Pekerja MAS perlu berubah untuk untung 2017.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Pekerja MAS perlu berubah untuk untung 2017.

KUALA LUMPUR – Sejumlah 14,000 pekerja ‘baharu’ Malaysia Airlines (MAS), syarikat yang akan diwujudkan selepas penstrukturan semulanya, perlu melakukan anjakan paradigma dalam budaya kerja bagi memenuhi standard persaingan dalam industri penerbangan hari ini, kata bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Ong Tee Keat.

Sambil berkata tidak ada yang kurangnya ‘dari segi kebijaksanaan’ dalam syarikat penerbangan yang bermasalah itu, ke arah memastikan kejayaan pelan penstrukturan semula, dengan MAS dijangkakan menghentikan perkhidmatan 6,000 pekerja yang akan dilatih semula dan diserap syarikat lain dalam Khazanah Nasional Bhd, pemegang saham majoriti MAS.

Tee Keat memuji penubuhan Pusat Penempatan Keluar yang akan mengendalikan isu-isu berkaitan proses pemberhentian, dengan berkata cara yang dilaksanakan oleh kerajaan ini dalam melindungi kebajikan 6,000 pekerja dan keluarga mereka dengan pengupayaan kemahiran dan kebolehperkerjaan sepenuhnya.

“Inilah sifat kemanusiaan Putrajaya, namun ini tidak bermakna 6,000 pekerja terbabit harus semata-mata bergantung kepada kerajaan. Mereka juga perlu berusaha sendiri,” katanya kepada Bernama.

Tee Keat berkata, pelan penstrukturan semula bagi memulihkan MAS supaya kembali mencatat keuntungan menjelang 2017 ‘agak sukar’ dan memerlukan syarikat penerbangan itu sendiri berusaha keras untuk merealisasikannya.

“Kedudukan sekarang sudah pasti sangat mencabar, terutama apabila anda bercakap mengenai kepulangan British Airways ke Malaysia, dan lebih banyak syarikat penerbangan asing beroperasi di sini.

“Dan, kita ada dasar langit terbuka dalam Asean yang akan dilaksanakan mulai tahun depan,” katanya.

Tee Keat berkata, beliau adalah antara yang terlibat dalam pematerian dasar langit terbuka semasa menjadi menteri pengangkutan dan Malaysia merupakan antara negara Asean pertama yang menerajui inisiatif itu yang bermatlamat bukan sahaja untuk menghubungkan ibu negara-ibu negara di Asia Tenggara, bahkan dengan bandar raya tahap kedua dengan baik sebelum 2015, apabila dasar itu dilaksanakan sepenuhnya.

“Namun, kini menerusi pelaksanaan dasar itu pada 2015, sudah pasti ia menjadi ujian sebenar kepada MAS, sama ada atau tidak ia dapat memperkukuh kelebihan kewujudan kita dari segi beberapa laluan udara, yang sudah pun disokong yang meliputi bandar raya bukan ibu negara, oleh MAS dan AirAsia,” katanya.

Tee Keat juga mengingatkan bahawa syarikat baharu (NewCo) yang akan mengambil alih MAS, tidak mempunyai masa yang panjang untuk ‘memanaskan diri’.

“Ia tidak boleh berlaku. Dan anda meletakkan diri anda dalam keadaan bahaya jika ia dilakukan. Anda perlu memaksa diri, berubah untuk mentransformasikan budaya, mengubah minda bagi melakukan anjakan paradigma,” katanya.

Pakar ekonomi terkemuka, Dr Yeah Kim Leng pula berkata, Pusat Penempatan Keluar itu merupakan ‘usaha yang sangat dipuji’ dalam menjaga kebajikan 6,000 pekerja yang akan diberhentikan, supaya ia hanya memberi impak sosioekonomi yang minimum, dan menambah ia juga tidak memberikan impak ekonomi yang ketara memandangkan Malaysia tidak berhadapan dengan keadaan pengangguran yang tinggi.

“Pasaran buruh agak ketat, keadaan semasa sebenarnya agak kondusif bagi penyusunan semula, terutama untuk mencari penempatan baharu bagi pekerja yang ditamatkan perkhidmatan.

“Syarikat penerbangan lain seperti AirAsia juga komited untuk mengambil beberapa petugas MAS. Oleh itu, keadaan agak kondusif untuk melaksanakan pengecilan dan pemberhentian yang membelenggu MAS sejak sekian lama,” kata Dr Yeah, Dekan Sekolah Perniagaan di Universiti Sains dan Teknologi Malaysia.

