Polis tahan lelaki bakar al-Quran di Kedah.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Polis tahan lelaki bakar al-Quran di Kedah.

pdrm

ALOR SETAR – Polis menahan seorang lelaki berhubung penemuan beberapa cebisan helaian al-Quran dipercayai dibakar di dalam tong di sebuah medan selera berhampiran sebuah pasar di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof berkata, lelaki itu ditahan di sebuah pasar raya di Mergong di sini, kira-kira 3 petang tadi.

Katanya lelaki itu, yang belum diketahui maklumat dirinya, akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan.

“Mengikut keterangan peniaga-peniaga di pasar itu, lelaki berkenaan sentiasa dilihat berkeliaran di kawasan pasar dan sentiasa membakar kertas-kertas di tempat pembakaran terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beberapa cebisan al-Quran dibakar itu ditemui oleh seorang peniaga setelah dimaklumkan individu lain, lalu beliau melaporkan perkara itu kepada pihak polis dan Jabatan Agama Islam Negeri.

Pada sidang media petang tadi, Zakaria berkata, pihaknya mengesyaki orang yang melakukan perkara itu mengalami masalah mental. –  Bernama
SUMBER : SINARHARIAN.COM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s