ALPHA LIPID – APA ITU KOLOSTRUM

Kolostrum dan Kebaikannya ?Kolostrum adalah makanan pertama anugerah Allah kepada setiap anak mamalia apabila ianya dilahirkan ke dunia. Ianya merupakan cairan yang amat kaya dengan nutrien sebaik sahaja ibu mamalia melahirkan anaknya dan sebelum ibunya menghasilkan susu yang normal.

                                  

Kolostrum mengandungi zat yang diperlukan untuk memulakan kehidupan baru: immunoglobulins, agen pembesaran, antibodi, vitamin, mineral, enzim, asid amino dan lain-lain unsur istimewa khas untuk menentang pelbagai serangan mikro organisma dan unsur yang memudaratkan dari persekitaran.
Ianya ternyata adalah makanan dan diet pelengkap yang sempurna dalam meneruskan kesinambungan hidup kepada makhluk mamalia. Hanya baru-baru ini, ditemui bahawa kolostrum dari lembu tenusu didapati dapat memberi manafaat kesihatan kepada umat manusia dalam pelbagai cara.Kolostrum telah terbukti mampu memusnahkan virus, bakteria, kulat dan parasit didalam perut dan usus. Tahukah anda, penyakit yang dihidapi setiap manusia adalah berpunca daripada diri sendiri yakni USUS. Berpunca dari cara pengambilan makanan dan cara memanfaatkan tenaga yang terhasil dari pemakanan itu sendiri. Hampir 80% punca jangkitan adalah bermula dari sistem pencernaan. Jadi,kunci kepada faktor pencegahan untuk kesihatan yang baik seharusnya bermula dari perut dan usus iaitu dengan mengambil kolostrum setiap hari.

Kenapa setiap orang mendapat sakit ?

Anda secara umumnya terdedah kepada jutaan serangan mikrob seperti virus, bakteria, yist, parasit yang sentiasa mencari peluang untuk berkembang biak dan menguasai badan anda. Satu-satunya cara untuk membendungnya hanyalah dengan memperkasakan sistem imun anda iaitu melalui pengambilan kolostrum.Kolostrum terbukti sebagai ‘Penyembuh Semulajadi yang Ajaib’ mengikut doktor perubatan terkemuka – Donald Henderson. Penyelidikan Perubatan membuktikan  bahawa kolostrum adalah nutrien pelengkap yang dapat membantu dalam penyembuhan dan pencegahan sesuatu penyakit.

Apa perlunya sebagai manusia dewasa untuk mengambil kolostrum ?

Penyelidikan telah membuktikan bahawa apabila seseorang itu telah melewati tahap dewasa, badan kita beransur-ansur menghasilkan kurang imun yang berfungsi menolong badan menentang penyakit dan membaik pulih tisu badan yang rosak. Dengan terjejasnya elemen penting ini, badan kita akan menjadi tua, uzur dan seterusnya mati. Faktor ini juga dipengaruhi oleh unsur persekitaran hari ini seperti pendedahan kepada toksik dari udara yang kita sedut, makanan yang kita makan dan tempat yang kita tinggal sedangkan semakin hari keperluan nutrien badan kita kian berkurangan atau hilang.
Kolostrum adalah jawapan kepada satu-satunya unsur semulajadi yang di anugerahkan Allah untuk sesebuah kehidupan secara mengekalkan faktor imun dan pertumbuhannya. Hasil penyelidikan telah membuktikan bahawa kolostrum berupaya membunuh bakteria, virus penceroboh, merangsang pemulihan tisu rosak, merangsang pembakaran dan penggunaan tenaga lemak dan menggalakkan anti-penuaan. Tiada lagi unsur semulajadi diatas planet bumi ini yang mampu menawarkan manafa’at sebaik ini. Insya’allah.

Apakah yang Alpha Lipid tawarkan dari produk kolostrum mereka ?

Terlampau banyak untuk disenaraikan disini. New Image New Zealand memang terkenal dalam penghasilan kolostrum dari Gred Tertinggi Dunia, iaitu GRED 10. Mereka telah menambah salutan yang unik ( ALPHA LIPID ) yang diperbuat dari tambahan lipid kompleks yang menjadikanya kolostrum paling berkesan terdapat di dunia.

Anti-oksidan yang luar biasa – Kolostrum keluaran New Image begitu kaya dengan Glutathione, iaitu anti-oksidan yang amat ampuh. Anti oksidan memainkan peranan dalam pencegahan penyakit, dengan mencari dan memungut radikal bebas penyebab penyakit serta membaik pulih otot dan tisu yang rosak dan keradangan.
Kesihatan dan Penjagaan Usus – Kolostrum memang terbukti cemerlang dalam penyembuhan usus yang rosak dan mencegah dari kerosakan yang berterusan. Faktor imun dan Prebiotics dalam kolostrum menolong menstabilkan usus iaitu dengan menggalakkan pembiakan bakteria yang berfaedah dan memusnahkan pula bakteria yang merbahaya. Ternyata USUS adalah KUNCI kepada kesihatan anda dan usus yang sihat adalah senjata pertahanan berkesan menentang penyakit.
Mempertingkatkan Fungsi Otak – Phospholipids, iaitu salah satu komponen dalam ALPHA LIPID, membantu menambah fungsi otak dan ianya berkait dengan memperbaiki keupayaan memori. Sila rujuk testimoni berkaitan dengan makanan minda. Terdapat banyak contoh yang menunjukkan ianya dapat menaikkan ‘mood’ dan meredakan simptom tekanan seseorang.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SILA HUBUNGI :

019-2602537

USTAZAH ZATUR RAWIAH BINTI MOHD YUSOF

ALPHA LIPID LIFELINE – SUSU UNTUK KESIHATAN

ALPHA LIPID LIFELINE 
 
 
 
Kunci kepada kehidupan sihat adalah sistem imun yang kuat dan sihat. Sistem imun merupakan satu rangkaian  sel dan molekul yang canggih dan sangat menakjubkan. Ia bekerja siang dan malam untuk melindungi diri kita dari serangan virus, bakteria, mikrob, toksin dan parasit. Sekiranya sistem imun berada dalam keadaan sihat dan kuat, ia mampu melindungi kita dari terkena penyakit.
 
Adakah anda atau keluarga anda tergolong dalam golongan mempunyai masalah kesihatan.
 
Tahukah anda setiap saat tubuh kita semakin lemah melawan penyakit yang berpunca dari udara, makanan, minuman dan tempat kita tinggal. Semakin berusia, tubuh kita, semakin kurang kekuatan Antibodi kita yang disebabkan oleh Pencemaran sekeliling , Penghawa dingin, Tekanan emosi, Pemakanan yang tidak sihat, Merokok, Virus , gelombang telefon dan sebagainya.
 
Pernahkah anda mengambil ubat-ubatan atau sebarang vitamin demi untuk kebaikan kesihatan anda. Malangnya tubuh tidak juga sihat sebaliknya  wang dan masa  anda yang kehabisan tetapi badan tidak juga sihat. Pastikan anda memperolehi keputusan yang optimum dengan penjimatan kos yang maksimum.
 
Anda telah mengambil langkah pertama untuk mengetahui keajaiban kuasa tuhan dengan memberi satu kurniaan alam semula jadi untuk kebaikan kita semua.
 
