Jentayu perlekeh pelan Khazanah selamatkan MAS?

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Jentayu perlekeh pelan Khazanah selamatkan MAS?

MAS

SECARA tiba-tiba sahaja tanpa sebarang petunjuk, muncul syarikat yang baru berusia tiga bulan Jentayu Danaraksa Sdn Bhd\ (Jentayu) mengumumkan langkahnya untuk melengkapkan pelan Khazanah Nasional Bhd bagi menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) yang berdepan masalah kewangan.

Namun sebelum masyarakat sempat untuk menilai keupayaannya berbuat demikian, syarikat itu kini dikatakan ‘memperlekehkan’ pelan menyelamat Khazanah.

Kenyataan Jentayu pada Selasa yang dilaporkan ‘memperlekehkan’ pelan 12 perkara Khazanah sudah pastinya bukan satu permulaan yang baik untuk bekerjasama dengan cabang pelaburan negara itu.

Soalan yang nampaknya semua orang ingin bertanyakan sekarang ialah mengapa mengkritik pelan yang Jentayu sendiri mahu jayakan untuk memulihkan MAS?

Pemegang saham minoriti MAS telah menerima tawaran 27 sen untuk menyahsenaraikan syarikat penerbangan itu dan, malahan memberikan mandat kepada pelan 12 perkara Khazanah untuk memulihkan syarikat itu.

Sepatutnya, pelan yang diluluskan Kabinet itu perlu dilaksanakan bermula dari sekarang.

Bagaimanapun, sejak daripada itu, aset strategik syarikat penerbangan itu menjadi sasaran pengambilalihan oleh Jentayu yang setakat ini hanya mengemukakan cadangan yang tidak lengkap.

Syarikat itu hanya menyatakan ia memiliki pembiayaan asing dan ingin memilih beberapa bahagian seperti unit pesawat, penyenggaraan dan kejuruteraan serta anak syarikat MAS, Firefly.

Ia juga mahu menyelamatkan 6,000 pekerja yang dijangka dihentikan di bawah pelan Khazanah itu.

Tujuan utama penyahsenaraian MAS adalah untuk memastikan syarikat penerbangan nasional itu kembali meraih keuntungan. Tetapi sehingga sekarang Jentayu tidak pernah menjelaskan bagaimana pengambilalihan aset ini akan membantu pemulihan itu dan bagaimana cara ia merancang untuk menyelamatkan 6,000 pekerja tersebut?

Apa yang penting adalah, bagaimana syarikat yang kurang dikenali ini merancang untuk membiayai pembelian tersebut.

Melihat daripada perspektif pekerja, langkah untuk menyelamatkan 6,000 orang itu harus diberi pujian. Namun, pelan 12 perkara Khazanah juga turut menangani isu ini, menerusi latihan kemahiran semula dan ditempatkan di syarikat-syarikat di bawah Khazanah. Jadi sebenarnya tidak ada isu tentang kehilangan pekerjaan.

Perkara amat penting perlu diberi tumpuan ialah menyelamatkan syarikat penerbangan nasional itu. Persoalan mengenai bagaimana pengambilalihan Jentayu itu boleh menyelamatkan MAS masih belum berjawab.

Daripada perspektif orang kebanyakan, pengambilalihan itu hanya akan memberi faedah kepada Jentayu yang merupakan pihak swasta dan individu yang dimiliki kerana ia hanya mengalihkan hasil yang sepatutnya diterima oleh MAS daripada Khazanah ke dalam poketnya sendiri. Bagaimana ini dapat membantu MAS?

Sudah banyak kali kita melalui keadaan seperti ini. Apabila ada sesebuah syarikat gagal kerajaan terpaksa menyelamatkannya. Adakah kita mahu melaluinya sekali lagi? Mungkin juga Jentayu tidak akan gagal dan mencapai kejayaan. Namun buat masa ini tidak ada orang yang benar-benar pasti tentang perkara itu.

Apa yang paling penting, bukan hanya kepada Khazanah tetapi juga kepada rakyat, adalah bagaimana pelan Jentayu dapat menyelamatkan MAS daripada terus menanggung kerugian? Bagaimana sebenarnya MAS dan 6,000 kakitangan boleh diselamatkan? – Foto Bernama

SUMBER : SINARHARIAN.COM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s