Beliau berkata, Khazanah sudah menyediakan pelan penstrukturan yang komprehensif, yang melibatkan bukan sahaja penyusunan semula kewangan, malah penstrukturan organisasi secara menyeluruh. Apa yang diperlukan sekarang ialah menyediakan pasukan pengurusan yang sangat kukuh, dengan mengutamakan kecekapan yang akan memastikan peluang kejayaan yang lebih besar. – Bernama

SUMBER : SINARHARIAN.COM

Penswastaan MAS perlu dilaksanakan.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Penswastaan MAS perlu dilaksanakan.

MAS

KUALA LUMPUR – Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan diswastakan dan ia perlu dilaksanakan, kata Maybank Investment Banking (IB) Research.

Dalam satu kenyataan, Maybank IB berkata, lebih 90 peratus undi dalam tangan, Khazanah Nasional Bhd boleh memohon penyahsenaraian syarikat penerbangan itu daripada Bursa Malaysia.

“Kami yakin ia akan dimuktamadkan menjelang akhir 2014,” katanya.

Pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) semalam, pemegang saham minoriti mengundi meluluskan cadangan penswastaan MAS oleh Khazanah, pada harga 27 sen sesaham.

Maybank IB berkata 93.98 peratus mengundi memihak kepada cadangan itu manakala 6.02 peratus menentangnya.

“MAS akan berada pada kedudukan yang sukar jika tiada modal baharu disuntik dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sementara itu, RHB Research berkata, penswastaan menandakan suatu permulaan baharu.

Firma penyelidikan itu berkata, pelan penstrukturan semula RM6.0 bilion oleh Khazanah meliputi suntikan modal, penyelarasan tenaga kerja, mengkaji semula laluan dan merundingkan semula kontrak bekalan.

“Saranan kami sebelum ini ‘neutral’. Kami sudah memberi nasihat kepada pemegang saham minoriti supaya menerima tawaran itu kerana kami tidak nampak potensi pemulihan ketara syarikat penerbangan itu selepas insiden MH370 dan MH17.

“Ini ditambah pula dengan kedudukan operasi industri penerbangan yang mencabar,” katanya.

Saham MAS tidak berubah pada 26.5 sen pada rehat tengah hari, dengan 50.14 juta unit bertukar tangan. – Bernama

SUMBER : SINARHARIAN.COM

Khazanah terbuka terima idea rombak MAS.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Khazanah terbuka terima idea rombak MAS.

KHAZANAH Nasional Bhd (Khazanah) bersifat terbuka untuk menerima sebarang cadangan dan idea dikemukakan pelbagai pihak dalam proses penstrukturan semula MAS.

Timbalan Pengerusinya Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, Khazanah bersedia mendengar dan menimbang sebarang idea dan cadangan agar proses penstrukturan semula itu dapat berjalan lancar dan berjaya agar MAS kembali menjadi sebuah syarikat penerbangan nasional yang dibanggakan rakyat.

Katanya, selain dapat dibanggakan, Khazanah juga mahu menjadikan MAS kembali mencatatkan keuntungan serta mampu memberi manfaat yang besar dalam sektor pelancongan dan perdagangan negara.

“Kita yakin, dengan kerjasama penuh dari semua pihak yang terlibat, matlamat berkenaan dapat dicapai,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej WIT dan Antah Schindler Sdn Bhd, Pelabuhan Klang, semalam.

Kolej WIT diwakili oleh Pengerusinya Tan Sri Zainal Rampak dan Antah Schinder diwakili Ketua Pengarah Operasinya Lee Wei Jye.

Berdasarkan MoU itu, Kolej WIT dan Antah Schindler, syarikat pembinaan dan penyelenggaraan lif terkenal akan bekerjasama dalam program latihan industri dan perantis.

“Untuk pengambilan pertama seramai 65 pelajar terpilih untuk mengikuti program selama enam bulan itu.

“Bagi pelajar berjaya menamatkan program itu, mereka kelak akan diserapkan sebagai pekerja di Antah Schindler,” katanya.

SUMBER : SINARHARIAN.COM

Tunjuk kemampuan sebelum selamat MAS.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Tunjuk kemampuan sebelum selamat MAS.

Johari Abdul Ghani

Johari Abdul Ghani

SEORANG Ahli Parlimen Umno meminta sebuah syarikat yang hanya baru berusia tiga bulan yang mahu menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) “menunjukkan terlebih dahulu wang mereka dan siapa penyokong kewangan mereka’ sebelum cadangan tersebut boleh diambil kira dengan serius.

Datuk Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Titiwangsa, yang meragui cadangan dibuat oleh Jentayu Danaraksa itu, juga membangkitkan persoalan lain tentang status tidak lengkap pelan Jentayu yang diketahui setakat ini yang nampaknya tidak jelas dengan pelan 12 perkara yang diumumkan Khazanah Nasional untuk menyusun semula dan memulihkan MAS.