APAKAH DIA SUSU ALPHA LIPID
 
Alpha Lipid merupakan pemakanan kesihatan yang paling seimbang, sempurna dan berkhasiat. Ia merupakan susu awal lembu atau lebih dikenali sebagai kolostrum. Kolostrum adalah susu awal mamalia yg dihasilkan pada peringkat awal ibu-ibu melahirkan anak (Manusia/Haiwan). Iaitu dalam jangkamasa 72 jam pertama selepas melahirkan. Ianya kaya dengan antibodi semulajadi merupakan sumber makanan yg paling berkhasiat kerana mengandungi semua jenis vitamin dan garam mineral yangg diperlukan tubuh. Ia adalah Pemakanan Semulajadi yang Selamat Sesuai untuk Semua Peringkat Umur.
 
ALPHA LIPID LIFELINE  adalah produk Kolostrum yang terbaik di dunia telah mendapat pengiktirafan Export Winner yang dianugerahkan oleh Kerajaan New Zealand sebanyak 3 kali.
 
Tidak semua kolostrum sama….Alpha Lipid Lifeline merupakan Kolostrum Berkualiti Tinggi, sebab itu ramai yang mengambilnya mendapat manfaat kesihatan yang amat memberangsangkan. Apha Lipid Lifeline Produk Kesihatan yang Unggul Selamat dan Tidak Toksik , Tidak Allergik Kaya dengan Bahan Pemulih Penyakit , Mengandungi Probiotik Bakteria Normal di saluran usus Lactobacilli & Acidophilus Menghalang Cirit Birit dan Masalah Usus Vitamins & Minerals. Penting untuk Penjanaan Tenaga & Kesihatan , Membantu Proses Penghadaman , Memperbaiki tisu dan sel badan. Mengekalkan Kesihatan Kalsium Tambahan untuk Tulang dan Gigi Kolostrum Antibodi Tambahan dari Punca Semulajadi
 
 Bukan gurauan dan bukan penipuan .
Ia terbukti berkesan .
KEAJAIBAN DAN KEBAIKAN SUSU ALPA LIPID

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SILA HUBUNGI :

019-2602537

PUAN ZATUR RAWIAH BINTI MOHD YUSOF

ALPHA LIPID – MERAWAT PENYAKIT KRONIK

ALPHA LIPID LIFELINE

Susu Alpha Lipid telah terbukti berkesan merawat beberapa penyakit seperti ASMA, KENCING MANIS, GOUT, SAKIT LUTUT DAN TULANG, SEMBELIT, DARAH TINGGI, SAKIT KULIT, SEMBELIT, KETUMBUHAN DAN BANYAK LAGI.

Bagi yang masih sihat, susu ini boleh dijadikan sebagai MAKANAN TAMBAHAN kerana ia dapat merangsang tubuh badan menghasilkan antibodi melawan penyakit kronik di atas. Tanpa makanan tambahan, badan kita tidak mampu menghasilkan antibodi yang mencukupi kerana faktor persekitaran yg tercemar dan makanan yang tidak terkawal yang kita ambil hari-hari.

Susu ini bukanlah ubat tetapi minuman tambahan. Jadi ia yang boleh diambil oleh sesiapa sahaja-yg kecil, tua, muda. Yang penting nak sihat.

Jangan jadikan UBAT-UBATAN makanan anda…Jadikan makanan kesihatan seperti SUSU ALPHA LIPID sebagai makanan harian anda hari ini…”SETIAP PENYAKIT ADA PENAWARNYA…YANG PENTING PENCEGAHAN AWAL ADALAH YANG TERBAIK…

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SILA HUBUNGI :

019-2602537

PUAN ZATUR RAWIAH BINTI MOHD YUSOF

TESTIMONI ALPHA LIPID

ALPHA LIPID LIFELINE

PUAN AZIZAH (KENCING MANIS/ALERGIK)

Pn azizah dan family sudah menggunakan susu alpha lipid selama 3 bulan. susu ini mula diberikan kepada anaknya(najwa), mempunyai masalah alergik. setelah minum susu ini selama 2 minggu, masalah elergik itu hilang dan ia masih diteruskan lagi sehingga sekarang.. pn azizah sendiri mengalami masalah kencing manis tahap serius. setelah minum susu ini selama 3 bulan, kencing manis berada pada tahap tidak lebih dari 9.. untuk maklumat lanjut,boleh menghubungi pn azizah
013-3445105 / 0133601105

 

 PUAN ROHANI (SAKIT KAKI)

Puan Rohani dari kota tinggi, mengalami masalah sakit kaki.. sukar berjalan. sebelum ini minum susu anlene, tapi masih lagi sama.. diperkenalkan kepada alpha lipid dan setelah 2 bulan meminumnya, kini, kaki puan rohani tidak lagi sakit.. alhamdulillah,kini puan rohani sudah boleh terlibat di dalam aktiviti sukan komuniti felda dan sudah boleh berjalan dan berdiri dengan lama..
07-8277503

EN MOHD NORAWI (DIABETES)

Mengidap kencing manis sejak 19 tahun dulu, selalu penat dan letih sehinggakan saya susah untuk bekerja. Saya bergantung pada ubat-ubatan dan suntikan insulin. Setelah menggunakan Alpha Lipid selama 2 bulan, saya tidak perlu lagi pada suntikan insulin. Sukar untuk di gambarkan perasaan gembira saya, hanya mereka yang pernah mengalami sakit sahaja yang tahu betapa kesihatan diri itu amat penting dalam kehidupan berbanding wang ringgit.

 

CIK NORDINI (STROKE/KOMA)

Saya di serang stroke dan mengalami koma, Doktor mengesahkan saya akan buta dan lumpuh seumur hidup. Tekanan darah saya ketika itu amat tinggi iaitu mencapai 200/198 dan kadar gula dalam darah juga melebihi 30mmol. Namun begitu saya tidak pernah berputus asa dan terus mencuba pelbagai rawatan alternatif. Pada suatu hari, adik saya berkata kepada saya ” kalau nak berjalan semula cubalah alphalipid”. Selepas sebulan mengambil Alpha Lipid, kaki kanan saya mula menyentak, saya berkata dalam hati, mungkinkah aku boleh sembuh?, saya terus berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Amat menakjubkan, tekanan darah saya sudah normal, iaitu 130/80, dan kada gula dalam darah saya 6.7 mmol. Kadar denyutan jantung saya juga disahkan normal. Doktor yg memeriksa saya juga berasa hairan, tapi itu lah hakikatnya. Syukur saya kepada Allah kerana sudah boleh berjalan semula.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SILA HUBUNGI :

019-2602537

PUAN ZATUR RAWIAH BINTI MOHD YUSOF

CARA MENGGUNAKAN SUSU ALPHA LIPID LIFELINE

ALPHA LIPID LIFELINE

CUBALAH ALPHA LIPID, SIAPA TAHU…INILAH JAWAPAN KEPADA MASALAH YANG ANDA DERITAI SELAMA INI…

NOTA:
BUKAN semua kolostrum itu SAMA.ALPHA LIPID mengandungi kolostrum yang bermutu tinggi , iaitu diambil daripada lembu-lembu di ladang ternakan NEW ZEALAND yang bebas daripada hormon , antibiotic dan BSE.

