Menantu vs Mertua.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Menantu vs Mertua.

BENARKAH menantu perempuan tidak ngam atau kurang serasi dengan ibu mertua? Jika begitu bagaimana pula si menantu lelaki yang sangat rapat dengan bapa mertuanya.

Di luar sana, segelintir anak menantu perempuan bercerita mengenai situasi ini. Dan mungkin juga ibu mertuanya bersikap sama.

Bukankah hadis di atas menerangkan mertua itu haknya sama seperti ibu bapa kita. Betapa kelas tinggi layanan kita kepada ibu bapa begitu jugalah sopan santunnya melayan mertua.

Ada yang mengatakan “dia bukan ibu dan bapa kandung saya.” Benar! Tetapi hak mereka sama dan kita mesti berlaku adil, walaupun mereka hanya ibu bapa angkat, ibu bapa susuan, dan ibu bapa mertua.

Reda dengan teguran

Perkataan ibu bapa adalah satu nama yang agung dan besar maknanya bagi insan bergelar anak. Apabila perkataan ibu bapa diungkapkan, terlihat seribu satu kepayahan dan keperitan terselindung dalam hati mereka, namun terhias di wajah adalah senyuman tanda kegembiraan dan kepuasan.

Mereka menyembunyikan segala kedukaan dan kesukaran dalam memberikan kehidupan bermakna kepada setiap anak.

ALLAH SWT berfirman: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (daripada awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah juga tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: 14)

Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Siti Fatahiyah Mahamood merungkai makna ibu bapa dengan menjelaskan Islam meletakkan martabat yang tinggi dalam penghormatan kepada ibu bapa termasuk mertua.

“Sebagai pasangan suami isteri yang mengaku beriman wajib mentaati mertua sama seperti mereka mentaati ibu bapa sendiri.

Semua ini perlu dilakukan sedari lelaki atau perempuan berkenaan memilih pasangan, harus diambil berat juga berkaitan hal keluarga pasangan agar kehidupan yang dibina setelah berumah tangga menjadi lebih harmoni apabila kedua belah keluarga disatukan setelah ikatan perkahwinan dijalinkan.

“Restu ibu bapa kedua belah pihak perlu diambil kira apabila urusan perbincangan perkahwinan dijalankan.

Penghormatan kepada ibu bapa kedua-dua pasangan perlu dipupuk di peringkat lebih awal agar kehidupan seterusnya tidak menimbulkan masalah,” katanya kepada Rehal.

Menurutnya, apabila kita menganggap mentua seperti ibu bapa sendiri sejak awal lagi, sudah pasti kita menerima segala teguran dan kasih sayang dengan penuh reda tanpa sebarang reaksi negatif atau prejudis kepada mertua.

Sayang suami @ ibu bapa?

Beliau yang juga perunding motivasi ini turut mengupas persoalan semasa dan rintihan yang sering didengari apabila anak perempuan mendirikan rumah tangga, fokus penghormatannya adalah kepada suaminya bukan kepada ibu bapanya.

“Bagi menambahkan keharmonian rumah tangga yang dibina, seharusnya persoalan tersebut perlu ditukarkan dengan mengolah apabila seorang anak perempuan mendirikan rumah tangga, fokusnya turut berubah.

Penghormatannya kepada ibu bapanya berpindah kepada tanggungjawab suaminya. Suami wajib menghormati ibu bapa sendiri termasuk ibu bapa mertua.

“Kekasih ALLAH, Rasulullah SAW pernah bersabda, selepas ALLAH dan Baginda SAW, makhluk lain yang perlu dimuliakan ialah ibu dan seterusnya barulah bapa. Apabila berkahwin, Islam menyuruh kita melayan ibu dan ayah mertua sama seperti melayan ibu bapa sendiri,” katanya.

Langsung tiada kompromi dalam hal ini. Ini bermakna jika kita gagal melakukannya, kita berdosa. Jadi fahami dan didik diri, apabila marahkan ibu mertua, sudah pasti berdosalah akibatnya.

Dosanya adalah sama seperti marah atau menderhaka kepada ibu sendiri. Tanamlah kata-kata ini dalam minda yang waras.

sumber : sinarharian.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s