“Anda nak dapatkan duit itu dari mana? Tunjukkan wang anda. Jika anda kata anda ada penyokong, siapa penyokong anda,” katanya kepada Bernama.

Johari berkata beliau menentang cadangan Jentayu itu yang mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri untuk memanfaatkan perniagaan pajakan pesawat dan mengambil alih perniagaan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) MAS yang mengaut keuntungan serta syarikat sekutunya, Firefly.

Pengarah Urusan Jentayu Feriz Omar berkata cadangan itu adalah untuk melengkapkan pelan Khazanah dan syarikat itu bersedia melabur “lebih banyak” daripada peruntukan RM6 bilion oleh Khazanah, yang memiliki MAS.

“Sekiranya MAS boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang boleh menyediakan kertas kerja, saya bimbang masalah yang dihadapi MAS semasa ia diswastakan kepada seorang tokoh korporat akan berulang. Kita tidak akan mengulangi kesilapan yang sama,” katanya yang menyebut tentang kegagalan penswastaan pada 1994.

Johari, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, adalah satu tindakan yang salah bagi sesiapa sahaja untuk hanya memilih unit MAS yang meraih keuntungan kerana mengendalikan syarikat penerbangan itu  merupakan satu portfolio kendiri.

Keunikan MAS adalah ia memiliki segalanya dan pengurusannya perlu melihat keadaan secara keseluruhan, dan “usahawan yang tiba-tiba sahaja muncul” tidak boleh semudah itu memilih hanya yang menguntungkan dan tidak mengambil kira komponen lain.

“Ini tidak boleh dilakukan. Anda boleh dapatkan kemudahan dengan syarat anda ada banyak pilihan. Tetapi sekiranya tiada pilihan, anda tidak melakukannya dan anda harus mengekalkannya,” kata Johari, yang juga seorang tokoh korporat terkenal.

Beliau berkata sebuah syarikat penerbangan seperti MAS harus mengekalkan unit MRO kerana ia penting bagi latihan dan latihan semula untuk meningkatkan kemahiran pekerja, sambil menambah MAS tidak boleh melupuskan MRO kerana ia adalah sebuah organisasi pemangkin.

Menjelas lebih lanjut mengenai pelan Jentayu, beliau berkata: “Sesiapa sahaja boleh kemukakan tawaran. MAS harus menulis surat kepada mereka dan menanyakan siapa penyokong kewangan anda dan bagaimana anda  mendapatkan wang anda, apa pelan dan konsep perniagaan anda dan bagaimana anda menangani kejatuhan saham pasaran.

“Cadangan ini nampak baik di atas kertas tetapi saya tidak melihat sesiapa di antara mereka yang boleh dipercayai untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.

“Apabila saya baca laporan akhbar mereka mahu  mendapatkan wang daripada orang asing, kita tidak akan serahkan syarikat penerbangan ini kepada orang asing.

Matlamatnya adalah untuk mengekalkannya dalam Malaysia dan sebuah syarikat yang dikuasai orang Malaysia,” katanya. – Bernama

SUMBER : SINARHARIAN.COM

Jentayu perlekeh pelan Khazanah selamatkan MAS?

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Jentayu perlekeh pelan Khazanah selamatkan MAS?

MAS

SECARA tiba-tiba sahaja tanpa sebarang petunjuk, muncul syarikat yang baru berusia tiga bulan Jentayu Danaraksa Sdn Bhd\ (Jentayu) mengumumkan langkahnya untuk melengkapkan pelan Khazanah Nasional Bhd bagi menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) yang berdepan masalah kewangan.

Namun sebelum masyarakat sempat untuk menilai keupayaannya berbuat demikian, syarikat itu kini dikatakan ‘memperlekehkan’ pelan menyelamat Khazanah.

Kenyataan Jentayu pada Selasa yang dilaporkan ‘memperlekehkan’ pelan 12 perkara Khazanah sudah pastinya bukan satu permulaan yang baik untuk bekerjasama dengan cabang pelaburan negara itu.

Soalan yang nampaknya semua orang ingin bertanyakan sekarang ialah mengapa mengkritik pelan yang Jentayu sendiri mahu jayakan untuk memulihkan MAS?

Pemegang saham minoriti MAS telah menerima tawaran 27 sen untuk menyahsenaraikan syarikat penerbangan itu dan, malahan memberikan mandat kepada pelan 12 perkara Khazanah untuk memulihkan syarikat itu.

Sepatutnya, pelan yang diluluskan Kabinet itu perlu dilaksanakan bermula dari sekarang.