CARA MENGGUNAKAN ALPHA LIPID LIFELINE :

Minggu Pertama : 1/2 skop sehari
Minggu kedua dan Seterusnya : 1 1/2 hingga 2 skup sehari

Diambil sebelum sarapan pagi ketika perut kosong.

1 1/2 skop penuh + 150ml air sejuk.
Masukkan air sejuk dahulu, baru masukkan Alpha Lipid dan digoncangkan hingga sekata

PERHATIAN !!!

Gunakan air sejuk ketika membuat alpha lipid.. JANGAN menggunakan air panas ataupun suam!!

Pada minggu pertama penggunaan alpha lipid , anda mungkin mempunyai tindak balas seperti di bawah :

  1. Mengantuk dan keletihan – Proses penggantian tisu-tisu badan yang disebabkan penyakit.
  2. Berpeluh , demam dan sakit kepala. – Proses peningkatan kadar metabolisme dan tenah dalam badan akibat daripada permbuangan toksik melalui saluran perkumuhan.
  3. Gatal, kerap buang air kecil atau besar. – Proses penyingkiran bahan buangan yang lama terkumpul seperti metabolit, logam berat an lain-lain bahan yang tidak diperlukan oleh badan.
  4. Sakit perut, sakit otot, loya dan denyutan jantung yang laju.- Proses penyembuhan , pembaharuan dan penyimpanan sel-sel baru.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SILA HUBUNGI :

019-2602537

PUAN ZATUR RAWIAH BINTI MOHD YUSOF

ALPHA LIPID LIFELINE – SUSU KOLOSTRUM YANG MENAKJUBKAN !

ALPHA LIPID LIFELINE

Khas buat mereka yang ingin kekal sihat dan kepada pengidap penyakit kritikal, kami ingin memperkenalkan penawar yang sungguh menakjubkan kepada anda.  Sukar nak percaya, tapi memang memeranjatkan, ianya terbukti dan cukup berkesan.

Jika anda mempunyai penyakit seperti dibawah izinkan kami membantu anda :-

  • Kanser
  • Keletihan
  • Kencing Manis
  • Leukimia
  • Darah Tinggi
  • Masalah Paru-Paru
  • Tekanan/Stress
  • Masalah Usus
  • Migrain
  • Resdung
  • Stroke/Lumpuh
  • Sakit Kulit
  • Ketumbuhan
  • Thyroid
  • Penyakit Jantung
  • Demam Campak
  • Parkinson
  • TB
  • Lemah Tenaga Batin
  • Ulser
  • Sakit Tua
  • Osteoporosis
  • Asma
  • Arthritis
  • Allergy
  • Buasir
  • Bisul
  • Masalah Buah Pinggang
  • Ezema
  • Denggi
  • Gout
  • Fybroid
  • Hepatitis B/C
  • Gastrik
  • Jangkitan Kuman
  • Jerawat
  • Prostate
  • Kayap
  • Migrin
  • Insomnia
  • Masalah Tulang
  • Batu Karang
  • Wanita Lepas Bersalin
  • Wanita Mengandung
  • Masalah Haid/Kesuburan
  • Kurang Oksigen Dlm Darah
  • Anti Penuaan (Awet Muda)
  • Tingkatkan Daya Ingatan/IQ
  • Ahli Sukan
  • Ahli Bina Badan
  • Dan Lain-lain

Memperkenalkan kepada anda:

Sihat Secara Semulajadi Untuk Seisi Keluarga

Kolostrum adalah selamat. Ia telah disediakan oleh alam semulajadi sebagai makanan awal mamalia. Adalah sukar untuk membayangkan ada makanan tambahan lain yang lebih semulajadi & berfaedah” – International Institute of Nutritional Research, USA

Mengapa Anda perlu Kolostrum ALPHA LIPID™ LIFELINE™

  • Produk kesihatan yang unggul;
  • Selamat & tidak bertoksik;
  • Tidak alegik;
  • Kaya dengan bahan pemulih penyakit.

Alpha Lipid™ Lifeline™ merupakan produk ANTIBODI yang unik

  • Piawaian Gold Standard kolostrum – ICR Gred 10, kualiti yang terbaik di dunia
  • Kompleks lipid yang diformulasi secara ekslusif untuk mempertingkatkan kelarutan & keberkesanan di saluran usus;
  • Probiotik;
  • Hak cipta terperlihara – Paten™

Selain daripada itu, Alpha Lipid™ Lifeline™ telah diiktiraf di New Zealand :-

  • Anugerah Ekspot oleh kerajaan New Zealand sebanyak tiga kali 1992, 2003 & 2004
  • Diiktiraf oleh kerajaan Pengeluar Kolostrum terbanyak/terbesar di dunia

Anugerah Yang Diterima:

  • Menerima Pengiktirafan Daripada Kerajaan New Zealand
  • Logo “Export Winner” Tercatat Di setiap Tin Alpha Alpha Lipid™ Lifeline™


Bagaimana Kolostrum ALPHA LIPID™ LIFELINE™ Bertindak ?

Alpha Lipid™ Lifeline™ bertindak di saluran pemakanan iaitu USUS

Kebanyakan jangkitan memasuki badan melalui sistem pernafasan atau perut. Alpha Lipid™ Lifelin™ bertindak sebagai agen pencegah dan perisai daripada serangan penyakit. Secara ringkas ia berfungsi sebagai :-

  • Membersih
  • Menyembuhkan
  • Memperbetulkan

Dari Mana Datangnya Kolostrum ALPHA LIPID™ LIFELINE™?

  • Lembu-lembu dari New Zealand;
  • Susu awal lembu (susu yang mula-mula keluar);
  • Dikilangkan oleh pengeluar kolostrum terbesar di dunia, New Image International, Auckland, New Zealand.

Kenapa New Zealand ?

  • Lembu yang tiada penyakit merbahaya;
  • Dipasturkan;
  • Dikumpul segar dari ladang;
  • Diproses segar;
  • Dipaturkan secara “Flash low temperature”;
  • Dikilangkan secara suhu rendah/tekanan rendah;
  • Pengilangan menurut spesifikasi GMP menurut piawaian antarabangsa.

Apa Kelebihan Kolostrum ALPHA LIPID™ LIFELINE™ ?

  • Mengandungi antibodi (Immunoglobulin) melawan pelbagai jenis jangkitan bakteria, virus dan pathogen;
  • Meningkat daya tahan badan melawan penyakit;
  • Formula Alpha Lipid™ Lifeline™ 100% berkesan dan diserap dengan cepat;
  • Mengandungi vitamin dan zat galian (kalsium dll) semulajadi yang cukup untuk keperluan harian;
  • Mengandungi bakteria semulajadi (Lactobasilus Acidophilus & Bifidobacterium) bagus untuk fungsi normal usus;
  • Mengandungi faktor pertumbuhan (Growth Factor) yang penting untuk proses pemulihan sel dan anti penuaan (anti-aging);
  • Sangat sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu;
  • Membantu mengurangkan berat badan, mengawal kandungan gula dalam darah;
  • Membantu memulihkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, gout, gastrik, hepatitis, kurang darah, ketidaksuburan, dan pelbagai khasiat untuk tahap kesihatan terbaik manusia.

Alpha Lipid™ Lifeline™ 100% berkesan dan diserap dengan cepat berbanding kolostrum yang lain dalam pasaran.

