzium sendiri dan sebahagiannya dibawakan dari Sabah dan Sarawak,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini, Muzium Perak amat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan pengunjung tempatan tetapi luar.

“Kita yakin, kelainan yang ditampilkan kali ini, bakal menarik perhatian lebih ramai pengunjung, terutama ketika musim cuti sekolah.

“Pada masa sama, pameran ini memberikan kefahaman latar belakang sejarah dan sosiobudaya masyarakat berkaitan pemakaian topeng.

“Selain itu, ia memperlihatkan keunikan budaya topeng berdasarkan motif dan penciptaan setiap reka bentuknya,” katanya.

Katanya, dunia topeng dan pengamalannya mengikut kaum dan etnik yang terdapat di Malaysia mengikut kepercayaan masing-masing perlu di dokumentasikan.

“Malah, kita juga turut mempamerkan perwatakan dan sifat universal serta kepelbagaian pada setiap ukiran topeng berdasarkan fungsi dan peranannya,” katanya.

Topeng produk industri kreatif

Sahabudin berkata, topeng yang digunakan dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia adalah lebih kepada tarian dan ritual penyembuhan.

“Bagi masyarakat kaum Mah Meri dan Jah Hut, ukiran topeng lebih tertumpu kepada ciri watak roh nenek moyang.

“Topeng dicipta berdasarkan mitos dan cerita dongeng bertujuan mengurus, mendidik dan menerapkan moral kepada masyarakat,” katanya.

Menurutnya, topeng digunakan dalam upacara keagamaan oleh masyarakat Kayan, Murut dan Iban di Sarawak.

“Biasanya topeng yang dihasilkan ialah ritual nenek moyang dan topeng yang mewakili syaitan serta roh.

“Tiga ciri penting topeng Sarawak berkaitan dengan bentuk, corak dan warna.

“Dua bentuk topeng Sarawak yang boleh dibezakan dengan wajah manusia dan kedua ialah muka makhluk halus yang dicirikan orang Melanau, Kayan dan Kenyah,” katanya.

Katanya, masyarakat Orang Asli Mah Meri dan Jah Hut di Semenanjung Malaysia serta etnik Iban, Kenyah dan Kayan dari Sarawak memperlihatkan budaya pembuatan topeng sebagai produk kraf tangan yang menarik.

“Malah, kerajaan melalui Perbadanan Kraftangan Malaysia dan pertubuhan kerajaan giat mempromosikan topeng yang dihasilkan sebagai produk industri kreatif Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, topeng kini berfungsi sebagai cenderamata atau barangan perhiasan apabila pembuatannya dikomersialkan.

“Selain itu, Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf topeng yang dihasilkan etnik Mah Meri dan Jah Hut.

“Melalui industri kreatif, topeng yang dihasilkan berpotensi diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

“Dengan galakan dan sokongan yang diberikan ini dapat membantu perkembangan dan pembangunan industri kreatif dalam komuniti mereka,” katanya.

sumber : sinarharian.com

Salah guna kebebasan punca hubungan berantakan?

CYCLE RICH – GET RICH THRU CHARITY.

Salah guna kebebasan punca hubungan berantakan?

Gambar Hiasan

ADA banyak isu mengenai kebebasan. Antaranya kebebasan multimedia dan internet, kebebasan bersuara rakyat, kebebasan akhbar dan pelbagai lagi isu umum dan multinasional lain.

Namun kebebasan yang ingin kita bincangkan di ruangan Isu Minggu Ini adalah berkaitan kebebasan diri seorang wanita dan ibu yang masih berumah tangga. Sesuai dan sinonim dengan sisipan mingguan Wanita Oh Wanita (WOW) yang sememangnya dikhususkan untuk membicarakan sebarang perihal bersabit wanita dan ibu.

Menyentuh mengenai kebebasan wanita, dewasa ini wanita dan kerjaya berhubung kait dengan kehidupan sofistikated. Sesungguhnya pembangunan telah mengubah gaya hidup dan ciri-ciri konvensional wanita kepada yang lebih berdaya saing dan mementingkan kerjaya seperti kaum lelaki.

Tiada aforisme tepat untuk membuktikan hujah saya ini; namun, berdasarkan pemerhatian kita setiap hari, saya percaya anda bersetuju dengan kenyataan bahawa pemodenan menjadi salah satu punca perubahan drastik hidup wanita masa kini.

Abad yang mementingkan material ini seolah-olah menunjukkan kebugaran budaya hedonisme dalam masyarakat; kalimah yang menggambarkan kehancuran dan kebejatan budaya berdasarkan keseronokan duniawi semata-mata.

Memburu kejayaan bukan suatu kesalahan buat wanita yang ingin maju ke hadapan, tetapi apa yang membimbangkan ialah kebebasan yang terhasil akibat dari kelalaian diri kita sendiri.

Begitu pun tiada manusia yang mahu menyalahkan diri sendiri seratus peratus atas sebab dan akibat yang berlaku. Adat di dunia memang begitu.

Undang kekacauan

Apakah hak kebebasan? Dalam konteks kehidupan masa kini, bebas bukanlah bermaksud kita boleh melakukan apa sahaja yang kita suka. Sebaliknya perlu dipertimbangkan dengan pemikiran yang waras dan rasional.

Seandainya anda seorang lelaki, tidak seharusnya meletakkan kesalahan itu di pihak isteri/wanita sahaja. Mungkin juga ada kepincangan dan kekurangan dari segi anda mendidik dan memberikan perhatian.

Sikap evasif antaranya merupakan punca wanita terpaksa mengambil alih tanggungjawab yang tidak dilaksanakan dengan sempurna oleh pihak suami; sehingga mereka terjerumus ke arah yang tidak elok.

Dan akhirnya, kebebasan membawa kepada kepincangan rumah tangga dan institusi kekeluargaan.

Mudah lupa

Siapa sebenarnya yang mesti dipersalahkan sekiranya wanita menyalahgunakan kebebasan yang diberikan si suami? Suami? Wanita itu? Sahabat di sekelilingnya?

Atau kerjayanya?

Atas dasar ingin mengejar status kerjaya dan karier, wanita terlupa akan tanggungjawab sebenar yang harus dipikul sebagai isteri.

Barangkali kerjaya boleh membuatkan wanita terlupa bahawa sebaik-baik tempatnya adalah di sisi suami. Isu Minggu Ini membawa anda semua berfikir sejenak akan apa yang telah anda peroleh dan mahu dapatkan dalam kehidupan anda kini.

Apakah anda terletak di dalam kelompok wanita sederhana yang turut menyederhanakan keluarga yang anda jaga? Atau anda merupakan salah seorang yang terpengaruh dengan hedonisme tanpa sedar?

Adiwarna perkongsian ini membawa anda untuk muhasabah diri akan letak duduk diri anda sekarang. Jika terlajak jalan, masih mampu untuk berundur ke belakang. Tiada apa yang mustahil kerana ekspedisi kehidupan yang berliku ini sememangnya mengajar kita untuk selalu bermuhasabah.

SUMBER : SINARHARIAN.COM

Fruktos rosakkan Hati?

CYCLE RICH – GET RICH THRU CHARITY.

Fruktos rosakkan Hati?

Fruktos rosakkan Hati?

DISEBABKAN kos rendah, sirap jagung merupakan bahan pemanis utama digunakan pengeluar minuman berkarbonat dan pelbagai minuman terproses. Sirap jagung juga dikenali sebagai sirap jagung fruktos tinggi di mana peratusan fruktos dikatakan jauh lebih tinggi berbanding glukos. Peratusan fruktos yang tinggi menjadikan sirap jagung digelar sebagai fruktos.

Peranan fruktos yang diambil dalam bentuk makanan dalam pembentukan obesiti dan penyakit hati masih lagi kontroversi. Beberapa kajian terdahulu menunjukkan masalah tersebut berpunca daripada fruktos dan diet yang terlalu tinggi dengan kalori.

Kajian yang dijalankan kepada model haiwan di Wake Forest Baptist Medical Center menunjukkan fruktos menyebabkan kerosakan hati secara pantas sungguhpun tanpa melibatkan penambahan berat badan.

Saintis-saintis penyelidik kajian tersebut mendapati kajian yang dilakukan pada haiwan yang selama lebih enam minggu tersebut menunjukkan haiwan yang diberi makan makanan fruktos tinggi mengalami kerosakan hati dua kali ganda berbanding tikus dalam kumpulan kawalan.

Kajian yang dimaksudkan berjudul Dietary Fructose Induces Endotoxemia and Hepatic Injury in Calorically Controlled Primates telah diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition (19 Jun, 2013).

Dr Kylie Kavanagh, D.V.M, penolong profesor patologi-perubatan komparatif di Wake Forest Baptist dan ketua kajian tersebut berkata, “Adakah kalori semata-mata kalori? Adakah ia dijadikan semua serupa (dari segi tenaga sahaja tanpa memeriksa kesan fisiologi)? Berdasarkan kajian ini, kami menyatakan bahawa ia tidak serupa.”

Dalam kajian terdahulu seperti dimasukkan sebagai rujukan dalam artikel yang dilaporkan dalam jurnal tersebut, Dr Kavanagh dan rakan-rakan penyelidiknya telah mengkaji monyet-monyet yang dibenarkan untuk makan makanan lemak rendah yang ditambah dengan fruktos sebanyak mana yang mereka mampu makan selama 7 tahun.

Haiwan yang diberi makan diet fruktos tinggi sebanyak mana yang mereka mampu makan didapati mengalami pertambahan berat badan sebanyak 50 peratus berbanding dengan kumpulan kawalan.

Haiwan-haiwan tersebut juga didapati mengalami diabetes pada kadar 3 kali ganda berbanding kumpulan kawalan. Selain itu ia juga mengalami hepatic steatosis yang juga dikenali sebagai penyakit hati berlemak bukan berpunca daripada alkohol (non-alcoholic fatty liver disease).

Kumpulan saintis penyelidik kajian tersebut berhadapan dengan soalan mengenai apakah yang menyebabkan kerosakan hati pada haiwan tersebut. Adakah ia kerana haiwan-haiwan kajian mengalami peningkatan lemak (membentuk obesiti dan hati berlemak) berpunca daripada makan terlalu banyak atau terdapat sebab-sebab lain?

Kajian tersebut sebenarnya direka bertujuan menghalang peningkatan berat badan. Sebanyak 10 ekor monyet pertengahan umur yang tidak pernah makan fruktos telah dibahagi kepada dua kumpulan berdasarkan bentuk tubuh dan ukur lilit pinggang yang berpatutan. Selama lebih 6 minggu, satu kumpulan diberi makan makanan yang dikawal kalorinya.
Makanan tersebut mengandungi 24 peratus fruktos.

Monyet-monyet dalam kumpulan kawalan juga diberi makan makanan yang dikawal kalorinya namun mengandungi paras fruktos yang amat rendah iaitu lebih kurang 0.5 peratus.

Makanan yang berikan pada kedua-dua kumpulan mengandungi paras lemak, karbohidrat dan protein yang serupa. Yang berbeza ialah sumber.

Dr Kavanagh berkata makanan fruktos tinggi terdiri daripada tepung, mentega susu, lemak khinzir, telur dan fruktos (bahan utama sirap jagung) yang dikatakan serupa dengan makanan kebanyakan orang Amerika Syarikat. Sebaliknya haiwan-haiwan kumpulan kawalan menerima makanan terdiri daripada karbohidrat kompleks dan protein kacang soya.

Pada setiap minggu saintis penyelidik akan menimbang haiwan-haiwan dari kedua-dua kumpulan serta mengukur saiz ukur lilit pinggang. Kemudian, mereka akan mengubah jumlah makanan bagi mencegah pertambahan berat badan.

Pada penghujung tempoh kajian, saintis penyelidik menyukat penanda biologi kerosakan hati menggunakan sampel darah. Selain itu mereka memeriksa jenis bakteria yang terdapat dalam sampel tinja dan biopsi usus.

“Perkara yang menjadikan kami terkejut ialah apabila mendapati hati mengalami kerosakan pada kadar pantas dan kerosakan hati amat teruk. Keadaan tersebut berlaku tanpa penambahan berat badan sebagai faktor,” kata Dr Kavanagh. “6 bulan pada monyet bersamaan lebih kurang 6 bulan pada manusia.”

