Khazanah terbuka terima idea rombak MAS.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Khazanah terbuka terima idea rombak MAS.

KHAZANAH Nasional Bhd (Khazanah) bersifat terbuka untuk menerima sebarang cadangan dan idea dikemukakan pelbagai pihak dalam proses penstrukturan semula MAS.

Timbalan Pengerusinya Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, Khazanah bersedia mendengar dan menimbang sebarang idea dan cadangan agar proses penstrukturan semula itu dapat berjalan lancar dan berjaya agar MAS kembali menjadi sebuah syarikat penerbangan nasional yang dibanggakan rakyat.

Katanya, selain dapat dibanggakan, Khazanah juga mahu menjadikan MAS kembali mencatatkan keuntungan serta mampu memberi manfaat yang besar dalam sektor pelancongan dan perdagangan negara.

“Kita yakin, dengan kerjasama penuh dari semua pihak yang terlibat, matlamat berkenaan dapat dicapai,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej WIT dan Antah Schindler Sdn Bhd, Pelabuhan Klang, semalam.

Kolej WIT diwakili oleh Pengerusinya Tan Sri Zainal Rampak dan Antah Schinder diwakili Ketua Pengarah Operasinya Lee Wei Jye.

Berdasarkan MoU itu, Kolej WIT dan Antah Schindler, syarikat pembinaan dan penyelenggaraan lif terkenal akan bekerjasama dalam program latihan industri dan perantis.

“Untuk pengambilan pertama seramai 65 pelajar terpilih untuk mengikuti program selama enam bulan itu.

“Bagi pelajar berjaya menamatkan program itu, mereka kelak akan diserapkan sebagai pekerja di Antah Schindler,” katanya.

SUMBER : SINARHARIAN.COM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s