Apa Kesan Kolostrum ALPHA LIPID™ LIFELINE™ ?

  • Mempertingkatkan penyerapan usus;
  • Mempertingkatkan fungsi pertahanan badan;
  • Meneutralkan jangkitan Virus/Bakteria/Kulat;
  • Mempercepatkan pemulihan luka tisu;
  • Membunuh parasit dalam badan;
  • Meningkatkan tenaga dan kekuatan;
  • Memperbaiki masalah sembelit;
  • Meningkatkan ton kulit dan elastik;
  • Menstabilkan emosi dan tekanan;
  • Menstabilkan paras gula dalam darah;
  • Meningkatkan Keupayaan Minda;
  • Mengurangkan risiko sakit jantung;
  • Meningkatkan prestasi fizikal;
  • Mengandungi bahan awet muda;
  • Mengandungi bahan anti-inflamasi (anti radang)
  • Meningkatkan kesihatan gigi dan tulang.

Sumber Vitamin Yang Lengkap Untuk keperluan Harian Badan
Vitamin A – Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun;

Vitamin B1 – Membantu memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal.

Vitamin B2 – Diperlukan untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi,  pernafasan sel, dan tumbesaran. Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan & rawatan katarak serta membantu metabolisme. Bersama dengan vitamin A, ia memelihara dan memperbaiki selaput mukosa dalam saluran penghadaman. Ia juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut, menghapuskan kelemumur, dan membantu penyerapan zat besi dan vitamin B6;

Vitamin B3 – Diperlukan oleh badan kita untuk peredaran darah dan kulit yang sihat;

Vitamin B6 – Diperlukan untuk pengeluaran sel darah merah dan antibodi. Ia perlu bagi sistem saraf dan otak berfungsi dengan normal dan untuk sintesis nukleik asid RNA dan DNA yang mana mengandungi arahan-arahan genetik bagi pengeluaran semula semua sel-sel dan pertumbuhan normal selular;

Vitamin B12 – Diperlukan bagi pembuatan bahan genetik pada sel (DNA) untuk pertumbuhan dan pembesaran. Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan keletihan, lemah badan, megaloblastic anaemia, sakit mulut dan lidah, kebas dan sesemut pada kaki dan tangan disebabkan oleh kerosakkan saraf tunjang serta gangguan mental dan emosi.

Vitamin C
– Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi;

Vitamin D
– Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi;

Vitamin E
– Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

Sumber Mineral

Kalsium – Penting bagi pertumbuhan normal dan penjagaan tulang dan gigi, dan keperluan kalsium haruslah dikecapi sepanjang hayat. Keperluan adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi. Kekurangan kalsium pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan osteoporosis, di mana tulang semakin merosot dan peningkatan risiko retak/patah tulang.

Magnesium – Kekurangan magnesium selalunya boleh mengakibatkan kekejangan otot, yang biasanya dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, diabetis, tekanan darah tinggi, dan osteoporosis.

Zat Besi – Kekurangan iron akan menyebabkan badan kita mudah mendapat jangkitan, badan cepat letih, sakit dada, sukar bernafas, anemia dll;

Folic Acid
– dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih;

Biotin – Membantu dalam pertumbuhan sel, metabolisme, diperlukan untuk rambut dan kulit yang sihat, memelihara kilang peluh,  tisu saraf, dan sum-sum tulang sentiasa sihat serta menolong melegakan kesakitan otot;

Potassium – Diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi otot;

Lain-lain Sumber Tambahan

Formula Kompleks Lipid yang Eksklusif dicipta oleh BioActive Technologies iaitu :-

  1. Ganglioside GD3
  2. Fosfolipid
  3. Sphingomyelin
  4. Probiotik

Apa Fungsi Kompleks Lipid ?

  • Meningkatkan keberkesanan kolostrum dengan meningkatkan fungsi kolostrum di usus;
  • Bertindak untuk meningkatkan pemecahan dan pelarutan Lipid dan meningkatkan bio-perolehan kolostrum;
  • Bertindak untuk meningkatkan keberkesanan kolostrum.

Apa Fungsi Ganglioside GD3 ?

  • Anti-mikrob;
  • Menghalang pertumbuhan dan pembiakan bakteria, virus and kulat (yeast);
  • Merangsang tindakbalas imun di usus;
  • Menggalakkan pembinaan dan pemulihan minda (otak).

Apa Fungsi Fosfolipid ?

  • Meningkatkan fungsi otak-makanan minda;
  • Anti-penuaan-melambatkan penuaan dan lupa ingatan;
  • Mengurangkan ketidakstabilan emosi dan mengurangkan tekanan;
  • Merendahkan paras kolesterol;
  • Mengurangkan insiden penyakit jantung;
  • Mengelakkan penyakit hepar (hati).

Apa Fungsi Sphingomyelin ?

  • Anti-kanser;
  • Antioksida-mengelakkan penyakit;
  • Anti-penuaan (awet muda);
  • Melawan & merawat penyakit jantung;
  • Anti-artritis;
  • Melawan bahan toksik (kimia).

Apa Fungsi Probiotik ?

  • Kesihatan bermula di perut;
  • Probiotik adalah bakteria yg baik di usus;
  • Fungsi Usus ialah untuk menguraikan makanan dan menyerap makanan;
  • Lactobacillus, Bifidobacterium, Acidophillus
  • Jangkitan Usus punca utama penyakit-Membantu melawan penyakit yang bermula dari usus;
  • Probiotik membantu kesihatan usus;
  • Merangsang sistem imun usus;
  • Memperbaiki penyakit jantung, alahan laktosa, allergi, anti-kanser, jangkitan saluran kencing;
  • Mempertingkatkan penyerapan nutrisi;
  • Kolostrum menyokong kesihatan-Menghalang penyakit & melawan jangkitan

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SILA HUBUNGI :

019-2602537

USTAZAH  ZATUR RAWIAH BINTI MOHD YUSOF

ALPHA LIPID – 10 JENIS MAKANAN ANTI KOLESTROL

ALPHA LIPID LIFELINE

10 Jenis Makanan Anti Kolestrol

Susu Alpha Lipid memang terbukti dapat menurunkan paras kolestrol dalam darah seseorang. Selain dari susu Alphalipid, terdapat makanan lain yang juga bersumberkan semulajadi mempunyai kelebihan yang sama. Berikut adalah 10 jenis makanan yang mempunyai ciri-ciri tersebut :

1. SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dpt menghindarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING

Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL

Memakan sebiji epal hijau@ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.

5. IKAN TUNA

termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SILA HUBUNGI :

019-2602537

PUAN ZATUR RAWIAH BINTI MOHD YUSOF

SOLAT – AMALAN YANG DAPAT MERAWAT OTAK

ALPHA LIPID LIFELINE

SOLAT – AMALAN YANG DAPAT MERAWAT OTAK

Otak manusia secara ringkas

Kita mungkin pernah terdengar cerita tentang pakar saraf otak yg menyatakan bahawa ketika sujud beberapa urat saraf akan diperbaiki, saya ingin membetulkan sedikit fakta tersebut. Sebenarnya bukan beberapa urat saraf sahaja tetapi seluruh bahagian depan otak iaitu prefrontal cortex (PFC), bahagian ini merupakan “decision maker” bg manusia utk merancang, berfikir dgn waras, rasional, kreativiti, future planning, critical thinking dan byk lagi sifat yg membezakan manusia dan haiwan.