Bagaimanapun, sejak daripada itu, aset strategik syarikat penerbangan itu menjadi sasaran pengambilalihan oleh Jentayu yang setakat ini hanya mengemukakan cadangan yang tidak lengkap.

Syarikat itu hanya menyatakan ia memiliki pembiayaan asing dan ingin memilih beberapa bahagian seperti unit pesawat, penyenggaraan dan kejuruteraan serta anak syarikat MAS, Firefly.

Ia juga mahu menyelamatkan 6,000 pekerja yang dijangka dihentikan di bawah pelan Khazanah itu.

Tujuan utama penyahsenaraian MAS adalah untuk memastikan syarikat penerbangan nasional itu kembali meraih keuntungan. Tetapi sehingga sekarang Jentayu tidak pernah menjelaskan bagaimana pengambilalihan aset ini akan membantu pemulihan itu dan bagaimana cara ia merancang untuk menyelamatkan 6,000 pekerja tersebut?

Apa yang penting adalah, bagaimana syarikat yang kurang dikenali ini merancang untuk membiayai pembelian tersebut.

Melihat daripada perspektif pekerja, langkah untuk menyelamatkan 6,000 orang itu harus diberi pujian. Namun, pelan 12 perkara Khazanah juga turut menangani isu ini, menerusi latihan kemahiran semula dan ditempatkan di syarikat-syarikat di bawah Khazanah. Jadi sebenarnya tidak ada isu tentang kehilangan pekerjaan.

Perkara amat penting perlu diberi tumpuan ialah menyelamatkan syarikat penerbangan nasional itu. Persoalan mengenai bagaimana pengambilalihan Jentayu itu boleh menyelamatkan MAS masih belum berjawab.

Daripada perspektif orang kebanyakan, pengambilalihan itu hanya akan memberi faedah kepada Jentayu yang merupakan pihak swasta dan individu yang dimiliki kerana ia hanya mengalihkan hasil yang sepatutnya diterima oleh MAS daripada Khazanah ke dalam poketnya sendiri. Bagaimana ini dapat membantu MAS?

Sudah banyak kali kita melalui keadaan seperti ini. Apabila ada sesebuah syarikat gagal kerajaan terpaksa menyelamatkannya. Adakah kita mahu melaluinya sekali lagi? Mungkin juga Jentayu tidak akan gagal dan mencapai kejayaan. Namun buat masa ini tidak ada orang yang benar-benar pasti tentang perkara itu.

Apa yang paling penting, bukan hanya kepada Khazanah tetapi juga kepada rakyat, adalah bagaimana pelan Jentayu dapat menyelamatkan MAS daripada terus menanggung kerugian? Bagaimana sebenarnya MAS dan 6,000 kakitangan boleh diselamatkan? – Foto Bernama

SUMBER : SINARHARIAN.COM

Papa overexcited, UPSR 3C.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Papa overexcited, UPSR 3C.

APABILA anak telefon saya dengan nada malu dan sedih semalam, bahawa dia mendapat 2A dan 3C, saya terus ucapkan, “Alhamdulillah, tahniah! ALLAH SWT telah memberi peluang keemasan kepada kamu untuk menjadi insan yang jauh lebih hebat satu hari nanti!” Anak saya terkejut.
Bagaimana?

Seorang pelajar saya melahirkan rasa tidak puas hati kerana markah peperiksaan midtermnya gagal. Saya recheck kertas jawapannya dan ternyata sememangnya gagal.

Maka, dia bertanya, “Xifu, dari sekolah rendah sampai universiti semester lepas, saya tidak pernah gagal. Bahkan, keputusan saya sentiasa cemerlang. Saya istiqamah! Solat saya jaga. Mak ayah saya taat. Bagaimana berguru dengan Xifu, saya boleh gagal!”

Saya terus menghulurkan kembali kertas jawapannya lalu berkata, “Ok, kamu nilai semula kertas jawapan kamu sendiri dan bagi markah berdasarkan penilaian kamu sendiri. Kamu jadi pelajar dan kamu jadi pensyarah.

Silakan.Nanti saya akan cuba merayu kepada pihak universiti bahawa ini markah kamu yang baru berdasarkan penilaian kamu sendiri. Kalau universiti terima, I have got no problem!”

Adakah mahasiswi ini berjaya memanfaatkan kegagalannya untuk menjadi insan yang lebih hebat?

Baru-baru ini, seorang ahli politik mengadu mengapa terlalu ramai pelajar Cina mendapat ijazah kelas pertama dibandingkan dengan pelajar Bumiputera. Pelajar Cina lebih kurang 8,000 dan pelajar Bumiputera lebih kurang 2,000.