Pada kumpulan fruktos tinggi, saintis penyelidik mendapati jenis bakteria tidak berubah. Namun ia berpindah ke hati secara lebih pantas dan menyebabkan kerosakan organ tersebut. Dr Kavanagh berkata paras fruktos yang tinggi dipercayai menyebabkan usus menjadi tidak stabil (penulis: mungkin yang dimaksudkan ialah tidak harmoni bagi kehidupan bakteria berkaitan) berbanding keadaan biasa. Hasilnya ialah bakteria berpindah pada kadar 30 peratus lebih tinggi dari keadaan biasa.

Kekurangan yang berlaku dalam kajian tersebut ialah ia hanya menguji fruktos sahaja dan bukan dekstros. Fruktos dan dekstros merupakan gula ringkas yang terdapat secara semula jadi pada tumbuh-tumbuhan. Dekstros juga dikenali sebagai glukos. Ia merupakan bahan bakar utama untuk penjanaan tenaga dalam mitokondria pada tubuh manusia.

Sehubungan itu Dr Kavanagh berkata, “Kami menggunakan fruktos dalam kajian kerana ia merupakan gula yang biasa terdapat dalam makanan penduduk Amerika Syarikat. Namun, berdasarkan penemuan kajian, kami tidak dapat membuat kesimpulan bagi menyatakan fruktos menyebabkan kerosakan hati.”

Selanjutnya beliau berkata, “Kami hanya boleh menyatakan gula (fruktos) berlebihan menyebabkan bakteria keluar dari usus ke saluran darah dan seterusnya menyebabkan kerosakan hati.”

“Kerosakan hari bermula tanpa peningkatan berat badan. Keadaan ini seharusnya mendapat perhatian kerana kebanyakan doktor dan saintis percaya bahawa lemak yang terdapat pada / sekeliling tisu dalam tubuh yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.”

Pada masa akan datang, kumpulan saintis penyelidik dari The Wake Forest Baptist bercadang untuk memulakan sebuah kajian menggunakan perimeter kawalan yang serupa tetapi menguji kedua-dua fruktos dan dektros pada tempoh yang lebih lama.

Sebuah kajian terkini berbentuk analisa-meta berjudul Effect of fructose on markers of non-alcoholic fatty liver disease (NAFLD): a systematic review and meta-analysis of controlled feeding trials yang berbit dalam European Journal of Clinical Nutrition, 2014 mendapati bahawa fruktos sebagaimana glukos hanya akan menyebabkan penyakit hati berlemak bukan berpunca daripada alkohol (non-alcoholic fatty liver disease) dan membentuk pelbagai penyakit jika diambil secara berlebihan.

Pembaca budiman dijemput membaca artikel penulis berjudul Fruktos lebih bahaya daripada Sukros? dalam Sinar Harian atas talian di http://www.sinarharian.com.my/rencana/fruktosa-lebih-bahaya-daripada-sukrosa-1.40572.

sumber : sinarharian.com

Pembelajaran berasaskan teknologi Cloud.

CYCLE RICH – GET RICH THRU CHARITY.

Pembelajaran berasaskan teknologi Cloud.

Pembelajaran berasaskan teknologi Cloud

PERKARA paling memberikan kepuasan kepada seorang pendidik adalah apabila pelajar didikannya menunjukkan semangat dan minat untuk belajar.

Alangkah gembiranya guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah, Kuala Lumpur apabila melihat pelajar mereka bersemangat beratur panjang di luar makmal komputer menunggu sesi belajar selepas Aplikasi Google untuk Pendidikan (Google Apps for Education) dan Frog VLE diperkenalkan.

Ini menunjukkan betapa dalamnya minat pelajar   dengan kaedah pembelajaran yang diperkenalkan.

Penggunaan platform pembelajaran maya Frog VLE (Virtual Learning Environment) di sekolah-sekolah adalah  sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan untuk  merapatkan jurang digital antara pelajar kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pembelajaran berteraskan Internet yang berkualiti.

Inilah inisiatif Kementerian Pendidikan untuk menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang  berjaya melengkapkan semua sekolah di seluruh negara dengan  akses Internet mudah alih 4G dan platform pembelajaran maya, Frog VLE bertaraf dunia.

Frog VLE bukan sahaja berupaya memberikan akses kepada sumber atau bahan-bahan pembelajaran yang  pelbagai (termasuk penggunaan Aplikasi Google) tetapi juga aplikasi produktif yang  lain seperti emel, forum, kalendar dan sistem pengurusan tugasan.

Memandangkan sistem tersebut turut berasaskan Cloud, ia dapat diakses dari mana-mana lokasi selagi adanya  sambungan Internet. Ini menjadikannya mudah digunakan para pelajar, guru dan ibu bapa di mana-mana sahaja, biarpun di luar kawasan sekolah.

Bagi penyelaras Frog VLE di sekolah itu, Normie Azura Abdul Jamil, perjalanan penggunaan Frog VLE bermula dengan agak perlahan apabila sistem tersebut hanya diperkenalkan pada Januari tahun ini.

“Biarpun begitu, pelajar-pelajar kami menunjukkan keterujaan yang tidak terhingga dalam menggunakan Frog VLE sebaik sahaja ia dilaksanakan. Para pelajar lebih reseptif, kerana  kebanyakan mereka berpendapat cara pembelajaran ini adalah terbaik setakat ini. Ini terbukti apabila, mereka sanggup beratur panjang  di depan pintu makmal komputer semata-mata untuk menggunakan Frog VLE dan Aplikasi Google untuk belajar.

“Para pelajar sangat menghargai kaedah pembelajaran seperti ini dan mereka menggunakannya dengan baik, terutama sekali dalam penggunaan Google Drawing. Ini terbukti apabila saya memberikan tugasan dengan menggunakan aplikasi itu, mereka berjaya menghasilkan sesuatu yang menakjubkan melaluinya,” katanya.

Rekod penggunaan Frog VLE yang ditunjukkan oleh SMK Raja Abdullah pada bulan lalu memberangsangkan apabila berjaya mencapai  kedudukan ke-14 bagi sekolah-sekolah di kawasan Wilayah Persekutuan, manakala kategori sekolah menengah mereka berjaya mencatat  kedudukan ke-5 terbaik .

Normie mempunyai cara tersendiri dalam usaha memperkenalkan Frog VLE dan Aplikasi Google kepada pelajarnya. Sebagai contoh, cara beliau mengalakkan anak-anak muridnya menggunakan Aplikasi Google ialah dengan menghantar tugasan berupa pautan Google Docs kepada mereka dan juga kepada guru-guru lain.

“Apabila mereka bertanya apakah sebenarnya pautan yang saya hantarkan, baru saya jelaskan manfaat-manfaat yang datang bersama penggunaan Google Docs. Saya percaya cara ini  lebih berkesan berbanding mengadakan seminar kerana hanya melalui pengalaman praktikal dan initiatif diri sendiri baru seseorang yang belum pernah guna aplikasi tersebut betul-betul mengingati cara menggunakannya.

“Peningkatan paling ketara dilihat daripada penggunaan teknologi untuk mengajar ialah pelajar kini mendapati ia lebih mudah untuk menyiapkan dan menghantar tugasan mengikut masa ditetapkan. Penggunaan komputer untuk belajar menjadikan mereka lebih bersemangat menyelesaikan tugasan kerana mereka benar-benar seronok melakukannya dan tidak perlu dipaksa,” jelasnya.

Bagi pelajar Tingkatan Empat, Airon Iqbal Muhammad Yamin, 16, dia merasakan kaedah pembelajaran baharu itu  banyak membantunya, terutama sekali dalam menyiapkan kerja-kerja sekolah. Ia juga menjadikan proses pengkongsian dokumen dan diskusi antara rakan-rakan sekelasnya lebih mudah.

Selain itu, guru-guru juga merasakan ianya kini lebih mudah untuk mengumpul data dan berkongsi rekod disiplin pelajar melalui pengunaan Aplikasi Google. Pendaftaran ko-kurikulum juga dapat dilakukan dengan lebih tersusun.

SMK Raja Abdullah merancang mengurangkan beban guru dengan membenarkan pelajar memasukkan sendiri data peribadi ke dalam sistem pengurusan sekolah secara dalam talian.

“Penggunaan Aplikasi Google dan Frog VLE  telah membantu memudahkan urusan-urusan merekod serta aktiviti  pencarian  maklumat dalam rekod-rekod ko-kurikulum dan disiplin kami. Yang pentingnya, para guru tahu dan faham cara yang betul untuk mengakses sumber-sumber yang ada,’’ kata Wan Mohd Wan Yusof, Pengetua SMK Raja Abdullah.

Pada masa sama, beliau berpendapat bahawa proses pembelajaran dan penyampaian Frog VLE ini adalah satu cabaran tetapi tetap menyeronokkan kerana melaluinya perkongsian maklumat antara guru-guru dapat mengeratkan silaturahim.

“Menjelang Julai ini, kita menjangkakan kesemua lebih 1,500 pelajar di sekolah ini tahu cara mengakses Frog VLE dengan betul, atau  sekurang-kurangnya mahir  guna Google Docs tanpa bimbingan,”katanya.

SUMBER: Siaran media FrogAsia Sdn Bhd

Mu’min peneraju ubat gigi halal.

CYCLE RICH – GET RICH THRU CHARITY.

Mu’min peneraju ubat gigi halal.

Mu’min

MASIH ada lagi segelintir orang menyangka ubat gigi jenama Mu’min bukan milik Bumiputera, hakikatnya syarikat yang mengeluarkan produk penjagaan gigi itu sudah lama dimiliki oleh Bumiputera.

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd (Al-Meswak Mu’min), Zaihal Hazri Abdul Halim menjelaskan, jenama Mu’min adalah milik Bumiputera sejak 2004.

“Mu’min sudah ada di pasaran sejak 2001 yang diasaskan oleh golongan bukan Bumiputera dengan jenama Mukmin pada awalnya. Bagaimanapun, ia telah diambil sepenuhnya oleh usahawan Bumiputera pada 2004, sebelum namanya ditukar kepada Mu’min.

“Pada 2012, saya dan isteri saya, Dr Wan Harzita Wan Mat, seorang doktor gigi pula mengambil alih syarikat ini daripada pengurusan lama,” katanya ketika ditemui di kilangnya di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Ketika Zaihal Hazri dan Wan Harzita mengambil alih saham Al-Meswak Mu’min daripada pengurusan lama syarikat itu, produk jenama Mu’min sedang bermasalah.

Namun, ia tidak mematahkan semangat Zaihal Hazri untuk terus membangunkan syarikat itu, sebaliknya beliau nekad dengan keputusannya menerajui syarikat itu kerana sedar dengan potensi jenama tersebut yang kuat dalam pasaran dan dikenali ramai, selain menjadi peneraju ubat gigi halal di Malaysia sejak 2003.

“Kami yakin dengan potensi jenama Mu’min kerana perniagaan ini boleh dikembangkan bukan setakat ubat gigi sahaja, tetapi juga produk penjagaan diri dan isi rumah. Lagipun, agak sukar untuk kita bina semula jenama baharu.

“Mu’min juga pernah menerima anugerah perak menerusi ‘Brand Equity Awards’ pada 2008 sebagai antara jenama Malaysia terkenal yang berjaya menewaskan beberapa jenama antarabangsa lain,” katanya.

Sebelum menguruskan jenama Mu’min, Zaihal Hazri pernah menceburkan diri dalam perniagaan telekomunikasi dan mempunyai perniagaan ternakan ikan laut dalam.

“Semasa dalam perniagaan ternakan ikan ini, saya berkesempatan bertemu dengan pengasas produk Mu’min dan dia beritahu potensi produk ini. Ia membuatkan hati saya terbuka untuk buat kajian mengenai jenama ini.

“Walaupun ketika itu Mu’min sedang menghadapi masalah, namun sebagai usahawan, saya yakin ia boleh diatasi,” katanya.
Lakukan penjenamaan semula

Mu’min
Selepas menerajui Al-Meswak Mu’min, beliau mengatur rancangan dengan membangunkan semula syarikat dan melakukan penjenamaan semula terhadap produk Mu’min.

