Info Slim Diet 2 – Gaya Hidup Sihat, Diet Seimbang Cegah Obesiti

Info Slim Diet 2 – Gaya Hidup Sihat, Diet Seimbang Cegah Obesiti

GAYA hidup, trend pemakanan, sikap dan pengaruh persekitaran sekarang mendorong gejala berat badan atau obesiti yang semakin ketara.

Obesiti memberi kesan negatif kepada kesihatan tubuh. Ia dikaitkan dengan pakej penyakit kronik, iaitu darah tinggi, kencing manis, sakit buah pinggang dan jantung selain menjejaskan sistem reproduksi. 

Jumlah penduduk yang mengalami obesiti juga semakin meningkat.Jika gejala ini tidak dibendung, struktur masyarakat akan semakin lemah kerana sebahagian besar komponen muda mengalami obesiti sekali gus tidak aktif kerana berpenyakit. Obesiti mesti ditangani segera sebelum majoriti rakyat negara ini mengalaminya. Justeru, perlu ada tindakan bersepadu agensi dan kementerian untuk memberi panduan kepada rakyat mengenai disiplin pemakanan serta keperluan melakukan aktiviti riadah untuk mengekalkan berat badan ideal. Memandangkan pemakanan adalah asas kehidupan yang sihat, proses mendidik rakyat mengenainya mesti membabitkan sistem pendidikan di semua peringkat. Kementerian Kesihatan mesti mempelopori tindakan ini. Perlu ada segmen pemakanan dalam mata pelajaran yang difikirkan sesuai di sekolah. 

Kemudian, kementerian menggembleng pelbagai media massa, multimedia dan media sosial untuk menyebarkan panduan pemakanan seimbang kepada orang ramai. Program menggalakkan senaman, mengutamakan diet seimbang dan kempen menurunkan berat badan mesti disemarakkan. Ilmu keibubapaan juga perlu diserapkan dengan galakan dan fakta kebaikan menyediakan sendiri makanan untuk keluarga di rumah. Perlu juga disebarkan silibus mengenai diet dan penyediaan makanan secara sihat untuk dijadikan panduan. Menangani obesiti memerlukan panduan dan dorongan pakar. Obesiti sangat kompleks dan hanya panduan pakar mampu menghuraikan permasalahan itu.

Apabila Kementerian Kesihatan menyebut ada kira-kira 300 pakar pemakanan akan ditempatkan di klinik kerajaan terpilih secara berperingkat untuk memberi kaunseling berhubung obesiti, ia adalah tindakan yang benar-benar serius mahu menangani gejala berkenaan. Kesungguhan kerajaan melihat rakyat sihat turut dibuktikan dengan penubuhan Majlis Cegah Obesiti Malaysia (Mcom), Sabtu lalu. Majlis itu dianggotai 13 anggota persatuan yang akan membantu kerajaan menangani masalah obesiti sambil menyebarkan penerangan dan maklumat serta meningkatkan kesedaran umum mengenai gaya hidup sihat termasuk aspek pemakanan. 

Kemahiran memberi kaunseling mengenai obesiti dan gaya hidup sihat juga mesti disebarkan kepada lebih ramai individu termasuk guru, persatuan, kelab, badan bukan kerajaan mahupun organisasi pekerjaan supaya penyampaiannya lebih menyeluruh. Susulan lain hasil penubuhan Mcom ialah keperluan mewujudkan garis panduan dalam industri makanan dan minuman yang selama ini ada produknya menyumbang kepada obesiti. Jelas, obesiti ada kaitan dengan pelbagai perkara dan semua ini perlu ditangani dengan bijak tetapi tegas dan berhemah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s