Kesilapan ejaan buka pintu rezeki.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Kesilapan ejaan buka pintu rezeki.

Zulkepli (kiri) dan Ramli menunjukkan kuda padi yang digunakan bagi sesi fotografi.PARIT BUNTAR – Perkataan pornografi yang disalah eja dalam satu post disiarkan dalam laman sosial Facebook bagi tujuan pengiklanan dan pernah menjadi viral kini bertukar menjadi punca rezeki buat seorang jurugambar sambilan.

Zulkepli Yusop, 40, atau lebih dikenali Toksyu Zul berkata, kesilapan menaip perkataan photografi kepada pornografi dalam satu post iklan sepasang pengantin menaiki seekor kuda menyebabkan dirinya menerima pelbagai tohmahan.

Menurutnya, pada mulanya, dia menyangka kesilapan itu akan menjejaskan perniagaan perkhidmatan fotografi bersama kuda yang diusahakan bersama seorang rakan.

“Namun, setelah saya membuat penjelasan atas kesilapan ejaan melalui media, saya bukan sahaja menerima reaksi positif orang ramai, malah ramai dalam kalangan pengguna laman sosial yang berminat untuk mencuba perkhidmatan fotografi yang ditawarkan.

“Bagi saya, fenomena viral itu memberi hikmah kepada perniagaan saya untuk terus maju malah saya bersyukur kerana ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sentiasa memberi dorongan,” katanya sewaktu ditemui media di sini.

Zulkepli yang turut mengusahakan kedai gunting rambut berkata, dia yang berjinak-jinak dalam dunia fotografi sejak lima tahun lalu mula mempromosikan pakej bergambar bersama kuda padi bermula pada Mac lalu.

Jelasnya, kini perniagaannya semakin maju malah dia turut menerima permintaan daripada pelanggan dari utara semenanjung.

“Pakej bergambar bersama kuda diwujudkan untuk memberi kelainan dalam dunia fotografi terutama pada pasangan pengantin.

“Pada masa sama, saya dapat membantu mempromosi perniagaan rakan saya iaitu Jamil Omar 29, yang mempunyai seekor kuda padi dibela sejak setahun lalu,” katanya.

SUMBER : SINARHARIAN.COM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s