“Saya melabur RM1.3 juta untuk lakukan penjenamaan semula terhadap ubat gigi Mu’min dengan membuat penambahbaikan pada label dan kotak ubat gigi. Kami letak ‘tagline’ ‘Peneraju Ubat Gigi Halal No 1 Malaysia’.

“Pada masa sama, kami juga klasifikasi produk kepada tiga kategori iaitu nilai untuk wang yang dijual pada harga serendah RM2.50 di kedai runcit kawasan kampung (kotak merah), kategori premium (kotak hijau) dan kategori ‘Max Oral Care’ (kotak putih),” katanya.

Menurutnya, sebelum itu, ubat gigi Mu’min hanya mempunyai dua atau tiga jenis termasuk ubat gigi kanak-kanak.

“Kini, ubat gigi Mu’min bagi segmen kanak-kanak iaitu Mu’min Junior ada empat perisa berbeza iaitu Anggur, Oren, Buah-Buahan dan Strawberi.

“Pada tahun sama kami ambil alih syarikat, kami telah mengeluarkan Mu’min B’sugi dengan 90 peratus daripada kandungannya adalah ekstrak kayu sugi untuk menggalakkan orang ramai bersugi. Ini kerana, kebanyakan ubat gigi kayu sugi yang ada di pasaran hanya mengandungi lima peratus kandungan kayu sugi,” katanya.

Berbanding pesaing lain, Zaihal Hazri berkata, ubat gigi Mu’min hanya menggunakan bahan-bahan asli.

“Ubat gigi Mu’min juga selamat jika tertelan. Kami juga tidak menggunakan Florida untuk hasilkan ubat gigi kerana walaupun ia dikatakan baik untuk gigi kita, namun Florida ini merupakan bahan buangan daripada industri dan ada kesan sampingan.

“Kami juga tidak menggunakan Triclosan dan alkohol. Sebaliknya, kami gantikan dengan bahan berasaskan sawit,” katanya.

Kini, rangkaian produk ubat gigi Mu’min dijual di 420 pasar raya dan pasar besar di seluruh Malaysia dan telah memasuki pasaran Oman.

Pada tahun ini, Zaihal Hazri merancang melakukan eksport secara agresif di China, Beijing, Oman dan Indonesia.

“Kita juga berhasrat meneroka pasaran baharu di negara Asean dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC),” katanya.
Bakal keluar 42 produk baharu

Mu’min
Bukan mudah untuk mengekalkan suatu jenama bertahan dalam pasaran dan perkara itu turut diakui Zaihal Hazri.

Menurutnya, Mu’min terpaksa bersaing dengan sekurang-kurangnya 30 pemain dalam industri ubat gigi yang banyak ditawarkan di pasaran termasuk jenama tempatan dan antarabangsa.

Menyedari hal itu, Zaihal Hazri memikirkan beliau perlu mencari jalan mengembangkan perniagaannya dan tidak terlalu bergantung pada pengeluaran ubat gigi.

Daripada ubat gigi, Zaihal Hazri berhasrat mengembangkan jenama Mu’min dengan pengeluaran produk penjagaan diri dan isi rumah.

Beliau berkata, pada tahun ini, Al-Meswak Mu’min bakal mengeluarkan 42 produk baharu secara berperingkat, yang kesemuanya telah mendapat kelulusan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurutnya, syarikat itu telah memperkenalkan tiga produk iaitu ubat kumur, gel mandian serta losyen tangan dan badan, pada suku pertama tahun ini.

“Sekarang, produk ini sudah masuk ke dalam pengedaran gudang dan dijangka akan berada di pasaran pada Mac ini.

“Untuk produk seterusnya, kami akan segmenkan produk itu untuk kategori lelaki, wanita dan kanak-kanak menerusi sub jenama,” katanya.

Setakat ini, Al-Meswak sudah mengeluarkan 16 jenis produk yang berharga dari RM2.50 hingga 8.90.

Bagi memastikan pengeluaran produk memenuhi permintaan pasaran, Zaihal Hazri berkata, Al-Meswak Mu’min melabur lebih RM10 juta untuk pembinaan kilang di kawasan seluas lima ekar di Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Kilang ini akan menjadi pusat sehenti bagi semua pengeluaran produk kami iaitu ubat gigi, produk isi rumah dan penjagaan diri.

“Projek pembinaan akan bermula pertengahan tahun ini dan dijangka boleh memulakan operasi pertengahan tahun depan. Buat masa ini, kami memproses sebahagian produk Mu’min di kilang kami di Kota Damansara, manakala sebahagiannya kami ambil kontrak pengilangan (OEM),” katanya.

Beliau berkata, Al-Meswak Mu’min optimis untuk mencapai sasaran jualan RM30 juta pada tahun ini didorong dengan pengeluaran produk baharu.

sumber : sinarharian.com

Bayi perempuan maut dipatuk ular ketika tidur.

CYCLE RICH – GET RICH THRU CHARITY.

ular

TEMERLOH – Seorang bayi perempuan Orang Asli berusia setahun tiga bulan maut akibat dipatuk seekor ular tedung senduk ketika sedang tidur bersama ibunya di rumah di Kampung Paya Badak, Seberang Temerloh awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Superintendan Zundin Mahmood berkata, dalam kejadian 8.30 pagi itu, Puteri Mia Mazila a/p Ramesh dilaporkan tidur bersama ibunya berusia 34 tahun di ruang depan rumah tanpa nombor.

“Ibu mangsa tersedar sebaik sahaja mendengar anaknya menangis kuat dan melihat ada kesan lebam di kakinya dipercayai akibat dipatuk ular.

“Dalam masa yang sama ia ternampak seekor ular tedung senduk berwarna hitam sedang menjalar keluar dari rumah,” kata Zundin ketika dihubungi di sini.

Ibu mangsa, katanya, segera mengejar untuk menangkap ular berkenaan, tetapi gagal.

Ibu itu berpatah balik ke rumah, dan terkejut bila mendapati bayinya sudah tidak bernyawa.

Kejadian itu kemudian dilaporkan di Balai Polis Temerloh. – Bernama

sumber : sinarharian.com

Fizik Kuantum Dan Falsafahnya Dalam Kehidupan.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Fizik Kuantum Dan Falsafahnya Dalam Kehidupan.

Seringkali saya mengaitkan fizik kuantum didalam artikel-artikel saya yang lepas, mungkin ramai dikalangan rakan-rakan yang pernah mendengar perkataan Fizik kuantum ataupun Quantum physic akan tetapi mungkin tidak ramai yang mengetahui apakah sebenarnya yang dikatakan fizik kuantum itu.
Pada awal abad ke 19, seorang saintis German bernama Max Plank melalui kajiannya mengenai struktur atom dan juga “black body radiation” mendapati tenaga (energy) secara semulajadinya adalah dalam bentuk gumpalan (lump) atau ketulan (chunk) dan bukanlah dalam bentuk gelombang radiasi berterusan seperti yang difahami sebelum itu, ianya dinamakan “quanta” iaitu bermaksud kuantiti, dari situ wujudlah bidang fizik baru yang dinamakan Quantum Fizik atau Quantum Mekanik.
Quantum Fizik (QF) adalah fizik mengenai atom, apa yang membentuk atom itu dan juga bagaimana perilaku “sub-atomic particle” atau zarah-zarah yang membentuk atom itu sendiri. QF juga digelar sebagai fizik baru atau moden dan amat berbeza daripada fizik klasik (sebelum 1900) yang diasaskan oleh Aristotle hinggalah oleh Newton. Menerusi quantum fizik juga, falsafah barat yang dikemukakan oleh ahli falsafah Peranchis pada kurun ke 17 Rene Descarte iaitu jasad atau material dan minda adalah dua unsur yang berbeza atau tiada kaitan antara satu sama lain menjadi goyah oleh penemuan-penemuan baru oleh fizik moden ini. Melalui ujikaji QF, terbukti minda mempengaruhi dunia materialistik yang manusia anggap selama ini diluar kawalan mereka.
Bagaimana pula sifat dan perilaku atom itu mempengaruhi manusia? Kita semua terbentuk dari jutaan-jutaan sel yang bergabung membentuk jasad, dan sel-sel terbina dari molekul, dan molekul pula terbentuk dari atom, jadi jika kita ingin mengkaji kehidupan, bukankah kajian mengenai atom itu sendiri yang merupakan asas binaan tubuh manusia itu amat penting? Hampir kesemua alat elektronik kegunaan manusia moden masa kini amat berkait dengan QF, dari pemain CD, DVD, TV, telefon bimbit, komputer, tenaga nuklear dan sebagainya, semua ini dicipta dengan prinsip QF itu sendiri. Walaupun rata-rata manusia menggunakan alat yang dicipta dengan bantuan fizik moden ini didalam kehidupan manusia seharian, pemikiran manusia itu sendiri masih lagi menggunakan prinsip klasik dalam hampir setiap detik kehidupan yang dilalui.

Disini saya akan cuba untuk berkongsi dengan rakan-rakan sekalian beberapa idea-idea baru dan falsafah disebalik QF yang mana pada pendapat saya amat penting untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Ada sesetengahnya sudah kita gunakan atau alami sehari-harian akan tetapi tidak tahu mengapa ianya sebegitu, contohnya apabila kita tersedak kononnya ada orang menyebut-nyebut nama kita, bagaimana jika saya katakan eksperimen untuk menunjukkan kejadian itu memang boleh berlaku dan terbukti didalam ujikaji yang dijalankan?, dan ini adalah satu konsep didalam QF yang dipanggil “entanglement” yang mana menyatakan zarah, objek mahupun manusia didunia ini berkait dan berhubungan sesama sendiri tanpa perantaraan yang jelas. Saya akan berkongsi beberapa konsep didalam fizik kuantum dan cuba mengaitkan dengan kehidupan kita sehari-harian.

1. Kedudukan Zarah – Hanya Kemungkinan dan Kebarangkalian.

Atom yang kita belajar disekolah adalah seperti planet-planet mengelilingi matahari dimana elektron berputar mengelilingi nukleus yang terdiri daripada neutron dan proton. Walaupun konsep ini diterima pakai untuk menjelaskan kelakuan atom dan bagaimana ia boleh berinteraksi dengan atom-atom lain untuk membentuk molekul dan seterusnya membentuk semua benda disekeliling termasuklah tubuh badan manusia itu sendiri, hasil dari kajian dan eksperimen terbaru atom tidak terbentuk sebegitu rupa, lebih kepada abstrak, suatu yang tidak boleh dijelas atau digambarkan, malah untuk menentukan kedudukan dan perilaku zarah-zarah didalamnya atom itu sendiri hanyalah dapat dilakukan dengan bahasa metematik dan formula yang didalam perkiraannya juga hanyalah memberikan kemungkinan dan kebarangkalian sahaja dimana zarah-zarah itu berada. Antara dua formula yang masyur adalah “Wave Function Equation” oleh Erwin Schrodinger dan “Matrices Mechanic” oleh Werner Heisenberg.

Pada tahun 1927, berlaku satu perjumpaan ahli fizik di Brussel (Solvay Conference) yang mana mereka membincangkan penjelasan mengenai zarah-zarah dunia sub-atomik. Terdapat dua pihak yang bertelagah, iaitu satu pihak yang diwakili oleh Albert Einstein yang menyatakan tidak mungkin zarah ber”kemungkinan” sahaja berada disuatu tempat, Neils Bohr yang mewakili sebelah pihak lagi mengemukakan pendapatnya bahawa secara matematiknya itulah sifat atau kelakuan zarah-zarah didalam atom. Satu ungkapan Einstein yang amat popular dalam perdebatan mereka adalah “Tuhan tidak bermain dadu”, Bohr pula membalas “Einstein, berhenti memberitahu tuhan apa yang patut dilakukan”.

Berbeza dengan falsafah fizik klasik yang mana semua kehidupan didunia ini adalah berlandaskan 3 hukum gerakan Newton (Newton Law Of Motion) yang mana semua kejadian boleh diramalkan, ini tidak berlaku didalam dunia sub-atomik yang mana hanya kemungkinan dan kebarangkalian sahaja yang boleh dikira. Jika kita kaitkan konsep ini didalam kehidupan sehari-harian, tiada apa yang pasti, semua hanyalah kemungkinan dan kebarangkalian sahaja yang ianya boleh dan akan berlaku. Malah jika kedudukan zarah diketahui, kita tidak boleh mengira momentum zarah tersebut, begitu juga sebaliknya.

