RESEPI SLIM DIET 2 – SAMBAL UDANG PETAI

RESEPI SLIM DIET 2 – SAMBAL UDANG PETAI

Image

BAHANNYA:

20 ekor udang (sederhana besar dibersihkan tinggal ekor)
1 mangkuk tauhu faa cili kering kisar
petai (ikut suka)
2 labu bawang besar (sederhana besar)
3 ulas bawang putih
1½ inci belacan (kalau guna)
½ cawan air asam jawa atau 1 keping asam keping
1 sudu kecik gula atau secubit aji
garam

CARA:

Tumbuk hingga halus bawang merah dan bawan putih bersama belacan (kalau guna). Panaskan kuali, bubuh minyak. Bila minyak dah panas, masukkan petai yang telah dikopek dan belah dua. Golek2 hingga separuh masak dan keluarkan. Masukkan pula bahan tumbuk dan goreng hingga garing. Kemudian masukkan cili kisar dan perlahan api. terus goreng hingga terbit minyak. Kemudian masukkan sedikit air dan masak lagi hingga bahan2 tadi benar2 garing. Kemudian masukkan air asam jawa. Kalau guna asam keping, masukkan air sebanyak ½ cawan. Kemudian besarkan api, masukkan udang, goreng pantas2 selama dua minit. Masukkan pula petai, gula atau serbuk perasa dan garam. Jangan masak terlalu lama. Rasa dan padam api. Kalau masa terlalu lama udang jadi keras.

SELAMAT MENCUBA!!!

RESEPI SLIM DIET 2 – Daging Black Pepper

RESEPI SLIM DIET 2 – Daging Black Pepper

Image

  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar – lebihkan jika ingin lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1/2 sb gula
  • minyak utk menggoreng
  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 – 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin – dari kicap dan sos tiram
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air sehingga daging tu empuk. Pastu skip aje la step no 3.

SELAMAT MENCUBA!!!

RESEPI SLIM DIET 2 – AYAM GORENG KUNYIT

RESEPI SLIM DIET 2 – AYAM GORENG KUNYIT
Image
Bahan A
Ayam ( ambil bahagian isi sahaja )
Serbuk kunyit
Tepung jagung
Garam
Perasa Ayam Maggi
Serbuk Lada hitam
Bahan B
2 batang serai (dititik)
2 labu bawang besar ( dipotong bulat)
4 ulas bawang putih (dititik)
Cili padi ( buang tangkai sahaja )
Hiasan
Daun sup ( di cincang )
Cara-cara
1. Perap kan bahan-bahan A selama 1/2 jam
2. Goreng separuh masak
3. Angkat dan letak ke tepi
4. Guna kan sedikit minyak dari gorengan bahan A, masukkan bahan-bahan B
5. Goreng hingga layu, lepas itu masukkan semula ayam yg telah digoreng
6. Goreng hingga kuning & ranggup.
7. Angkat & taburkan hirisan daun sup.
SELAMAT MENCUBA!!!

RESEPI SLIM DIET 2 – Tomyam Ayam Xtra Hot Ala Thai (Sawadikhap!!)

RESEPI SLIM DIET 2 – Tomyam Ayam Xtra Hot Ala Thai (Sawadikhap!!)
Image
Bahan-bahannya:
1/2 biji bawang besar yg dihiris
2 ulas bawang putih yg dihiris halus @ ketuk
Segenggam cili kering dikisar halus (semestinya guna mesin yea..)
2 kiub/pes tomyam yg anda prefer
2 batang serai – diketuk/ kalau tak reti ketuk boleh hiris melintang
3 helai daun limau purut
4-5 biji cili padi – dihiris melintang
ketul ayam yg telah dipotong (boleh add on udang/sotong jika suka..)
beberapa biji jagung muda
2-3 biji tomato dibelah dua/empat
daun ketumbar (utk hiasan ,jika ada…)
Air limau nipis
garam secukup rasa
air ikut sukaaaa..
Cara-caranya :
– Panaskan minyak, tumis cili kering yg dikisar tadi, bawang putih, serai, cili padi, hingga naik baunya…
-Masukkan kiub/pes tomyam, daun limau purut dan air sedikit. Tumis lagi….
-Then masukkan ayam seterusnya masak hingga setengah masak.
-Masukkan bawang besar, jagung muda dan air secukupnya. Masukkan air limau nipis…
– Setelah itu, masukkan garam secukup rasa.. Didihkan. Masukkan tomato.tungguuu…
Angkat dan hidangkan.. (taburkan daun ketumbar jika ada)
Selamat mencuba dan jamu selera…

RESEPI SLIM DIET 2 – Thai-Style Tom Yum Pak

RESEPI SLIM DIET 2 – Thai-Style Tom Yum Pak

Image

THAI STYLE TOM YAM PAK

Bahan-bahan

3 1/2 cwn stok ayam
3 thin slices lengkuas muda
2 keping daun limau purut (kaffir lime leaves)
1 btg serai – di titik
2 biji bawang merah – dihiris nipis
1 sb roasted chili paste (roasted tom yum paste)
2 sb sos ikan (fish sauce)
3 sb jus limau nipis
4 biji tomato – dibelah empat
6 biji Thai chilies
10 cendawan tiram segar (fresh straw mushrooms)
Udang secukupnya
Isi Ikan secukupnya
1 cwn bunga kobis – dipotong sederhana besar
1 cwn putik jagung muda (baby corn) – dipotong panjang
1 sb daun ketumbar (cilantro) – dicincang
1 sb daun bawang (spring onion) – thinly sliced

Cara-cara

Panaskan stok ayam di dalam kuali. Masukkan lengkuas, daun limau purut dan serai.
Kemudian, masukkan bawang merah, chili paste, sos ikan dan jus limau nipis. Masukkan pula bunga kobis, udang,isi ikan, putik jagung muda . Biarkan sekejap.
Masukkan tomato, thai chilies & cendawan tiram. Biarkan selama 2 minit. Taburkan daun ketumbar & daun bawang.
Boleh dihidangkan.