Akibatnya, lebih ramai graduan Cina daripada Bumiputera di IPTS dikecualikan dari membayar PTPTN. Adakah ini konspirasi Cina berpakat dengan IPTS secara berkompromi dari segi pemarkahan?

Jika Bumiputera setuju dengan gaya fikir ahli politik ini, adakah Bumiputera akan menjadi lebih hebat dengan mengambinghitamkan kejayaan bangsa lain?

Sahabat karib saya zaman persekolahan, Eng Huat, sentiasa mendapat wang sagu hati daripada kaum kerabat untuk setiap A yang beliau dapat score dalam peperiksaan.

Dari dulu lagi saya mempersoalkan, mengapa tidak beri wang sagu hati juga jika mendapat C? Bukankah sahabat saya ini sudah bertungkus-lumus untuk mendapatkan A? Bukankah yang lebih penting ialah beliau berusaha?

Bila setelah saya peluk Islam, baru saya sedar betapa istimewanya Islam sebagai agama yang benar kerana kalau berijtihad (membuat keputusan agama) betul, saya akan diberi dua pahala.

Kalau salah, saya akan diberi satu pahala. Kalau saya merancang dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikan haji, tetapi saya gagal untuk menunaikan haji kerana tempoh hidup saya tamat, ALLAH SWT tetap janjikan saya haji mabrur, iaitu saya tetap mendapat pahala penuh haji!

Budaya dan sistem pendidikan kita terlalu menyalahkan para pelajar dan guru jika keputusan tidak memuaskan. Tetapi jika keputusan memuaskan, adakah budaya dan sistem pendidikan mendengar nasihat para pelajar dan guru tentang kelemahan budaya dan sistem pendidikan itu sendiri?

Terlalu banyak kelemahan dalam budaya pendidikan kita. Saya guna perkataan budaya selain daripada sistem kerana budaya melibatkan pendidikan rasmi di sekolah dan juga tidak rasmi seperti media, keluarga, masjid, iklan-iklan di jalan raya, rakan-rakan sebaya dan lain-lain.

Kalau sekadar sistem persekolahan berubah tetapi dikekalkan paradigma biar mati anak, jangan mati adat atau zon selesa, adakah pelajar-pelajar kita akan berjaya menjadi insan yang lebih hebat?

Saya tidak setuju sekolah Cina ditutup, tetapi jika semua subjek cemerlang tetapi bahasa Malaysia hanya mendapat lulus, bolehkan ini dikatakan kejayaan sebenar?

Adakah Obama akan berjaya menjadi Presiden kulit hitam yang pertama Amerika jika beliau bercakap bahasa Inggeris seperti Pua Chu Kang?

Kalau para Mahasiswa di IPTA/IPTS mendapat ijazah kelas pertama, tetapi menjadi ateis iaitu golongan yang tidak percaya kepada Tuhan, adakah mereka ini boleh dikatakan rakyat Malaysia yang berjaya, sedangkan Rukun Negara kita yang pertama ialah Kepercayaan Kepada Tuhan?

Anakku yang tersayang, ALLAH SWT telah memberi peluang keemasan untuk membuktikan yang anak mampu menempuh cabaran kegagalan untuk menjadi insan yang kesempurnaannya terletak pada ketidaksempurnaannya.

Kejayaan menempuh kegagalan adalah jauh lebih baik daripada mendapat semua A dalam kehidupan!

* Abdul Naser Abdul Rahman ialah tokoh pendakwah Perak

SUMBER : SINARHARIAN.COM

Menantu vs Mertua.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Menantu vs Mertua.

BENARKAH menantu perempuan tidak ngam atau kurang serasi dengan ibu mertua? Jika begitu bagaimana pula si menantu lelaki yang sangat rapat dengan bapa mertuanya.

Di luar sana, segelintir anak menantu perempuan bercerita mengenai situasi ini. Dan mungkin juga ibu mertuanya bersikap sama.

Bukankah hadis di atas menerangkan mertua itu haknya sama seperti ibu bapa kita. Betapa kelas tinggi layanan kita kepada ibu bapa begitu jugalah sopan santunnya melayan mertua.

Ada yang mengatakan “dia bukan ibu dan bapa kandung saya.” Benar! Tetapi hak mereka sama dan kita mesti berlaku adil, walaupun mereka hanya ibu bapa angkat, ibu bapa susuan, dan ibu bapa mertua.

Reda dengan teguran

Perkataan ibu bapa adalah satu nama yang agung dan besar maknanya bagi insan bergelar anak. Apabila perkataan ibu bapa diungkapkan, terlihat seribu satu kepayahan dan keperitan terselindung dalam hati mereka, namun terhias di wajah adalah senyuman tanda kegembiraan dan kepuasan.

