UPSR: Lembaga Peperiksaan pohon batal saman.

.PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

UPSR: Lembaga Peperiksaan pohon batal saman.

Gambar hiasan

 

GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Lembaga Peperiksaan Malaysia dan kerajaan memfailkan permohonan bagi membatalkan saman oleh seorang murid lelaki penghidap dyslexia berhubung kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atas alasan saman itu tidak mendedahkan apa-apa kuasa tindakan yang munasabah.

Alasan lain dalam permohonan yang difailkan pada 19 November tahun lepas ialah saman itu merupakan satu tindakan yang mengaibkan, remeh atau menyusahkan, memprejudiskan dan suatu penyalahgunaan proses mahkamah.

Pihak media memperoleh salinan permohonan itu hari ini.

Dalam permohonan itu, Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia dan kerajaan yang dinamakan sebagai defendan dalam saman itu berkata, saman itu juga jelas dan nyata tidak akan berjaya dan tidak boleh diterima terhadap defendan.

Kedua-dua defendan memohon kos dan apa-apa relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 16 Jan ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rosnaini Saub.

Pada 13 Oktober tahun lepas, K. Mangala Bhavani, ibu kepada murid berkenaan Ananda Krishnan Menon, 13, menfailkan saman itu bagi pihak anaknya yang mendakwa defendan telah cuai dalam mengendalikan kertas peperiksaan UPSR tahun lepas sehingga menyebabkan anaknya perlu menduduki semula ujian bagi beberapa mata pelajaran.

Dalam pernyataan tuntutan, murid Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2 itu mendakwa defendan gagal melaksanakan suatu sistem selamat bagi memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan.

Katanya defendan juga gagal menyelia petugas dan ejen mereka – wakil sah – dalam memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan bermula daripada proses awal penyediaan soalan, sehingga proses pengedaran kertas soalan, ke semua sekolah di Malaysia.

Peperiksaan UPSR telah dijadualkan diadakan dari 9 hingga 11 September, tetapi berikutan kebocoran kertas soalan, murid perlu menduduki semula ujian bagi kertas Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Tamil pada 30 September dan 9 Oktober.

Ananda Krishnan mendakwa sebagai penghidap dyslexia dengan keperluan khas, dia mengalami tekanan perasaan, kesengsaraan dan kekecewaan serta hilang motivasi untuk menduduki semula peperiksaan UPSR.

Murid ini menuntut ganti rugi khas, am dan kos.

Kedua-dua defendan dalam pernyataan pembelaan yang difailkan 3 Disember tahun lepas berkata, pihaknya mendapat tahu mengenai kebocoran soalan peperiksaan Bahasa Inggeris 1 dan 2 melalui laporan akhbar yang memaparkan soalan yang sama dengan soalan sebenar.

Hasil siasatan mendapati perkara itu benar dan Lembaga Peperiksaan telah mengisytiharkan kertas peperiksaan itu dibatalkan dan diadakan semula.

Defendan berkata bahawa Lembaga Peperiksaan hanya menangguhkan kertas peperiksaan Sains berdasarkan siasatan awal.

Defendan juga menegaskan perisytiharan pembatalan peperiksaan kertas Bahasa Inggeris dan Matematik itu adalah selaras dengan Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997. – Bernama

sumber : sinarharian.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s