Info Slim Diet II – 5 Manusia Tergemuk Di Dunia

Info Slim Diet II – 5 Manusia Tergemuk Di Dunia

Gemuk atau obesiti  bukan satu ciri idaman, baik lelaki atau perempuan. Semua nak kurus, nak cantik. Tapi sebab faktor genetik,pemakanan & etc ada  yang merana sebab terlebih berat badan.

Ini antara 5 orang terberat dalam rekod dunia yang boleh dikatakan merana fizikal & mental:

1- Carol Yadger

Wanita pertama  paling berat di dunia dan juga dalam sejarah manusia , rekod terberat yang pernah adalah seberat 727kg. Masalah lebihan berat badan yang melampau menyebabkan dia dijangkiti pelbagai penyakit seperti jangkitan bakteria sehingga Carol  tidak mampu untuk berdiri atas berat badannya. Carol hanya mampu untuk hidup selama 34 tahun dan meningal kerana penyakit buah pinggang serta kegagalan organ berfungsi kerana lebihan lemak.

2- Jon Brower Minnoch

Berat badannya 132 kg ketika 12 tahun dan pernah dimasukkan ke hospital. Walaupun berat badan turun semasa menjalani rawatan tetapi selepas keluar daripada hospital berat badannya meningkat sebanyak 2-4 kali ganda dan yang terberat pernah direkodkan adalah 635kg.

3-Manuel Uribe

Mempunyai berat sebanyak 578kg dan pernah terlantar di atas katil selama 8 tahun setengah dari tahun 2001 sehingga 2008 dan sekarang Manuel dalam proses penurunan berat badan.

4- Walter Hudson

Dia mempunyai berat badan sebanyak 544kg dan mempunyai motto hidup yang pelik iaitu “makan apa sahaja dan nikmatilah ia“, Walter juga pernah mengalami pengalaman yang menyedihkan iaitu tersekat dipintu bilik sehinggalah pasukan penyelamat datang untuk memecahkan bilik untuk menyelamatkan Walter.

5-Rosalie Bradford

Makan ialah hobinya sejak dari kecil lagi dan apabila umurnya 14 tahun berat badannya sudah mencecah 92kg dan terus meningkat 140kg semasa 15tahun, berat maksimun yang pernah dicapainya adalah sebanyak 544kg . Ros juga pernah membuat cubaan bunuh diri beberapa kali kerana tertekanan dengan berat badannya. Dan pada umur 63 tahun Ros meninggal dunia.

Tentu korang tak nak jadi macam ni kan? Kalau rasa rasa BMI tu dah terlebih, & diet semuanya tak menjadi baik cepat jumpa doktor. Mungkin ada masalah dengan hormon iaitu leptin resistant yang tak mampu nak bagitahu otak kita yang kita dah kenyang.

Sumber dari :selangor2u.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s