Tips untuk menjimatkan bil elektrik.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Tips untuk menjimatkan bil elektrik.

Macam mana nak menjimatkan elektrik? Sekarang nie heboh sangat pasal kos sara hidup yang meningkat. Bermula dengan penarikan subsidi minyak oleh kerajaan Barisan Nasional, diikuti pula dengan kenaikkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad dan yang terbaru adalah kenaikan kadar tol lebuhraya. Turut terdengar tambang LRT turut akan naik disebabkan peningkatan kos. Kenaikkan kos sara akan lebih perit terasa oleh golongan yang berpendapatan rendah yang berkerja atau menetap di Lembah Klang.

Gambar ehsan zal-eyra.

Dalam entry nie, teman nak kongsikan tips untuk menjimatkan pengunaan elektrik di rumah kome tu. Sekurang-kurangnya dapat juga mengurangkan bil elektrik kome tu. Bila bil elektrik dah kurang, teman harapkan pendapatan TNB pun susut. Boleh ker?
Item pertama yang perlu kome ambil berat sikit ialah peti sejuk. Peti sejuk confirm lah akan dihidupkan 24 jam sehari kan. Tak gitu. Kome amalkan macam kat bawah nie;
  • Simpan stok barang dalam peti sejuk sehingga 2/3 penuh. Jangan melebihi had muatan yang dibenarkan.
  • Tutup bekas bahan bercecair dan bungkus makanan yang disimpan dalam peti sejuk.
  • Jangan selalu membuka pintu peti sejuk kerana 30 peratus udara sejuk akan keluar setiap kali pintu dibuka.
  • Jika perlu, elok anda menukarkan peti sejuk jenis model lama atau sudah menjangkau usia lebih daripada 10 tahun. Ambil peti sejuk yang mengunakan teknologi inverter. Pengunaan teknologi inverter dapat menjimat pengunaan elektrik.
  • Periksa jalur magnet pada pintu peti sejuk. Letakkan duit kertas RM1 dan tutup pintu sejuk. Jika duit kertas tersebut boleh ditarik keluar, maka jalur magnet tersebut perlu ditukar.
  • Jika ketebalan fros dalam peti sejuk sebanyak 6mm, eloklah anda lakukan penyahbekuan. Ada lagi ker peti sejuk yang ada fros nie? Teman agak, kebanyakkan peti sejuk baru semuanya dah guna teknologi canggih. Tak ada fros lagi dah kan.
  • Elakkan daripada menyimpan makanan yang panas atau suam.
  • Letakkan peti sejuk jauh daripada bahan atau tempat yang panas. Letakkan pada jarak 15cm daripada dinding untuk mewujudkan aliran pengudaraan yang baik.
  • Jika anda akan bercuti panjang di tempat lain, kosongkan peti sejuk, tutup suis dan biarkan pintu peti sejuk terbuka.
Item kedua ialah air cond. Air cond juga mengunakan elektrik yang agak tinggi. Macam mana nak jimatkan bil elektrik kome tu. Senang jer, ikuti tips dibawah nie;
  • Kurangkan bil elektrik pendingin hawa yang tinggi dengan menggunakan kipas. Tak payah nak guna air cond tu.
  • Kalau nak guna air cond jugak, tetapkan suhu pendingin hawa kepada 23-26ºC. Teman kat rumah air cond teman dah set 19ºC. Aisar kata, bilik papa ada salji :d
  • Letakkan pelindung pada pendingin hawa kerana ia akan menjimatkan 10 peratus bekalan elektrik berbanding dengan pendingin hawa yang terdedah kepada cahaya matahari. Kalau ada tingkap tu, pasang lah langsir yang tebal. Bagi bilik tu gelap sedikit.
  • Tetapkan kipas pada pendingin udara anda kepada “ON” daripada menggunakan “AUTO” kerana aliran pengudaraan yang stabil akan membantu menstabilkan suhu bilik dan menjimatkan tenaga.
  • Beli pendingin hawa yang sesuai saiznya kerana ia akan membantu mengelakkan pembaziran tenaga. Bukannya saiz air cond yang besar atau kecil, tapi kuasa kuda nya atau pun horse power. Kalau bilik kecil, 1 horse power sudah memadai. Tapi kalau nak bersalji lagi, ambil lah 4 horse power. Tapi bil air kome tu macam air lah laju.
  • Tukar air cond baru jer. Ambil yang mengunakan teknologi inverter.
Item ketiga ialah mesin basuh. Mesti ramai mengunakan mesin basuh dirumahkan. Ok, tip untuk mengurangkan bil elektrik melalui pengunaan mesin basuh teman kongsikan kat bawah nie;
  • Jika kome kerap menggunakan mesin basuh, dicadangkan supaya kome membeli mesin basuh jenis muatan hadapan. Mungkin mesin basuh jenis ini agak mahal sedikit berbanding mesin basuh muatan atas. Tetapi untuk jangka panjang, mesin basuh muatan hadapan lebih tahan lama jika dibandingkan mesin basuh muatan atas.
  • Isi penuh mesin basuh dengan pakaian bagi setiap cucian. Basuh mengunakan mesin apa pakaian yang hendak dibasuh itu banyak. Kalau sikit-sikit tu, basuh dengan tangan jer.
Item keempat ialah komputer dan alatan internet. Macam mana nak buat? Follow jer tip yang teman kongsikan nie;
  • Guna je laptop atau pun komputer yang mempunyai skrin leper atau flat screen.
  • Elakkan penggunaan ‘screen saver’ dan matikan suis monitor jika tidak digunakan.
  • Jika tidak diguna, modem wifi tu hendaklah ditutup. Sekurang-kurangnya dapat juga menjimat pengunaan elektrik.
  • Kalau dah terlampau berkira sangat, laptop tu hendak lah di cas penuh di office.
Item kelima pula berkenaan pengunaan seterika. Macam mana nak jimat elektrik melalui seterika? OK, tipsnya macam nie…
  • Setiap kali menggosok pakaian, hendaklah dalam jumlah yang banyak. Ini kerana, setiap kali seterika yang sejuk hendak di panas, ia akan mengunakan banyak tenaga elektrik.
  • Tinggalkan pakaian yang mudah untuk digosok akhir sekali kerana pakaian ini boleh digosok dengan menggunakan haba yang sedia ada apabila suis seterika telah dimatikan.
Gambar ehsan blogger paapaada.
Item keenam dan terakhir pula adalah berkenaan pencahayaan. Bagaimana kome boleh jimat elektrik melalui pencahayaan. Ikutilah tips terakhir yang teman kongsikan dibawah nie;
  • Matikan suis lampu dan kipas jika tiada sesiapa di dalam bilik.
  • Bertukar kepada mentol lampu jenis fluorosen atau LED untuk pencahayaan dalaman dan luaran. Klik disiniuntuk membaca mengenai LED.
  • Gunakan tenaga matahari untuk pencahayaan pada waktu siang. Di waktu siang, tidak perlulah untuk mengunakan lampu.
  • Pertimbangkan pengunaan cat berwarna cerah untuk bilik kerana ia membalikkan cahaya dengan baik.

SUMBER : http://apakehei.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s