‘Jalor’ gandingan Rahim, Along dan Joey menjadi.

PROFIT-LINK QUANTUM ENERGY Q LINK CARD.

‘Jalor’ gandingan Rahim, Along dan Joey menjadi.

Gandingan Rahim, Along dan Joey menjadi

BAHANG Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) kini semakin membara apabila program realiti popular ini, memulakan siaran pertama Jumaat lalu. Disiarkan menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134), MLM2014 memperlihatkan 15 peserta bertanding merebut gelaran juara.

Antara yang bertanding kali ini adalah Sepahtu (Jep, Shuib & Ilya), Shiro (Ajak & Shahrol), Bocey (Acey, Abam & Fad), Virus (Tauke, Yus & Zizan), Nabil, Jalor (Along, Rahim & Joey) dan ramai lagi.

Bertempat di Shah Alam Royal Theatre,  rata-rata persembahan peserta dilihat kurang menyengat dan perlahan tanpa idea-idea kreatif serta klise. Bagaimanapun berbeza dengan Jalor, biarpun berada di kedudukan keempat dengan markah 46.3 peratus, namun persembahan kumpulan ini dilihat lebih menyerlah berbanding 14 kumpulan lain.

Persembahan Jalor dilihat lebih menyerlah dengan persembahan kreatif dan lawak ‘superb’ menerusi jalan cerita yang padat namun unsur humor sampai kepada penonton serta juri. Mewakili rakan seperjuangannya, Rahim berkata tiada istilah kecewa dengan pemarkahan atau kedudukan pada malam tersebut.

“Perkara penting adalah juri dan penonton faham dengan apa yang kami sampaikan. Bahkan penonton terhibur dengan persembahan kami membuktikan konsep yang ingin kami bawakan berjaya memikat hati juri,” katanya.

Sambung Rahim, idea untuk persembahan malam pertama tercetus apabila dia menonton program lawak antarabangsa. Katanya, kebanyakan lawak luar negara menggunakan teknikal untuk membantu jalan cerita mereka agar lebih menarik.

“Asalnya idea saya kemudian kami bersama-sama mengembangkan lagi jalan cerita agar lebih segar dan tidak klise dengan lawak-lawak yang sedia ada,” katanya.

Ditanya mengenai perancangannya untuk minggu hadapan, Rahim berkata ‘storyboard’ sudah ada dan kini dalam proses untuk memantapkan jalan cerita.

Jelasnya, resipi yang sama akan digunakan di pentas lawak kerana maklum balas yang diterima menerusi lama sosial seperti Facebook dan Twitter memberangsangkan. Malah percaturan Jalor juga menerima pujian daripada Jalaluddin Hassan yang menyifatkan keputusan Rahim untuk menubuhkan kumpulan itu adalah sangat tepat dan berbaloi.

Sementara itu, di sebalik kemeriahan MLM2014 kali ini, timbul khabar angin kurang enak antara Rahim dan kumpulan Sepahtu, sehingga Rahim dikatakan ‘dikeluarkan dan disingkir’ daripada menyertai kumpulan itu.

Bahkan penubuhan Jalor dikatakan kekecewaan Rahim terhadap sikap Shuip dan Jep yang menyingkirkannya daripada Sepahtu. Tatkala di tebak mengenai isu terbabit, Rahun berkata penubuhan kumpulan Jalor bukan berpunca daripada sebarang isu yang terjadi antara dia bersama Sepahtu.

Tegas Rahim, dari awal MLM2013 lagi dia menjelaskan isu tersebut kepada umum bahawa penyertaannya bersama Sepahtu merupakan projek khas.

“Selepas MLM2013 berakhir, kami telah bersetuju untuk mengambil haluan masing-masing dan tiada isu gaduh seperti yang diuar-uarkan.

“Hubungan kami juga tiada masalah dan masih baik. Sepatutnya isu ini tidak perlu dibangkitkan kerana kami telah menubuhkan kumpulan sendiri,”  jelasnya.

Minggu pertama MLM hambar

Bagaimanapun secara keseluruhan, penulis merasakan persembahan minggu pertama MLM2014 agak hambar. Malah kumpulan-kumpulan yang dijangka akan memberi persembahan mantap seperti Virus, Sepahtu, Bocey, Shiro dan SYJ, tampil dengan persembahan yang agak hambar pada malam tersebut sehingga diperakui oleh juri.

Namun berlainan pula dengan peserta seperti Wala, Samurai, Zero, Comey, Ekzos dan Jalor menyerlah berbanding kumpulan yang sudah punyai nama. Bagaimanapun persembahan Nabil secara solo wajar dipuji kerana bijak bermain dengan teknikal untuk mempersembahkan lawak yang bermutu.

Dalam pada itu, kumpulan Sayot dan Kepoh tersingkir di minggu pertama dengan markah paling rendah iaitu 23.3 dan 20.3.

SUMBER : SINARHARIAN.COM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s