Mereka menyembunyikan segala kedukaan dan kesukaran dalam memberikan kehidupan bermakna kepada setiap anak.

ALLAH SWT berfirman: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (daripada awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah juga tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: 14)

Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Siti Fatahiyah Mahamood merungkai makna ibu bapa dengan menjelaskan Islam meletakkan martabat yang tinggi dalam penghormatan kepada ibu bapa termasuk mertua.

“Sebagai pasangan suami isteri yang mengaku beriman wajib mentaati mertua sama seperti mereka mentaati ibu bapa sendiri.

Semua ini perlu dilakukan sedari lelaki atau perempuan berkenaan memilih pasangan, harus diambil berat juga berkaitan hal keluarga pasangan agar kehidupan yang dibina setelah berumah tangga menjadi lebih harmoni apabila kedua belah keluarga disatukan setelah ikatan perkahwinan dijalinkan.

“Restu ibu bapa kedua belah pihak perlu diambil kira apabila urusan perbincangan perkahwinan dijalankan.

Penghormatan kepada ibu bapa kedua-dua pasangan perlu dipupuk di peringkat lebih awal agar kehidupan seterusnya tidak menimbulkan masalah,” katanya kepada Rehal.

Menurutnya, apabila kita menganggap mentua seperti ibu bapa sendiri sejak awal lagi, sudah pasti kita menerima segala teguran dan kasih sayang dengan penuh reda tanpa sebarang reaksi negatif atau prejudis kepada mertua.

Sayang suami @ ibu bapa?

Beliau yang juga perunding motivasi ini turut mengupas persoalan semasa dan rintihan yang sering didengari apabila anak perempuan mendirikan rumah tangga, fokus penghormatannya adalah kepada suaminya bukan kepada ibu bapanya.

“Bagi menambahkan keharmonian rumah tangga yang dibina, seharusnya persoalan tersebut perlu ditukarkan dengan mengolah apabila seorang anak perempuan mendirikan rumah tangga, fokusnya turut berubah.

Penghormatannya kepada ibu bapanya berpindah kepada tanggungjawab suaminya. Suami wajib menghormati ibu bapa sendiri termasuk ibu bapa mertua.

“Kekasih ALLAH, Rasulullah SAW pernah bersabda, selepas ALLAH dan Baginda SAW, makhluk lain yang perlu dimuliakan ialah ibu dan seterusnya barulah bapa. Apabila berkahwin, Islam menyuruh kita melayan ibu dan ayah mertua sama seperti melayan ibu bapa sendiri,” katanya.

Langsung tiada kompromi dalam hal ini. Ini bermakna jika kita gagal melakukannya, kita berdosa. Jadi fahami dan didik diri, apabila marahkan ibu mertua, sudah pasti berdosalah akibatnya.

Dosanya adalah sama seperti marah atau menderhaka kepada ibu sendiri. Tanamlah kata-kata ini dalam minda yang waras.

sumber : sinarharian.com

Darjatnya sama seperti ibu bapa sendiri.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Darjatnya sama seperti ibu bapa sendiri.

TIDAK dinafikan sekarang ini terdapat ramai pasangan yang mengalami masalah berkaitan penghormatan pasangan terhadap ibu bapa masing-masing.

Kebanyakan masalah yang dialami adalah berkaitan suami yang kurang atau tidak menghormati mertua dan juga kurang mengambil berat perihal mertua. Ini menyebabkan isteri berasa serba salah terhadap ibu bapanya. Sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada penghormatannya terhadap suaminya.

“Daripada sudut pandangan Islam, fokus ketaatan sudah pasti kepada suami selepas ALLAH dan Rasul-Nya. Isteri wajib taat kepada suami sebanyak 100 peratus tanpa sangsi selagi mana ia berlandaskan syariah dan tidak menyelewengkan akidah.

Isteri tidak boleh mengutamakan ibu bapa sendiri melebihi suami.

“Namun sebagai ketua keluarga yang bijak dan beriman, suami harus menunjukkan contoh akhlak yang cemerlang di hadapan isteri dan anak-anak dengan melaksanakan tanggungjawab yang sebenar menurut Islam.

Suami wajib menghormati dan mengambil berat ibu bapa mertua sama seperti dia mengambil berat ibu bapanya sendiri,” kata anak kelahiran Pulau Pinang ini lagi.

Menurutnya, dengan cara begini, isteri dapat memberi fokus mentaati sepenuhnya kepada suami dengan ikhlas. Dengan sifat toleransi daripada pihak suami sebeginilah dapat membawa kehidupan berkeluarga dengan lebih tenang dan harmoni.

