Cadbury tidak berkompromi soal halal.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Cadbury tidak berkompromi soal halal.

Cadbury

SHAH ALAM – Cadbury Malaysia tidak pernah berkompromi dengan integriti pada status halal produk coklat keluarannya.

Ketua Hal Ehwal Korporat dan Kerajaannya, Raja Zalina Raja Safran berkata, pihaknya sangat memahami dan menghormati kepentingan halal itu kepada budaya dan agama rakyat di negara ini.

“Kami percaya pengguna Malaysia berhak mendapat lebih baik. Mereka berhak kepada kejujuran tentang ramuan dalam produk makanan kami.

“Kami akan mengambil tindakan keras terhadap mana-mana individu atau organisasi yang menyebarkan maklumat yang salah tentang produk kami dan tidak menghormati sensitiviti berjuta-juta rakyat Malaysia yang suka jenama kami,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata lagi, bagi mengelakkan kesilapan itu berulang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah membangunkan prosedur operasi standard (SOP) sejajar dengan agensi-agensi kerajaan yang lain termasuk Kementerian Kesihatan.

“Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan yang berkaitan dengan isu halal, semua pihak digesa untuk merujuk kepada laman web rasmi JAKIM http://www.islam.gov.my atau laman web Bahagian Hab Halal di http://www.halal.gov.my dan tidak merujuk kepada mana-mana sumber yang tidak sah,” katanya lagi.

SUMBER : SINARHARIAN.COM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s