Manusia makin lari dr sifat kemanusiaan kerana PFCnya makin lama makin lemah, seperti otot yg lama tidak digunakan. Manusia yg selalu didlm stress atau apa2 sahaja sifat2 negatif termasuklah cemburu, hasad, pemarah dan macam2 lagi sebenarnya lebih byk menggunakan “reflect brain” (bahagian belakang yg primitif) dr the “thinking brain”. Ini desebabkan oleh hormon andrenalin yg dikeluarkan ketika stress/takut. Hormon andrenalin juga menyebabkan darah kebahagian depan (thinking brain) berkurangan kerana fisiolagi manusia ketika stress/takut, harus lebih bersedia untuk bertindak pantas tanpa perlu berfikir panjang samada untuk lari atau lawan (seperti haiwan).

Jadi bila selalu sangat stress dan PFC menjadi lemah, kebanyakan manusia yg menyatakan mereka berfikir sebenarnya adalah diragukan, mereka sebenarnya lebih menggunakan memori atau pun reflect brain menyebabkan hidup dalam keadaan yg sama, mengulang kesalahan yg sama atau pun membuat tindakan yg penuh kesalan dikemudian hari.

Apa yg didedahkan oleh saintis UM seperti yg lapurkan diakhbar2 baru ini , terutamanya bab membawa ketenangan adalah kerana bila manusia lebih tenang, tiada hormon andrenalin yg sebelum ini mengecilkan salur darah ke PFC menyebabkan perjalanan darah ke PFC lebih lancar dan juga perbuatan sujud itu sendiri seolah2 memaksa darah kembali ke PFC dan secara langsung merawatnya. Tindakan fokus/khusyuk dlm sembahyang juga terbukti merawat PFC seperti dibuktikan oleh pakar meditasi barat yg menbuat kajian peranan meditasi dan PFC.

Sebab itu sembahyang yg diterima adalah sembahyang yg khusuk, bukan sembahyang yg fikiran melayang kearah duniawi, dan dalam keadaan sujud ini jugalah ketika PFC rapat kebumi manusia amat hampir kepada Allah

Surah Al Alaq 96:19 Day, heed him not: But bow down in adoration, and bring thyself the closer to Allah.!

Yg menarik mengenai otak lagi, bahagian yg menipu terletak diatas sedikit dr PFC iaitu ubun2/forelock seperti yg tertulis juga didlm surah Al-Alaq 96 :

15 Let him beware! If he desist not, We will drag him by the forelock,-
16 A lying, sinful forelock!

Bahagian otak di ubun2 ini digelar “cingulate guru” yg mana jika “overactive” akan menyebabkan manusia selalu mudah berfikir benda2 yg negatif yg juga menyebabkan manusia cenderung menipu. Ini boleh diperbaiki dgn menenangkan fikiran seperti bila kita sembahyang dgn tenang dan penuh kesyukuran, bukan sembahyang dgn terpaksa atau tidak ikhlas bukan kerana Allah.

Definasi lain untuk insanity/kegilaan adalah: Doing or thinking the same thing but expecting different result / Bertindak atau berfikir benda yg sama tetapi harapkan perkara lain.

Jika PFC kita lemah, berfikir tetapi sebenarnya lebih kepada memori, tidak hairan lah jika kita mendapat benda yg sama setiap hari.. jadi untuk mendapat sesuatu yg lain didlm hidup ini, rajin2 lah sembahyang dgn ikhlas dan khusyuk supaya bahagian otak yg berfikir hidup kembali, memboleh kan kita menjadi lebih melihat masa depan dan dgn kreativiti membenihkan idea2 yg cemerlang untuk membangunkan diri sendiri dan juga membantu umat Islam khususnya dan umat manusia yg lain amnya.

“Harap dapat Forward artikel diatas kepada teman-teman dan insan tersayang yang anda kasihi sebagai satu amalan kebajikan dan sumbangan ikhlas dari anda untuk mereka semua”.

Jika anda inginkan lebih banyak lagi artikel menarik seperti ini, anda dipelawa untuk KLIK ke pautan dibawah ini:

1.JENIS GULA DAN KETAHUI BAHAYANYA KEPADA ANDA.

Gula dan Bahayanya !

Sedikit persoalan tentang gula..

Apakah sebenarnya gula?
Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan !

Adakah badan kita perlukan gula?

Tidak perlu langsung ! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer

Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?

Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti :

Glukosa
Fruktosa
Laktosa
Maltosa
Sukrosa
Sirap Glukosa
Sirap maple
Molases
Sirap hitam
Sirap kencana
Dektrosa
Sorbitol

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

1) Minuman bergas 500ml – 14.4 sudu teh

2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml – 9.6 sudu teh

3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml – 5.5 sudu teh
4) Kek buah-buahan 40g – 3.5 sudu teh
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g – 10.1 sudu teh
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi – 15.8 sudu teh
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa – 7.7 sudu teh
8) Sundae restoran makanan segera – 10.3 sudu teh
9) Rempah ayam segera satu pek – 4.7 sudu teh
10) Minuman berkultur satu botol kecil – 2.7 sudu teh
11) Susu pekat manis dalam tin kecil – 35.5 sudu teh!

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?

Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Rakyat negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit kencing manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.
Di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hatilah..

Salah satu kelebihan susu Alpha Lipid Lifeline ini adalah keupayaanya untuk menstabilkan gula dalam darah. Nasihat saya ialah anda patut mencuba susu ini terutamanya kepada sesiapa yang mempunyai masalah kencing manis.

2.KANSER – ADAKAH PETANDA INI WUJUD PADA ANDA?

Kenal pasti samada tanda-tanda ini wujud pada diri anda.. Kesan awal kanser boleh menyelamatkan nyawa anda, maka kerap melakukan pemeriksaan perubatan dan lebihkan pemakanan sayur-sayuran dan makanan yang mempunyai zat fiber yang tinggi.Selain itu, kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemaknya serta, bersenam dan amalkan gaya hidup yang sihat.

1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar – perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari – haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak – sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia)- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 Punca Utama Kanser : 

(1) Makanan
(2) Alkohol                                                                                                                                                                                                                                      (3) Sinaran cahaya matahari
(4) Pengambilan ubat
(5) Perokok yang tidak aktif
(6) Tembakau
(7) Radiasi
(8) Pekerjaan
(9) Pencemaran air dan udara
(10) Keturunan3.

AWAS – BAHAYA MSG DALAM MASAKAN HARIAN ANDA.

“Tambahkan sedikit untuk kelazatan masakan anda!” Demikianlah meyakinkan sekali janji-janji yang memujuk hati segenap surirumah. Penggunaan Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam penyediaan juadah Malaysia bukan lagi asing. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur.

Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar-pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri? “Silent Killer”
Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yag diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.

Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.

Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa MSG dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.

