Banjir Terengganu makin buruk, 4,813 dipindahkan.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Banjir Terengganu makin buruk, 4,813 dipindahkan.

Anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) memindahkan penduduk Taman Murni Permai, Tok Jembal selepas kawasan itu dilanda banjir di Kuala Nerus, hari ini.  - Foto Bernama

KUALA TERENGGANU – Banjir di Terengganu bertambah buruk malam ini apabila 4,813 orang dipindahkan berbanding 3,863 orang petang tadi.

Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Roslina Ngah dalam kenyataannya berkata sehingga 9 malam ini, dua lagi pusat pemindahan banjir dibuka masing-masing di daerah Setiu dan Besut menjadikan jumlah keseluruhan pusat pemindahan yang dibuka kini ialah 38 buah.

“Di daerah Setiu, pusat pemindahan yang baru dibuka ialah Balai Raya Kampung Jelapang yang menempatkan 16 mangsa dari lima keluarga.

“Di Besut pula, pusat pemindahan yang baru dibuka ialah Surau Kampung Pengkalan Kubur yang melibatkan 43 mangsa dari 14 keluarga,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat banjir di negeri ini dengan menghubungi bilik gerakan bencana negeri di talian 09-6316021 atau melayari laman web etindakan.terengganu.gov.my. – Bernama

SUMBER : SINARHARIAN.COM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s