SPRM berhak bertindak terhadap pegawai rasuah.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q LINK CARD.

SPRM berhak bertindak terhadap pegawai rasuah.

Ali Hamsa - Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menunggu arahan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai kerajaan yang terlibat dalam kes penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau yakin SPRM sebagai badan bebas akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pegawai terbabit mengikut peruntukan undang-undang.
“SPRM adalah badan bebas, jadi mereka akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya. Kami (kerajaan) tidak perlu memberi apa-apa arahan (kepada SPRM),” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan surat arahan pemangkuan dan kenaikan pangkat kepada 48 pegawai dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) di ibu pejabat Jabatan Perhilitan, di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull dilaporkan sebagai berkata, badan itu sedang menyiasat dua pegawai tinggi kerajaan berhubung aktiviti penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands, Pahang.
Menurutnya, kertas siasatan telah dibuka berikutan terdapat maklumat mengenai kedua-dua pegawai yang bertugas di tanah tinggi itu hidup mewah melebihi pendapatan bulanan mereka.-Bernama
SUMBER : SINARHARIAN.COM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s