7 perkara perlu tahu tentang kudis buta.

Apakah kudis buta?

Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang boleh berjangkit, yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei.

kudis buta

Bagaimanakah rupa kutu ini?

scabies 1

scabies 3

kutu kudis buta

~Kutu ini adalah sangat kecil, biasanya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia
~Ianya berbadan bulat , saiz 0.4 mm dan mempunyai lapan kaki yang panjang.
~Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati.
~Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari.
~Kutu ini boleh hidup tanpa manusia selama 24-36 jam.

Bagaimana jangkitan ini boleh terjadi?

Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walau bagaimanapun, ianya sering berlaku di tempat tinggal yang sesak sepeti asrama , rumah asuhan , rumah orang tua dan lain-lain.

scabies 2

 

Sarcoptes_scabies

Kudis buta berjangkit melalui sentuhan orang yang dijangkiti atau menyentuh kain/ baju/ cadar/ tilam yang telah dijangkiti. Oleh itu, ianya mudah berjangkit di kalangan ahli keluarga sekiranya pakaian dan perabut kain ( seperti tilam / sofa) yang dijangkiti tidak dibersihkan.

Apakah tanda-tanda jangkitan kudis buta ?

kudis buta 1

Tanda-tanda jangkitan kudis buta tidak selalunya timbul serta- merta. Ia boleh mengambil masa 4-6 minggu dari hari pertama gigitan sebelum kegatalan kulit terjadi.

Jika seseorang telah mengalami kudis buta , beliau akan mengalami kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya gatal pada waktu malam dan selepas mandi air panas. Kawasan yang paling selalu dijangkiti ialah di celah-celah jari, kaki, tangan dan kemaluan.

scabies 4

 

Kegatalan yang dialami merupakan sebahagian daripada reaksi alahan kulit terhadap gigitan kutu tersebut.

Selain itu, kita juga boleh lihat tanda-tanda calar kesan daripada menggaru serta bintik-bintik merah seperti ruam terutama di kawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki. .

kudis buta

scabies 5

scabies 6

scabies

 

Kawasan-kawasan lain yang menjadi sasaran gigitan kutu ini juga contohnya kawasan punggung, pusat, celah- celah ketiak dan siku. Ianya jarang terjadi di muka atau di kulit kepala kecuali di kalangan kanak-kanak atau orang yang rendah imuniti.

Apakah rawatan untuk kudis buta?

Ubat-ubatan yang boleh membunuh kutu dinamakan scabicides. Ianya berbentuk krim atau losyen disapu pada kulit. Ini termasuk:

~Losyen permethrin.
~Krim gamma benzene hexachloride.
~Losyen benzyl benzoate.
~Losyen malathion.
~Losyen atau krim crotamiton.

lotion kudis buta

lotion kudis buta 1

Di Klinik kesihatan kerajaan, hanya terdapat losyen EBB dan krim crotamiton. Krim krotamiton digunakan untuk kanak-kanak kecil, kerana losyen EBB boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada budak kecil.

Bagaimana ubatan ini disapu kepada pesakit?

Krim/ losyen ini disapu dari bawah dagu hingga ke hujung jari-jari kaki dan kawasan yang terlibat, termasuk kawasan di celah- celah jari, bawah kuku dan kemaluan.

Ubat-ubatan disapu dari dagu ke bawah ( kepala dan muka terkecuali) dan biarkan semalaman sebelum membilasnya esok pagi. Rawatan ini perlu diulangi untuk 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor.

~Pakaian , tuala, dan cadar perlu dibasuh dengan air panas. Manakala bantal dan tilam perlu dijemur di bawah sinar matahari bagi membunuh semua kutu yang mungkin berada pada bantal dan tilam tersebut.

~Masukkan benda-benda yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang tertutup dan simpan selama sekurang-kurangnya tujuh hari untuk membolehkan hama dan telurnya mati.

~Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas.

~Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama, tidak kira sama ada mereka terasa gatal atau tidak.

Untuk makluman pembaca, Kegatalan mungkin berterusan untuk beberapa minggu. Ini bukan bermaksud rawatan tersebut tidak berjaya. Cuma ianya mengambil masa untuk kegatalan kulit tersebut benar-benar hilang. Ubat-ubatan untuk mengurangkan kegatalan seperti steroid ringan dan antihistamin mungkin perlu diteruskan untuk beberapa minggu.

Bagaimana untuk mencegah jangkitan kudis buta?

Langkah pencegahan yang paling penting ialah mencegah jangkitan ini dari merebak kepada orang lain. Kanak-kanak yang dijangkiti harus dijauhkan dari sekolah / tempat asuhan sehingga selesai rawatan. Rawatan seluruh ahli keluarga harus diberikan serentak.

Sumber :

1. http://www.myhealth.gov.my/index.php/kudis-buta
2. http://en.m.wikipedia.org/wiki/Scabies
3.http://www.medicinenet.com/script/main/mobileart.asp?articlekey=11922

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s