Misi cari serpihan QZ8501 diteruskan.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Misi cari serpihan QZ8501 diteruskan.

QZ8501

 

PANGKALAN BUN – INDONESIA. Misi pencarian dua objek besar dipercayai milik pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 diteruskan hari ini dalam keadaan laut bergelora.

Menurut pegawai Indonesia, sekurang-kurangnya dua penyelam terjun selepas cuaca agak baik bagi meneruskan pencarian dua objek besar yang berjaya dikesan kapal tentera laut Amerika Syarikat, USS Fort Worth pada kedalaman 28 meter dekat Selat Karimata, Indonesia.

“Kita akan mula mengenal pasti serpihan itu yang dipercayai bahagian badan pesawat secepat mungkin,” kata Penyelaras Operasi Mencari dan Menyelamat Indonesia, Tatang Zainudin.

Sehingga kini, tujuh objek besar berjaya dikesan dipercayai komponen pesawat QZ8501 di dasar laut.

Namun faktor arus deras, kelodak dan lumpur menyukarkan penyelam untuk mencari dan menghampirinya.

Sementara itu, dua lagi mayat ditemui semalam menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang ditemui kini 39.

Pesawat malang AirAsia Indonesia QZ8501 terbabit nahas pada 28 Disember lalu dengan membawa 162 penumpang dan anak kapal.

sumber : sinarharian.com

 

 

Serangan Paris: Adakah anda akan bunuh saya?

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Serangan Paris: Adakah anda akan bunuh saya?

Gambar Ahmed Merabet, 42, yang tersebar di Twitter.

Gambar Ahmed Merabet, 42, yang tersebar di Twitter.

PARIS – PERANCIS. “Adakah anda akan bunuh saya?” kata pegawai polis, Ahmed sambil mengangkat tangan tanda merayu.
“Ya tuan.” kata salah seorang suspek sebelum menembak Ahmed di kepala.
Dialog berkenaan antara kandungan video yang menyaksikan Ahmed ditembak di kepala pada jarak dekat yang telah dimuatnaik oleh beberapa perakam amatur kejadian berkenaan.
Ahmed, 42, merupakan warga Perancis beragama Islam yang sudah berkahwin dan ditugaskan untuk meronda kejiranan Paris berdekatan lokasi kejadian ketika serangan berlaku.
Beribu-ribu orang awam berkumpul untuk solidariti dan mengecam serangan tersebut, malam semalam.
“Ahmed maut ketika melindungi warga Paris. Saya hormat kepadanya,” menurut salah satu ucapan takziah.
“Adalah penting untuk kita sedar bahawa salah seorang yang beragama Islam turut dibunuh oleh mereka yang kononnya memperjuangkan agama Islam,” kata Alan Mendoza.
Menurut Dailymail.co.uk, Ahmed meninggalkan dua orang anak dan seorang balu, yang merupakan seorang editor di sebuah syarikat penerbitan akhbar.
Ahmed merupakan salah seorang daripada 12 mangsa yang dibunuh kejam pada kejadian Rabu lepas, selepas dua orang suspek bersenjata automatik menyerang syarikat penerbitan akhbar, Charlie Hebdo.
Selain daripada Ahmed, Frank Brinsolaro, 49, merupakan pegawai polis yang ditugaskan melindungi editor Charlie Hebdo, Stephane Charbornnier, yang turut terbunuh dalam kejadian tersebut.
sumber : sinarharian.com

Masjid, surau jadi sasaran selepas Charlie Hebdo.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Masjid, surau jadi sasaran selepas Charlie Hebdo.

Pasukan keselamatan berada dalam keadaan berjaga-jaga.Pasukan keselamatan berada dalam keadaan berjaga-jaga.

PARIS – PERANCIS. Masjid dan surau menjadi sasaran pihak yang tidak berpuashati dengan kejadian serangan bersenjata terhadap syarikat akhbar, semalam.

Menurut laporan AFP, tiga bom dilontar ke sebuah masjid di bandar Le Mans, barat Paris. “Sebuah lubang kesan dari peluru juga ditemui.

Beberapa tembakan juga disasarkan ke sebuah dewan sembahyang, tidak lama selepas sembahyang Asar,” dipetik laporan itu.

Letupan berlaku di sebuah kedai kebab berdekatan dengan sebuah masjid di sebuah bandar di Perancis.

Tiada sebarang kecederaan dan kematian dilaporkan setakat ini.

Perancis masih lagi meneruskan operasi memburu besar-besaran selepas dua suspek bersenjata automatik menyerang syarikat akhbar mingguan, Charlie Hebdo. Seramai 12 orang terkorban di dalam kejadian berdarah tersebut.

sumber : sinarharian.com

Charlie Hebdo: Pegawai polis Islam turut terbunuh.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Charlie Hebdo: Pegawai polis Islam turut terbunuh.