Lihat kehidupan yang kita lalui ini, nampaknya seolah-olah ianya juga sebegitu jika kita samakan ianya dengan dunia sub-atomik, dunia seolah-olah tiada kepastian, hanya kebarangkalian dan kemungkinan sahaja, jadi jika tiada kepastian, dari mana pula datangnya takdir? Sebab itu Albert Einstein tidak dapat menerima kenyataan Neils Bohr kerana baginya tuhan tidak menjadikan dunia ini seperti suatu perjudian. Saya juga bersependapat dengan Einstein, akan tetapi apa yang akan menjadikan dunia ini suatu kepastian atau takdir adalah dengan undang-undang kehidupan seperti yang Allah berikan didalam Al Quran. Akan saya jelaskan selepas ini.

2. Dua sifat Elektron – Zarah (Particle) Atau Gelombang?

Cahaya amat berkait rapat dengan atom, cahaya terbina dari unit kecil yang dipanggil photon manakala atom diwakili oleh unsur sub-atomik lebih kecil yang dipanggil zarah samada elektron, neutron atau proton. Atom boleh mengeluarkan tenaga darinya dalam bentuk photon. Sejarah awal kajian mengenai cahaya adalah oleh Christian Huygens dalam abad ke 16, dia mengemukakan pendapat bahawa cahaya berfungsi sebagai gelombang, umpama gelombang apabila seketul batu dijatuhkan didalam kolam. Pada kurun ke 17 pula Sir Isaac Newton meramalkan bahawa cahaya terbina dari zarah-zarah kecil yang dinamakan “corpuscular”. Dalam abad ke 18 pula, Thomas Young melakukan ujikaji yang amat mashyur didalam dunia fizik iaitu apa yang dinamakan “Double Slit Experiment” membuktikan bahawa cahaya berkelakuan sebagai gelombang dan bukan zarah. Pada tahun 1905 pula, Albert Einstein yang pada masa itu bekerja sebagai kerani di Zurich mengeluarkan kertas saintifik mengenai “Photoelectric Effect” yang mana menyatakan bahawa cahaya terdiri dari zarah-zarah kecil yang dinamakan photon melalui konsep bagaimana tenaga diserap dan disebarkan. Ini selari dengan penemuan Max Plank yang mana asal nama QF itu bermula iaitu “quanta”. Persoalannya mana satu yang betul, adakah cahaya atau sub-atomic bersifat gelombang atau zarah, atau mungkinkah kedua-duanya sekali?

Atom dan cahaya amat penting didalam kehidupan manusia, tanpa atom tiada jasad atau benda yang terbentuk dan tanpa cahaya pula tiada apa yang boleh dilihat oleh manusia. Akan tetapi hasil dari kajian fizik kuantum ini, ahli fizik membuat kesimpulan bahawa keputusan suatu ujikaji yang menentukan samada hasilnya adalah gelombang atau zarah adalah berdasarkan untuk tujuan apa ujikaji itu dijalankan, jika ia untuk mengkaji cahaya atau zarah sebagai gelombang, maka gelombang yang akan dilihat dan begitu juga sebaliknya. Ini apa yang dipanggil sebagai “complimentary principle” sub-atomik yang mana ia boleh bersifat sebagai zarah atau gelombang bergantung kepada niat dan tujuan sesuatu ujikaji itu dijalankan.

Berbalik kepada kisah perjumpaan ahli fizik di Brussel, hasil dari perbincangan mereka terhasilah interpretasi mengenai fizik kuantum, apa yang disebut “Conpenhagen Interpetation of Quantum Mechanic”. Ia secara amnya menyatakan kita tidak boleh mengukur atau memeriksa kedudukan sesuatu zarah itu sebelum kita melihat zarah itu sendiri, hanya kemungkinan dan kebarangkalian sahaja zarah itu berada pada suatu lokasi sehinggalah kita melihat atau mengukurnya. Hanya apabila kita mengukur atau melihatnya, apa yang dinamakan “Collapse of Wave Function” berlaku menyebabkan zarah yang sebelum ini berada pada semua lokasi (superposition) pada satu-satu masa itu menjadi suatu yang nyata.

Dari penerangan video diatas, atom berada dalam keadaan “superposition” iaitu semuanya adalah hanya kebarangkalian dan kemungkinan sahaja. Hanya apabila kita membuat pengukuran atau melihat maka ia menjadi suatu yang nyata dan bukan sekadar gelombang (collapse of wave function). Ini yang dikatakankita mencipta realiti kehidupan, melalui cara kita melihat dunia itu sendiri dari pemikiran. Ini juga rahsia disebalik hukum tarikan (Law of Attraction). Pada pendapat saya, disinilah kita sebagai manusia perlu menumpukan terhadap apa yang kita ingin kan dan sebagai seorang muslim kita sudah ada latihan untuk fokus dan tumpukan perhatian iaitu solat. Akan tetapi berapa ramai manusia yang mampu melakukannya?, maka untuk mencipta realiti hidup amat sukar dan rata-rata manusia akan hidup didalam ketakutan, risaukan perkara buruk akan berlaku kerana mereka adalah lemah dan hanya menjadi mangsa keadaan.

Fahaman baru ini juga amat bercanggah dengan fizik klasik yang mana dunia ini sudah dijadikan oleh tuhan seolah-olah sebuah “Great Machine” dan kita adalah salah satu gear-gear yang berputar didalamnya dan apa yang berlaku pada diri kita adalah disebabkan gear bersebelahan yang berputar, baik atau buruk yang berlaku didalam kehidupan, kita hanyalah sebagai mangsa dan tiada kena mengena langsung dengan sebab terjadinya sesuatu kejadian itu. Akan tetapi hasil dari kajian QF ini mendapati dari pemikiran kita sendiri, iaitu bagaimana kita mahu melihat kehidupan itu sendiri akan mempengaruhi kehidupan sebenar yang akan kita alami.

Adakah bercanggah dengan Islam? Bagi saya tidak kerana Allah itu Maha Pemurah dan apa sahaja yang kita kehendaki pasti akan dikurniakannya.

Dan Tuhan kamu berfirman: berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Surah Ghafir 40:60)

Akan tetapi mengapa hidup kita penuh dengan duka? Jika dari cara kita melihat atau mengukur dunia ini menentukan baik atau buruk “collapse of wave function” didalam kehidupan kita, cuba selidik rata-rata manusia hari ini hidup dengan pemikiran yang lebih negatif dari positif, manusia sentiasa berada didalam keadaan ketakutan, lihatlah apa paparan utama didalam berita, apa tajuk perbualan utama antara rakan-rakan, maka itu jugalah makin lama makin nampak didalam kehidupan. Sebab itu kita digalakkan sentiasa solat tanda bersyukur, jiwa yang tenang dan bersyukur akan memberikan pemikiran yang gembira lantas akan memberikan lebih kegembiraan didalam kehidupan.

Jika pemikiran kita mempengaruhi kehidupan dan Allah SW itu maha pemurah, mengapa apa yang kita pohon, kita pinta, kita mahukan tak kunjung tiba?

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. Surah (Albaqarah 2:186).

Kerana kebanyakan kita hanya berdoa apabila susah dan lupakan Allah dikala senang. Kita beriman kepada Allah tetapi tidak percaya Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui dan kita melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah dengan mudahnya, kemudian merungut Allah tidak perkenankan doa. Allah mahukan “full time” muslim dan bukannya “part time” muslim seperti maksud ayat surah AlBaqarah diatas.

Minda manusia memengaruhi kehidupan sebenarnya dan ujikaji dari bidang fizik kuantum ini telah membuktikannya, kita bukanlah hanya sekadar “mesin ciptaan Allah” dan hidup atas takdir yang kita sendiri tidak tahu samada ianya benar-benar takdir Allah. Manusia yang selalu menyalahkan takdir adalah manusia yang tidak mahu bertanggungjawab, samada mahu lepas tangan, hanya menyalahkan manusia lain atau tidak tahu bahawa apa yang terjadi sebenarnya adalah disebabkan samada dari pemikiran atau perbuatan yang mereka lakukan sendiri, apa yang saya panggil “takdir ciptaan sendiri”. Apa? Takdir yang kita sendiri ciptakan? Ya, kita hidup didunia ini bukanlah bebas, ada “certain set of law” iaitu undang-undang yang harus diikuti dan ianya termaktub didalam Al-Quran dan jika kita menyimpang darinya, akan ada “takdir” yang tidak diundang dari sebab menyimpangnya kita itu.

3. Bell Theoram – Aku, Engkau, Kita Dan Mereka Adalah Berkait.

Salah satu fenomena pelik didalam QF adalah dimana prinsip fizik klasik iaitu “locality” menjadi goyah. “Locality” maksudnya sesuatu kejadian itu hanya boleh terjadi apabila ada penyebab secara langsung dan berdekatan. Contohnya sesuatu kejadian itu tidak mungkin berlaku hanya kerana orang lain yang letaknya beribu-ribu kilometer melakukan sesuatu. Telah saya berikan contoh pada dalam perenggan yang kelima mengenai gurauan kita terhadap fenomena tersedak, bagaimana pula dengan fenomena siibu yang berasa tak sedap hati atau resah gelisah apabila sesuatu kejadian buruk berlaku terhadap anaknya dirumah sedangkan dia tidak diberitahu pun apa yang terjadi?

Pada tahun 1964, seorang ahli fizik Irish bernama John Bell membuktikan secara matematik bahawa teori kuantum hubungan “non-local” yang digelar “spooky action at a distance” iaitu suatu unsur boleh memberi kaitan kepada sesuatu unsur yang lain walaupun tiada ada hubungan baik maklumat atau kominikasi sesama mereka. Teori beliau dinamakan Bell Theorem yang mana dianggap penemuan paling bermakna didalam abad ke 20 ini. Pada tahun 1972, dua ahli fizik Amerika bernama Stuart Freedman dan John Clauser telah berjaya melakukan ujikaji untuk membuktikan Bell Theoram dan pada tahun 1979 pula ahli fizik Peranchis bernama Alain Aspect berjaya melakukan ujikaji yang diterima secara meluas dalam pembuktian Bell Theoram, kaitan sesama unsur sub-atomik bukanlah lagi hanya menerusi matematik akan tetapi dengan bukti ujikaji yang kukuh.

Jika kita lihat asal kejadian dunia ini dari teori big bang (Surah Al-Anbiya 21:30) hinggalah kepada penciptaan Adam, dari penciptaan atom hinggalah kepada penciptaan manusia, kita semua sebenarnya mempunyai kaitan antara satu sama lain, terdapat perhubungan antara semua benda dan kehidupan ciptaan Allah ini melalui ruang tenaga yang tidaj kelihatan. Masaalah umat manusia hari terjadi kerana kita dibesarkan dengan pendekatan yang salah terutama dengan pemikiran Darwinian yang mementingkan perlunya menjadi yang terkuat, terhebat, terpandai, terkaya dan sebagainya untuk terus hidup, diri manusia itu menjadi semakin terasing. Kita tidak lagi melihat insan dan hidupan lain sebagai sebahagian dari diri kita sendiri ataupun sebagai salah satu dari ciptaan Allah yang perlu dijaga, dihormati, dididik, dikasihi dan sebagainya, sebaliknya manusia lebih mementingkan diri sendiri dan juga keluarga terdekat. Perpecahan dikalangan manusia makin jelas ketara hari ini apabila sianak dan ibubapa ada yang turun naik mahkamah bertelagah.

Apa yang kita lakukan akan menyebabkan sesuatu yang sama juga akan berlaku ditempat lain dan akhirnya akan kembali kepada diri kita semula, inilah janji Allah seperti ayat berikut,

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Surah Al-Isra 17:7.

Pengasihnya Allah itu melarang manusia melakukan sesuatu kejahatan adalah kerana ianya akan berbalik kepada manusia itu sendiri. Inilah antara undang-undang kehidupan yang Allah telah tetapkan. Ambil contoh larangan riba’, didalam riba’ kita menghisap darah manusia lain dengan memaksa mereka membayar lebih dari apa yang dipinjam, jadi kita hanya goyang kaki tanpa perlu peluh menitik setitis pun menantikan pulangan, kita menjadi perompak terhormat sebenarnya, dan apabila kita merompak orang lain, dari konsep “non-locality” fizik kuantum, kita membentuk diri insan lain menjadi perompak juga yang mana suatu hari nanti mereka ini akan merompak diri kita pula.

