Cara Memandikan Bayi

Cara Memandikan Bayi

 

Ada bayi yang suka mandi dan ada yang tidak suka.Walau apa pun di sini ada cara bagaimana anda melakukankanya.

Ianya adalah mitos bahawa semua bayi suka mandi – ada bayi yang benar-benar bencikannya! Samada bayi anda menyukai waktu mandi atau sebaliknya, pastikan mereka sudah kenyang dan cukup rehat sebelum anda memulakannya, agar mereka berpeluang mengecapi nikmat mandi itu sendiri.

Ini adalah apa yang anda perlukan: 

• Tab mandi! Jika anda tidak mempunyai tab mandi bayi yang khusus, anda boleh menggunakan singki bilik mandi sehingga anda mendapatkan satu tab mandi. Bersihkan ia sebelum anda memandikan bayi anda.

• Tuala muka,, kapas, kain kasa lembut atau tuala lama yang dipotong-potoong adalah berguna.

• Anda perlukan tuala yang besar, yang bagusnya diperbuat dari jenis kain tuala yang sangat lembut.

• Anda mungkin hendak menggunakan shampo bayi sekali-kali, tetapi itu tidaklah perlu. Anda juga akan memerlukan sikat yang bergigi halus.

Suhu bagi air mandi 

Suhu air mandi seharusnya sekitar 37 darjah C (suhu badan). Gunakan siku anda untuk memeriksa sama ada suhu air rasa sesuai, atau dapatkan sebuah jangkasuhu mandi kecil. Ambil perhatian bahawa mandi setiap hari tidak akan membahayakan kulit bayi. Tapi sebaiknya tidak menggunakan sabun. Sabun tidak diperlukan walaupun bayi anda telah membuang air besar.

Mulakan dengan kepala sewaktu memandikan bayi

 Ini adalah caranya bagaimana anda memandikan bayi anda:

• Siapkan semua barangan keperluannya sebelum anda meletakkan bayi anda ke dalam tab mandi

• Pegang bayi dengan baik pada bahagian belakangnya apabila memandikan bayi kecuali jika anda menggunakan tab mandi berbentuk tubuh

• Cuci mukanya, telinga (belakang telinganya juga) dan lehernya

• Angkat lengan dan basuh ketiaknya

• Gosok kulit kepala dengan tapak tangan anda. Anda boleh urutkan kulit kepala dengan lembut dengan air. Angkat dagu, dan cuci di bawah dagunya – dan lehernya.

• Cuci punggungnya akhir sekali. Jika dia baru sahaja buang air besar, anda perlu cuci bahagian bawahnya sebelum anda mula memandikannya. Pastikan anda – dengan lembut – cuci kulit lipatan antara paha dan badannya.

• Gunakan tangan anda atau tuala muka untuk mencuci belakangnya.

• Angkat dia keluar dari tab mandi dengan berhati-hati dan lapkan dia sehingga kering – termasuk semua lipatan kulitnya – sebelum menyalinkan dia.

Senaman ringan dan urutan dengan menggunakan pelembab adalah baik jika sekiranya anda mempunyai masa dan tenaga untuk melakukannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s