Polis serius tangani jenayah warga asing.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Polis serius tangani jenayah warga asing.

Wan Junaidi Tuanku Jaafar

KUALA LUMPUR – Polis sentiasa memberi perhatian serius terhadap kegiatan jenayah melibatkan warga asing sama ada datang untuk melancong, belajar atau bekerja.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, seramai 14,143 warga asing telah  ditangkap sehingga September tahun ini daripada 97,333 kes jenayah indeks yang melibatkan golongan itu.

Sementara 925 warga asing ditangkap sehingga Oktober 2014 bagi kesalahan jenayah komersial.

Manakala, seramai 4,930 warga asing lagi ditangkap bagi kesalahan pengedaran dan penyeludupan dadah sehingga Oktober 2014.

“Selain jenayah indeks, kehadiran warga asing juga menyumbang kepada kadar jenayah komersial. Aktiviti mereka berlaku secara bersiri dan sindiket dengan menjadikan rakyat di negara ini sebagai mangsa.

“Mereka telah mewujudkan rangkaian sindiket penipuan dengan menggunakan komputer dan internet sebagai alat utama. Warga asing ini juga menjadikan kaum wanita sebagai rakan penipuan untuk bawa hasil ke negara asal melalui kemudahan sistem perbankan elektronik di negara ini,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) di sesi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang bertanyakan adakah penjenayah warga asing boleh dihantar pulang ke negara asal, Wan Junaidi berkata, ia tertakluk kepada ciri jenayah yang dilakukan.

“Jenayah yang dilakukan mestilah sama dengan jenayah yang dilakukan si negara asal. Baru mereka boleh dihantar pulang dan ada banyak ciri yang lain,” katanya.

Mengenai pertukaran banduan warga asing untuk menghabiskan sisa hukuman penjara di negara asal, beliau berkata, rang undang-undang mengenainya akan dibentangkan di Dewan Rakyat, 26 November ini.

“Sekiranya rang undang-undang penjara ini dipersetujui, kita akan laksanakan dan senaraikan negara lain yang ada undang-undang sama.

“Namun, setakat yang saya tahu di Asia Tenggara hanya ada satu atau dua negara yang tiada undang-undang itu,” katanya.

SUMBER : SINARHARIAN.COM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s