Cuma ribut pasir.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Cuma ribut pasir.

Kuala Lumpur: Umpama malam! Itu gambaran langit sekitar Makkah yang dikatakan bertukar kemerah-merahan pada Jumaat lalu dikatakan berpunca daripada fenomena ribut pasir.

Biarpun keadaan itu sebenarnya biasa bagi warga Makkah, ia mencetuskan suasana tidak keruan di tempat lain yang penduduknya kurang tahu mengenai fenomena berkenaan.

Ia bertambah kalut apabila klip video 59 saat yang memaparkan keadaan Makkah ketika itu – gelap dan berdebu – menjadi viral di laman sosial selepas dimuat naik pada Jumaat lalu.

Menurut rakyat Malaysia yang juga Penterjemah Khutbah Masjidil Haram, Mohamad Nurul Hafiz Abdul Latif, 30, kejadian itu bukan pelik di kalangan penduduk Arab Saudi kerana berlaku saban tahun.

“Fenomena itu kerana ribut pasir. Oleh itu, kejadian selepas solat Jumaat lalu yang dihebohkan di Malaysia itu bukannya pelik,” katanya yang menetap di Tanah Suci sejak sebelas tahun lalu.

Sementara itu, menurut portal berita Sabq, pejabat Presiden Meteorologi dan Persekitaran (PME) melaporkan hujan dan ribut petir diiringi angin debu terus melanda beberapa kawasan di Qassim, Riyadh dan Timur manakala di bahagian utara suhu berkabus.

Tambah portal itu, pihak pertahanan awam mengeluarkan amaran kepada warga Jeddah dan Makkah menerusi laman sosial agar menjauhi pantai, lampu jalan dan pokok selama beberapa jam bagi mengelak kemalangan.

Ribut dengan debu juga berlaku di Makkah Madinah, Hail, Al-Jouf dan sempadan utara sementara hujan lebat muncul di Asir Al-Baha dan Jazan pada petang Ahad.

Hujan lebat turut menggangu laluan trafik di lebuhraya Harmain mengakibatkan kenderan bergerak perlahan.

Pada kejadian Jumaat lalu, ribut pasir dan hujan lebat turut menyebabkan berlaku banjir sekitar Makkah sehingga merosakkan kenderaan dan kediaman penduduk.

SUMBER : HARIANMETRO.COM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s