Cuba lihat kawasan perumahan masa kini, mengapa kecurian pecah rumah kerap terjadi hingga terpaksa mengupah pengawal untuk menjaga rumah? Mengapa setiap rumah harus dipasang grill? Manusia terpaksa hidup didalam penjara buatan sendiri. Boleh dikatakan hampir 99.99% rumah yang dibeli adalah dengan pinjaman riba’ baik riba’ ikut pintu depan (konvensional) mahupun riba’ ikut pintu belakang (islamik), maka sebab itulah rompakan pecah rumah dan sebagainya semakin menjadi-jadi. Disebabkan kita merompak manusia lain tanpa sedar iaitu dengan menggalakkan inflasi (melalui lambakan wang pinjaman), menurunkan nilai wang dan menganiaya insan lain terutama yang miskin maka siapa harus dipersalahkan jika tidak diri sendiri? Manusia sendiri yang mencipta perompak yang akhirnya merompak diri mereka sendiri.

4. Tiada Yang Percuma Didunia Ini.

Dunia zarah sub-atomik sebenarnya amatlah sibuk, zarah tidak kekal didalam satu bentuk dan berubah menjadi unsur berlainan dan kemudiannya kembali kepada keadaan asal. terdapat hampir seratus sub-zarah baru dijumpai hasil dari ujikaji mengenai dunia subatomik ini, ahli fizik Kenneth Ford menggelar keadaan ini sebagai “particle zoo”. Elektron contohnya tidak hanya kekal sebagai elektron tetapi sepanjang masa mengeluar dan menyerap photon. Keadaannya sebegini, mulanya ada elektron, kemudian elektron dan photon, kemudiannya hanya elektron. Proton boleh berubah menjadi dua unsur iaitu proton dan neutral pion (salah satu unsur sub-atomik), dan kemudiannya kembali kepada proton asal. Lihat photo disebelah yang menunjukkankan diagram untuk fenomena tersebut, diagram sebegini dinamakan Feynman diagram yang di kemukakan oleh ahli fizik Richard Feynman untuk menggambarkan fenomena dunia subatomik ini.

Akan tetapi kewujudan zarah lain ini tidak kekal dan hanya wujud dalam masa yang teramat singkat. Situasi ini amat bercanggah dengan hukum pengekalan tenaga (Conservation Law Of Mass-Energy, ingat e=mc2?) yang menyatakan kita tidak boleh mendapat sesuatu dari tanpa penambahan tenaga atau jisim (energy or mass), tetapi menurut teori kuantum ini, kita boleh mendapatkan sesuatu dari tanpa penambahan tenaga atau jisim, akan tetapi ia hanyalah untuk jangka masa yang teramat singkat iaitu kira-kira satu per trillion saat.

Apabila saya membaca kenyataan ini, terfikir akan saya tentang mereka yang mengambil hak orang lain seperti makan riba’, mencuri, makan rasuah dan sebagainya dan menyangkakan bahawa mereka mendapatkan ianya secara percuma dan tidak ada apa yang akan berlaku kepada diri mereka. Apa yang diambil itu tadi hanya wujud dalam masa yang singkat sahaja berdasarkan cerita “particle zoo” itu tadi, hukum pengekalan tenaga itu juga menyatakan tiada yang datang secara percuma, perlu ada suntikan tenaga E atau M untuk mendapatkan sesuatu dan jika diperolehi pun hanya akan kekal dalam masa yang singkat. Jadi ambil contoh mereka yang makan harta riba’, mereka yang mencuri, makan rasuah dan sebagainya, jika apa yang mereka ambil itu tidak hilang sebagai wang dalam bentuk kecurian, akan ada cara lain ianya akan hilang samada hilang kegembiraan, hilang kesihatan dan sebagainya. Kerana apa? Kerana Allah itu maha adil dan inilah dia salah satu undang-undang kehidupan tersedia dari awal dunia dicipta hinggalah kehari kiamat. Apa yang dinikmati dengan percuma akan kembali kepada keadaan asalnya.

Bergembiralah mereka yang ditimpa musibah kerana dalam hidup kita hari ini yang penuh dengan riba’ baik dari penggunaan wang kertas yang tidak punyai nilai didalamnya hinggalah kepada rumah dan kereta yang kita beli dengan riba’ kerana Allah mahu mengembalikan semula tenaga yang bukan hak kita itu. Akan tetapi buat mereka yang mencari perlindungan selain dari Allah, dengan mempunyai pengawal peribadi keliling pinggang, punyai kroni dan pengikut yang memastikan mereka senantiasa di tangga atas menggunakan pangkat dan jawatan untuk menindas, balasan Allah diakhirat nanti amatlah pedih dan tidak mampu terbayang oleh pandangan mata dan jiwa.

Buktinya sudah ada, lihat beza bom kimia dan bom nuklear, bom kimia adalah dari manipulasi kimia dan atom, bom nuklear adalah manipulasi nukleus yang berjuta-juta kali lebih kecil dari atom itu sendiri akan tetapi tenaga yang dikeluarkan amatlah hebat. Bayangkanlah jika ada sebezar zarah sekalipun dosa yang akan dibalas oleh Allah diakhirat, harap gambaran bom nuklear sudah cukup untuk memberi khabar buruk bagi mereka yang tidak percayakan Allah dan meninggalkan segala larangannya itu.
——————————————————————————–

Rujuk kembali kepada sifat atom, walaupun asas kehidupan dan benda didunia itu bersifat penuh ketidaktentuan, manusia tidak mengambil pandangan sebegitu didalam kehidupan. Ambil contoh cara kita mendidik generasi masa kini terutama anak-anak, kita terlalu taksub dengan pencapaian anak kita disekolah dengan catitan markah berdasarkan apa yang boleh dilihat didalam sijil, kerana apa? kerana dari berapa banyak A didalam sijil itulah nanti seolah-olah menentukan baik atau tidak kehidupan mereka dimasa akan datang. Kita semakin hilang pertimbangan untuk menilai sasuatu yang tidak nampak iaitu “ukuran iman” anak kita sendiri. Akan tetapi bagaimana perkiraan iman itu akan diambil kira jika kita sendiri beriman hanya mengikut masa, samada pada hari jumaat sahaja atau pada masa nak nikah kahwin atau cerai, malah lebih teruk lagi hanya apabila nak mati.

Kita semakin hari semakin menolak Allah dengan iman yang semakin nipis, contohnya lari dari hukum-hukum Allah contohnya membenarkan arak dan perjudian didalam sebuah negara yang kononnya negara Islam, jika ditanya pada pemimpin-pemimpin, rata-rata menyatakan kerana mengambil kira kaum lain, walaupun arak dan judi itu sendiri adalah salah satu penyebab utama penyakit sosial didalam kaum tersebut, akan tetapi kerana arak dan judi itu adalah salah satu punca utama pendapatan negara melalui cukai dan juga menggalakkan pelancong asing yang mahukan hiburan, maka “apabila aku membenarkan arak dan judi, pendapatan untuk negara aku akan terjamin, itu sudah pasti dari pengiraan yang aku lakukan”, pendapatan dari suatu yang nyata lebih dipercayai sedangkan sepatutnya pendapatan atau rezeki itu hanyalah dari Allah, dari suatu yang tidak nampak, dari suatu yang tidak boleh dibayangkan.

Amat sukar untuk mempercayai suatu yang tidak kelihatan dan tiada kepastian (ganjaran Allah), maka sebab itu manusia hari ini rata-rata hidup dengan kepastian yang ada didalam gengaman mereka, contohnya mengambil rasuah apabila peluang ada, menaikkan harga atau ubah kualiti/kuantiti barang yang dijual untuk keuntungan maksimum, minta gaji yang lebih besar hanya kerana punyai ijazah kelas 1 dan bukan mutu kerja yang dimiliki dan sebagainya. Hidup sebenarnya penuh dengan kemungkinan dan kebarangkalian, dan gembira, duka, baik atau buruk kehidupan itu sebenarnya datang dari diri kita sendiri (dengan izin Allah), kita harus mencuba untuk mendapatkannya (nikmat dunia) akan tetapi disebabkan asas binaan alam ini iaitu atom penuh dengan ketidaktentuan, kemungkinan dan kebarangkalian, nikmat dunia yang sebenarnya hanyalah dengan mengikut landasan-landasan undang-undang yang dibenarkan Allah.

Bagi saya sesuatu yang tidak nampak, iaitu iman (fizik kuantum) itu lebih utama dari ukuran sijil (fizik klasik) kerana hidup ini penuh dengan kemungkinan dan kebarangkalian sahaja. Sedangkan ada kalanya perbezaan beratnya amal walau sebesar zarah itu pun sudah cukup untuk menentukan samada kita kesyurga atau neraka. Ambil contoh perbezaan raksa atau merkuri dengan emas, kedua-duanya adalah logam tetapi raksa dalam bentuk cecair, kurang bernilai malah beracun. Emas pula suatu yang keras dan amat bernilai. Perbezaan antara keduanya hanyalah satu elektron sahaja (raksa emas 79 dan emas raksa 80) akan tetapi keduanya memberi perbezaan yang amat nyata umpama syurga dan neraka.

Kebanyakan manusia beriman tetapi tidak percaya, tidak percaya yang Allah itu maha pemberi, sebab itu kita lebih pasti rezeki dengan menghambakan orang lain walaupun kononnya dengan niat untuk menolong (pembiayaan jual beli), tidak percaya Allah itu maha adil, sebab itu dengan selambanya menghabiskan duit rakyat untuk kepentingan sendiri dan kroni, rasuah dan sebagainya. Sebab itu didalam Al-Quran apabila Allah SW menyeru manusia Allah menyebutnya “O people who beleive”, iaitu wahai manusia yang percaya dan bukan manusia yang sembahyang, puasa dan sebagainya, kerana percaya itu sendiri amat penting. Lepas percaya dengan sepercayanya barulah rukun islam secara automatiknya akan dilakukan oleh manusia dengan ikhlas dan bukan kerana terpaksa.

Tetapi disebabkan Allah itu tidak kelihatan, maka amat sukar untuk manusia mempercayai Allah itu wujud walaupun Allah SW itu lebih hampir dari urat leher mereka sendiri. Sebab itu kafirun membuat patung berhala, kerana apa? kerana bila nampak tuhan baru percaya, sedangkan fizik kuantum telah membuktikan bahawa sesuatu yang tidak kelihatan itu (nukleus) punyai kuasa yang teramat hebat, jadi jika kita percayakan Allah dengan sepenuhnya maka mencipta sesuatu yang hebat dan mendapat bantuan Allah itu amatlah mudah. Sebab itu para Nabi mampu melakukan mukjizat kerana percaya mereka seratus-peratus dan sepanjang masa dan bukan manusia akhir zaman ini yang percayanya adalah bermusim sahaja.

Inilah sebenarnya janji Allah, semakin kita percaya kepada Allah, semakin hebat sebenarnya kehidupan kita, ambil contoh zaman kegemilangan islam dahulu yang hebat baik dari segi ekonomi hinggalah kepada tamadun ilmu, akan tetapi sedikit demi sedikit ianya lenyap hingga umat islam hari ini seolah-olah diratah oleh kafirun.

Thawban meriwayatkan, Nabi (SAW) bersabda: Orang-orang kafir akan memanggil satu sama lain untuk menyerang kamu sebagaimana orang yang makan menjemput orang lain untuk berkongsi hidangan. Seorang bertanya: Adakah itu kerana jumlah kami yang kecil? Baginda menjawab: Tidak, jumlah kamu banyak umpama sampah2 yg dihanyutkan oleh arus banjir, akan tetapi telah Allah hilangkan rasa takut dari dada orang kafir keatas kamu dan meletakkan “wahn” didada kamu. Seorang bertanya: Apakah itu “wahn”. Baginda menjawab: Cintakan dunia dan takutkan mati. Abu Dawud Hadis 4284

Manusia cintakan dunia kerana apa? Kerana dunia inilah bagi mereka suatu yang nyata berbanding dengan syurga yang janji Allah yang tidak kelihatan. Maka dunia materialistik hari ini menjadi mantra kehidupan dan semuanya boleh dicapai dengan ekonomi berasaskan riba’, pinjam dan bayar bulan-bulan menjadi hamba kepada bank hinggalah sampai keliang lahat pun hutang tak habis dibayar. Dan apabila cintakan dunia, manusia semakin sibuk dan tidak punya masa lagi untuk mendekati Allah apatah lagi mempercayai dengan sepenuhnya keesaan Allah itu.