Sedutan video detik-detik terakhir pegawai polis, Ahmed Merabet, 42, sebelum ditembak.

Sedutan video detik-detik terakhir pegawai polis, Ahmed Merabet, 42,sebelum ditembak.

PARIS – PERANCIS. Seorang pegawai polis yang terbunuh di dalam serangan ke atas sebuah syarikat akhbar di Paris, dipercayai seorang Muslim.

Menurut Dailymail.co.uk, pegawai tersebut, Ahmed Merabet, 42, ditembak pada jarak dekat oleh dua orang suspek serangan berkenaan.

Beberapa video rakaman amatur serangan berkenaan juga telah dimuatnaik ke laman video popular, YouTube.

Dalam video tersebut, Ahmed ditembak selepas suspek turun dari kenderaan mereka.

Kedua suspek kemudian mendekati pegawai polis tersebut yang terbaring di tepi jalan dan menembak mangsa sekali lagi.

Dalam serangan berkenaan, 12 orang dilaporkan terbunuh termasuk 2 anggota polis.

Serangan bersenjata terhadap syarikat akhbar sinis, Charlie Hebdo semalam memaksa pihak berkuasa melancarkan operasi memburu besar-besaran.

sumber : sinarharian.com

VIDEO AYAH NYANYIKAN LAGU BUAT BAYINYA YANG NAZAK JADI VIRAL.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

VIDEO AYAH NYANYIKAN LAGU BUAT BAYINYA YANG NAZAK JADI VIRAL.

Sebuah rakaman video penuh hiba yang menunjukkan seorang lelaki menyanyikan lagu Beatles kepada bayinya yang bergelut dengan kematian kini menjadi viral di media sosial. Kisahnya itu bertambah pilu apabila isterinya meninggal dunia selepas melahirkan.

Video ayah nyanyikan lagu buat bayinya yang nazak jadi viral di media sosial – Chris Picco menyanyikan lagu “Blackbird” sambil memetik gitar di sebelah inkubator yang menempatkan anaknya di wad bersalin. Bayinya yang dinamakan sebagai Lennon itu dilahirkan tidak cukup bulan melalui pembedahan Caesarean minggu lalu.

video ayah nyanyikan lagu buat bayinya yang nazak jadi viral

Bayi lelaki tersebut dilahirkan di usia 24 minggu pada 8 November, hari yang sama nyawa isterinya gagal diselamatkan. Lennon hidup selama tiga hari di wad bersalin Hospital Universiti Loma Linda yang terletak di luar Los Angeles dan meninggal dunia pada 11 November. Sehingga semalam, video tersebut telah ditonton lebih daripada setengah juta kali dan puluhan ribu tontonan dicatatkan bagi setiap beberapa minit.

Video Chris menyanyikan lagu ‘Blackbird’ sambil memetik gitar bagi menenangkan bayinya yang bergelut dengan kematian kini menjadi viral. Ibu kepada bayi tersebut meninggal dunia selepas melahirkannya. -Sumber YouTubePada laman web yang ditujukan khas buat isteri dan anaknya, tertera kata-kata: “Nyawa Ashley yang disayangi berakhir minggu lalu dengan penuh tragik dan kepiluan. Bayinya juga hanya bertahan beberapa hari selepas itu.”

Jurucakap keluarga berkenaan, Brett Walls, memberitahu AFP: “Dalam tempoh beberapa hari ini, Chris akan menghabiskan masa dengan keluarga, teman-teman dan komuniti di kala dirinya dilanda hiba.”

“Dia menggunakan lagu tersebut yang amat mesra pendengar. Dia juga menzahirkan hasrat untuk bekerjasama dalam usaha membawa ketenangan dan penyembuhan kepada golongan yang sedang menderita,” ujarnya dalam satu e-mel. [astroawani]

SUMBER : http://www.ammboi.com/

VIDEO PENENTUAN SEPAKAN PENALTI PALING MENDEBARKAN DAN MENYERAMKAN (SCOTT STERLING)

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

VIDEO PENENTUAN SEPAKAN PENALTI PALING MENDEBARKAN DAN MENYERAMKAN (SCOTT STERLING)

Fuh, jarang-jarang boleh tengok penentuan sepakan penalti macam ni. Memang sangat mendebarkan dan sudah tentu ia agak menyeramkan. Bayangkan, setiap sepakan diselamatkan oleh penjaga gol, Scott Sterling.

Video penentuan sepakan penalti paling mendebarkan dan menyeramkan – Cara Scott Sterling selamatkan bola pula memang menakjubkan. Ketika pasukannya hanya mampu jaringkan satu gol penalti. Scott Sterling pula selamatkan semua sepakan. Semua guna muka… Hahahaha…

VIDEO PENENTUAN SEPAKAN PENALTI PALING MENDEBARKAN DAN MENYERAMKAN (SCOTT STERLING)

Scott Sterling memang legend la.

