Nabil Punya Alasan Tampil Solo Di MLM2014.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Nabil Punya Alasan Tampil Solo Di MLM2014.

nabil

Seperti tahun lalu, pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad meneruskan perjuangannya dalam program Maharaja Lawak Mega 2014 dengan tampil secara solo. Tidak merasakan dirinya cukup hebat untuk tampil bersendirian, Nabil mempunyai alasan tersendiri terhadap keputusannya itu.
Memetik laporan Sinar Harian Online, kekurangan pelawak yang menyampaikan konsep ‘stand up comedy’ antara faktor dia meneruskan konsep tersebut.
“Di negara luar, stand up comedy sentiasa mendapat tempat di hati penonton. Meskipun persembahan hanya dilakukan di kelab-kelab, restoran dan tempat-tempat kecil namun ia mendapat tepukan gemuruh. Di sini pun sama, cuma hanya segelintir yang menerima penuh konsep lawak ini,” jelasnya.
Walaupun ada yang menyifatkan persembahan seperti ini agak malas, ia tidak pernah mematahkan semangat juara Raja Lawak musim kedua ini.
“Sebaliknya, stand up comedy lebih sukar kerana saya bertindak sendirian. Saya tiada kawan lain untuk membantu dan idea, konsep perlu difikirkan saya sendiri.
“Tetapi bagi yang berkumpulan mereka punya skala lebih besar untuk memikat hati penonton,” katanya yang menegaskan penyertaan dalam MLM 2014 kerana minat bukan populariti semata-mata.
SUMBER : http://mediahiburan.karangkraf.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s