Motivasi Kerja

Jika saya punyai rahsia kerja lebih bijak, bukan lebih kuat – adakah anda ingin mengetahuinya? Rahsia ini adalah kunci untuk menyerlahkan potensi diri anda. Sedia? Ini rahsianya:

Motivasi kerja

Kerja secara bijak adalah mengenai mencari cara terbaik untuk bekerja dengan apa yang kita telah miliki iaitu minda, tubuh, emosi dan perkembangan diri, daripada cuba melawan batasan fizikal diri sendiri.

Saya telah menyentuh tentang kerja secara bijak bukan kerja kuat dalam dua tulisan terdahulu, “Bekerja Secara Bijak Bukan Kerja Kuat“  dan “Jangan Kerja Keras Kerja Bijak“.

Kajian terkini Harvard Business School mendapati bahawa terdapat sel tertentu otak yang menyebabkan “kepimpinan emosi”, secara mudah bermaksud tindak tanduk seorang ketua akan mempengaruhi emosi pengikut-pengikutnya disebabkan aktiviti sel saraf otak. Apa-apa emosi di kalangan ahli pasukan akan segera tersebar kepada mereka di sekeliling, sama ada positif atau negatif – yang seterusnya sama ada membantuk atau meningkatkan prestasi kumpulan. Interaksi antara sel saraf otak kita dengan seseorang akan menyebabkan kita menghasilkan semula emosi orang tersebut. Justeru seperti yang selalu diingatkan oleh pakar motivasi, kelilingi diri kita dengan orang yang positif (berjaya). Orang yang positif adalah orang yang “melibatkan diri”.

Kajian oleh Gallagher Organization mendedahkan statistik yang mengejutkan: Lazimnya pasukan mempunyai 25% ahli yang melibatkan diri (iaitu mereka yang boleh diharapkan untuk mencapai misi dan visi organisasi); 15% adalah mereka yang “terpisah” (mereka yang bekerja menentang organisasi); dan 60% tidak tergolong dalam mana-mana dua kumpulan tersebut (mereka yang bersikap tidak peduli).

Berikut 4 langkah untuk meningkatkan tahap penglibatan diri:

  1. Tingkatkan Tahap Tenaga – Sangat susah untuk membuat peningkatan ketara dalam prestasi jika anda selalu merasa letih atau sakit. Terdapat tiga sumber tenaga:Tenaga fizikal – terdapat banyak perubahan mudah tetapi ketara yang anda boleh buat untuk meningkatkan tenaga fizikal diri, yang berkisar di sekeliling diet, senaman, tidur, rehat, dan penumpuan.

    Tenaga mental – tingkatkan tenaga dan keberkesanan diri dengan memfokuskan aktiviti harian anda kepada perkara yang paling penting, dan singkirkan aktiviti yang menghilangkan fokus; juga, cuba lakukan lebih banyak tugas yang anda suka lakukan (melakukannya dengan tersangat baik supaya anda terus mendapat tugas tersebut), dan kurangkan perkara yang anda tidak suka lakukan (dengan menukar tugas dengan orang lain atau mewakilkannya).

    Tenaga emosi – emosi positif akan akan meningkatkan tenaga anda. Jauhi emosi negatif dengan melakukan aktiviti yang menggalakkan tenaga emosi.

  2. Tingkatkan Penglibatan Emosi – Untuk merasa terlibat, anda perlu mempunyai kaitan emosi dengan aktiviti atau kumpulan. Anda perlu merasa dihargai, berguna dan terlibat. Jika anda seorang ketua, pastikan ahli pasukan merasa diri mereka ahli penting pasukan. Minta maklum balas yang kerap tentang pengalaman mereka dalam pasukan, dan bagaimana ia boleh dipertingkatkan – kemudian bertindak atas cadangan. Iktiraf prestasi dan beritahu kepada ahli maklumat mengenai pasukan atau urusan. Aktiviti ini boleh memupuk semangat berpasukan yang lebih kukuh, supaya ahli pasukan bekerjasama dengan lebih baik dan berusaha lebih gigih untuk sesama.
  3. Ubah Tabiat Buruk dan Pelajari Semula yang Baik – Ianya boleh dilakukan; dengan usaha yang disengajakan, fokuskan usaha untuk menukar tabiat yang telah dipelajari, dan dengan rangka kerja yang betul. Seringkali halangan mental mempercayai kita tidak boleh mengubah diri kita, membuatkan kita tidak mencuba. Baik, sekarang tiada alasan lagi!
  4. Bina Kemahiran Dengan Cara yang Lebih Berkesan – Mengapa belajar dari kesilapan diri sendiri sedangkan kita boleh belajar dari kesilapan orang lain! Dengan melaksanakan pendekatan yang sistematik untuk pembelajaran, dan menggunakan teknik seperti kemahiran visualisasi, anda boleh secara mendadak meningkatkan keberkesanan pembangunan kemahiran dan aplikasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s