Mengapa Perlu Jadi Menarik?

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Mengapa Perlu Jadi Menarik?

Mengapa Perlu Jadi Menarik?

Oleh:

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Muhammad Syakir M. F.

Daya tarikan sememangnya ada dalam diri setiap individu. Kerana itu Allah dengan sifatNya yang maha adil dan pemurah telah menetapkan kehebatan yang berbeza bagi kita semua. Tambahan itu, ayat popular daripada ayat ke-4 Surah at-Tin yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami menjadikan manusia itu dengan sebaik kejadian.” Akan tetapi, dalam kesibukan kita dalam menangani isu di sekolah/university/kolej/pejabat, antara keluarga serta masyarakat, kita kadangkala terlupa yang kita ini mempunya daya tarikan yang unik.

dsc_7342.jpg

Apakah kepentingan daya tarikan ini? Ada lebih ribuan jawapan kepada persoalan ini.

Ada yang mahu jadi menarik kerana beranggapan yang diri mereka tidak menarik daripada segi rupa dan perawakan. Mereka mahu memperkukuhkan daya tarikan pada diri kerana mahukan kawan dan penghormatan. Mereka mahu disanjungi oleh rakan-rakan dan masyarakat setempat dengan menempah nama melalui pelbagai aspek yang boleh menarik perhatian. Tidak kurang juga yang mahu menggunakan daya tarikan tersendiri untuk memenangi hati gadis atau jejaka idaman. Seterusnya daya tarikan seperti karisma juga amat penting dalam kenaikan pangkat di tempat kerja dan sebagai ahli politik, daya tarikan adalah antara senjata utama dalam memenangi hati pengundi. Bagi usahawan pula, mereka adalah wajah kepada perniagaan mereka. Seraya itu, usahawan yang menarik lebih mudah untuk membina jaringan atau network dengan pengedar, pengusaha lain yang boleh melakukan kerjasama, serta yang paling utama, para pelanggan. Pasangan suami isteri juga perlu sentiasa peka terhadap keterampilan serta daya tarikan diri kerana dari segi psikologi, perempuan suka akan kecantikan pada diri sendiri manakala lelaki pula gemar melihat perempuan yang cantik (ini memang tidak dinafikan).

Berbalik kepada soalan kita tadi. Mengapa Perlu Jadi Menarik?Berdasarkan perbincangan di atas, berikut merupakan antara manfaat-manfaat seseorang individu akan dapat dengan menyerlahkan daya tarikan yang sedia ada pada dirinya: –

  1. Keyakinan diri
  2. Kemantapan hubungan sosial
  3. Kunci kepada memenangi hati pasangan idaman.
  4. Kemantapan hubungan di pejabat
  5. Mengukuhkan pengikut atau “fan base”
  6. Memudahkan “networking” serta mengukuhkan “supply-chain” bagi usahawan.
  7. Menambat hati pasangan.

Orang yang menarik ialah mereka yang yakin dengan kebolehan sendiri. Kebolehan dan keistemewaan ini amat luas definisinya. Ada yang menarik kerana rupanya yang kacak atau jelita serta susuk tubuh yang menawan. Tidak kurang juga yang menarik kerana bijak berjenaka dan peramah. Ada yang punya suara merdu serta memukau. Mereka yang berbakat dalam lakonan dan persembahan (showmanship) juga mempunyai ramai ikutan. Dalam erti kata lain, setiap seorang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Bagi mereka yang kurang mempunyai keyakinan kerana beranggapan mereka tidak menarik, apa yang mereka perlukan ialah motivasi untuk mencungkil bakat serta keistimewaan mereka yang mungkin terpendam disebabkan persepsi masyakarat yang pelbagai. Ada individu yang memang mudah menonjolkan daya tarikan tetapi ada juga yang perlu lebih usaha untuk mencapai perkara yang sama. Allah itu maha adil dan bijaksana di mana hamba-Nya diuji dengan cara yang berlainan.

Akhir kata, kita perlu ingat bahawasanya kita ini menarik. Jika kita belum mendapat apa yang kita diidamkan walau dengan daya tarikan yang sedia ada, ini bermakna Allah mahu menguji kita dan meningkatkan daya kreativiti kita dalam usaha mencapai kejayaan. Wallahualam.

(Artikel ini digarap daripada buku “Tip Menjadi Individu Menarik” yang ditulis oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar. Kini berada di pasaran)

sumber : http://www.fadzilahkamsah.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s