Info Slim Diet II – Selamat Tinggal Peha Besar!

Info Slim Diet II – Selamat Tinggal Peha Besar!

Peha besar mungkin dah jadi satu masalah biasa bagi perempuan. Kalau body cutting Fasha Sandha tiba tiba peha saiz Farah Fauzana. Nak beli seluar pun dah terseksa. Lelaki jarang bermasalah macam ni sebab memang diorang dicipta kan  tanpa cutting.

Benda pertama patut tahu,kita tak boleh nak tumpukan untuk buang lemak kat certain part sahaja. Melainkan dengan liposuction yang mahal dan bahaya ataupun teknik yang lebih murah iaitu guna KRIM PATI HALIA MUSTAJAB tapi lambat. Entah berapa lori  krim  baru kurang 3mm.

Kalau turun berat badan, turun semua dan kalau naik berat badan maksudnya naik semua bahagian. Takkan pernah ada ‘turun kat bahagian perut yang lain maintan je‘ tapi kalau lah betul ada  mungkin Malaysia ni dipenuhi dengan lelaki ‘tuff’  tanpa perut boroi.

Senaman dan diet yang betol mungkin boleh membantu gadis gadis berpeha besar. Tapi macam mana nak bersenam? Nak kena makan apa?

1 – DIET
Kekerapan: Setiap hari
Bosan tahan nafsu makan? Tetapi itulah hakikatnya. Kurangkan pengambilan kalori harian dalam 500kcal daripada yang sepatutnya. Protein kena cukup untuk bantu kekalkan otot peha (dan otot bahagian lain jugak) ketika proses penurunan berat badan. 2g protien untuk setiap 2kg.

2 – Senaman fokus pada paha
Kekerapan: 3 kali seminggu
Fokus pada senaman yang melibatkan otot peha depan dan peha belakang. 2 contoh senaman yang boleh kita buat  ialah ‘Lunges’ dan ‘Squat’.

Lunges

Squats

Buat 3 set untuk setiap senaman, satu set mempunyai 10 ulangan. Tak payah nak beli dumbell segala senaman ni boleh di buat tanpa dumbell. Kalau nak tahu cara yang betul, boleh search kat YOUTUBE.

3 – Senaman kekuatan dahulu, baru cardio
Kekerapan: 3 kali seminggu
Buat senaman di atas sebelum memulakan kardio (jogging). Untuk pastikan kita dah guna sehabis mungkin ‘muscle glycogen’ dan ‘liver glycogen’ masa buat senaman tadi. Bila kita mula jogging, badan mungkin dah kehabisan sumber tenaga tadi, so terpaksa guna sumber tenaga alternatif yang terakhir iaitu lemak.

4 – Rehat
Isnin senaman/kardio, Selasa rehat, Rabu kembali kepada senaman/kardio, dan seterusnya. Rehat penting untuk tisu-tisu otot bahagian kaki  ’dibaiki’. Otot peha yang kuat akan membakar lebih lemak ketika bekerja. Diet dan rehat yang cukup sangat membantu dalam proses menghilangkan lemak dan membentuk otot.

Dengan 4 steps ni + cara yang betul dan konsisten, hasil akan kelihatan dalam masa sebulan. InsyaAllah, tak ada jaminan ni tau. Korang kena rajin kalau malas hiduplah dengan peha besar tu selamanya. No pain no gain lah kan?

Sumber dari : selangor2u.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s