Warga asing tak dibenar pandu kenderaan komersial.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Warga asing tak dibenar pandu kenderaan komersial.

  Datuk Seri Liow Tiong Lai

BENTONG – Kerajaan tidak pernah meluluskan lesen memandu kenderaan perdagangan kepada warga asing dan menjadi kesalahan kepada warga asing yang didapati memandu kenderaan komersial.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap warga asing dan juga pihak terbabit yang menggaji pekerja asing untuk memandu kenderaan komersial.

Menurutnya, tidak ada lagi kelulusan untuk pemandu asing memandu kenderaan komersial sama ada lori atau bas meskipun ramai yang memohon tetapi tidak ada lagi kelulusan.

“Jadi tidak ada lesen tidak boleh bawa kenderaan komersial dan kalau tidak ada kelulusan memang langgar akta seterusnya tindakan akan diambil terhadap mereka,” katanya selepas Majlis Graduasi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Khai Mun di Dewan Perhimpunan Cina, di sini.

Sebelum ini, media melaporkan masih terdapat warga asing yang tidak gentar dengan pelbagai operasi dilakukan pihak berkuasa apabila masih terus memandu kenderaan perdagangan.

Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), R Ramakrisnan berkata, kebiasaannya lebih ramai pemandu warga asing ini akan bekerja pada waktu malam iaitu dari jam 8 hingga 9 malam bagi menghantar pelbagai barangan termasuk gas memasak dan sebagainya.

Menurutnya, selain tidak mempunyai lesen memandu kenderaan barang (GDL), pelbagai kesalahan peraturan lalu-lintas turut dilakukan termasuk ketiadaan lesen cukai jalan dan tiada kelulusan pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Berkomputer Sdn Bhd (Puspakom).

Tiong Lai berkata, pihak kementerian memandang serius perkara itu yang jelas melanggar undang-undang negara seterusnya pihak terbabit khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan akan melakukan tindakan sewajarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak berkuasa terbabit perlu melakukan siasatan menyeluruh dalam usaha membanteras pendatang asing tanpa izin (Pati) di Cameron Highlands.

Katanya, pihak berkuasa perlu mengikut standard operasi yang ditetapkan dengan hanya menahan pekerja yang tidak mempunyai permit bagi memastikan ia tidak menjejaskan industri pertanian di tanah tinggi itu.

SUMBER : SINARHARIAN.COM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s