Suami cekal, jaga isteri buta dan dua anak OKU.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Suami cekal, jaga isteri buta dan dua anak OKU.

Basri bersama Fatimah (kiri), Fatin Nabila, Mohd Khairi dan Fatin Noraini.

KOTA BHARU – “Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa tiada tandingannya.” Betapa cekal kesabaran dimiliki lelaki berusia 50 tahun ini. Tidak lagi memikirkan kesenangannya, sebaliknya bersungguh-sungguh mengabdikan diri menjaga dua anak orang kelainan upaya (OKU) yang lembam dan isteri buta serta tidak boleh berjalan.

Dua anak kepada pasangan Basri Yaacob dan Fatimah Kamaruddin, 45, iaitu Mohd Khairi, 26, dan Fatin Noraini, 20, lahir sebagai bayi normal sebelum mereka diserang demam panas.

Mohd Khairi abang sulung, manakala Fatin pula yang ketiga daripada lima beradik.

Cerita Basri, lima tahun lalu, dia dan isteri bergilir-gilir menjaga mereka, namun selepas Fatimah hilang kedua-dua penglihatan akibat penyakit kencing manis, tugas menjaga keperluan dua anak mereka itu digalas bersendirian olehnya.

Bertambah berat bebanan yang tergalas di bahu, Basri terpaksa meninggalkan mata pencariannya bagi memberi tumpuan penuh kepada dua anak dan isteri yang sudah tidak mampu menguruskan diri.

“Dulu kami berniaga secara kecil-kecilan, jual kuih dan sebagainya. Kira-kira dalam tahun 2009, penyakit Fatimah semakin merebak menyebabkan saraf matanya rosak sehingga dia buta. Saya terpaksa berhenti kerja berikutan ketiga-tiga mereka perlu dibantu untuk menguruskan diri.

“Semuanya saya uruskan, daripada mereka buang air besar, air kecil hinggalah kepada membersihkan lampin,” katanya.

Tanpa sedikit pun riak risau di wajah, Basri Yaacob melalui hari-hari yang mendatang dengan penuh ketabahan.

Tiada keluhan terbit dari bibir, hanya kudrat menunaikan tanggungjawabnya sebagai bapa dan suami dengan sangat sempurna.

“Saya tiada pilihan, semua yang saya lakukan ini kerana perasan sayang terhadap keluarga. Saya akan jaga mereka selagi saya hidup. Ini ketentuan tuhan yang sudah ditetapkan dan bukan pilihan saya,” katanya perlahan dan reda dengan keadaan itu.

Ketakutan yang tidak diketahui punca

Luah Basri, jika mempunyai pilihan, dia mahu kembali bekerja untuk menyara kehidupan keluarganya supaya tidak perlu mencatu makanan dan kadangkala ikat perut kerana tidak mempunyai wang.

Bukanlah penghalang baginya walaupun dia sendiri menghidap penyakit Tibi. Cuma yang merungsingkan Basri adalah keperluan dan keselamatan anak-anak serta isteri yang akan terabai jika dia keluar bekerja.

Katanya, selain tidak mampu menguruskan diri sendiri, Fatin juga sering mengadu takut tidak kira apa-apa keadaan sekalipun. Anaknya itu akan berasa ketakutan lebih-lebih lagi melihat orang yang tidak dikenali.

“Fatin juga akan menangis meraung-raung jika dia terdengar bunyi suara yang tinggi dan mudah mengikut sesiapa sahaja yang mengajaknya,” katanya yang memberitahu Fatin pernah mengikut empat lelaki tidak dikenali dalam sebuah kereta, tetapi bernasib baik kejadian disedari bapa saudara yang kemudian membawanya pulang.

Catu wang, makan mee segera

Berbeza dengan Mohd Khairi atau panggilan manja Pok Long yang lebih suka merayau-rayau serta makan dalam kuantiti yang banyak.

“Pak Long suka makan mee segera. Pernah satu ketika rambutnya gugur menyebabkan saya berhenti memberinya makan mee segera, tetapi saya pun tidak ada pilihan lain kerana kami perlu berjimat,” katanya.

Menurutnya, sebelum keluar dari rumah, anak sulungnya itu akan meminta wang dan dia akan menghulurkan RM1 atau RM2, tetapi kalau tidak ada wang saya akan bagi tahu dia.

“Macam mana nak bagi pada dia sedangkan saya sendiri tidak bekerja. Harapkan anak kedua yang bekerja sebagai pembantu kantin dengan gaji RM500 untuk membantu kami. Jika mempunyai duit lebih, dia akan meninggalkan RM10 untuk dikongsi kami berenam.

“Duit itu yang kami akan beli makanan selainnya keperluan seperti lampin pakai buang akan dapat daripada adik-beradik Fatimah atau adik-beradik saya sendiri yang bergilir-gilir membantu kami. Ada kala mereka juga tidak sempat untuk membantu kerana masing-masing mempunyai keluarga sendiri,” katanya yang memerlukan RM210 sebulan untuk membeli lampin pakai buang.

Fatimah dan dua anak OKU itu turut menerima masing-masing RM150 bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan digunakan untuk membayar sewa rumah RM200 di Flat Buluh Kubu, di sini, serta selebihnya bagi menjelaskan bayaran elektrik dan air.

“Duit untuk dua lagi anak saya yang bersekolah di tingkatan satu dan tahun tiga pula diperoleh daripada ihsan saudara mara mereka. Setiap hari, dua anak saya itu akan menerima RM1 daripada setiap bapa saudara mereka, dapatlah RM4 masing-masing untuk dibawa ke sekolah,” katanya.

Bantuan boleh disalurkan ke akaun anak bongsu mereka, Fatin Nabila Basri: 03010-41-00010074-6 (Bank Islam) atau hubungi Basri di talian 017-9221665 atauSinar Harian.

SUMBER : SINARHARIAN.COM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s