Info Slim Diet II – SENAMAN TIDAK HARUS MENJEMUKAN

Senaman tidak harus menjemukan

Setiap daripada kita memerlukan sekurang-kurangnya senaman selama 30 minit sehari untuk mengekalkan berat badan. Bagi anda yang berhasrat untuk menurunkan berat badan pula, usaha bersenam harus dilipatgandakan kepada 45-60 minit sehari untuk memperolehi keputusan yang diidamkan.
 
Image
 
AKTIVITI SOSIAL
 
Berjogging atau berkunjung ke gym adakalanya mendatangkan jemu jika kerap dilakukan. Apakah aktiviti alternatif lain yang lebih riang dan menyihatkan?

  • Gemar menari? Sertai kelas terian formal. Sambil mempelajari tekni tarian dari jurutari profesional, anda juga dapat bersosial sambil mengeluarkan peluh. Selain itu, menari dirumah juga tiada salahnya. Sambil mengelap lantai atau membasuh kereta, pasangkan lagu kegemaran dan hayunkan langkah mengikut irama. Siapa tahu kalau suami dan anak-anak juga berminat ingin menyertai tarian anda?
  • Jika menari bukan minat anda, bagaimana pula dengan aktiviti berbasikal atau bermain rollerblade disekitar kawasan rumah? Ia boleh dilakukan bersama suami dan anak-anak, malah cara ini juga dapat mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga. Mulakan dengan kayuhan yang perlahan dan tingkatkan kelajuan secara berperingkat.
  • Aktiviti berenang pastinya menjadi kegemaran hampir sebilangan besar wanita. Anda boleh berkunjung ke kolam renang awam atau ke pusat-pusat akuatik yang berhampiran kediaman untuk melakukan aktiviti aerobik berimpak rendah ini. Ia berkesan untuk membakar kalori sambil membantu merehatkan fikiran. Berenang selama 30 minit mampu memejalkan lengan dan peha anda apabila dipraktik secara konsisten.
  • Anda juga boleh menyertai gimnasium yang menawarkan kelas-kelas kecergasan seperti kickboxing. Ia menyeronokkan dan kian menjadi trend yang digemari oleh wanita. Selain menguatkan otot dan mengeluarkan peluh, kickboxing juga dapat membantu anda mempelajari seni mempertahankan diri yang betul.
  • Bukan golongan lelaki sahaja, ramai juga golongan wanita yang meminati acara futsal dan paintball. Malah mungkin juga anda menggemari sukan padang seperti bola jaring, golf mahupun bowling. Ajaklah teman-teman atau jiran tetangga yang rapat untuk membentuk sebuah pasukan dan seterusnya melakukan sukan ini secara suka-suka.
Sambil menikmati faedah kecergasan dengan sepenuhnya, melakukan aktiviti senaman secara berkumpulan juga lebih menyeronokkan sambil membuat anda berasa lebih komited untuk mengeluarkan peluh. Namun sekiranya masih ada perkara-perkara lain yang menghalang anda dari bersenam, tip berikut wajar dipraktikkan bagi membantu meningkatkan tahap kecergasan:
 
  • Gunakan tangga pada setiap masa.
  • Letakkan kenderaan anda sejauh mungkin dari pintu destinasi.
  • Apabila anda membeli belah, berjalanlah ke seluruh pusat membeli belah.
  • ika anda menaiki pengangkutan awam, berhenti satu stesen lebih awal dan berjalanlah menuju ketempat yang ditujui.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s