Isteri apabila mereka berkahwin, tumpuannya hanyalah kepada suami dan anak-anaknya. Siapa lagi yang dapat membahagiakan dirinya jika bukan suaminya.

Hayatilah firman ALLAH yang bermaksud: “Marilah Kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu iaitu: “Janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa…” (Surah al-An’aam: 151)

Dia berfirman lagi: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Israa’: 24)

Harmoni, taat ibu bapa  & mertua

Rumah tangga mana yang tidak dilanda badai, namun apabila ALLAH menyuruh kita bersabar, bersabarlah kerana hikmahnya terlalu besar. Sebaik berlangsung sesebuah perkahwinan itu, secara automatiknya kita mendapat ibu bapa mertua.

Seandainya wanita itu meletakkan suami sebagai individu perlu ditaati selepas ALLAH dan Rasul-Nya, bagi lelaki pula dalam konteks menantu dan mertua, mereka mesti menghormati ibu mertua diikuti bapa mertua selepas Dia dan Rasul-Nya.

Sejahtera dan amannya sesebuah rumah tangga bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertua. Pengarah Institut Penyelidikan Zakat Malaysia, UiTM, Prof Madya Dr Ahmad Zaki Abd Latif berkata, suami seharusnya menjaga keharmonian rumah tangga dengan turut mengambil berat dan menghormati mertua. Selain daripada kewajipan yang perlu dilaksanakan, dengan cara ini dapat menggembirakan hati isterinya.

“Sebagai suami mereka harus memahami walaupun mereka menjadi ketua keluarga tetapi mereka juga harus menjaga perasaan si isteri yang sentiasa ada bersamanya menguruskan segala hal ehwal rumah tangga termasuk memberi perangsang semangat untuknya terus memimpin keluarga dengan cemerlang.

“Suami tidak seharusnya membezakan cara ketaatannya kepada ibu bapa sendiri dengan cara ketaatan kepada mertuanya,” katanya.

Tambah Siti Fatahiyah lagi, begitu juga dengan isteri, usah berasa sedih seandainya suami tidak mengambil berat kepada ibu bapa isteri. Seharusnya tingkatkan lagi penghormatan kepada suami kerana itu tanggungjawab si isteri,” katanya.

“Suami berasa gembira apabila dia dihormati. Tetapi apabila suami tidak dihormati atau berasa isterinya menghormati orang lain lebih daripada menghormati dirinya, perasaannya mudah terganggu dan diketepikan. Ini akan menyebabkan masalah makin besar.

“Sehubungan itu, isteri usah berpanjangan berada dalam kesedihan. Banyakkan berdoa kepada-Nya dan mengerjakan solat sunat dan solat pada malam hari. Insya-Allah, ALLAH sentiasa mendengar dan pastinya memakbulkan doa hamba-Nya,” katanya.

sumber : sinarharian.com

Sokong bersyarat pengapungan terkawal.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Sokong bersyarat pengapungan terkawal.

RON95

SHAH ALAM – Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (PESAMP) tidak akan menyokong pelaksanaan pengapungan terkawal bagi petrol RON95 dan diesel sekiranya kerajaan tidak meluluskan permohonan komisen berdasarkan peratusan harga minyak.

Presidennya, Datuk Abu Samah Bachik berkata, permohonan itu telah dipohon sebelum ini, namun masih belum mendapat kelulusan daripada kerajaan.

Justeru menurutnya, biarlah selari pengapungan harga minyak itu dengan komisen yang akan diberikan kepada pengusaha bermula 1 Disember ini agar mereka tidak terlalu rugi.

“Mereka (kerajaan) perlu meluluskan juga komisen mengikut peratusan harga kepada pengusaha pada tarikh sama jika mahu kami menerima pelaksanaan itu.

“Jika tidak kami (pengusaha) tidak akan sokong pelaksanaan itu kerana merugikan pengusaha,” katanya, semalam.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan telah mengkaji perkara tersebut dengan melihat kebaikan kepada semua pihak termasuk pemberian komisen itu, maka pihaknya tiada halangan menyokong hasrat kerajaan itu.

“Kami tiada masalah jika kerajaan menggunakan kaedah pengapungan itu, dengan syarat komisen kami juga diapungkan.

“Maknanya komisen diberikan berdasarkan peratusan harga minyak. Apabila harga minyak turun naik, komisen akan ikut trend apungan itu,” katanya.

Jelasnya, komisen yang dipohon sebelum ini adalah sebanyak lapan peratus untuk setiap harga minyak.

