INFO SD2 : Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak semakin serius

INFO SD2 : Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak semakin serius

MASALAH obesiti atau kegemukan di kalangan kanak-kanak semakin serius apabila dianggarkan 40 peratus berlaku berikutan gaya hidup ibu bapa yang gemar membawa keluarga makan di luar terutama pada waktu malam.

Image

Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Prof Dr Zulkifli Ismail, berkata masalah itu lebih ketara terutama di kawasan Pantai Barat seperti di Lembah Klang yang sudah menjadi kebiasaan dengan cara hidup sedemikian.

“Gaya hidup yang lebih kepada bersenang-lenang seperti bermain komputer, menonton, bermain video, penurunan aktiviti fizikal dan peningkatan pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi juga menyumbang kepada obesiti,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kongres Saintifik Tahunan MPA, di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Kongres berkenaan dilancarkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan, Hal-Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, Toh Chin Yaw dan Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Datuk Dr Jimmy Lee Kok Foo.

Prof Zulkifli berkata, kanak-kanak yang mengalami obesiti biasanya membesar sebagai orang dewasa yang gemuk dan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis, masalah jantung serta barah.

Katanya, walaupun tiada kajian menyeluruh dilakukan, berdasarkan kepada gaya hidup yang diamalkan masyarakat kini, ia menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti kanak-kanak.

Mengikut data rasmi Kementerian Kesihatan, kadar obesiti kanak-kanak negara ini adalah 15 peratus, tetapi jumlah itu dipercayai lebih tinggi sekarang terutama di Kuala Lumpur dan Selangor yang mencecah antara 30 hingga 40 peratus.

“Masalah itu perlu diberi perhatian serius kerana berat badan yang berlebihan boleh membawa risiko kesihatan berpanjangan. Obesiti pada kanak-kanak tidak boleh dipandang mudah dan apa yang boleh dilakukan ialah dengan mengubah kepada gaya hidup yang lebih selamat,” katanya.

Sementara itu, Idris berkata, Terengganu mencatatkan kadar kematian bayi baru lahir tertinggi di negara ini iaitu 6.8 kes bagi setiap 1,000 kelahiran.

Katanya, kekurangan perkhidmatan pediatrik di hospital dan pusat kesihatan di negeri itu menyebabkan kadar kematian bayi baru lahir di Terengganu tinggi.

Beliau berkata, ketika ini ada lima pakar, 20 doktor dan 160 jururawat pediatrik di HSNZ dan jumlah itu tidak mencukupi berbanding 400,000 kanak-kanak daripada sejuta populasi penduduk di Terengganu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s