PS: sayur-sayuran jgn dipotong terlalu kecil atau terlalu besar. Potong sederhana besar.

SELAMAT MENCUBA!!!

RESEPI SLIM DIET 2 – PERIA GORENG UDANG

RESEPI SLIM DIET 2 – PERIA GORENG UDANG

Image

Bahan Utama:-

  • 1 biji peria kambas
  • 1/3 cawan isi udang
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1/2 cawan air

Bahan Tumbuk Lumat:-

  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji lada merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 camca teh garam kasar

Cara membuatnya:-

  • Belah peria dan buang biji. Potong serong setiap belahan dan rendam dalam air bersama 1 camca besar garam selama 15 – 20 minit. Kemudian toskan. Tujuan untuk mengurangkan rasa pahit.
  • Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak. Tumis bahan2 tumbuk halus hingga wangi, masukkan sos tiram dan udang, kacau dan tuang air.
  • Bila mendidih, masukkan peria tadi dan gaul hingga rata. Kecilkan api dan masak untuk 2 – 3 minit hingga peria lembut. Rasa garamnya dan jika kurang boleh ditambah sedikit lagi.

SELAMAT MENCUBA!!!

Resepi Slim Diet II – Sup Ikan Merah

Resepi Slim Diet II – Sup Ikan Merah

Image

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 2 keping ikan merah / ikan ape2 korang suke….
  • 1 sup bunjut ikan daripada adabi *
  • 3 ulas bawang putih yang dimayang *
  • 5 ulas bawang merah yang dimayang *
  • 1 batang serai yang dititik / ketuk
  • 3 kuntum bunga lawang *
  • 3 biji buah pelaga *
  • 3 biji cengkih *
  • 1 batang kayu manis *
  • 2 inci halia yang diketuk *
  • 1 biji tomato yang dibelah empat
  • 1 pokok daun sup yang dimayang
  • 1 pokok daun bawang yang dimayang

Cara-cara

  1. Basuh ikan dengan air asam jawa dan biarkan seketika
  2. panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang bertanda * sehingga wangi
  3. Masukkan air dalam 2 gelas / ikut kemahuan anda
  4. setelah air menggelegak, masukkan ikan
  5. masukkan garam atau perasa jika suka
  6. tunggu sehingga ikan masak dan masukkan tomato
  7. tutup api dan taburkan potongan daun sup dan daun bawang tadi
  8. sedia untuk dihidangkan

SELAMAT MENCUBA!!!

 

Resepi Slim Diet II – Ikan Stim Ala Chinese Style.

Resepi Slim Diet II – Ikan Stim Ala Chinese Style.

Image

Bahan-bahan ( 6 Orang makan )

  • (lkut sukatan yang saya guna tapi kalau berat ikan kurang, kurangkanlah bahannye ye)
  • Ikan Siakap 1 ekor (lkan lain pun boleh dan berat tak kisah).
  • Halia muda sebesar 2 ibu jari dipotong memanjang dan halus halus.
  • Tomato dibelah 4
  • Daun bawang 2 – 3 tangkai lebih pun okay (dipotong kasar kasar).
  • Bawang putih 5 biji potong halus halus
  • Minyak bijan 2 camca besar.
  • Minyak masak 2 camca besar (saya guna minyak matahari) .
  • Kicap cair 2 – 3 camca besar.
  • Garam dan serbuk lada putih (serbuk lada hitam atau sulah pun boleh juga)

Cara-cara

  1. Ikan Siakap yang telah dibersihkan di belah tepi nya 3 bahagian.
  2. Kemudian sapukan garam dan serbuk lada ke seluruh ikan termasuk bahagian perutnya.
  3. Daun bawang,halia ,tomato dan bawang putih letakkan setengahnya kedalam perut ikan dan selebihnya letak di atas ikan dan belahan ikan.
  4. Kemudian stimkan ikan tersebut di atas kuali yang bertutup.
  5. Dalam bekas kecil masukkan minyak bijan,kicap cair dan minyak masak sekali dan gaulkan.
  6. Setelah ikan separuh masak atas kuali buka penutupnya dan tuang sedikit demi sedikit bahan yang digaul tadi ke atas ikan.
  7. Kemudian tutup kembali kuali tadi.
  8. Selepas beberapa minit ikan pun masak boleh lah di hidangkan.

Resepi Slim Diet II – Siow Pak Choy Goreng ala Cina

Resepi Slim Diet II – Siow Pak Choy Goreng ala Cina

Image

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 4 biji bawang di tumbuk
  • 4 ulas bawang putih ditumbuk
  • Setengah kiub ayam knorr
  • Garam sedikit
  • 1 ikat sayur siow pak choy
  • 1 sudu tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
  • Cendawan,dan lobak merah
  • 2 sudu sos tiram
  • Setengah cawan air
  • Minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Tumis bwg dan sos tiram sehingga naik bau…
  2. Masukkan sedikit air,garam,kiub ayam biarkan mendidih.
  3. Kemudian mskkan sayur dan lobak merah,apabila hampir masak, masukan cendawan n air tepung jagung..kacau2 dan angkat