Elak sebelum terlambat
Kajian yang pernah dijalankan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang ke atas 100 keluarga mendapati 73 daripadanya menggunakan MSG dalam masakan harian, sementara 19 daripada 21 keluarga lagi memberikan MSG kepada anak yang berumur bawah 6 tahun. Ini menunjukkan masyarakat kita secara keseluruhannya menggunakan MSG dalam kehidupan. Itu belum lagi di kalangan peniaga restoran dan warung, serta makanan bertin dan makanan ringan yang ada di pasaran. Bererti, tanpa kita sedari, masyarakat kita sebenarnya sangat terdedah kepada bahaya MSG.

4.KENALI TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT STROKE.

AWASI TANDA-TANDA STROKE

Kenal pasti Tanda Permulaan Strok       .

Rasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan serta di sebelah bahagian badan adalah antara gejala seseorang itu berkemungkinan diserang strok atau angin ahmar.

Selain itu, penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua-dua belah mata.

Tanda-tanda amaran strok

Strok tidak terjadi begitu sahaja kerana lazimnya terdapat tanda-tanda amaran seperti yang dijelaskan. Dengan mengenalpasti tanda-tanda ini dan bertindak segera daripada segi perubatan, seseorang individu dapat mengelakkan strok yang akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya. Di negara ini katanya, strok adalah pembunuh yang keempat terbesar selepas kanser dan penyakit jantung.

Strok juga penyebab utama ketidakupayaan yang teruk, di mana kos merawat pesakit juga adalah tinggi dan rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat daripada maut mengambil masa yang panjang serta mahal. Menerangkan lebih lanjut mengenainya, terdapat dua jenis serangan strok iaitu, strok iskemia dan strok berdarah. Strok iskemia berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak. Biasanya strok iskemia adalah akibat daripada pengumpulan kolestrol dan puing lain di dalam arteri semenjak bertahuntahun lamanya.

Strok jenis tersebut mungkin disebabkan oleh trombosis serebrum, iaitu apabila darah beku (tombus) terbentuk di dalam arteri utama yang menuju ke otak, menghalang bekalan darah. Manakala embolisme serebrum berlaku apabila darah beku terbentuk di dalam salur darah di tempat lain dalam badan, contohnya di leher atau di jantung dan bergerak dalam aliran darah ke otak.

Menerangkan mengenai strok berdarah katanya, ia terjadi apabila salur darah di dalam otak atau di sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan. Penyakit tekanan darah tinggi yang lama dan tidak dirawat memberi memberikan tekanan pada dinding arteri, menyebabkan meningkatnya risiko arteri itu pecah dan seterusnya berdarah. Strok berdarah kemungkinan disebabkan oleh pendarahan intraserebrum, iaitu apabila salur darah pecah di dalam otak.Manakala pendarahan subraknoid, iaitu apabila salur darah di permukaan otak berdarah dan darah tersebut meresap ke dalam kawasan di antara otak dan tengkorak yang dikenali sebagai ruang subarakanoid.

Strok merupakan masalah kesihatan mengancam nyawa yang paling mudah dicegah. Oleh itu, amat penting bagi seseorang mengetahui dan memahami faktor risiko yang boleh menyebabkan strok. Sesetengah faktor risiko boleh diubah dan sesetengahnya tidak. Amat penting katanya, mengingati bahawa mempunyai satu atau lebih faktor risiko yang boleh diubah meningkatkan risiko serangan strok. Kawalan yang lebih baik terhadap faktor risiko yang boleh diubah dapat mengurangkan risiko strok dengan ketara. Antara faktor yang dikaitkan dengan strok termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, perokok, diet tidak seimbang dan stres.

Bagaimana strok didianogsis?

Doktor akan melakukan dianogsis klinikal dengan cara mendapatkan sejarah perubatan pesakit diikuti dengan pemeriksaan fizikal.

Selepas itu doktor akan melakukan ujian bersesuaian yang diperlukan untuk merawat pesakit dengan berkesan. Pengimejan menggunakan imbasan tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI) membantu doktor merawat pesakit.

Menjelaskan mengenai kesan strok kepada pesakit kata beliau, ia adalah pelbagai. Keupayaan khusus yang akan hilang atau terjejas akibat strok bergantung pada berapa teruknya otak rosak dan di bahagian mana di otak strok berlaku.

Katanya, otak adalah organ yang kompleks yang sangat hebat dan setiap kawasan di dalam otak bertanggungjawab terhadap fungsi atau keupayaan tertentu.

‘‘Oleh sebab otak mengawal kesemua fungsi badan, maka strok mempunyai potensi menjejaskan semua aktiviti seseorang,” ujarnya.

Ditanya pula tentang sejauh mana kepentingan melakukan pemulihan segera terhadap mangsa strok, beliau menegaskan pemulihan segera adalah amat penting dimana setiap mangsa mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin.

Katanya, semakin cepat terapi pemulihan dimulakan, semakin cepat otak mempelajari semula pergerakan yang normal dan kelewatan akan menyukarkan proses pemulihan.

Terapi pemulihan meliputi fisioterapi, terapi cara kerja, terapi pertuturan dan kaunseling.

Risiko strok boleh dicegah sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah, selain dapatkan khidmat doktor sebelum mengambil pil kontraseptif.

Beliau turut memberi nasihat jika seseorang itu pernah diserang strok, amat penting membuat pemeriksaan perubatan secara tetap supaya tekanan darah, paras kolestrol dan berat badan dapat diawasi.

5.DEMAM – TANDA BADAN ANAK ANDA MELAWAN PENYAKIT.

APABILA anak demam dan suhu badan meningkat mendadak, ramai ibu bapa tidak boleh tidur malam. Perasaan risau, serba salah dan bimbang bercampur aduk, apatah lagi jika berlaku pada pasangan muda yang baru menimang cahaya mata serta tidak tahu bagaimana hendak mengurangkan penderitaan si kecil.


Demam adalah masalah kesihatan biasa yang berlaku pada kebanyakan kanak-kanak. Walaupun kadangkala membimbangkan, ia sebenarnya menandakan badan mereka melawan jangkitan atau keradangan yang disebabkan bakteria atau virus.

Apabila demam, sel darah putih pesakit akan cuba melawan bakteria atau virus dengan mengeluarkan bahan kimia yang menaikkan suhu badan.

Peningkatan suhu badan ini sebenarnya cara membunuh kuman, tetapi ia juga boleh menyebabkan anak anda demam.

Bagaimanapun, dalam risalah keluaran Panadol, perunding paediatrik, Dr Khoo Phaik Choo, berkata demam itu bukan satu penyakit, tetapi ia menjadi petanda atau amaran kepada penyakit lain iaitu daripada sakit tekak hinggalah kepada jangkitan demam denggi.

Ramai beranggapan lebih tinggi suhu badan, demamnya semakin berbahaya. Namun tanggapan ini kurang tepat kerana suhu tinggi tidak semestinya bermakna anak anda lebih sakit berbanding suhu lebih rendah.

“Suhu badan tidak boleh dijadikan pengukur kesakitan anak. Cara lebih tepat ialah melihat keadaan dan tindak balasnya. Jika anak anda tidak menangis, tidak banyak kerenah dan masih ada selera makan, kemungkinan mereka tidak menghadapi masalah yang perlu dirisaukan.

“Sebaliknya, masalah mungkin serius jika mereka menunjukkan tanda terlalu lesu, lemah dan tidak bermaya serta muntah secara berlebihan,” katanya.