Fizik kuantum amat pelik dan sukar diterima oleh minda manusia yang sudah terbiasa dengan fizik klasik malah Albert Einstein sehingga dia meninggal dunia, beliau menganggap fizik kuantum tidak lengkap walaupun kajian dan ujikaji terbaru semakin mengesahkan kepelikannya. Banyak perkara kehidupan yang dapat dijelaskan dengan fizik kuantum, malah hukum tarikan yang menjadi corak pemikiran baru untuk memberi motivasi kepada manusia hari ini juga berasaskan kepada fizik kuantum, akan tetapi ianya juga mengesahkan beberapa hukum yang perlu diikuti. Fizik kuantum juga membuktikan bahawa minda dan pemikiran kita juga adalah suatu yang nyata dan mempengaruhi persekitaran, sebab itu menjaga minda itu amat penting didalam islam baik dengan solat yang khusyuk hinggalah kepada larangan mengambil sesuatu yang memabukkan.

Satu fakta terakhir disini yang saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan adalah struktur atom itu sendiri, selain kedudukan zarah tidak dapat ditentukan, kebanyakan ruang didalam atom adalah kosong, jika saiz atom sebesar Stadium Merdeka, saiz nukleus hanyalah sebesar seekor lalat ditengah-tengah padang stadium itu sahaja. Jika semua ruang kosong dari dalam atom tubuh badan manusia dikeluarkan, manusia itu sendiri lebih kecil dari sebutir garam. Dan jika semua manusia didalam dunia ini dikumpulkan dengan ruang kosong atom didalam badan mereka dikeluarkan, kita semua hanyalah sebesar sebiji epal sahaja, inilah bukti bahawa kita semua seolah-olah berada didalam “genggaman” Allah SW. Harap sedikit perkongsian ilmu ini dapat membantu rakan-rakan agar dapat melihat dunia ini dari sudut yang berbeza, iaitu sudut dunia teramat halus akan tetapi punyai kuasa yang luar biasa, insyaallah.

Rujukan;
1. Zukav, Gary. (1979) The Dancing Wu Li Masters: An Overview Of The New Physics. New York, HarperOne
2. Al-Khalili, Jim. (2003) Quantum; A Guide For Perplexed. UK, Weidenfield & Nicholson.
3. Radin, Dean. (2006) Entangled Mind: Extrasensory Experiences In A Quantum Reality. New York, Paraview Pocket Book.
4. William Arntz, Betsy Chasse, Mark Vicente (2006). What The Bleep: Down The Rabbit Hole. USA: Lord Of The Wind Film.

SUMBER : http://syurgadidunia.blogspot.com

10 Teknologi Masa Depan Super Canggih.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

10 Teknologi Masa Depan Super Canggih.

Teknologi bergerak sedemikian cepatnya sehingga dalam waktu tidak lama lagi seluruh dunia akan berubah besar-besaran. Teknologi-teknologi baru yang sedang dikembangkan benar-benar revolusioner, hal-hal yang nyaris tidak pernah terbayangkan sebelumnya oleh para ilmuwan dan hanya ada dalam khayalan-khayalan manusia.
Di suatu hari nanti, manusia mungkin bisa hidup ratusan tahun tanpa mengenal penyakit, memiliki kecerdasan yang genius, dan pergi bertamasya ke luar angkasa.
Ini adalah beberapa teknologi revolusioner yang diperkirakan akan merubah seluruh dunia :
1. Mesin-mesin Cerdas Seukuran Atom, Nanoteknologi
2. Zaman Manusia-manusia Super, Rekayasa Genetika
3. Energi terdahsyat di Alam Semesta, Fusi Nuklir
4. Regenerasi Wolverine, Stem Cell
5. Komputer Kuantum
6. Baju Menghilang Harry Potter, Metamaterial
7. Space Elevator, Tangga Menuju Bintang-bintang
8. Scramjet
9. Hidup Ratusan Tahun, Resveratrol.
10. Penyatuan Manusia dan Mesin, Singularitas.

1. Mesin-mesin Cerdas Seukuran Atom, Nanoteknologi
Nanoteknologi adalah segala teknologi masa depan yang memungkinan manusia memanipulasi partikel-partikel super kecil yang besarnya nyaris seukuran atom! Nanometer sendiri adalah ukuran 1/semilyar meter, atau nyaris ketebalan rambut dibelah 50.000.
Itulah kedahsyatan teknologi nano.
Tujuannya adalah menciptakan material-material baru masa depan, bahkan mesin-mesin dan robot-robot seukuran partikel. Material-material itu akan bisa lebih kuat dari intan, super ringan, tahan panas dan dingin dengan skala yang ekstrim, mampu menghantarkan listrik lebih baik, lebih tahan lama, ramah lingkungan dan seterusnya.
Kemungkinan aplikasinya benar-benar dahsyat dan akan merubah seluruh dunia. Bayangkan bila kita bisa menciptakan berbagai material baru yang lebih keras dari intan, dan jauh lebih ringan dari baja. (Carbon nanotubes, sp2 bond). Kita bisa menciptakan kerangka super kuat untuk mobil, pesawat terbang, atau bangunan dan jembatan. Dengan bobotnya yang lebih ringan, semua mobil dan pesawat juga akan lebih hemat energi.
Kita bisa menciptakan baju anti kusut dan tahan noda. Kita juga bisa menciptakan robot berukuran bakteria, nanobots, dan memasukanya ke dalam tubuh manusia. Fungsinya bisa dari menyembuhkan penyakit, menghancurkan sel-sel kanker, bahkan memperkuat tubuh manusia (Feynman, ”Swallowing the Doctor”). Nanobots ataupun nanoparticles bahkan nantinya diperkirakan juga akan bisa kembali menutup lubang ozon.
Dengan komponen seukuran nano, kita bisa membuat supercomputer sebesar kotak korek api, dan media penyimpanan data yang menyimpan jutaan gigabyte informasi tentang umat manusia dan seluruh alam semesta, sebesar seujung kuku.
Bagaimana teknologi ini bisa dilakukan? Karena mikroskop super-canggih yang dapat melihat atom sudah ada sejak 1981, Scanning Tunneling Microscope (STM), dan Atomic Force Microscope (AFM, 1986).
2. Era Manusia-manusia Super, Rekayasa Genetika 


“Human genetic engineering has the potential to change human beings’ appearance, adaptability, intelligence, character, and behaviour. It may potentially be used in creating more dramatic changes in humans”.
Wikipedia Genetic Engineering.
Manusia telah berhasil memetakan gennya dalam proyek raksasa “The Human Genome Project”. Dengan data ini manusia mempunyai peta informasi untuk mengeksplorasi fungsi dan potensi dari tiap gen dalam tubuh manusia. Mulai dari gen yang menentukan bentuk fisik manusia, gen penyebab kanker, gen yang membentuk ingatan, gen yang menciptakan kecerdasan, bahkan gen khusus yang mengatur proses penuaan.
Ini nantinya akan memungkinkan dilakukannya rekayasa genetika untuk menciptakan manusia-manusia masa depan yang sangat unggul. Manusia dengan kesehatan sempurna, terbebas dari penyakit, berumur lebih dari 100 tahun dan mempunyai kecerdasan mendekati genius.
Bayangkan bila manusia menemukan gen spesial yang membuat Einstein menjadi genius. Lalu gen itu bisa ditransfer ke seluruh umat manusia. Atau keunggulan fisik David Beckham, atau bahkan kharisma John F. Kennedy.
Tapi rekayasa genetika tidak hanya untuk manusia, tapi juga bisa untuk tumbuhan dan hewan ternak. Rekayasa genetika bisa menciptakan padi dan gandum jenis baru dengan hasil panen yang berkali-kali lipat. Kita juga bisa menciptakan daging sapi yang lebih empuk dan gurih. Kita bahkan juga bisa menciptakan tanaman dan hewan konsumsi dengan nilai gizi yang unggul.

3. Energi Terdahsyat di seluruh Alam Semesta, The Power of the Stars

“What would fusion mean? Endless, cheap energy. Amazing Star Trek, space travel possibilities. Fame, fortune, and undoubtedly a Nobel or two for the lucky scientist”.
The Observer, Desember 2000
Matahari, setiap detiknya, mengeluarkan energi sebesar seluruh energi yang digunakan seluruh umat manusia sepanjang sejarahnya. Energi plasma hidrogen raksasa sebesar 380 Milyar-milyar Mega-Watt (380^26 MW), per detiknya. Inilah energi yang dikenal sebagai energi Fusi Nuklir (Nuclear Fusion), The power of the Sun. Dan para ilmuwan dunia sedang berusaha mendapatkannya.
Dan ini adalah energi yang membuat bintang-bintang raksasa di alam semesta terbakar selama milyaran tahun. Energi terdahsyat, di seluruh alam semesta.
Sebuah percobaan besar sedang dilakukan di kota kecil Cadarache di ujung selatan Perancis dalam sebuah proyek bernama ITER. Disini atom Deuterium dan Tritium dilebur dengan panas mencapai 150 juta derajat Celcius, nyaris 10 kali panas inti Matahari. Wadah peleburannya dilindungi oleh medan magnet Tokamak sehingga tidak meleleh.
Hebatnya adalah bahwa Deuterium bisa dihasilkan dari air laut biasa, dan Tritium dibentuk dari Lithium yang bisa didapat dari batu alam. Energi terdahsyat di seluruh alam semesta dari Air dan Batu alam.
Kalau para ilmuwan ini berhasil menciptakannya, maka seluruh dunia akan mempunyai sumber energi baru yang dahsyat menggantikan minyak bumi. Energi ini akan begitu besar dan efisien, tidak terbatas, sangat murah, serta ramah lingkungan.
(Note : penggunaan nanoteknologi dalam sel photovoltaic tenaga surya, nanocrystal, juga dikatakan memiliki potensi energi super besar yang mampu menggantikan minyak bumi).

4. Regenerasi Wolverine, Stem Cell

Bayangkan bila penyakit jantung dan diabetes bisa disembuhkan secara sempurna, orang lumpuh bisa berjalan, dan orang buta, bisa melihat kembali.
Anda pernah melihat seekor cecak, yang bisa menumbuhkan kembali ekornya yang putus dengan sempurna? Atau jika anda penggemar komik ”X-Men”, anda pasti tahu tokoh superhero bernama Wolverine. Saat tubuhnya tertusuk pisau atau tertembus peluru, dia dapat menyembuhkan lukanya dengan nyaris seketika. Ia dapat meregenerasi seluruh sel-sel tubuhnya dengan sempurna, secara instan.
Tapi itu cuma khayalan. Ada sejenis cacing bernama “planarian worm”, yang banyak hidup di laut maupun sungai, yang mampu menumbuhkan ulang bahkan nyaris seluruh tubuhnya.
Planaria, terutama spesies Schmidtea mediterranea, mampu meregenerasi utuh tubuhnya, bahkan bila tinggal sepotong kecil saja tubuhnya yang tersisa, sampai 1/300 bagian. Dan bila kepalanya dihilangkanpun, dia akan menumbuhkan kembali kepalanya dengan sempurna.
Bagaimana jika manusia bisa melakukan itu nantinya? Jika kita dapat secara langsung mengganti semua sel-sel tubuh kita yang rusak dengan sempurna dan tanpa cacat. Para ilmuwan telah nyaris mencapai keajaiban itu. Teknologi biologi molekular bernama Stem Cell, atau Sel Induk. Ini adalah sel paling dasar dari tubuh manusia, yang bisa berubah, atau dirubah, menjadi sel atau organ apapun di tubuh manusia.
Bila anda memiliki penyakit jantung, maka sel jantung itu bisa diganti dengan stem sel dan jantung anda akan berfungsi normal kembali. Bila anda mengalami kebutaan, sel retina anda bisa diganti dengan sel baru dari sel induk dan anda akan bisa melihat kembali.
Jika anda menderita penyakit yang berhubungan dengan fungsi otak seperti stroke, alzheimer atau parkinson, maka sel otak anda yang rusak, bahkan jaringan pusat otak cerebral cortex, bisa diganti dengan stem cell. Dan kalau anda menderita diabetes, maka stem cell akan menyelamatkan anda dengan meregenerasi sel pankreas penghasil hormon insulin.
Stem Cell benar-benar membawa revolusi besar dalam kesehatan umat manusia.