“Kami dah hantar permohonan mengenai perkara itu, tetapi belum lagi diberi kelulusan. Harap ia akan disegerakan dan 1 Disember ini, komisen tersebut akan mula dikira mengikut peratusan harga minyak,” katanya.

sumber : sinarharian.com

Islam mendukung asas fundamental.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Islam mendukung asas fundamental.

CIKGU SIDEK BABA

ISLAM sebagai suatu sistem kepercayaan dan cara hidup mendukung asas-asas yang fundamental. Hal-hal yang terkandung dalam Rukun Iman dan Rukun Islam adalah perkara yang fundamental.

Bila orang Islam melakukan solat umpamanya ia adalah perkara fundamental atau pokok atau utama. Solat adalah tiang kepada sistem beragama.

Apabila kelihatan orang Islam melakukan solat di lapangan terbang atau di mana-mana ruang yang sesuai tidak betul dikatakan mereka itu fundamentalis dalam maksud yang negatif.

Apabila wanita Islam memakai purdah atau tudung, ia adalah ajaran agama iaitu sesuatu yang fundamental. Apabila faktor halal dalam makanan dan pemakanan dijadikan keutamaan ia juga adalah perkara fundamental.

Islam mementingkan hikmah di sebalik amalan yang fundamental itu tadi. Melakukan solat di mana-mana yang sesuai melambangkan Islam itu mudah.

Di mana pun umat Islam berada bila sampai waktu solat dilakukan lambang ketaatan Pencipta dan hamba.

Islam mewajibkan wanita menutup aurat. Hikmah di sebaliknya ialah supaya wanita Islam sentiasa menjaga diri dan berakhlak baik.

Islam mewajibkan makanan halal kerana tidak saja hukum syarak dipatuhi tetapi penting menjaga kebersihan dan kesihatan.

Hal-hal fundamental seperti ini dianggap oleh sesetengah pihak sebagai amalan fundamentalis dan kadang-kadang umat Islam dituduh sebagai ekstrem.

Tanggapan salah ini berlaku akibat mereka tidak faham mengenai doktrin Islam itu sendiri. Mereka menganggap Islam sama seperti agama mereka dalam ritual atau ibadah. Lalu yang berbeza daripada mereka dianggap fundamentalis dan terkandung imej negatif.

Islam sering menjadi agama yang disalah fahami lantaran faham liberal yang menyubur dan kebebasan tanpa batas yang terjadi atas nama hak asasi manusia ikut acuan Barat.

Kerosakan yang berlaku terhadap anutan sesuatu agama samawi (dari langit) umpamanya berpunca daripada meninggalkan perkara-perkara fundamental.

Konsep ketuhanan umpamanya diubah, status Nabi juga diubah. Ia menyebabkan asas-asas fundamental terabai dan anutan beragama berasaskan suasana semasa dan perubahan serta pindaan boleh terjadi dalam doktrin yang dianuti.

Patuh kepada hal-hal yang fundamental bermakna patuh kepada perkara-perkara asas atau original. Sejak siri nubuwah atau kenabian terjadi konsep ketuhanan tetap merujuk kepada Tuhan Yang Satu iaitu ALLAH atau Tauhid.

Kepatuhan dalam syariah umpamanya dipertikai. Pelaksanaan syariah dalam perundangan dan ekonomi umpamanya dianggap sebagai sesuatu yang ekstrem.

Tentunya peraturan patuh syariah dalam perundangan dan ekonomi umpamanya terkandung maksud keadilan dan amanah.

Mereka lebih rela melakukan eksploitasi dalam undang-undang dan ekonomi kerana ia sesuai dengan sistem kapitalisme yang dianuti, dasar monopoli yang terjadi dan memungkinkan eksploitasi berlaku.

Jual beli dalam Islam umpamanya memberi asas amanah, kejujuran dan ketelusan terjadi supaya antara pembeli dan penjual dipandu oleh sikap ikhlas dan adil.

Ia adalah baik untuk manusia. Meski untungnya tidak banyak tetapi ada hubungan barakah terhadap apa yang diterima.

Ramai orang Barat kini dalam pencarian terhadap agama yang benar kembali kepada agama fitrah iaitu Islam.

Lengkapnya Islam lantaran ada sistem kepercayaan yang lengkap dan mengaturkan jalur hidup yang sempurna kerana ia amat serasi dengan fitrah kehidupan manusia itu sendiri.

Kerosakan yang sedang berlaku kepada umat manusia kini akibat meninggalkan hal-hal yang fundamental dan melalui hidup yang nafsu-nafsi hingga budaya hedonisme (berfoya-foya) berkembang dan agama ditolak sebagai asas etika dan nilai dan menyebabkan kehidupan hilang arah.

sumber : sinarharian.com