Teknik rahsia isi minyak kenderaan dapat extra.

Setiap kali pergi ke stesen minyak nak isi minyak petrol RON 95 ke, RON 97 ke, diesel ke, tak kira apa jenama minyak sekalipun sama ada Petronas, Shell, Petron, BHP dan sebagainya, bila pergi ke kaunter jangan cakap nak beli minyak dengan nilai harga tertentu seperti RM10, RM50, RM100 dan sebagainya, sebaliknya bagi duit dan minta untuk isi penuh. Tak perlu minta nak isi minyak guna liter seperti yang diwar2kan sebelum ini, sebab ia masih tidak begitu menguntungkan berbanding teknik rahsia ini.

PETROL

Jika anda mahu isi RM40, bagi RM50 dan kata mahu isi penuh, kemudian isi minyak kenderaan. Cuba kawal nozzle dan berhenti isi pada nilai RM40.02. Jika isian terlebih RM40.03, isi lagi sehingga RM40.07. Jika isian terlebih RM40.08, isi lagi sehingga RM40.12 dan begitulah seterusnya. Pastikan anda isi dengan lebihan 2 sen dari gandaan 5 sen.

Kenapa? Ini kerana bila anda isi lebih 2 sen, anda hanya perlu membayar mengikut nilai bundaran dan penggenapan 5 sen yang terdekat. Seperti contoh jika anda mengisi minyak sebanyak RM40.02, anda hanya perlu membayar RM40. Begitu juga dengan RM40.07, anda hanya perlu bayar RM40.05. Tapi jangan pula mengisi pada nilai RM40.03 kerana anda perlu membayar lebih iaitu RM40.05.

Dan jangan juga mengisi minyak sampai ia tangki minyak kereta benar2 penuh, sebab ada yang mengatakan andasebenarnya hanya menderma kepada tauke minyak, walaupun ia mungkin tidak benar dan hanya khabar angin. Hanya isi dengan nilai yang anda perlukan. Setelah selesai mengisi, pergi semula ke kaunter untuk mengambil baki duit.

Dengan teknik ini, setiap kali mengisi minyak, anda akan mendapat extra isian sebanyak 2 sen. Ya, memang nilai 2 sen itu nampak kecil, tapi kalau 100 kali anda isi minyak, anda sebenarnya dah dapat minyak extra sebanyak RM2.00. Kalau 1,000 kali? Tanpa disedari anda dah dapat minyak extra bernilai RM20.00.

Berbaloi bukan?

Harga minyak pun bukan selalunya turun, naik itu memang kerap, lepas ni subsidi pun semakin dikurangkan. So inilah cara yang boleh kita gunakan untuk berjimat dan mendapat minyak extra dengan menggunakan sistem mekanisme penggenapan 5 sen yang sudah ditetapkan oleh kerajaan.

Jangan lupa untuk kongsikan dengan rakan2 anda teknik rahsia ini!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s