Malah, suhu badan tinggi masih tidak dianggap demam hinggalah ia mencecah 37.5 darjah Celsius (100 darjah Farenheit) atau lebih tinggi. Suhu badan normal ialah 37 darjah Celsius (98.6ºF) dan paras ini turun naik sepanjang hari.

Katanya, suhu badan juga bergantung kepada waktu ia diambil dan kelasakan si kecil. Justeru, ibu bapa disaran menyimpan jangka suhu (termometer) di rumah supaya lebih mudah mengukur suhu badan anak dengan tepat, dan bukan berdasarkan sentuhan tangan saja.

Ukuran suhu badan anak kecil biasanya diambil di bawah lengan (ketiak) atau telinga. Ukuran suhu badan yang diambil di bawah lengan adalah 0.5 darjah lebih rendah daripada suhu yang diambil pada telinga.

Malah, ia juga perlu diukur beberapa kali untuk melihat perubahan suhu badan anak. Ukuran tepat ini dapat membantu doktor mengenal pasti masalah kesihatan anak anda jika demamnya berterusan.

Walaupun ramai ibu bapa resah apabila anak demam, ada juga yang mengambil sikap tunggu dan lihat sama ada keadaan menjadi bertambah buruk atau sebaliknya sebelum memberikan ubat. Ini terpulang kepada penilaian masing-masing.

Kaedah melawan demam

Demam biasanya membuat kanak-kanak berasa resah, tidak selesa dan meragam. Jika ia berlaku, Dr Khoo menasihatkan anda melakukan kaedah di bawah untuk membuatkan anak berasa lebih selesa dengan cepat dan dapat melawan demam.

Beri si manja minum banyak air masak. Demam menyebabkan kanak-kanak banyak kehilangan air dalam badan, dan demam yang berpanjangan boleh mengakibatkan penyahidratan atau kekurangan air dalam badan.

Bantu anak untuk berasa selesa. Kanak-kanak yang demam mungkin berasa letih, lesu dan kurang selera makan. Bagaimanapun, semua ini gejala sementara dan mereka akan pulih seperti biasa sebaik demamnya sembuh. Ketika ini, pakaikan si manja dengan baju daripada fabrik nipis dan ringan yang mempunyai aliran udara baik.

Jangan paksa anak anda makan. Secara umumnya orang yang demam kurang selera makan dan ia juga berlaku pada kanak-kanak. Biarkan mereka menentukan bila dan apa yang ingin dimakan.

Timbangkan pemberian ubat. Pemberian parasetamol seperti diarahkan doktor adalah langkah selamat. Ia boleh membantu membuat kanak-kanak lebih selesa dengan mengurangkan demam dan melegakan pelbagai kesakitan atau ketidakselesaan fizikal lain yang dialaminya.

Ubat paling kerap digunakan untuk melawan demam di kalangan kanak-kanak ialah parasetamol. Oleh kerana parasetamol adakalanya disyorkan bersama antibiotik, penggunaannya menimbulkan beberapa kekeliruan.

Parasetamol ialah ubat pelega kesakitan dan berbeza daripada antibiotik dalam dua cara:

Pertama, antibiotik tidak berkesan menentang demam yang disebabkan jangkitan virus. Sebaliknya, parasetamol adalah ubat pelega kesakitan atau analgesik yang berkesan untuk menentang segala demam, walau apa pun puncanya.

Biasanya doktor tidak mengesyorkan pemberian aspirin kepada kanak-kanak kerana ia dikaitkan dengan sindrom Reye, iaitu penyakit ganjil tetapi serius yang menjejaskan otak dan hati bayi dan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

Kedua, ubat antibiotik yang disyorkan mesti diambil semuanya mengikut preskripsi untuk mengekalkan keberkesanannya. Tindakan tidak menghabiskan antibiotik ini boleh menghasilkan bakteria lebih berdaya tahan dan menyebabkan jangkitan berulang.

Bagaimanapun, parasetamol bukan antibiotik, jadi isu ketahanan bakteria tidak timbul. Malah, ia digunakan lebih 50 tahun, terbukti selamat, tidak merengsakan perut dan memberikan kesan konsisten.

“Kanak-kanak bukan saja kerap jatuh sakit, malah serangan biasanya berlaku tanpa diduga. Jadi, anda boleh menyimpan ubat demam seperti parasetamol di rumah untuk memudahkan anda mengurus demam anak yang boleh menyerang bila-bila masa.

“Dos yang betul bergantung kepada usia dan berat badan anak. Baca arahan pada label botol dengan teliti dan dapatkan nasihat doktor untuk memastikan dos yang betul,” katanya.

Sudu sukatan, cawan sukatan atau picagari dapat membantu memastikan anak anda mendapat jumlah ubat secukupnya. Elakkan penggunaan sudu biasa yang digunakan di rumah kerana saiznya tidak seragam.

Menjaram atau meletakkan tuala sejuk di atas dahi anak boleh mengurangkan demam. Pakaian longgar daripada fabrik yang ringan dan tuala sejuk yang diletakkan di bawah lengan atau pangkal paha boleh menyokong keberkesanan ubat menurunkan suhu badan.

Selain itu, ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa membaca label sebelum memberikan ubat pelega demam kepada anak. Label atau risalah memberi penerangan mengenai:

Kekuatan atau kepekatan produk.

Bagaimana dan bila anda patut menggunakan produk.

Berapa banyak perlu diambil dan berapa lama.

Bila anda patut mendapatkan nasihat doktor.

Cara terbaik untuk menyimpan ubat.

Meskipun demam boleh menimbulkan kebimbangan, kebanyakan kanak-kanak akan sembuh dalam sehari dua. Rehat secukupnya dan bantuan ubat, kanak-kanak boleh kembali cergas dengan cepat.

ANTARA FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI MENGENAI DEMAM

Suhu badan normal biasanya 37 darjah Celsius.

Ukuran suhu badan anak kecil biasanya diambil menerusi bawah lengan (ketiak) atau telinga. Ukuran suhu badan yang diambil di bawah lengan adalah 0.5 darjah lebih rendah daripada suhu yang diambil menerusi telinga.

Demam tinggi tidak semestinya menandakan keseriusan penyakit.

Demam dialami kanak-kanak sihat yang sembuh dalam tiga atau empat hari tidak harus menimbulkan kebimbangan.

6.ANDA MENGIDAP PENYAKIT GOUT?

