Jangan politikkan isu pulang Bible.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q-LINK CARD.

Jangan politikkan isu pulang Bible.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak mahu pemulangan 351 naskhah Bible dijadikan isu politik kerana usaha tersebut dilakukan dengan penuh keikhlasan tanpa melibatkan mana-mana parti politik.

Satu sumber istana memberitahu keputusan untuk mengembalikan semula naskhah berbahasa Melayu yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dibuat sendiri oleh baginda sebagai ketua agama negeri.

“Sejak peringkat awal Tuanku telah berbincang dengan beberapa pihak tertentu tanpa sebarang campur tangan daripada mana-mana parti politik, sebab baginda tidak mahu ada mana-mana pihak mengambil kesempatan.

“Sebagai ketua agama negeri baginda menyedari isu ini amat sensitif, jadi harus ditangani sendiri dengan penuh teliti tanpa menggunakan pendekatan politik,” kata sumber tersebut kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut sumber berkenaan, sejak awal rampasan dibuat pihak istana amat prihatin mengenai kontroversi yang ditimbulkan terutamanya oleh beberapa parti politik juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

“Baginda tidak mahu kontroversi berlanjutan dan dihangatkan oleh pihak-pihak tertentu sehingga akhirnya mewujudkan perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.

“Oleh sebab itu menggunakan pendekatan sendiri baginda telah menghubungi dan berbincang dengan beberapa pihak yang terlibat secara langsung dalam perkara ini, dan akhirnya mencapai penyelesaian secara bijaksana.

“Tuanku bersyukur kerana isu Bible telah selesai secara baik, dan berharap hal ini jangan diambil kesempatan oleh mana-mana pihak untuk meraih kepentingan politik,” kata sumber berkenaan.

Media melaporkan Kerajaan Selangor telah memulangkan 351 naskhah Bible berbahasa Melayu mengandungi kalimah ALLAH yang dirampas Jais kepada Persatuan Gereja-Gereja Sarawak.

Penyerahan semula itu dengan syarat ketat iaitu kitab terbabit tidak boleh diedarkan di Selangor dan ia hanya untuk kegunaan penganut Kristian di Sarawak.

SUMBER : SINARHARIAN.COM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s