Info Slim Diet II – Gemuk. Satu pilihan atau takdir?

Info Slim Diet II – Gemuk. Satu pilihan atau takdir?

Sumber dari : fadzmiemohamad.com

Sebelum aku mula, aku nak bagi satu warning. Macam yang korang boleh agak daripada tajuk entri ini, entri ini mungkin sensitif bagi sesetengah manusia. So, aku harap korang semua baca entri ini dengan sifat keterbukaan minda yang maksima. Nak touching, tunggu lepas habis baca entri.

Ok. First, aku nak clearkan 1 thing. Gemuk di sini merujuk kepada mereka yang obesiti, mempunyai BMI 30 ke atas. Kepada sesiapa yang ber-BMI-kan 29 ke bawah, jangan nak mengada mengaku gemuk.

Bila sebut je perkataan ‘gemuk’, apa benda pertama yang terlintas dalam fikiran korang? Frankly speaking, mesti ada yang fikir banyak makan, pemalas, badan berbau, mulut lancang, banyak penyakit, lembab, kurang produktif dan etcetera. Yang mana satu, mungkin based dari pengalaman korang sendiri berhadapan dengan golongan ini. Maybe.

Tapi tak semua orang obes ini ada ciri-ciri yang disebut di atas. Kalau kat Amerika, mungkin ada lah. Tapi we live in Malaysia, yaww. Diramalkan hanya 30% rakyat Malaysia bakal menghidap obesiti pada tahun 2011. Ahh, tak ramai mana pun, kan? So, possibility untuk terjumpa seorang obes yang ada semua ciri-ciri kat atas dalam satu pakej lengkap adalah hampir mustahil. Err, apa aku merepek ni?

Secara jujur, korang pernah tak mengalami masalah dengan golongan gemuk ini? Come on, jujur dengan diri sendiri. Aku sendiri pernah kutuk, cakap belakang, label-label kan orang gemuk. Normal human lah katakan. Tapi aku buat benda tu kat those yang pissed me off je. Mostly yang aku tak kenal. Kalau tak, tak tergamak pun aku nak buat macam tu.

It’s a human nature, bila orang gemuk buat salah, orang lain akan attack his/her appearance dahulu, personality kemudian. It happens everywhere, round the world. Contoh:

“Hmm. Standard orang gemuk. Memang macam ni”

“Aduhai si gemuk ni, tak habis-habis dengan makanan dia”

See? Tapi bila yang kurus atau yang normal pula buat salah, lain pula cara nak attack. Sesetengah orang anggap ini satu diskriminasi bagi mereka.

Setakat perjalanan hidup aku sekarang, which is takde lama mana pun, ramai je kawan aku yang gemuk, both boys and girls. Aku selesa je berkawan dengan diorang. Even lelaki selalunya boleh terima gurauan kasar sesama lelaki, aku tak pernah rasa nak gunakan ke-GEMUK-an sebagai bahan lawak jenaka harian. Entah, feels like it’s not a funny thing pun. Especially for girls, kan?

Cuma satu benda je yang aku tak berapa nak berkenan. Ada sesetengah orang yang tergolong dalam golongan gemuk ni suka sangat nak mengeluh pasal kegemukan diorang. Kalau first time mengadu macam tu kat orang lain, boleh dimaafkan. Orang boleh dengar dengan ikhlas. Tapi kalau dah hari-hari mengeluh, aku rasa takde siapa pun yang akan tahan melayan. Right, people?

Ada yang kata, gemuk is not a choice, it’s a fate. Well, as long as that particular fat people takde penyakit-penyakit seperti Hypothyroidism, Cushing Syndrome, dan Polycstic Ovarian Syndrome, aku memang tak boleh nak accept kenyataan yang gemuk itu takdir, bukan diminta, bukan dipilih.

Ada orang bijak pernah berkata:

What is life? It’s something between Birth and Death. It’s ‘B’ to ‘D’. But what’s between ‘B’ and ‘D’? It’s ‘C’, which stands for Choice.

Logik dan boleh diterima akal, bukan? Hidup kita memang sentiasa dipenuhi dengan situasi di mana kita harus membuat pilihan. Setiap persimpangan hidup, kita terpaksa memilih untuk masuk simpang yang mana. So, begitu juga dengan kegemukan.

Kalau sesetengah orang gemuk ini dah boleh terima hakikat bahawa dia gemuk, dan bahagia meneruskan kehidupannya sebegitu, it’s ok. Itu pilihan dia. Kita harus terima dan hormat pilihannya itu. Tiada hak yang membolehkan kita bantah pilihan itu, melainkan ianya ada kaitan dengan hidup persendirian kita.

Namun those yang suka mengeluh tu, maksudnya dia sendiri tidak berpuas hati dengan pilihan diri sendiri. Dia tak bahagia dengan keadaan diri dia sekarang. Makanya, dia harus selidik balik pilihan dia.

Jika dia memilih untuk terus stay dalam keadaan dirinya yang gemuk, dia haruslah kuatkan hati dan mental untuk terima kenyataan. Bukan nak suruh telan, terima bulat-bulat makian, cacian, cercaan orang terhadap diri, tapi kita semua tahu yang mulut-mulut puaka di sekitar takkan dapat ditutup. Jadi, nak tak nak, hati memang kena kuat.

Atau pun, dia membuat pilihan baru, dengan menanam azam untuk menukar rupa lama kepada rupa baru yang lebih ‘ringan’. Yang ini pun kena kuat hati, kuat mental juga. Kalau setakat hangat-hangat tahi ayam, memang takde hasil lah jawabnya. No pain, no gain. Ingat. Tapi jangan lah pula sampai taksub dengan pil kurus. Makan pil kurus satu guni pun, kalau takde exercise plus diet seimbang, pun takde guna. Kurus tak dapat, penyakit baru pula yang datang.

So, pilihan di tangan masing-masing. Daripada asyik terus merungut, baik kaji balik pilihan lama dan set goal baru untuk masa depan. Ramai je yang dah buat pilihan untuk berubah, dan berjaya. Serius cakap, aku memang respect gila kat orang yang berjaya kuruskan badan diorang. Sebab apa? Mental diorang superb.

Kepada yang kurus dan yang tak-perasan-diri-gemuk, cermin diri sendiri dulu kalau nak attack appearance orang lain. We are normal human being, yang tak dapat lari dari mistakes. No one is perfect. Kurus ke, gemuk ke, bulat ke, segi empat ke, semua sama di sisi Tuhan. Ingat, dalam dunia ini, kita tidak akan selalu di atas. Adakala kita akan duduk di bawah. Apabila kita di atas, jangan hina yang di bawah. Sebab apabila kita kembali di bawah, yang di atas akan membalas balik perbuatan kita.

Yeah. Karma adalah satu konsep yang mudah difahami sebenarnya, bukan?

Now, I rest my case. Kalau ada yang rasa marah dengan entri ini, hit me below. Anon dialu-alukan.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s