5. Komputer Kuantum

Bayangkan sebuah komputer masa depan, yang kecepatannya ribuan kali lebih cepat dari supercomputer tercepat sekarang. Ribuan kali lebih cepat dan efisien dari IBM ”Roadrunner” di Los Alamos yang kecepatannya mencapai 1.7 petaflops (1 petaflop = 10^15 operasi per detik).
Inilah kedahsyatan komputer kuantum. Komputer ini begitu dahsyat karena diciptakan memakai fenomena keajaiban dunia kuantum, Superposition dan Quantum Entanglement.
Dalam pemecahan kode misalnya (kriptografi), untuk memecahkan kode yang digitnya sampai 140, komputer biasa akan memerlukan waktu milyaran tahun untuk memecahkannya. Tapi dengan komputer kuantum, ini bisa dipecahkan hanya dalam waktu beberapa puluh menit saja.
Dengan komputer ini manusia juga akan bisa memprediksikan cuaca di bumi dan gejala-gejala alam lain yang sangat kompleks dengan sangat akurat berbulan-bulan sebelumnya, seperti gempa bumi dan tornado. Dan tentu saja ini akan makin merevolusikan lagi kecepatan pengembangan seluruh teknologi canggih yang ada sekarang.

6. Jubah Menghilang Harry Potter, Metamaterial

“The announcement last November of an “invisibility shield,” created by David R. Smith of Duke University and colleagues, inevitably set the media buzzing with talk of H. G. Wells’s invisible man and Star Trek’s Romulans”.
MIT Technology Review
Hanya beberapa tahun yang lalu, seluruh ilmuwan ternama dunia masih yakin bahwa tidak ada satupun material di dunia ini yang bisa membuat manusia menghilang. Itu benar-benar tidak mungkin, karena itu melanggar semua hukum alam yang diketahui manusia. Tapi mereka semua salah..
Metamaterial, menjadi salahsatu bahan yang ramai dibicarakan. Bahan ini bisa membuat sesuatu, menjadi tidak terlihat. Sebuah baju yang menggunakan teknologi ini bisa membuat pemakainya ”menghilang”, seperti jubah ajaib dalam ”Harry Potter”.
Sebuah pesawat tempur dengan bahan metamaterial akan jadi tidak terlihat, bukan sekedar tidak terlihat radar seperti teknologi ”Stealth”, tapi benar-benar tidak terlihat mata seperti alat cloaking device dalam Star Trek.
Ini bisa dilakukan misalnya dengan menciptakan material artifisial yang mampu membelokkan radiasi elektromagnetik, demikian pula dengan cahaya, yang pada dasarnya adalah radiasi elektromagnetik. Bahannya bisa seperti timah dan plastik yang diatur dalam struktur pola tertentu.
Metamaterial akan membelokkan cahaya, mengelilingi obyek yang diselimutinya dan berkumpul kembali di ujungnya, seperti air sungai mengelilingi sebuah batu. Dalam penelitian terakhir di Perdue University mereka menggunakan jarum-jarum khusus yang akan membelokkan cahaya melampaui obyek yang diselubungi sementara obyek di belakangnya akan terlihat.
Material ini sedang diteliti di seluruh dunia termasuk di MIT, University of California Berkeley, Duke University, dan Caltech di LA.

7. Space Elevator, Tangga Menuju Bintang-bintang

Space elevator atau Tangga Luar angkasa adalah seperti lift yang sangat tinggi dari bumi menuju ke orbit bumi di luar angkasa, 35.000 kilometer tingginya. Dengan lift ini perjalanan ke orbit bumi akan menjadi lebih mudah, dan murah.
Banyak orang berharap, bahwa program ruang angkasa yang tadinya berhenti sampai di bulan karena sangat mahal, akan bisa dimulai lagi. Dan mungkin impian manusia untuk pergi ke Mars, akan terwujud.
Lift ini awalnya hanya berupa khayalan, tapi ternyata dengan ditemukannya sebuah teknologi baru, hal ini menjadi sangat memungkinkan diwujudkan. Teknologi itu adalah Carbon nanotube, material baru yang dikatakan lebih kuat dari intan dan lebih ringan dari baja.
Hal ini nantinya akan memungkinkan dimulainya era baru dalam penjelahajan ruang angkasa.

8. Memasuki Era Hiper-Sonik, Scramjet

Scramjet akan menjadi salahsatu revolusi terbesar dalam sejarah transportasi dunia. Pesawat tempur tercanggih di dunia sekarang, F/A-22 Raptor milik Amerika berkecepatan maksimal Mach 2, atau 2 kali kecepatan suara. Pesawat penumpang Scramjet, akan membawa anda terbang dengan kecepatan 10 kali kecepatan suara, Mach 10.
Penerbangan dari New York ke Tokyo yang sekarang ditempuh dalam waktu 18 jam yang panjang dan melelahkan, akan ditempuh Scramjet, hanya dalam 120 menit.
Scramjet tidak perlu memakai bahan bakar roket biasa yang mahal dan berat, bahan bakarnya menggunakan hidrogen cair yang dicampur penyedotan oksigen langsung dari atmosfer (air-breathing scramjet engine). Pembakaran hidrogen dan oksigen pada kecepatan supersonik inilah yang akan mengakselerasikan kecepatannya.
Ini akan membuat penerbangan dari satu tempat ke tempat lain di seluruh dunia menjadi super cepat.

9. Fountain Of Youth, Resveratrol
Mungkin, nantinya kita bisa menemukan sesuatu yang memungkinkan kita hidup ratusan tahun. Tapi para ilmuwan mungkin telah menemukannya, sesuatu yang dinamakan “Sirtuin”, Silent Information Regulator 2 (Sir2) proteins dan resveratrol, zat antioxidan yang ternyata banyak ditemukan dalam buah anggur merah (Jadi sering-seringlah makan buah anggur.)
Tapi para ilmuwan juga telah menciptakan sesuatu yang bahkan lebih kuat dari resveratrol yaitu sebuah obat dengan kode, SRT1720.
“SRT1720 is a thousand times more potent than resveratrol, meaning that it could be taken in smaller doses. A person would have to drink hundreds of glasses of wine to get the same health benefits from resveratrol. Resveratrol will pretty soon look like ancient technology,”
David Sinclair, a biologist at Harvard Medical School

 10. Singularitas

Suatu hari nanti, akan datang suatu masa dimana melalui rekayasa genetika seluruh manusia akan mempunyai fisik dan kecerdasan yang nyaris sempurna.
Lalu dengan kemajuan teknologi komputer, komputer kuantum dan nanoteknologi memungkinkan manusia memasukkan Quantum Computer berukuran partikel ke dalam otaknya dan menggunakan partikel-partikel nano untuk makin memperkuat tubuhnya. Ini adalah hal yang dinamakan Singularitas. Penyatuan antara biologi manusia dengan teknologi.

Komputer dan Komunikasi Kuantum.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Komputer dan Komunikasi Kuantum.

Kelemahan Gambaran Klasik.

Stephen Hawking menjelaskan dalam bukunya The Grand Design, yang ditulisnya bersama Leonard Mlodinow, dan diterbitkan pada tahun 2010, bahawa teori kuantum muncul disebabkan terdapat kelemahan gambaran klasik yang tidak dapat menerangkan lakuan yang diperhatikan pada skala mikroskopik. Teori kuantum dapat meramalkan dengan rinci lakuan pada skala mikroskopik dan ini sudah dibuktikan melalui eksperimen. Sebuah contoh gambaran klasik itu adalah teori mekanik klasik Newton, ia dapat menerangkan secara rinci pada skala makroskopik bagaimana setiap objek mengalami tarikan daya graviti dan jatuh ke bumi. Ia tidak tinggal terapung di udara. Tetapi teori Newton yang sama tidak pula dapat menjelaskan kenapa tarikan graviti tidak berfungsi apabila melibatkan objek-objek pada skala mikroskopik. Oleh kerana itulah, teori kuantum dibina bagi menjelaskan lakuan objek-objek pada skala mikroskopik, iaitu yang tidak dapat dijelaskan oleh gambaran klasik.

Atom dan Teori Kuantum 

Allah berkata, “Tiada sesuatu di bumi dan di langit, walaupun seberat sebiji atom, tersembunyi daripada Tuhanmu. Tidak juga ada sesuatu yang lebih kecil atau ringan daripada atom, dan yang lebih besar atau berat daripada atom yang tersembunyi daripada-Nya. Semuanya tertulis dalam Buku Yang Jelas.” (Surah Yunus Ayat 61)

Pengetahuan tentang skala mikroskopik dan teori kuantum bermula dengan atom. Teori atom bermula apabila Aristotle, seorang saintis Yunani, dan juga saintis India purba mempercayai bahawa atom adalah sekecil-kecil unit bahan yang tidak dapat dibahagikan lagi. Sementara itu, pada kurun ke-13, Jabir Ibn Hayyan pula mengemukakan teori bahawa atom secara prinsipnya dapat dibahagikan lagi kepada unit subatomik tetapi beliau tidak memberi bukti daripada eksperimen. Penulis berpendapat bahawa Jabir sudah Ibn Hayyan sudah mencetuskan idea tentang teori ini apabila beliau merujuk kepada ayat al-Quran di atas. Teori Jabir Ibn Hayyan itu ditentang oleh kebanyakan saintis sezaman dengan beliau. Perbalahan itu berterusan merentas beberapa kurun berikutnya. Namun, suatu penghargaan terhadap teori Jabir Ibn Hayyan datang daripada Newton sendiri, apabila beliau menggunakan teori Jabir Ibn Hayyan itu bagi menyokong teori cahaya beliau pada kurun ke-17.

Pada kurun ke-17 pula, pengasas teori atom moden, iaitu John Dalton,  mengatakan setiap elemen terdiri daripada atom-atom tunggal dan unik. Atom-atom ini dapat bergabung bagi membentuk sebatian kimia. Pada kurun ke-19, J. J. Thomson pula menemui elektron. Beliau membuktikan melalui eksperimen bahawa teori yang dikemukakan oleh Jabir Ibn Hayyan pada kurun ke-13 itu adalah benar.

Dalam perkembangan seterusnya, proton dan neutron juga ditemui. Ilmu atom moden mengatakan bahawa sebuah atom mempunyai tiga partikel asas iaitu elektron, proton dan neutron. Perkara ini sudah dijelaskan dalam al-Quran. Elektron dan proton disebut sebagai partikel bercas, sebab mereka masing-masing membawa cas negatif dan positif,  manakala neutron pula adalah neutral. Proton dan neutron membentuk nukleus atom dan elektron mengelilingi nukleus dalam bentuk orbit lonjong. Ilmu atom moden inilah yang menjadi asas kepada teori kuantum yang kita bincangkan sekarang.

Pada awal kurun ke-20, saintis Erwin Schrödinger pula mengatakan partikel bercas dimodelkan sebagai berlakuan seperti lakuan gelombang. Oleh sebab partikel bercas berlakuan seperti gelombang, maka kita dapat menggunakan osiloskop bagi melihat gelombang-gelombang yang mewakili lakuan elektron dan proton. Contohnya kita melihat gelombang arus elektrik pada osiloskop. Sebenarnya gelombang tersebut mewakili pergerakan elektron dan proton dalam konduktor.

