Bagaimana Memproses Petroleum.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Bagaimana Memproses Petroleum.

Pernah tak anda terfikir dari mana datangnya gas yang kita gunakan untuk memasak, atau petrol yang kita gunakan untuk kenderaan kita? Tahukah anda bahan api yang digunakan oleh kapal terbang adalah kerosin ataupun dalam bahasa yang biasa minyak tanah? Tahukah juga anda bahawa bitumen atau tar yang digunakan untuk membuat jalan itu melalui proses yang sama dalam menghasilkan lilin…?

Ha aku ada sikit info berkaitan sains ni (used to be my favourite subject), jom kita tengok… Untuk general knowledge kitalah, boleh juga kita cerita kat anak cucu kita kelak:

Petroleum terbentuk berjuta-juta tahun dahulu daripada hidupan laut yang mati, kemudian tertimbus oleh lumpur dan pasir. Apabila hidupan laut mati , bangkai mereka tenggelam ke dasar laut, kemudian ditimbus oleh sedimen . Melalui tindakan bakteria , pereputan separa berlaku dalam keadaan kekurangan oksigen. Penguraian seterusnya di bawah suhu dan tekanan yang tinggi akhirnya menghasilkan petroleum dan gas asli.

Proses Penyulingan Petrolium:

Hidrokarbon dalam petroleum diasingkan melalui proses penyulingan berperingkat. Semasa penyulingan berperingkat , petroleum dipanaskan dalam sebuah menara pemeringkat . Hidrokarbon dengan takat didih yang lebih rendah meruap terlebih dahulu , naik ke bahagian atas menara lalu dikondensasikan dan diasingkan. Hidrokarbon dengan takat didih yang lebih tinggi akan terkumpul di bahagian bawah menara dan dikondensasikan sebagai cecair.

Hasil Penyulingan Berperingkat:

# Gas-gas petroleum (takat didih paling rendah): Dicairkan di bawah tekanan dan digunakan sebagai gas untuk memasak.

# Petrol: Digunakan sebagai bahan api untuk kereta dan kenderaan ringan.

# Nafta: Sumber bagi pembuatan plastik, dadah, dan kain sintetik dalam industri petrokimia dan sebagai pelarut

# Kerosin: Digunakan sebagai bahan api untuk pesawat terbang serta untuk pemanasan dan pencahayaan (lampu kerosin )

# Diesel: Digunakan sebagai bahan api untuk kenderaan berat seperti bas , lori dan kereta api.

# Minyak pelincir: Digunakan sebagai pelincir untuk mengurangkan geseran

# Parafin: Digunakan untuk membuat lilin,bahan penggilap dan bahan pencuci

# Minyak Bahan Api: Digunakan sebagai bahan api dalam kapal , mesin kilang dan stesen jana kuasa

# Bitumen (takat didih paling tinggi): Digunakan untuk membuat jalan raya dan bahan kalis air.

Sumber: http://www.sabah.edu.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s