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Pesakit-pesakit yang menghidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali. Sila lihat: Metabolisme asid urik
Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia, dan darah tinggi. Kadang kala, gout merupakan penyakit keturunan.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.
Pesakit-pesakit dengan hiperurisemia boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks telinga. Dalam sebilangan kes, karang-karang asid urik boleh membentuk sejenis karang ginjal.
Diagnosis
Gout pada sendi jari kaki. Diagnosis biasa dilaksanakan melalui dasar klinikal, walaupun ujian-ujian diperlukan untuk mengesahkan penyakit.
Hiperurisemia merupakan ciri yang biasa; bagaimanapun, aras urat tidak selalunya tinggi (Sturrock 2000). Hiperurisemia ditakrifkan sebagai kandungan plasma urat (asid urik) yang melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL) untuk lelaki, dan sekitar 380 μmol/L bagi perempuan. Selain itu, aras urat juga akan jatuh ke dalam julat normal bagi dua pertiga daripada semua kes (Siva et al 2003). Jika gout dicurigai, urat serum harus diulangi sebaik sahaja serangan telah reda. Ujian-ujian darah yang lain yang biasa dilakukan termasuk kiraan darah lengkap, elektrolit, fungsi renal, dan kadar pemendapan eritrosit (ESR). Kesemua ini bertindak untuk menidakkan sebab-sebab yang lain, khususnya artrisis sepsis.
Diagnosis muktamad bagi gout ialah melalui mikroskopi cahaya bagi bendalir sendi yang disedut dari sendi (ujian ini mungkin susah untuk dilaksanakan) untuk menunjukkan hablur-hablur urat monosodium intrasel di dalam leukosit polimorfonukleus bendalir sinovia. Hablur urat dikenal pasti melalui dwirefringens di bawah mikroskopi terkutub, serta morfologi bak jarumnya. Seseorang pemerhati yang terlatih boleh membezakannya daripada hablur-hablur yang lain.
Peringkat Gout
Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:asimptomatik akut interkritikal kronik. Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang
teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat inter-kritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit
gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.
Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.
Cadangan untuk melegakan kesakitan.
Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang akal untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan.
7.SEPULUH  JENIS MAKANAN YANG ANTI KOLESTROL

Susu Alphalipid memang terbukti dapat menurunkan paras kolestrol dalam darah seseorang. Selain dari susu Alphalipid, terdapat makanan lain yang juga bersumberkan semulajadi mempunyai kelebihan yang sama. Berikut adalah 10 jenis makanan yang mempunyai ciri-ciri tersebut :

1. SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dpt menghindarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING

Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL

Memakan sebiji epal hijau@ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.
5. IKAN TUNA

termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.
8. KISMIS

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
9. OAT

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
10. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

8.RAHSIA SOLAT DARI SUDUT SAINS DAN KESIHATAN.

Tahukah anda bahawa solat boleh merawat penyakit yang kritikal ?

Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

               Membongkar Rahsia Solat dari sudut sains kesihatan
Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:

AKTIVITI OTOT – Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

ISYARAT OTAK – Ng Siew Chok

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

KOMPOSISI TUBUH – Dr Fatimah Ibrahim

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )

Jika anda tidak keberatan, harap ‘FORWARD’kan info yang bermanafa’at ini kepada insan yang anda ingati sebagai amalan kebajikan kepada mereka kerana:

‘Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain’


APA PULA BEZANYA KOLOSTRUM ALPHA LIPID BERBANDING JENAMA LAIN?

ALPHA LIPID LIFELINE

Apa pula bezanya Kolostrum Alpha Lipid berbanding jenama lain?

Perbezaan utama kolostrum Alpha Lipid adalah, ianya mengandungi Kolostrum Gred 10, iaitu GRED KOLOSTRUM YANG TERBAIK DI DUNIA ! Perbezaan lain pula ialah ianya satu-satunya produk kolostrum yang telah menerima ANUGERAH EKSPORT (tanda daun pakis New Zealand) pada setiap tin Alpha Lipid. Ini adalah pengiktirafan oleh kerajaan New Zealand kepada produk ini, bukan sekali, bukan dua kali, tetapi 3 kali ! Pada tahun 1992, 2003 dan 2004.

Apa yang menjadikan ianya LUAR BIASA dan BERBEZA ??

Kandungan yang boleh anda perolehi didalam Alpha Lipid LifeLine

Kandungan Vitamin

  • Vitamin A – Untuk kesihatan mata.
  • Vitamin B12 – Menambah darah, sesuai untuk perempuan mengandung.
  • Vitamin B6 – Untuk urat saraf, kebas kaki tangan.
  • Vitamin B1 – Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
  • Vitamin B2 – Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
  • Vitamin B3 – Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
  • Vitamin C – Untuk kesihatan kulit, sesuai untuk mereka yang punyai masalah kulit.
  • Vitamin D – Penyerapan kalsium lebih banyak, tanpa Vitamin D kalsium yang dimakan akan keluar sebagai najis.
  • Vitamin E – Antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut.

Kandungan Minerals

  • Folic Acid – Pembentukan darah (merah) baru.
  • Magnesium – Membantu fungsi saraf dan merehatkan otot, termasuk mengatur degupan jantung agar tetap normal. Dapat kurangkan tekanan.
  • Iron – Berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron akan menyebabkan badan kita mudah mendapat jangkitan.
  • Sodium – Membantu menormalkan tekanan darah dan fungsi normal otot dan urat saraf.
  • Kalsium – Kurangkan osteoporosis (Tulang kurang padat) yang bermula pada umur 35 tahun. Termasuk perempuan yang putus haid “monopous” akan mengalami osteoporosis. Dapat kurangkan tekanan.
  • Potassium – Berfungsi bersama sodium, meningkatkan pertumbuhan sel dan otot.

Kandungan Total Immunoglobulin

  • IgA – Imunoglobulin dominan, juga terdapat didalam susu ibu, dikenali sebagai mukos antibodi, mencegah serangan kuman bakteria atau patogen daripada melekat pada dinding organ. Juga membantu menghasilkan protein yang mencukupi untuk badan manusia.
  • IgM – Antibodi ini dihasilkan oleh sel-B & dijumpai pada tulang, usus makan, paru-paru & kelenjar limpa. Fungsi utamanya ialah untuk melawan serta meningkatkan fagositosis (penelanan dan penghadaman bakteria) bagi menumpaskan patogen yang sentiasa menyerang. Ianya dapat mengaktifkan penghasilan sel darah merah, membekalkan oksigen serta mempercepatkan proses meneutralisasi sebarang racun kuman bakteria yang dijumpai dalam badan manusia.
  • IgE – Fungsi sebagai bahan peroksida, melindungi sel-sel membran, menghalang sebarang tumbesaran sel penyakit, menguatkan tulang, sistem saraf & bahagian otak manusia. Ianya juga terlibat dalam reaksi alergik iaitu yang berkait dengan histamin dan sebagai pertahanan aktif terhadap parasit enterik.
  • IgG – Merupakan komposisi tertinggi dalam antibodi, mengaktifkan sel darah putih untuk menentang serangan kuman bakteria, terutama E-coli, kuman bakteria yang kerap dijumpai dalam usus pesakit.
  • IgD – Membekalkan haba, membantu penyerapan kalsium & pengagihan kalsium pada tulang. Fungsi utamanya ialah merangsang limfosit untuk menghasilkan antibodi-antibodi semulajadi badan.
  • IgFI & IgFII – IgF merangsang pertumbuhan kulit baru. Mengekalkan ketegangan kulit dan melawan fungus, bakteria, virus dan pathogen.

Kandungan Tambahan

  • Complex Lipid (Dipatent – Unik)
    Mengikut kajian tanpa Complex Lipid, penyerapan kolostrum yang diambil hanya sebanyak 20% sahaja, manakala 80% lagi akan dikeluarkan. Dengannya 80% akan diserap dan hanya 20% akan dikumuhkan.
  • Probiotik
    Khasiat probiotik adalah seperti yang terdapat di dalam susu kultur Yakult.
  • Prebiotik
    Pemangkin kepada probiotix.

Informsi Produk

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SILA HUBUNGI :

019-2602537

PUAN ZATUR RAWIAH BINTI MOHD YUSOF