INFO SD2 : Kanak-Kanak Gemuk Sasaran Buli

INFO SD2 : Kanak-Kanak Gemuk Sasaran Buli

Kajian terbaru mendapati bahawa kanak-kanak yang menghadapi masalah berat badan berlebihan atau gemuk menghadapi risiko lebih tinggi untuk menjadi mangsa buli di kalangan rakan sebaya.

Lain-lain faktor yang biasanya memain peranan dalam kejadian buli seperti jantina, kaum dan tahap pendapatan keluarga sudah tidak menjadi hal berbanding jika anak tersebut gemuk.

Gemuk atau obesiti menenggelamkan semua faktor-faktor lain apabila ia berkaitan dengan tingkah-laku agresif yang dilakukan oleh kanak-kanak lain.

Pembantu Penyelidikan di Pusat Pertumbuhan dan Pembangunan Manusia, Universiti Michigan, Amerika Syarikat, Dr. Julie Lumeng, berkata, kajian mendapati bahawa gemuk atau obes meningkatkan risiko menjadi sasaran buli sebanyak 63 peratus.

“Salah satu sebab kami memulakan kajian ini adalah kerana obesiti semakin menjadi-jadi pada masa ini. Ketika ini kira-kira separuh daripada kanak-kanak mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes,” kata Lumeng,

Dia berkata, para penyelidik juga berharap mereka mungkin boleh menemui beberapa faktor mengelakkan daripada buli, seperti cemerlang dalam persekolahan.

“Tetapi apa yang kami temui cukup merisaukan di mana perkara-perkara yang sebelum ini merupakan punca kanak-kanak dibuli seolah-olah sudah tidak menjadi hal lagi.

“Sebaliknya semuanya berkaitan dengan gemuk. Jika anda gemuk, anda kemungkinan besar menjadi sasaran buli walau apa pun berlaku,” katanya

Kajian membabitkan 821 kanak-kanak lelaki dan perempuan yang dipilih dari 10 kawasan berbeza di AS.

Tingkah-laku membuli kerap berlaku pada kanak-kanak sekolah tahun tiga, lima dan enam. Paling muda kebanyakannya kanak-kanak kulit putih, separuh daripada mereka lelaki dan 15 peratus mengalami berat badan berlebihan sejak tahun tiga.

Bagi kanak-kanak tahun enam, para guru melaporkan bahwa 34 peratus mereka yang tersenarai dalam kaji selidik itu telah dibuli. Selain itu, 45 peratus melaporkan anak-ana mereka telah di buli, manakala 25 peratus kanak-kanak itu sendiri mengaku mereka dibuli.

Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa budak lelaki dari kumpulan minoriti dan kanak-kanak daripada kumpulan berpendapatan rendah lebih terdedah untuk menjadi mangsa buli.

Jadi para penyelidik mengambil faktor ini dalam kajian mereka untuk melihat sama ada terdapat perbezaan.

Kajian juga memasukkan sekali kanak-kanak yang mempunyai skil sosial dan pencapaian akademik dalam analisis mereka.

“Walau banyak mana kami mengulangi ujian, hasilnya tetap sama dan sangat nyata. Kanak-kanak obes lebih terdedah menjadi mangsa buli,” kata Lumeng.

Dia berkata salah satu sebab mengapa dia percaya bahawa penemuan tersebut amat konsisten ialah sikap prejudis terhadap individu gemuk atau obes.

Sementara itu Penolong Profesor di Pusat Pengurusan Berat Badan dan Kesejahteraan di Hospital Kanak-Kanak Pittsburg, Dana Rofey berkata, dia tidak terkejut dengan penemuan baru ini.

“Buli adalah aduan psikologi paling kerap diajukan oleh pesakit kami,” katanya.

Bagi ibu bapa dan pakar pediatrik, salah satu sebab kajian ini dibangkitkan untuk memberi ingatan kepada anak-anak mereka yang mengalami berat badan berlebihan.

“Jika anda prihatin pada anak atau kanak-kanak yang obes, anda perlu memberitahu fakta ini dan sesekali mungkin perlu membangkitkan isu ini pada anak-anak.

“Tanya mereka ‘bagaimana anda di sekolah hari ini? Atau ‘ada sesiapakah yang berkata sesuatu yang membuatkan anda marah’. Ini kerana ia mungkin isu yang sukar untuk diceritakan oleh anak-anak,” katanya.

Katanya, jika anak-anak memberitahu bahawa dia dibuli, respon pertama ibu bapa haruslah memastikan perasaan anak ketika itu dan biar mereka tahu bahawa adalah salah bagi seseorang melayan anak anda sebegitu.

“Beri sokongan kepada anak dan pastikan mereka tahu bahawa anda sedang menolong mereka.

“Berbincang dengan anak-anak bagaimana anda boleh campur tangan dalam hal ini. Ini kerana kebanyakan anak-anak dalam usia meningkat remaja tidak suka ibu bapa campur tangan,” katanya.

Begitupun, dia mencadangkan agar ibu bapa menetapkan garis panduan tertentu.

“Sebagai contoh, anda mungkin melihat keadaan sudah terkawal, tetapi sesekali bertanya pada mereka dan selidik mengenainya.”

Rofey juga mencadangkan didik anak bagaimana untuk mengelak situasi yang mungkin boleh membawa kepada ejek-mengejek atau buli.

“Beritahu pada anak juga bagaimana untuk mendapat pertolongan daripada orang dewasa jika mereka memerlukan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s