SUMBER : http://www.ammboi.com/

Potong kemaluan kerana main telefon.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Potong kemaluan kerana main telefon.

Luohe (China): Seorang budak lelaki berusia tiga tahun menjalani pembedahan menyambung semula kemaluannya selepas ia dipotong kekasih bapa saudaranya pada 7 November lalu.

Menurut kanak-kanak itu, kekasih bapa saudaranya berang kerana dia menggunakan telefon pintarnya untuk mendengar muzik ketika wanita itu mandi.

Wanita itu bertindak memotong kemaluannya sebagai cara untuk melepaskan kemarahannya.

Ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana menuai jagung.

Kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital di Zhengzhou, tempat dia menjalani pembedahan selama enam jam untuk menyambung semula zakarnya sebelum dihantar ke Beijing untuk rawatan selanjutnya.

Doktor di First Hospital Universiti Peking berkata, pembedahan itu berjaya dilakukan dengan baik.

SUMBER : HARIANMETRO.COM

Cuma ribut pasir.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Cuma ribut pasir.

Kuala Lumpur: Umpama malam! Itu gambaran langit sekitar Makkah yang dikatakan bertukar kemerah-merahan pada Jumaat lalu dikatakan berpunca daripada fenomena ribut pasir.

Biarpun keadaan itu sebenarnya biasa bagi warga Makkah, ia mencetuskan suasana tidak keruan di tempat lain yang penduduknya kurang tahu mengenai fenomena berkenaan.

Ia bertambah kalut apabila klip video 59 saat yang memaparkan keadaan Makkah ketika itu – gelap dan berdebu – menjadi viral di laman sosial selepas dimuat naik pada Jumaat lalu.

Menurut rakyat Malaysia yang juga Penterjemah Khutbah Masjidil Haram, Mohamad Nurul Hafiz Abdul Latif, 30, kejadian itu bukan pelik di kalangan penduduk Arab Saudi kerana berlaku saban tahun.

“Fenomena itu kerana ribut pasir. Oleh itu, kejadian selepas solat Jumaat lalu yang dihebohkan di Malaysia itu bukannya pelik,” katanya yang menetap di Tanah Suci sejak sebelas tahun lalu.

Sementara itu, menurut portal berita Sabq, pejabat Presiden Meteorologi dan Persekitaran (PME) melaporkan hujan dan ribut petir diiringi angin debu terus melanda beberapa kawasan di Qassim, Riyadh dan Timur manakala di bahagian utara suhu berkabus.

Tambah portal itu, pihak pertahanan awam mengeluarkan amaran kepada warga Jeddah dan Makkah menerusi laman sosial agar menjauhi pantai, lampu jalan dan pokok selama beberapa jam bagi mengelak kemalangan.

Ribut dengan debu juga berlaku di Makkah Madinah, Hail, Al-Jouf dan sempadan utara sementara hujan lebat muncul di Asir Al-Baha dan Jazan pada petang Ahad.

Hujan lebat turut menggangu laluan trafik di lebuhraya Harmain mengakibatkan kenderan bergerak perlahan.

Pada kejadian Jumaat lalu, ribut pasir dan hujan lebat turut menyebabkan berlaku banjir sekitar Makkah sehingga merosakkan kenderaan dan kediaman penduduk.

SUMBER : HARIANMETRO.COM

Jadi superhero selamatkan kakak.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Jadi superhero selamatkan kakak. Jadi superhero selamatkan kakak PENGORBANAN seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Australia telah menyelamatkan nyawa kakaknya yang menderita leukemia limfoblastik akut. Ibu mereka, Michelle Abbott dari Gold Coast, Queensland, memberitahu dia dan suaminya berasa sangat gembira selepas mendapati sumsum tulang Lachy sesuai dan sepadan dengan kakaknya, Amelia, 5. Budak tersebut telah didiagnosis menghidapi penyakit itu pada tahap rendah, namun ia menjadi lebih serius dalam tempoh tiga bulan selepas Amelia menjalani rawatan kemoterapi, Disember lalu. “Peluang untuk dia sembuh hanya 40 peratus dan kami turut menjalani ujian untuk melihat kesesuaian sumsum tulang dengan Amelia. Keputusan ujian tersebut menunjukkan hanya Lachy yang dapat mendermakan bahagian itu kepada kakaknya,” kata Michelle. Pada Julai lalu, proses pemindahan sumsum tulang telah dilakukan ke atas Amelia dan prosedur itu berjaya dilaksanakan. Kedua-dua adik beradik itu akhirnya bertemu semula buat pertama kali kira-kira lima minggu kemudian. “Mereka saling berpelukan untuk melepaskan rindu masing-masing. Amelia turut menggelar adiknya sebagai superhero kerana telah menyelamatkan nyawanya. Ikatan mereka menjadi lebih kuat sejak insiden itu,” menurut Michelle lagi kepada DailyMail. SUMBER : SINARHARIAN.COM