Kaji semula pindaan caruman KWSP.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Kaji semula pindaan caruman KWSP.

Azih Muda

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menaikkan kadar caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh majikan dan pekerja kepada kadar lebih relevan.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, kenaikan itu dilihat sejajar dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat kini.

Menurutnya, kadar caruman sebanyak 13 peratus oleh majikan dan 11 peratus kepada pekerja yang dikenakan kini tidak lagi dapat menampung keperluan sesudah bersara nanti.

“Ia sebagai jaminan pekerja mempunyai simpanan secukupnya untuk menampung kehidupan selepas bersara.

“Apabila jumlah caruman lebih banyak, pelbagai urusan boleh pencarum lakukan termasuk membuat pelaburan, membeli aset rumah dan sebagainya,” katanya, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau tidak menyokong cadangan kerajaan untuk meminda caruman simpanan pekerja KWSP daripada umur 55 tahun kepada umur 60 tahun baru boleh mengeluarkan simpanan itu.

“Tetapi perlu tahu sebahagian pekerja di Malaysia ini semua tidak kira di peringkat mana, mengharapkan simpanan tersebut boleh digunakan untuk pelbagai perkara termasuk membeli rumah atau keperluan kehidupan lain dengan segera,” katanya.

Justeru katanya, Cuepacs mencadangkan kerajaan memperkenalkan pilihan kepada pencarum KWSP untuk mengeluarkan simpanan mereka.

SUMBER : SINARHARIAN.COM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s