Islam bukan agama teroris.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Islam bukan agama teroris.

CIKGU SIDEK BABA

LABEL-LABEL seperti fundamentalis, ekstremis dan teroris sering dikaitkan dengan Islam. Islam sebagai suatu agama tidak mengajar pengikutnya sedemikian.

Mungkin ada orang-orang Islam yang menyeleweng kerana sebab-sebab tertentu seperti salah faham terhadap agama, aliran fahaman yang berbagai, malah tekanan yang mereka terima daripada pihak-pihak Barat.

Islam itu sendiri membawa maksud sejahtera (salama). Kebangkitan Islam sedang terjadi dilihat oleh Barat sebagai sesuatu yang negatif. Ia dilihat sebagai tidak selari dengan cara hidup Barat itu sendiri.

Siri penjajahan di negara-negara umat Islam berhasrat menjadikan mereka berfikir cara Barat dan mengikut budaya Barat. Sebab itu selepas kemerdekaan terjadi ramai dalam kalangan umat Islam yang berpendidikan Barat menganggap menjadi Barat ialah lambang maju dan moden.

Memang ada manfaat berbanding yang boleh didapati di Barat tetapi asas pemikiran dan budaya Islam tidak sedemikian. Islam menerima kemajuan sains dan teknologi tetapi tidak menerima nilai budaya yang bercanggah.

Pertentangan yang berlaku sejak zaman Salibiyyah lagi membawa tekad Barat untuk menjadikan umat Islam seperti mereka dalam anutan agama dan budaya. Umat Islam bersikap selektif terhadap yang baik dengan buruk. Ramai dalam kalangan umat Islam belajar pelbagai bidang ilmu di Barat tetapi tidak semestinya menjadi Barat.

Barat tahu suatu ketika tamadun berada di pihak Islam mendahului Barat. Barat mengalami proses pencerahan akibat ilmu sains dan teknologi yang diambil dari tamadun Islam. Tidak mustahil umat Islam bakal bangun semula dengan kekuatan ini kerana umat Islam bersikap terbuka untuk belajar manfaat berbanding dari Barat dan Timur.

Ia ditambah dengan jumlah umat Islam melepasi 1.6 bilion dengan sumber hasil bumi yang banyak. Sekiranya sistem pendidikan Islam kembali menghasilkan manusia yang integratif dan menyantuni sains dan teknologi, umat Islam bakal bangkit semula kerana selama ini umat Islam berada di bawah eksploitasi Barat.

Membina imej teroris atau pengganas terhadap Islam adalah suatu strategi supaya orang Barat menjauhkan diri dari Islam. Sebagai agama fitrah yang sifatnya alamiah kecenderungan orang Barat mendekati Islam semakin bertambah. Peristiwa 9/11 yang berlaku di Amerika
Syarikat umpamanya digambarkan sebagai perbuatan orang-orang Islam untuk menimbulkan kebencian Barat terhadap agama itu.

Ternyata apa yang berlaku di sebaliknya. Minat orang Amerika terhadap al-Quran dan Islam semakin bertambah. Gerakan Taliban dan al-Kaedah dikaitkan dengan Islam sedangkan ketidakadilan yang terjadi terhadap negara-negara Islam tidak dijadikan faktor menyebabkan hal-hal tersebut berlaku. Suatu ketika Iraq diserang kerana terdapat senjata pemusnah di sana.

Ia memberikan reaksi ofensif sesetengah pihak sehingga berlaku pertempuran dan pihak yang menentang dianggap sebagai militan dan teroris juga. Akibat perbuatan adu domba
Barat itu sehingga ini kini Iraq terus bergolak.

Apa yang berlaku di Palestin amat jelas. Perjanjian Balfour yang diwujudkan oleh British pada tahun 1948 adalah strategi adu domba mewujudkan negara Israel yang akhirnya meminggirkan orang-orang Palestin. Bila orang-orang Palestin bangkit mempertahankan diri, mereka dianggap sebagai teroris.

Bangsa-bangsa Bersatu telah sekian lama digunakan untuk melakukan justifikasi terhadap tindakan kuasa-kuasa besar terhadap kuasa-kuasa kecil. Ia tentunya menyebabkan kuasa-kuasa kecil tidak puas hati.

Bila berlaku kebangkitan dalam kalangan umat Islam, mereka dilabel sebagai teroris dan militan. Barat dan kuasa-kuasa besar harus menginsafi bahawa tidak selamanya dunia dan Barat boleh dibohongi dengan label-label negatif yang diberi.

Tidak mustahil perkembangan Islam yang semakin pesat boleh membawa perubahan kepada dunia Barat. Takdir dan perubahan zaman memang sifatnya sedemikian.

sumber : sinarharian.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s