Peranan universiti majukan pondok.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Peranan universiti majukan pondok.

DR MASHITAH IBRAHIM

PELAJAR lulusan pondok berpeluang melanjutkan pendidikan peringkat Diploma Pengajian Islam di Universiti Pendidikan Sultan Idris mulai tahun 2016 andainya universiti itu mendapat kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan persetujuan Jabatan Agama Islam Perak berkaitan konsep wakaf. Menurut Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa, Upsi juga berminat untuk bekerjasama dengan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) bagi melaksanakan program ini.
Bagi pihak YPPM, saya boleh memberi jaminan kita terbuka untuk bekerjasama dengan Upsi bagi menjayakan program yang julung kali diadakan ini.
Program ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada lepasan pondok dalam bentuk sijil dan diploma setelah tamat pengajian antara dua hingga tiga tahun. Bilangan pelajar yang diambil nanti bergantung kepada kemudahan dan prasarana yang disediakan. Program ini juga akan dibuka kepada guru yang sudah tamat perkhidmatan atau pesara bagi mendapat ilmu sebagai pembelajaran sepanjang hayat. Mengikut perancangan awal, tenaga pengajar yang bakal mengajar terdiri daripada guru dan lulusan doktor falsafah dalam bidang pengajian Islam Upsi serta tokoh guru agama kawasan sekitar.
Langkah Upsi ini sangat dialu-alukan kerana bakal membuka lembaran baru dalam pembangunan pengajian pondok di Malaysia.
Selain Upsi, ada beberapa universiti lain yang merancang untuk memperkasa pengajian pondok. Senat Universiti Insaniah di Kedah, misalnya, telah meluluskan penubuhan Pusat Kajian Pondok, dengan sokongan kerajaan negeri. Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) juga dalam rangka kertas kerja sebagai lanjutan perbincangan yang diadakan dengan YPPM awal tahun ini. Sekumpulan penyelidik Universiti Utara Malaysia (UUM) baru selesai satu projek kajian membabitkan 48 buah pondok di Kedah yang dibiayai YPPM dan Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDeC).
Minggu lalu, perbincangan diadakan antara Lembaga Pengarah YPPM dengan Majlis Dekan-Dekan Pengajian Islam IPTA yang diwakili oleh pengerusinya Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, khususnya mengenai kajian semula kurikulum pendidikan Islam di Malaysia membabitkan semua peringkat, termasuk pengajian pondok. Difahamkan kertas cadangan sudah di peringkat akhir dan akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan. Seperti yang terkandung dalam Perancangan Strategik YPPM 2012-2016, satu kajian membabitkan pondok seluruh negara akan diadakan tahun hadapan dan dibukukan dalam sebuah direktori, yakni satu projek perintis YPPM yang dimulakan dua tahun lalu.
Minat dan pembabitan institusi pengajian tinggi dalam usaha memaju dan memperkasa pengajian pondok membuktikan bahawa sistem pendidikan tradisional ini mempunyai peranan yang penting dan sumbangan besar kepada kemajuan negara dan pembangunan modal insan yang berkualiti. Fokus mesti diberi kepada usaha memastikan lulusan pondok juga mempunyai masa depan dan peluang setanding dengan lulusan kolej atau
universiti, selain memberi pengiktirafan sewajarnya kepada ulama dan guru pondok yang memiliki ilmu agama yang tinggi.
Kerana itu, di YPPM sendiri, Lembaga Mustasyarnya dianggotai tokoh akademik dan tokoh agama berwibawa. Manakala gabungan atau kerjasama universiti-pondok di negara kita adalah suatu prospek yang menguja dan memberangsangkan, ia sudah lama diteroka di negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura. Di Jawa Timur misalnya, sebuah pondok yang ditubuhkan 90 tahun lalu di Gontor sudah berkembang begitu maju dan akan menjadi sebuah IPT dipanggil Universiti Darussalam mulai 2015. Bilangan pelajar berjumlah lebih 20,000, termasuk sekitar 200 dari Malaysia. Di Singapura, pengajian pondok dan sekolah agama meliputi mata pelajaran yang diambil oleh pelajar sekolah biasa, justeru lulusan pondok dan sekolah agama boleh memohon masuk ke universiti kerajaan, tanpa perlu menduduki ujian tambahan.
Peruntukan RM25 juta untuk sekolah pondok yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Belanjawan 2015 bulan lalu, adalah sesuatu yang cukup menggembirakan YPPM dan semua warga pondok. Kita bersyukur dan berterima
kasih atas keprihatinan kerajaan khususnya Perdana Menteri meluluskan peruntukan yang cukup bermakna ini. Kita berharap pengagihannya nanti sampai ke sasaran dan dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh semua penerima.
Namun, oleh kerana proses dan kaedah pengagihan masih belum begitu jelas, saya akan mengetuai satu delegasi YPPM berjumpa Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu ini untuk mengadakan perbincangan dan mendapat gambaran tepat.
* Datuk Dr Mashitah Ibrahim ialah Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM)
sumber : sinarharian.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s