Kaitan Teori Kuantum dengan Komunikasi Komputer

Apakah kaitan antara teori kuantum dengan sistem komputer itu juga komunikasi? Bagi menjawab soalan ini, kita perlu kembali kepada asas perwakilan maklumat dalam sistem komputer dan komunikasi klasik. Kita mewakilkan maklumat melalui dua keadaan berasaskan aras gelombang voltan atau pengaliran gelombang arus elektrik. Gelombang-gelombang ini mewakili lakuan elektron dan proton pada skala subatomik. Asas paling mudah adalah dengan mewakilkan +5 Volt untuk logik 1 dan 0 Volt untuk logik 0. Jikalau arus elektrik sebanyak 1 mA diperlukan bagi mewakili logik 1 dengan lebar denyut 1 ms, maka kita akan mendapati bahawa jumlah elektron yang diperlukan adalah sebanyak 6 Giga (109) lebih (Jumlah elektron =  dq/e = Idt/e di mana e = 1.602176565×10−19 Coulomb). Jelaslah, bahawa, sama ada kita sedari atau tidak, sistem komputer dan komunikasi klasik itu sudah sedia beroperasi dengan menggunakan teori kuantum, sebab perwakilan maklumat sudah diwakili oleh subatomik partikel iaitu elekron dan proton.

Apa gunanya kita berbincang tentang sistem komputer dan komunikasi kuantum sekarang? Perhatikan dengan 6 Giga elektron, kita dapat mewakilkan sebanyak 6 Giga logik 1 dan 6 Giga logik 0 dalam sistem kuantum berbanding dengan hanya satu sahaja logik 1 dalam sistem klasik. Ini bermakna sistem kuantum dapat mewakilkan maklumat sebanyak 12 Gigabit berbanding dengan 1 bit sahaja yang dapat diwakilkan oleh sistem klasik. Bagaimanakah ini menjadi mungkin? Setiap elektron dalam sistem kuantum, dapat mewakili dua atau lebih jikalau kita mengambil kira keadaan foton, iaitu logik bagi mewakilkan maklumat.

Foton adalah unit asas cahaya dan semua bentuk radiasi elektromagnetik dan kajian interaksi foton disebut elektrodinamik kuantum. Electrodinamik kuantum adalah kajian tentang partikel bercas dan bagaimana interaksi antara mereka dibantu oleh foton. Asas kepada subjek ini adalah elektrodinamik klasik, mekanik kuantum, teori kumpulan, dan teori relativiti umum dan khas.

Logik 1 direkodkan apabila elektron melompat ke orbit yang lebih tinggi iaitu dalam keadaan teruja dan logik 0 direkodkan apabila elektron melompat ke orbit yang lebih rendah, iaitu dalam keadaan bumi.

Dapatlah dilihat bahawa kedua-dua sistem memanipulasi keadaan dan jumlah elektron bagi merekodkan maklumat tetapi pada skala yang berbeza. Sistem klasik memanipulasi keadaan elektron pada skala makroskopik bagi mendapatkan aras voltan tertentu bagi mewakili logik tertentu. Sistem kuantum pula memanipulasi keadaan elektron pada skala subatomik, atau mikroskopik, bagi mewakili logik tertentu.

Perbezaan ketara adalah bagaimana sistem kuantum menjadi lebih efisien dalam memanipulasi keadaan dan jumlah elektron bagi mendapatkan jumlah perwakilan logik yang sangat menakjubkan.

Teknologi kuantum ini akan mengubah kaedah jumlah maklumat yang besar diwakili, disimpan dan dihantar dengan sepantas kilat oleh sistem komputer dan komunikasi kita pada masa hadapan. Jikalau pada masa ini kita mempunyai kelajuan rangkaian komputer klasik pada 100 Gigabit per saat, tidak mustahil dalam masa 5 atau 10 tahun lagi kita akan mempunyai kelajuan rangkaian komputer kuantum 100 kali lebih laju daripada itu atau dapat diramalkan sebagai 10,000 Gigaqubit per saat. Quantum Bit, adalah istilah untuk bit pada skala kuantum.

Suatu Revolusi

Realisasi teori kuantum ke dalam sistem komputer dan komunikasi nampaknya sudah menimbulkan topik-topik kajian yang sangat menarik bagi diselesaikan. Topik-topik kajian seperti kriptografi kuantum (Quantum Cryptography) dan pembetulan ralat kuantum (Quantum Error Correction ) sudah mendominasi tahun-tahun awal pengenalan pengkomputeran kuantum di samping penyelesaian popular terhadap masalah pemfaktoran nombor asli oleh algoritma Shor(http://en.wikipedia.org/wiki/Shor%27s_algorithm). Kriptografi kuantum memanipulasi keadaan-keadaan kuantum bagi membenarkan penghantaran maklumat dengan selamat manakala pembetulan ralat kuantum pula mencuba mengatasi masalah hingar yang wujud akibat ralat fasa dan pemancaran foton palsu. Dalam tahun-tahun berikutnya, muncul pula kajian-kajian baharu berkaitan teleportasi kuantum (Quantum Teleportation ) melibatkan penghantaran maklumat kuantum. Penghantaran maklumat memerlukan medium dan saluran, dan dengan itu muncullah kajian mendalam tentang saluran kuantum (Quantum Channel ). Pada awal tahun ini pula beberapa kumpulan penyelidikan berjaya mereka bentuk antena kuantum (Quantum Antenna ). Evolusi sistem kuantum ini akan berterusan sehinggalah sistem itu mencapai tahap kematangan teknologinya.

Revolusi sistem komputer dan komunikasi kuantum baru sahaja bermula dan penulis menjangkakan revolusi ini dapat mengubah cara hidup manusia global untuk tahun-tahun mendatang. Seperti juga sistem klasiknya, terutama sekali melalui gajet-gajet bijak seperti telefon bimbit dan aplikasi Internet, seperti laman Facebook, sudah mengubah cara hidup dan cara berfikir manusia. Juga, seperti yang dapat kita lihat berlaku baru-baru ini, dengan kebangkitan musim bunga Arab di Timur Tengah dan perjuangan menentang kapitalis tamak di seluruh dunia.

Biodata Ringkas Penulis

Penulis adalah penuntut PhD di Makmal Angström Universiti Uppsala Sweden di dalam jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik. Penulis sedang mengkaji kesan radiasi elektromagnet daripada proses dan subproses kilat ke atas daya pemprosesan rangkaian komputer tanpa wayar.

Penghargaan

Penulis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kesudian  Prof. Emeritus Abdullah Hassan dan anakanda beliau saudari Ailin Abdullah meluangkan masa menyemak artikel ini. Semoga artikel ini bermanfaat untuk masyarakat keseluruhan hendaknya dan dihitung sebahagian daripada amal kebaikan.

– SUMBER : http://www.majalahsains.com

Kepentingan Logam Nadir Bumi.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Kepentingan Logam Nadir Bumi.

DALAM era serba moden ini, kehidupan manusia dituntut seiring dengan pembangunan, kemajuan dan perkembangan teknologi tinggi bagi menjamin kehidupan lebih selesa.

Lambakan produk dan peralatan canggih bagi memenuhi keperluan dan kehendak harian yang berada di pasaran seakan menjadi trend semasa bagi sebahagian besar individu dalam menjalani kehidupan serba moden.

Malah, fenomena ini bukan sahaja melanda penduduk di luar negara seperti Jepun, Amerika Syarikat dan China bahkan masyarakat Malaysia juga turut merasai tempiasnya.

Lihat sahaja di mana-mana, baik di pusat beli-belah sehinggakan di hentian bas dan teksi, masyarakat kita khususnya remaja seakan tidak pernah lekang dengan gajet-gajet elektronik seperti telefon pintar, ipod, ipad dan komputer riba yang direka dengan pelbagai bentuk dan warna yang menarik.

Gajet-gajet sebegini dianggap perlu bagi memastikan mereka sentiasa berada dalam suatu kelompok masyarakat yang moden, mengikut peredaran zaman dan up-to-date.

Perkembangan hidup serba moden secara tidak langsung turut mempengaruhi pasaran perkakasan rumah antaranya televisyen yang turut mengalami revolusi tersendiri yang menyokong kepada pengurangan pemanasan global.

Bermula daripada penggunaan televisyen skrin hitam putih kepada skrin warna pada era 40-an, kini warna skrin paparan cecair kristal (LCD), skrin panel paparan plasma (PDP) dan Light Emmitting Diode (LED) menjadi pilihan hati.

Tambahan pula, masyarakat sekarang lebih prihatin terhadap isu penjimatan tenaga dan teknologi hijau.

Kini, mereka lebih cenderung memilih peralatan yang menyokong usaha meningkatkan kecekapan tenaga sekali gus mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

Antaranya seperti menggunakan lampu cekap tenaga (energy saver), bateri yang boleh dicas semula, penggunaan penapis sinar ultraviolet (UV) dalam kaca bagi kegunaan bangunan hijau untuk mengawal suhu dan ventilasi terhadap peningkatan pencahayaan.

Pengguna juga mula beralih kepada kenderaan generasi baru seperti kenderaan elektrik dan hibrid.

Bagi negara yang mempunyai keupayaan, jana kuasa angin bagi menghasilkan tenaga elektrik juga menjadi pilihan untuk mengatasi masalah pembebasan gas pencemaran.

Mungkin masih ramai antara kita yang tidak sedar bahawa tuntutan hidup serba moden ini hadir seiring dengan penggunaan suatu bahan asas iaitu nadir bumi yang menjadi momokan masyarakat sejak kebelakangan ini.

Unsur nadir bumi inilah yang melengkap dan menyokong pengeluaran dan pembuatan produk moden dan mesra alam di seluruh dunia.

Apakah seribu satu kebaikan yang terkandung pada unsur unik ini?

Nadir bumi sebenarnya adalah suatu unsur yang merupakan logam yang berkilau dan mempunyai sifat konduktif elektrik yang tinggi.

Penemuan nadir bumi berlaku sejak abad ke 17 dan ke 18 oleh beberapa saintis dari Finland dan Sweden antaranya Johan Gadolin, Per Teodor Cleve dan Carl Gustaf Morsander.

Nadir bumi lazimnya ditemui di dalam mineral-mineral tertentu seperti kuprum, plumbum, platinum dan emas yang terkandung di dalam kerak bumi, nadir bumi tidak pernah ditemui secara berasingan.

Malah ia juga boleh ditemui dalam kebanyakan pembentukan batuan yang besar.

Di Malaysia, nadir bumi ditemui bersama-sama bijih timah semasa aktiviti perlombongan bijih timah yang dilakukan di kawasan tanah lanar seperti yang terdapat di Perak dan Selangor.

Industri perlombongan bijih timah telah wujud sejak 1850-an dan berkembang di beberapa negeri di Malaysia terutamanya di Lembah Kinta, Perak.

Ia merupakan kawasan utama perlombongan bijih timah yang banyak menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara hingga pernah suatu ketika dahulu Malaysia pernah digelar sebagai negara pengeluar bijih timah utama di dunia.

Berbanding logam-logam lain, nadir bumi adalah logam yang lembut secara relatif dan kekuatannya meningkat seiring dengan peningkatan nombor atom.

Kebanyakan sebatian unsur nadir bumi mempunyai sifat paramagnet yang tinggi.

Sifat kimia yang unik ini menjadikan ia sebagai logam yang amat diperlukan sehingga ia mendapat jolokan sebagai logam strategik oleh penganalisis komoditi.

Jelas terbukti bahawa dengan ciri-ciri istimewa ini, nadir bumi menjadi logam yang tiada tolok bandingnya dengan logam-logam lain terutama kegunaannya dalam pengkhususan elektronik, optik, magnetik dan katalitik.

Secara sedar atau tidak, kehidupan kita seharian banyak melibatkan unsur nadir bumi.

Hakikatnya banyak teknologi hijau menggunakan unsur unik tersebut dalam pembangunan teknologi tinggi bagi menyuntik keselesaan di setiap ruang kehidupan kita.

Ini termasuk kemudahan melibatkan penggunaan alat pandang dengar, fotografi, komunikasi, peralatan muzik, pencahayaan dan turut digunakan bagi memajukan bidang perubatan iaitu peralatan pengimejan resonans magnetik (MRI) bagi meninjau sistem badan untuk tujuan rawatan.

Menafikan kegunaan dan kepentingan nadir bumi samalah ertinya dengan menolak kepentingan hidup yang lebih selesa.

Jika dilihat dari kaca mata industri, nadir bumi bakal melonjak industri strategik di Malaysia yang berpotensi menarik pelabur-pelabur dalam industri teknologi tinggi dan teknologi hijau untuk melabur di negara kita sekali gus memacu ekonomi negara ke satu tahap yang lebih tinggi.

Malah industri strategik ini juga mampu melahirkan lebih ramai tenaga mahir.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA